Tuesday, March 01, 2011

Perpisahan

Bila dia buat entri pasal perpisahan, aku pun taknak kalah. Aku pun nak buat entri pasal perpisahan. Tapi, cerita perpisahan aku ni berbeza dengan cerita perpisahan dia. Yang pastinya cerita ini MUNGKIN bukan cerita aku. Siapa makan cili lebih, dialah yang terasa pedas. *wink*

Perpisahan itu selalu terjadi
Kepada insan yang bercinta
Sungguh sedihnya rasa
Apabila ianya terjadi
KRU

Ya, memang aku nak cerita pasal perpisahan orang bercinta. Tapi, aku nak ingatkan sekali lagi, yang ini MUNGKIN bukan cerita aku. Perpisahan yang terjadi setelah sekian lama menyemai cinta, sangatlah menyedihkan, tapi kadang-kadang hal itu di luar kawalan manusia. Kalau diikut-ikutkan hati mestilah mahu percintaan itu berkekalan lama, tapi apakan daya, jodoh pertemuan adalah rahsiaNYA.

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Aizat Amdan

Kadang-kadang perpisahan tu terjadi akibat dari external factor yakni faktor luaran. Tapi, tak dinafikan kebanyakan pasangan berpisah akibat daripada soal hati, yakni internal factor. Tapi, bila berkaitan dengan soal hati, memang susah nak cakap. Hati ni boleh berubah dalam sekelip mata. Orang yang dah berkahwin selama dua puluh lima tahun pun tiba-tiba berubah hati. Apatah lagi nak dibandingkan dengan orang yang bercinta entah berapa purnama. So, how?

Bila dah berpisah, mesti banyak yang akan difikir. Tentang apa orang akan kata, tentang apa pandangan family, and even tentang macam mana nak merawat luka di hati. Semua tu akan berlalu pergi dengan aman suatu hari nanti. Jadi, berilah masa kepada diri sendiri. Beri peluang kepada diri sendiri untuk memulakan hidup baru kerana mungkin akan ada,

Kebahagiaan dalam perpisahan.
Shahir

Move on! The grass is always greener on the other side, or at least nampak macam lebih hijau lah. Untuk tahu kehijauan rumput tu, kita perlulah experience benda tu dulu. Lagipun, experience is the best teacher. Walaupun kadang-kadang cukuplah kita dengar experience orang, kekadang terasa berat untuk menghadap experience tu sendiri tapi kita kena ingat jugak yang Allah takkan menguji hambaNYA kalau DIA tau hambaNYA tak mampu menempuhnya.

Jadi, banyakkan berdoa dan berselawat. Jodoh itu pasti ada, cuma kita sebagai manusia tak tahu siapa jodoh kita, selama mana jodoh kita berkekalan dan bilakah kita akan berjumpa jodoh kita yang sebenar-benarnya. Jadi, berusaha selagi mampu dan selebihnya biar DIA yang menetukan kerana sesungguhnya DIA yang Maha Mengetahui. 

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way
Insya Allah we`ll find the way
Maher Zain


by,
Aimi A.Z yang cuba menyampaikan sesuatu kepada seseorang, dan mengharapkan seseorang itu akan memahami maksud yang ingin disampaikan...

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin