Saturday, March 12, 2011

Sembahyang Sebelum Disembahyangkan

Ramai yang sangat familiar dengan ayat itu, tetapi berapa ramai yang betul-betul menjaga sembahyang sebelum mereka disembahyangkan. dan sembahyang di sini bermaksud sembahyang lima waktu, yakni rukun Islam kedua yang wajib dilaksanakan oleh semua umat Islam without excuses!


Haih~


Bila cakap pasal sembahyang ni memang susah. Sepatutnya taklah sesusah mana sebab sembahyang kan benda wajib. Bila wajib kena buat. Bila tak buat, berdosa. Tapi, kenapa ramai yang tak sembahyang. Susah sangat ke nak sembahyang. Lima kali tu banyak sangat ke? Bukannya lama sangat pun setiap kali sembahyang. Lima minit pun cukup untuk sembahayang. But then, apa masalahnya taknak sembahyang?


Haih~


Bila keluar dengan orang yang tak sembahyang. Kenapa susah sangat mulut ni nak cakap, "eh, dah masuk waktu lah. aku nak pergi sembahyang jap lah." kenapa perkataan tu berat sangat nak keluar. dan kenapa mereka yang bersembahyang, lebih malu kepada mereka yang tak bersembahyang? Bukan sepatutnya keadaan adalah sebaliknya ke? Kenapa? Iman masih lemah, perhaps?


Bila baca entri Budu dan Belacan pasal solat, rasa insaf sangat. Tapi bila baca entri Wardina Safiyyah pasal dia mengajar anaknya solat, lebih menginsafkan. Kadang-kadang memang perlu baca cerita-cerita sebegini supaya dapat mengisafkan diri dan bermuhasabah diri. Jangan lah asyik nak baca entertainment dan gosip je. Itu semua hal duniawi, semua bersifat sementara. 


Jadi, jomlah kita sama-sama jaga sembahyang. Walaupun susah macam mana pun, walaupun busy macam mana pun, sembahyanglah. Sembahyang tu kan tiang agama. Tanpa tiang, macam mana sesebuah bangunan tu akan berdiri. Begitu juga halnya dengan agama. Tanpa sembahyang, agama kita tak akan berdiri. Macam mana kita mengaku sebagai seorang Islam kalau sembahyang lima waktu yang wajib tu pun kita tak buat. 


Entri ni bukanlah ditujukan kepada sesiapa. Entri ni bersifat terbuka dan berniat untuk mengingatkan sesama umat. Diri sendiri pun masih perlu diperbaiki. Jadi, sama-samalah kita ingat mengingatkan supaya kita menjadi umat yang cemerlang dan terbilang.




Renung-renungkan dan selamat beramal. :P


by,
Aimi AZ yang mahu memuhasabahkan diri sendiri sebenarnya...

4 comments:

syura said...

solat la anda sblm disolatkan..jgn terus tido setelah merajuk..haha..btw,dunia dh makin lemah, mari kite bertaubat dan bykkn amal ibadah kpd Allah yg maha esa.astaghfirullahala'zim.kalo tgk pix kt makkah lf insaf,sbb kt mane2 je org bersolat..

Aimi A.Z said...

hmm, itulah kan? kat sekeliling pun susah nak cari orang yang bersolat. kekadang, terikut plak. ish3x.

eh, btw. aku tak terus tdo lah. aku tggu sampai korang tido then baru aku sembahyang.

CWL wanie LovelA said...

love this entry
visit mine 2
http://cikwanielovela.blogspot.com/

Aimi A.Z said...

CWL,
Thanks!

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin