Tuesday, April 19, 2011

Sesi Mengelap Habuk

Sebenarnya, memang aku langsung tak sangka aku boleh meninggalkan dunia blog selama ini. Kalau dulu, memang aku sangat addicted dengan dunia blog ni, especially dengan blog sendiri, tapi sekarang aku dah mampu dan boleh hidup tanpa blog.


Kenapakah?


Mungkin selama ni aku dah terlupa apa yang lebih penting. dan aku lebih mementingkan perkara yang kurang penting dan kurang memberi impak untuk jangka masa panjang. mungkin juga aku lebih mementingkan keseronokan masa pendek dan terlupa dengan apa yang sepatutnya dikejar.


Hasilnya?


Aku keciciran dan ketinggalan. dan aku tak sudah-sudah menyesal. dan menyalahkan diri sendiri. dan mencari jalan dan ruang untuk memperbaiki diri sendiri. menambahkan apa yang kurang dan mengurangkan apa yang lebih. dan tetap melakukan kesilapan yang sama bila keadaan menjadi reda.


Tetapi,


Don't worry. Kerana Aimi adalah Aimi. Tetap bergembira walau apa yang berlaku. Tetap memberikan senyuman manis untuk semua. dan tetap berusaha memperbaiki dan memotivasikan diri sendiri. Jadi, janganlah runsing jika korang tak faham apa yang cuba aku sampaikan, sebab untuk korang, aku still adalah Aimi Az yang sama. *wink*





by,
Aimi A.Z yang rasa tagline blog ini sangat seswai, "Hidup tak selalunya indah, langit tak selalunya cerah | hadapi dengan senyuman, segala yang terjadi biar terjadi"

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin