Monday, May 02, 2011

Misi Sebulan Satu Tempat

Ada ke misi macam tu? Misi tu adalah misi yang aku cipta dan reka sendiri untuk diri sendiri. Memang nampak macam susah nak accomplish, tapi setakat ni, bulan April, aku berjaya melawat ke LIMA tempat dalam masa 4 bulan. Yay~





Blog entri pon tak siap-siap. Apa nak jadi ni Aimi oi? Sorilah kawan-kawan, saya sekarang kurang menghabiskan masa untuk blog. Sila bersabar untuk berapa lama pun saya tak tau. Tapi, silalh sabar, ye? *wink*


Bulan 2 | Terengganu



Trip ke Terengganu adalah bertujuan menghadiri majlis kahwin Za & Sham. Oleh kerana ramai kawan-kawan yang ada urusan dan tak dapat menghadirkan diri, maka hanya 3 orang yang menghadiri trip ini. Takpelah kan, at least ada wakil. :P


Bulan 3 | Bintulu



Trip ni telah aku terangkan dengan panjang lebar di dalam entri itu. Basically ini adalah trip pertama melawat ke pelusok Sarawak. Supaya nanti taklah aku menyesal duduk di Sarawak, tapi hanya mengenali Sibu. 


Bulan 4 | Sarikei



Ini adalah trip aku yang agak baru yang belum aku ceritakan. So, secara ringkasnya, pergi Sarikei adalah untuk berBBQ dan bermandi manda. dan of course melawat tempat orang supaya nanti bila orang tanya ada apa di Sarikei, aku boleh menjawab dengan yakin dan confidentnya apa yang ada di sana. Which is, tak ada apa-apa pun. Haha~


Bulan 4 | Kedah





Bulan 4 aku tamak haloba sikit, pergi ke 2 tempat. Baru balik dari trip ke Kedah. Trip ke Kedah adalah bertujuan menghadiri majlis kahwin Fiza & Shahrim. It's a very short trip tapi sangat best dengan kehadiran kami yang best. Kan Fieza, kan? Jadi sila tunggu saya update mengenai majlis kahwin mereka.


Itulah Misi Sebulan Satu Tempat oleh Aimi A.Z. Selepas ni yang confirm adalah; Bulan 5 ke Kuching, Bulan 6 ke Bangkok, Bulan 7 ke Jakarta dan Kuching (lagi!), dan Bulan 12 ke Singapore. Bulan 8 hingga 11 akan saya rancangkan. Jangan risau, banyak tempat dalam Malaysia as well as luar Malaysia untuk dilawati. dan semoga dimurahkan rezeki supaya dapat menjayakan Misi Sebulan Satu Tempat ni. *wink*


by,
Aimi A.Z yang perlu beli kamera caanggih supaya gambar-gambar menjadi lebih canggih...

2 comments:

Anonymous said...

haisshh benci betul baca!! dengki sebenarnya ;)

best-nye bleh jalan tiap2 bulan..


-KuraKura-

Aimi A.Z said...

puan kura-kura. janganlah dengki mahupun benci. tak bagus untuk kesihatan. Haha~

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin