Saturday, May 28, 2011

Sibu | Taman Jubli Bukit Aup

Bila petang-petang atau pagi-pagi di Sibu, tak tau apa aktiviti yang mahu dibuat, maka pergilah ke Taman Jubli Bukit Aup. Macam mana jalan nak pergi sana? Silalah mencari di Google Maps ataupun silalah mengharapkan GPS korang yang canggih manggih tu. Apa yang ada di sana? Ha, inilah nak cerita ni.

First of all, korang mesti pergi berpakaian santai. Ala-ala nak berjogging punya pakaian lagi bagus, siap dengan kasut sport supaya taklah sakit lutut korang menaiki tangga yang berlambak-lambak di sana. Seriously, banyak gila tangga. Tapi stamina tak perlukan banyak sangat seperti stamina menaiki Sungai Gabai sebab taklah setinggi dan sepenat tu.

Ni baru tangga permulaan. Banyak lagi anak-anak tangga di atas sana.


Kalau korang dah ter"pergi" dengan berpakaian yang kurang sesuai i.e memakai high heels jangan risau. Korang bolehlah beli makanan ikan yang berharga minimum RM1 dan menaburkan ke dalam kolam. Banyaaaaaaaak gila ikan dalam kolam yang tak berapa nak jernih tu. Sangat menarik melihat ikan-ikan yang banyak tu berebut-rebut makanan. Sebijik macam dalam FishVille kat Facebook. Ni baru best, secara live. Bukat setakat secara maya. Hehe~

Kesian ikan-ikan yang nampak macam kebulur ni. Nasib baik ada Kak Amy. Muahahahaha~


Tapi kan, kalau setakat bagi ikan makan je, tapi tak mendaki tangga menaiki ke atas, rugilah weh. Sebabnya, korang takkan dapat menghayati pemandangan Bandar Sibu dan keindahan Bukit Aup yang sememangnya sangat indah. Bila dah sampai di atas tu, dah lupa dah segala penat lelah dan sengal otot akibat menaiki tangga yang banyak tu. Jadi, silalah pergi ke Bukit Aup sekiranya korang berjalan di Sibu ataupun tak tau apa nak buat pada hari minggu.

Keindahan Taman Jubli Bukit Aup. Kalau nak dating bolehlah bersantai-santai di atas rumput nan menghijau.

Sebahagian Bandar Sibu yang boleh dilihat dari puncak Bukit Aup


Ada juga cerita kurang enak yang didengar tentang tempat ni. Tapi, as long as korang pergi pada waktu siang dan tak berseorangan, maka InsyaAllah tak ada apa-apa. Jom!


by,
Aimi A.Z yang dah beberapa kali menjejakkan kaki di Bukit Aup...

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin