Monday, June 06, 2011

Fenomena Nora Elena

Fenomena Nora Elena sedang melanda rakyat Malaysia. Semua orang berkejar-kejaran pulang ke rumah sebelum pukul 7 malam untuk memastikan tak terlepas drama yang sibuk diperkatakan ni. Yang tak sempat berkejaran balik ke rumah pulak sanggup tunggu sehingga habisnya Nora Elena baru bergerak menempuh jammed. Yang tak melayan TV3 plak sibuk-sibuk tengok kat YouTube dan Tonton.com.my dan mengGoogle tentang apa yang bestnya tentang Nora Elena yang orang sibuk dok perkatakan.



Tapi sebab utama adalah kerana lelaki ini, Seth Tan yang mencairkan banyak hati-hati di luar sana. Adoi. Dah lah hensem, romantik pulak tu. Ish3x. Siapa yang tak cair weh?



Tapi, kalau pelakon best, jalan cerita tak best tak boleh jugak kan? Setakat ni, jalan cerita Nora Elena adalah menarik. Tak terlalu slow, dan tak terlalu cepat. Cuma kengkadang geram dengan Nora Elena yang tak pandai menghargai suami yang sehensem Seth Tan tu. Tapi yelah, kalau tak, tak jadilah cerita, kan? Haha~



Memandangkan drama ni adalah adaptasi daripada Novel Kasih yang Suci, makanya novel tu habis Sold Out di merata-rata. Jangan kata MPH, kedai buku yang takbernama pun dah kehabisan stok. Nak beli online pun dah kena reprint balik. Adoi! Saya mau buku tu, mana mau dapat? Siap email penulis Meen Zulaikha lagi mau beli buku, still tak dapat. Mulalah aku mencari-cari buku Kasih yang Suci online version sebab sangat tak sabar, tapi malangnya, still hampa. So, what to do? Terima lah seadanya. Bawak-bawaklah bersabar, ye Aimi?



So kesimpulannya, saya mau balik mau tengok Seth Tan eh, Nora Elena. *wink*


by,
Aimi A.Z curik gambar-gambar di atas (kecuali gambar buku) dari sini...

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin