Friday, July 08, 2011

Ayuh ke Jakarta!

Walaupun sepatutnya saya bercerita mengenai Bangkok dahulu, tapi perasaan malas yang membuak-buak menyebabkan saya tidak mahu menurut turutan. Jadi, terima jelah seadanya tanpa mengikut turutan. Hehe~

Jakarta. Trip bersama colleague. Bukan setakat colleague di Sibu malahan di serata Malaysia termasuk di HQ. Quick info, HQ saya di Bangi, dan company ada project di serata Malaysia termasuklah di Sibu. Maka, time ni lah satu-satunya peluang untuk bersua muka dengan team-team dari site lain.Ahli rombongan adalah melebihi dari seratus orang termasuklah top managements.

Jadi, cakap banyak pun tak guna, mari melihat gambar-gambar yang tak seberapa banyak ni ha. First adalah gambar bersama banner. Team Sibu yang pergi adalah 3 orang sahaja. Project Manager setia menjaga site. *rajin kan PM saya?*

Ini adalah gambar di Monas, yakni Monumen Nasional. Monas ni adalah tempat untuk bergambar. So, kitorang pun menangkap-nangkap lah gambar. *Apa lagi nak buat?*

Inilah kesemua orang yang pergi ke Jakarta. Saya tiada dalam gambar kerana sibuk mengambil gambar. *kesian*

Inilah kami team Sibu plus seorang team KK. Dari kiri, Cik QS, Cik QA, dan Cik C&S. Kanan sekali adalah Cik OM dari KK.

Oleh kerana Project Manager tiada bersama, kami pun bergambar bersama Project Director. =)

...dan ini adalah gambar bersama Tan Sri J. Tan Sri J. adalah CEO ini company. Company ini dia yang punya.


Tiada apalah yang dibuat di Jakarta selain daripada bershopping. Tapi, memandangkan saya ni baru balik dari Bangkok, maka tak banyak sangatlah bershopping. *ye ke?* Tapi memang sangat gila melihat barang-barang itu semua especially kain cotton. Arghhhhhhhh! Sangat cantik dan colourful dan murah! Tapi, kedai cotton adalah yang terakhir dijumpai makanya, tidak boleh banyak membeli sebab duit sudah habis. Ayok!

Geram gila tengok cotton ini semua!


Tapi overall, Jakarta adalah best untuk bershopping. dan jangan risau, saya akan datang lagi semata-mata ingin bershopping cotton. Tunggu~

...dan trip ini adalah bagus untuk mengenali mereka yang bekerja di bawah payung yang sama dan mengenali pelbagai ragam manusia dari pelbagai taraf dan menyedarkan aku tentang persamaan mereka yang bekerja di dalam bidang construction. Apakah itu? *jeng jeng jeng*


by,
Aimi A.Z yang ada banyak lagi cerita yang perlu diupdate. Sabar ye, semua. =)

3 comments:

FARHANA JAMIL said...

cantiknye cotton2 tuh...geram tgk.
cantik dibuat bedsheet baby =p

Aimi A.Z said...

itulah pasal farhana. Aku pun geram, tapi dapat gak aku beli utnuk wat seluar tido or sarung bantal. of course lah yang belang2 and colourful. Hehe~

NormaLiza Mah said...

drop by baca entry n klik2..
salam perisnggahan.. mari mengunjung n klik2.. sama2 tambah tabung...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin