Friday, August 05, 2011

Happy Endings!

December 2007
Saya telah berjaya menghabiskan degree saya dengan jayanya. Oleh kerana saya seorang pelajar yang rajin, maka saya bertekad untuk menyambung pelajaran di peringkat Master. Walaupun saya tidak pasti samada saya mampu bekerja sambil belajar.


June 2008 Semester 1
Saya mendapat result yang pertama yang agak membanggakan untuk seorang part-timer. Hati merasa senang dan berpuas hati dengan usaha yang ditaburkan. 


December 2008 Semester 2
Result semester 2 diumumkan. Mendapat status DIBERHENTIKAN. Setelah berjuang untuk kebenaran, dan berusaha untuk menyelesaikan isu diberhentikan, akhirnya kebenaran terserlah. Tetapi untuk menyerlahkan kebenaran itu, ada air mata yang tumpah dan berperasaan mahu give up. Tetapi akhirnya dapat dibuktikan status itu adalah salah, tetapi harus merepeat dua paper untuk semester 2. Life must go on! and sifat malas dan lambat menghantar assignment perlu dihapuskan untuk meneruskan pengajian.


June 2009 Semester 3
Cuba untuk recover result semester lepas. Berjaya melepaskan diri dan lulus semua subjek.Belajar daripada kesilapan dan kealpaan dan berniat tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama.


December 2009 Semester 4
Memulakan semester 4, pada July 2009 dengan penuh bersemangat. Berjaya menghabiskan semua subjek dengan CGPA 3.11 dan hanya tinggal satu, yakni; THESIS!


January 2010 Semester 5
Sepatutnya membuat thesis, dan menamatkan pengajian dalam semester ini, tetapi akibat kebusyan dan  kemalasan yang teramat, saya tangguhkan ke semester hadapan tanpa sebarang masalah dan perasaan serba salah.


Oktober 2010 Semester 6
Walaupun nak menghabiskan thesis dan master dan memerdekakan diri dengan cepat, tetapi Aimi tetap Aimi. Being a last minute person, mestilah mau menunggu sehingga ke akhirnya baru nak terhegeh-hegeh membuat thesis. Hasilnya, diri sendiri tidak puas hati dengan hasilnya dan bermasalah untuk membetulakan thesis dalam masa yang singkat


January 2011 Semester 7
Setelah berusaha untuk menyenangkan hati kedua-dua panel dan supervisor, thesis saya masih ditolak. dan pendakian saya masih belum selesai kerana seorang panel tidak mahu menurunkan tandatangan kerana katanya thesis saya adalah TERUK! Walau sejauh mana saya menolakknya, deep inside saya tahu thesis saya memang teruk dan terpaksa menambahkan bilangan semester dalam pengajian saya.


June 2011
Final presentation adalah cemerlang. Tetapi Aimi yang tidak pernah belajar dari kesilapan ini mengulangi kesilapan yang sama yakni menghantar thesis di saat-saat akhir pabila tempoh memasukkan markah sudah tamat. Buat kali kedua mendapat status DIBERHENTIKAN dan mungkin memang akan terus diberhentikan walaupun tidak mempunyai masalah lagi untuk thesis. Walau sejauh mana pun rasa tertekan, walau sejauh mana pun rasa dah hilang arah, aku gagahkan jugak hati untuk berusaha membetulkan masalah yang asalnya datang dari dalam diri sendiri juga. Rayuan masuk semula diisi dan menunggu dan terus menunggu keputusan pihak atasan.


August 2011
Jumaat pertama di bulan Ramadhan. Diberitahu bahawa sudah mendapat status TAMAT. Tiada apa yang boleh menggambarkan perasaan lega, perasaan gembira, dan perasaan bersyukur. Thank you Allah.



Hikmah dan pengajaran adalah banyak. Tetapi sejauh mana seseorang manusia itu boleh belajar dari kesilapan yang pernah dilakukan dan berusaha menjadi manusia yang lebih baik itu adalah lebih penting. Yang pastinya, hidup ni memang tak senang. Berusaha dan berusaha dan jangan sesekali mengalah. Memang ada masanya, mengalah adalah perkara yang paling senang untuk dilakukan tetapi, nanti suatu hari kita akan menyesal dengan keputusan kita itu. Jadi, teruskan menghadapi semua dugaan walaupun rasa seperti tak tertanggung dan insyaAllah dengan keredhaanNYA juga kita akan mendapat happy endings sekiranya itu yang telah ditetapkan. Cepat atau lambat, kalau sudah rezeki tetap tak ke mana. *wink*


by,
Aimi A.Z yang rasa tiada lagi batu yang menghempap dada, dan terasa macam hilang berkilo-kilo berat walaupun bila naik penimbang, jarumnya tetap menunjuk ke nombor yang sama. :P

6 comments:

FARHANA JAMIL said...

good aimi...jgn mudah putus asa. Congratz!!! Bila la plak aku nak menamatkan diri nih....

Aimi A.Z said...

memang jgn mudah putus asa, tapi bila sampai time nya rasa macam memang dah putus asa. tapi bila happy ending macam ni, aku sangat berbangga dan bersyukur aku tak give up. :)

syura said...

yea..at last aimi berjaye jgk and bleh shake hand dgn sultan..bagus2..nnt convo ajak kitorg skali ke.tahniah ye cik aimi..aku pon bangga jgk..tp kan, aku rs status berhenti tu 3kali kot..hehe..

Aimi A.Z said...

weh, kenapa ko rasa status berhenti 3 kali? dua kali jelah!

Nas said...

aimi!!!aku nak berenti setadi.. tapi bile baca entry ko ni..aku tabahkan hati jugak..leh x ko bgtau aku maksimum leh amek berapa sem? aku nak amek yg maksimum tu.. T_T


*semangat stadi hilanglah...huhu*

Aimi A.Z said...

Nas, kenapa nak berhenti study. sayang lah Nas. Baik ko pikir masak2 dulu. aku pun banyak kali rasa nak berhenti, tp aku tabahkan jugak hati. bila rasa susah, tgk org lain lagi susah. Nas, pk balik nas. Wat istikharah.

Maximun aku tak sure. maybe 8sem untuk part time. tapi cube ko confirmkan.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin