Saturday, August 06, 2011

Misi Sebulan Satu Tempat (continued)

Hari tu Misi Sebulan Satu Tempat aku berhenti di Bulan 4 je, kan? Ni aku nak sambung untuk bulan seterusnya. Bukan nak bagi korang jeles (sebab bukan best pun sampai korang nak jeles) cuma nanti boleh mengingatkan aku tentang tempat-tempat yang pernah aku melawat di tahun 2011. *wink*


Bulan 5 | Kuching


Masa pergi Kuching hari tu tak ada banyak tangkap gambar pun. Lepas tu cuma ada gambar yang langsung tak menggambarkan Kuching. Jadi setelah dipilih-pilih, inilah gambar terbaik yang melambangkan Kuching; membeli belah kek lapis Sarawak. Oh btw, trip kali ini adalah sebab ada course. So, taklah jalan kemana sangat pun. *wink*


Bulan 6 | Bangkok


June adalah bulan ke Bangkok. Belum sempat nak cerita pasal Bangkok. Sekarang nih ketiadaan laptop dan broadband megehadkan penulisan blog. Lagipun setelah dah banyak vacation, macam dah lupa dan apa yang terjadi di Bangkok. Not good, not good. Tapi, Bangkok adalah tempat yang agak maju dan acara utama di Bangkok adalah shopping!


Bulan 7 | Jakarta


Ke Jakarta bersama company trip. First time lah jumpa orang-orang lain yang bekerja di bawah payung yang sama. Selama ni berjumpa dengan team Sibu je. and ke Jakarta seminggu selepas Bangkok. dan ke Jakarta pun tiada yang lain untuk dibuat selain dari shopping! 


Bulan 8 | Mukah


Actually, setelah ke Jakarta, aku pergi ke Kuching (again!) tapi tak ada cerita menarik pun. Btw, ke Mukah adalah membeli stok lauk untuk puasa. Pergi sehari sebelum puasa, actually tak masuk bulan Ogos lagi, tapi bolehlah dikira sebagai jalan-jalan di bulan Ogos eh? Aktiviti di Mukah adalah membeli ikan-ikan yang fresh. and pertama kali membeli ikan yu. Kagum sekejap. Dah membeli ikan, berjalan-jalan sebentar di bandar Mukah. Btw, perjalanan ke Mukan adalah 2 jam dari Sibu. Pergi pun guna jalan darat, bukan jalan sungai. Tak adalah penat sangat pun. Lepas ni bolehlah menjadikan pergi ke Mukah sebagai aktiviti mingguan untuk membeli ikan. Hehe~


Jadi, itulah tempat-tempat yang dilawati sepanjang bulan Mei hingga Ogos. Setakat ni bulan September, Oktober dan November tiada rancangan lagi. Tapi, insyaAllah akan dirancangkan  setakat yang mampu. dan bulan Disember adalah ke Singapore. 


Till then.


by,
Aimi A.Z yang nak cuba jalan ke Miri tapi kena cari driver dulu sebab Miri adalah agak jauh dari Sibu. Anyone wants to volunteer? 

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin