Saturday, August 27, 2011

Rezeki

Sempena Ramadhan yang dah masuk hari ke-27 ni, aku nak bercerita sikit pasal rezeki. Cerita ini bukanlah bertujuan untuk membangga diri, tetapi untuk berkongsi cerita dan pengalaman. Semoga kita semua mendapat iktibar daripadanya. 


Cerita #1 | Solat Dhuha

Umi dan Opah selalu menasihatkan aku melaksanakan solat Dhuha. Tapi biasalah, as to-date aku tak rasa aku pernah sembahyang solat sunat Dhuha walaupun berkali-kali disuruh. Bagi yang tidak tahu, antara kelebihan solat Dhuha adalah menarik rezeki dan menolak kepapaan. Kalau tengok doa solat Dhuha;


"Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


Al-kisah umi selalu buat sunat Dhuha. dan mungkin sebab itu juga Allah senangkan hidup umi. Allah kasi umi duit nak renovate rumah baru dengan tak disangka-sangka. Allah kasi duit cash segedebuk bagaikan duit tu turun dari langit. Siapa yang sangka, siapa yang menduga rezeki Allah datang sebegitu rupa. MashaAllah.



Cerita #2 | Bersedekah

Aku selalu dengar tentang kelebihan bersedekah, terutamanya di bulan Ramadhan. Masa pergi kedai buku, aku ternampak buku ni; Ajaibnya Sedekah: Semakin Bersedekah Semakin Kaya dan terdetik hati aku nak membelinya.



Antara kandungan buku ini menyatakan; jangan ingat bila kita bersedekah tu, duit kita akan menjadi sedikit. Kita mesti yakin dah percaya bahawa Allah akan memberi balasan berlipat kali ganda jika bersedekah seikhlas hati. dan jangan sesekali mengharapkan balasan daripada manusia, tetapi mintalah balasan daripada Allah. Jadi, aku pun berniat untuk bersedekah (dalam bentuk duit raya) kepada colleagues aku, tanpa mengharapkan sebarang balasan. Tapi, Allah itu Maha Kaya, Dia membalas kepada aku pulangan yang sangat hebat dalam masa beberapa minit sahaja. Terus aku terfikir, memang ajaibnya amalan bersedekah ni, kalau kena gayanya, lagi untung dari ASB. Hahahaha~ Tapi, sampai sekarang aku masih ragu-ragu samada nak gunakan duit tu ke atau nak pulangkan kepada si pemberi. But, the point is, kalau Allah nak bagi rezeki tu, Dia akan kasi tak kira masa dan ketika.


Kesimpulan

Kita sebenarnya takkan tahu apakah balasan-balasan yang Allah beri tu adalan balasan untuk amalan-amalan kita. Mungkin itu adalah dugaan untuk menduga samada iman kita hanyalah senipis kulit bawang. Apa yang patut kita fokuskan, berusaha mencari rezeki, beramal dengan rezeki yang ada dan berdoa supaya rezeki yang kita dapat adalah halal dan berdoa supaya Allah melipat gandakan rezeki kita.Yang penting, ikhlaskan hati dan semoga kita mendapat keberkatan daripadanya. 


by,
Aimi A.Z yang mahu sangat bercerita secara detail dan meletakkan relevant gambar, tetapi takut disalah anggap niat di hati...

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin