Sunday, October 30, 2011

Soal Jawab Tentang Kehidupan dan Masa Depan



Ramai yang bertanya;


Kenapa kau ambil Master? Kau nak jadi lecturer ke?


Niat asal ambil Master, bukan nak jadi lecturer. Niat asal mengapply Master adalah sebagai back-up plan. Masa tu hampir menamatkan degree, in case tak dapat kerja maka berniat nak sambung belajar secara full time. Rezeki aku masa tu murah (Alhamdulillah), dapat kerja terus setelah menamatkan degree. dan dalam masa yang sama, permohonan untuk sambung Master pun berjaya.


Menjadi Aimi yang tamak, mestilah tak melepaskan peluang yang ada. Grab kedua-dua peluang, maka bekerjalah aku sambil belajar. dan berniat untuk menambahkan ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.


...dan sekarang, bila dah ada Master, aku fikir lagi apa yang aku akan buat dengan Master ni. dan jawapnnya adalah sama; sebagai back-up plan. Nanti bila suatu masa nanti, bila aku dah bosan jadi engineer, dan bila aku rasa aku dah mempunyai ilmu yang cukup untuk dicurahkan kepada orang lain, insyaAllah akan aku pertimbangkan untuk menjadi lecturer. Lagipun, sampai bila nak jadi engineer, kan?



Kemudian mereka bertanya lagi;


So, what's next? PhD ke?


PhD is looooooong way to go. Sekarang ni saya mahu berusaha untuk menjadi seorang Professional Engineer dan mendapatkan Ir. Walaupun, rasanya masih belum layak, tapi mari kita berusaha untuk melayakkan diri, InsyaAllah akan berjaya. *wink*


...dan, saya ingat saya nak kahwin lah. Jeles pulak tengok kawan-kawan dah beranak pinak. Noni, jomlah kahwin weh. Kawin sama-sama, nak? =) Kalau Farah and Wardah nak join sekali pun sangat dialu-alukan. 



Kesimpulannya, 


Perjalanan ni masih jauh. dan kejayaan tak dapat diukur hanya kerana kau dah ada Master. 


Renung-renungkan dan selamat beramal. =)



by,
Aimi A.Z yang menjawab semua persoalan ni sebab ramai yang bertanya dan juga sebagai peringatan kepada diri sendiri...

2 comments:

Tirara said...

kalau ada degree in engineering, lepastu pegi sambung MBA, boleh ke jadi lecturer bisnes? Kalau lecturer engineering dah tentu tak boleh... Just asking sbb saya ada degree in engineering tapi tak berminat nak sambung master in engineering. That's why saya pilih MBA. SIla beri pendpat please.

Aimi A.Z said...

Tirara,
Tak tau lah jawapan kepada soalan tu. Mungkin boleh, mungkin jugak tak boleh. Cuba cek requirement untuk jadi lecturer bisnes. Sorry, can't help. =)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin