Tuesday, February 21, 2012

Nasihat untuk Bakal Engineer

Actually, serba salah nak tulis tajuk di atas. Satu, sebab terasa macam dah tua sangat untuk memberi nasihat padahal, baru nak masuk 5 tahun bergelar engineer. Sebab kedua, sebenarnya nak tulis tajuk: Surat daripada Peminat tapi macam poyolaaaaaaaaah pulak. Hehe~

So, what's up dengan Surat daripada Peminat? Actually bukan peminat pon tapi biasalah being Aimi yang suka-perasan-tak-kena-tempaat, macam nilah jadinya. There's a girl yang emel saya bertanyakan nasihat tentang bagaimana untuk menjadi engineer, Bertanya cabaran sebagai seorang engineer dan macam mana saya berdepan dengan masalah-masalah sebagai seorang engineer. Dia bertanya semua ni berdasarkan entri saya setahun yang lepas on: Cabaran Seorang Jurutera. So, here are my reply:

Fresh grad memang susah. Bukan fresh grad engineer je yang susah, fresh grad apa-apa pun susah. Masa tulah semorang nak pandang rendah kat kita sebab diorang anggap kita budak baru yang tak tau apa-apa. Time tu jugak yang kita akan senang ditipu sebab kita akan percaya apa je yang orang ajar. Tapi, jangan risau. Ada sebab kita jadi engineer, sebab kita ni bijak. So, kita perlu cepat belajar. Belajar banyak2 dengan cepat. Jangan harapkan pada satu source aje. Cari dalam buku, cari dalam internet, tanya orang, tanya senior, tanya bos. Jangan percaya bulat2 apa yg orang cakap tapi try proofkan dengan teori2 yang pernah kita belajar. Dengan cara ni jugak kita dapat asah skill engineering kita and kukuhkan foundation knowledge kita yang akan kita bawak sampai mati. 
Untuk orang2 yang pandang rendah kat kita tu, kita biarkan aje. Kita tak payah buktikan kat dorang pon yang kita ni hebat. Kita buktikan je pada diri kita sendiri yang kita ni hebat and lama2 diorang sendiri akan tau kehebatan kita. Percayalah. 
My advise. Untuk fresh grad, masuk design consultant dulu. Exposekan diri dengan design. Dengan software. Belajar banyak2. And apply design knowledge dari universiti. After three years, dah tere design, masuk contractor plak. Kat situ cabarannya lagi besar.

Kalau kat consultant; kerja dalam ofis. Otak penat dan stress. Gaji ciput. Mengadap komputer 24jam. 
Kalau kat contractor; kerja kat site. Otak penat tapi stress kurang. Gaji banyak. Mengadap ragam manusia sekeliling. 
Dua2 ada pro and cons. 2-2 ada ilmu yang kita perlukan. Jangan pandang rendah pada salah satunya sebab 2-2 yang akan menjadikan kita engineer yang berjaya. So macam tadi. My suggestion masuk consultant 3 tahun then cuba contractor untuk satu projek then decide what do you like the most. 
Jangan risau sangat dengan task yang dikasi. Sesusah mana pon insyaAllah kita akan cari jalan untuk buat. Cuma jangan sombong. Belajar dari semorang tak kira pangkat. Semorang ada ilmu untuk dikongsi cuma kita kena pilih ilmu mana yang boleh digunapakai, and yang mana tak boleh. 
Kesimpulannya, belajar cepat. Jangan sombong. Sentiasa bertanya. Cari teori untuk kukuhkan setiap jawapan. And banyak banyaaaaaaaaaaak bersabar. InsyaAllah. Mesti boleh! =)

So, itulah nasihat ahkaaaaaaak sebagai seorang senior engineer. Itu cumalah pandangan dan pendapat daripada ahkak yang tak berapa nak bijak ni. Lain orang, lain pendapat dan nasihatnya. Jadi, pilihlah dengan bijak! =)

And, btw. Entri setahun lepas tu bagus jugak lah ye? Menarik minat ramai manusia di luar sana. Orang-orang yang mencari engineer lelaki untuk dijadikan bakal suami pon tersangkut kat blog ni melalui entri tu. Sape makan cili dia terasa pedas. Ehem! Anda tau kan siapa anda. And mereka yang lain yang mengalami situasi yang sama pon tersangkut kat blog ini. =)

Pesanan terakhir dari ahkak, kalau ada soalan lagi tanya jelah. Email kat aimi_az@yahoo.com. Ahkak memang suka balas surat peminat macam ni. *malu*


by,
Aimi A.Z yang baru dapat satu emel dah kecoh ada peminat. Hahaha~

4 comments:

PUANSTOBERI said...

wah..klass uols..ada surat peminat. hiikksss.. :))

By d way, btul la cakap Aimi tu, seme fresh grad mmg susah nak masuk dlm industri ni. Yg penting ilmu dan pengalaman. Pengalaman tu tak semestinya dr bidang keja, dr memana pun leh dijadikan pengalaman kan.

Eh. Apahal akak lak nyibuk2 dlm ini gmbar?? Hahahahah

Nas said...

terime kaseh ahkak Aimi! ko memang hebatlah...hope one day u will be a great senior engineer..insyaallah ;)

Aimi A.Z said...

Kak Reen,
klass kan ada pemimat. Hak hak. Betul cakap akak tu, pengalaman hidup tu yang mahal tu. =)

byw, silalah menyibuk. sibuk tu kan bagus. Saya no hal lah. hiks

Aimi A.Z said...

Nas,
Mana ada ahkak hebat. Ahkak ni biase2 je orangnye. Hahahahaa~

btw, thanks for the doa. semoga kita sama2 akan jadi great senior engineer. =)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin