Tuesday, February 28, 2012

Route to Professional Engineer Status

Susah sangat nak cari info tentang macam mana caranya untuk menjadi professional engineer (PE). Ada yang kata macam tu, ada yang kata macam ni. So, lama-lama aku pening and dah confius. Jadi, untuk menghilangkan keconfiusan yang ada, dan dengan information yang dikumpul sedikit sebanyak, maka aku pon bertekad untuk menelefon IEM sendiri. Kes berani mati lah ni pergi telefen IEM sendiri. Hak hak. Jadi, setelah menelefon IEM and bertanya itu ini akhirnya saya dah dapat jawapan yang saya cari dan saya rasa gembira untuk berkongsi dengan kawan-kawan engineer ku sekalian. *baik kan saya?*



Inilah rupa Aimi yang baik hati tu *wink*


Mula-mula korang kena ada minimum tahun yang diperlukan. Tadi, bila saya katakan bahawa saya adalah civil engineer, maka saya hanya memerlukan 12 bulan design experience dan 12 bulan site experience yang disupervise oleh PE. Maksudnya, kalau saya dah ada 3 tahun design experience and 1 tahun site experience, tapi tak ada PE yang supervise kerja saya, maka pengalaman saya tu tak dikira. Get it?


Jadi, bila dah cukup syarat minimum tu, korang bolehlah start mengisi Borang IEM/P1 (1). Borang ni adalah borang untuk menjadi / perpindahan kepada ahli korporat. Borang ni korang boleh dapat dekat website IEM. Pastu korang isi borang tu, dapatkan maklumat apa yang patut and cop apa yang patut, then korang bolehlah submit kepada IEM.


Dah submit borang tu, IEM akan ambil masa untuk proses borang tu, and dalam masa 3 bulan diorang akan bagitau samada korang layak or tak layak jadi corporate member. and if korang dah layak, barulah pergi ke next step iaitu professional interviewlah, prepare reportlah, hantar drawing lah and sebagainya. Tapi bab ni saya tak berapa nak faham lagi. Apa yang penting sekarang adalah mencukupkan minimum tahun dan hantar borang IEM/P1 (1).


Maka, itulah ilmu yang saya ingin kongsikan hari ni iaitu cara-cara untuk menjadi jurutera profesional dan mendapatkan IR. dan segala maklumat ini adalah benar jika sumber saya (yakni orang IEM) tu memberitahu perkara yang benar. Kalau dia tipu, maknanya saya tipu. Tapi, korang lah pulak pergi call dia, lagi senang. =) and, jangan lupa, korang mestilah dah daftar dengan BEM setelah korang graduate and korang mesti ingat yang segala pengalaman dikira dari tarikh korang graduate


Jadi, jom ramai-ramai kita menjadi jurutera profesional yang berjaya. 



by,
Aimi Az yang tau perjalanan untuk jadi Ir. Aimi adalah sangaaaaaaat jauh lagi...


Published with Blogger-droid v2.0.4

3 comments:

cuya said...

12 bulan design experience tu mcm mane ye?

Anonymous said...

berdasarkn maklumat yg sy dapat..xtau betul ke x..untuk dpt ir kene daftar bawah Board Of Engineering Malaysia(BEM)..bile dh daftr baru pengalaman strt kire..dn perlu di supervs oleh PE..pas 3thn br layak mintak ir kn...klu slh tlg betul kn

mimie said...

ada cita-cita jgk ambil PE. tapi comp skrg xde PE nak selia keja kite. then skrg kije design engineer kt consultant...tataw bila nak masuk sitenya.huu

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin