Friday, February 24, 2012

A Trip To SMK | Part 2

Lebih daripada setahun lamanya pergi vacation, baru nak sambung entri pasal vacation itu sendiri? Aiyok! Ini macam punya orang pon ada kaaa? Itu pon sebab nak pergi vacation lain and tetiba teringat kenangan semasa vacation sebelumnya. Memang lah better late than never but this is wayyyyyyyyy too long lah. Anyway, terima jelah sedanya ye kawan-kawan, sahabat handai, sepupu sepapat, saudara maraku dan pembaca-pembacaku sekalian. Sesungguhnya saya ni manusia yang memang kekurangan. Hehe


Pulau-pulau ni adalah terletak di Sabah. Kalau nak senang, korang amik direct flight ke Tawau sebab jetinya adalah berdekatan dengan Tawau. Dekat tak dekat lah, adalah sejam perjalanan. If korang amik flight ke KK, nanti korang kena amik flight lain ke Tawau pulak. Kan dah susah tu. Ok, untuk penginapan, selalunya orang akan tinggal kat Pulau Mabul. Kat Pulau Mabul banyak chalet-chalet atas air and banyak backpackers punya pakej. Time nilah nak merasa duduk kat atas laut. Bila malam, terasa bergoyang dengan ombak, bila terasa nak mandi boleh terus terjun kat depan chalet. Haih, mana nak dapat pengalaman macam tu weh? and inilah rupanya chalet kitorang tu; 



Pulau Sipadan. adalah Pulau yang terjaga. Terjaga maksudnya tak boleh masuk sesuka hati. Kena ada permit untuk masuk ke sana. And untuk permit pulak, selalunya korang boleh terus amik dari chalet supaya diorang boleh arrangekan permit korang tu. and selalunya snorkeling pakej termasuk pass dan makan adalah RM440. And yes, ini adalah harga masuk ke Pulau Sipadan sahaja per person per entry. Memang mahal tapi memang berbaloi sebab memang sangaaaaaaaaaat cantik. Oh, saya sudah rindu sama itu pulau. And harga tu harga tahun 2011 lah, harga 2012 saya kurang pastilah pulak. =)



The next one adalah Pulau Kapalai. Underwater Kapalai adalah biasa, tapi pemandangan dia adalah cantik. Antara air laut yang terbiru yang pernah saya tengok. So, dekat sini tak buat apa pon kecuali menikmati pemandangan ciptahaan Tuhan.



Jadi, itulah jelah cerita percutian saya di ketiga-tiga pulau ni. Kalau cerita dari dulu mungkin banyak lagi yang boleh diceritakan. Tapi, dah cerita setelah setahun berlalu, mestilah banyak cerita yang tertinggal. Anyway, saya memang ingin nak pergi lagi ke sana. Kalau ada sesiapa mahu mengajak, jomlah. Saya ON je. Ngehngeh




by,
Aimi A.Z yang masih berhutang cerita vacation ke Bangkok. Banyaknyeeeeeeee hutang Aimi oi...


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin