Wednesday, April 18, 2012

Nowadays

Nowadays, perasaan bercampur baur. Perasaan terhadap diri sendiri dan perasaan terhadap orang sekeliling. Aku sendiri pun tertanya-tanya kenapa perasaan tu boleh bercampur baur padahal orang kat sekeliling adalah orang yang sama semenjak setahun yang lepas, so kenapa perasaan selepas setahun tu boleh berubah?


*sigh*


Mungkin bosan adalah perkataan yang sesuai. Atau mungkin perkataan penat adalah lebih sesuai untuk mendescribe apa yang aku rasa. Penat untuk memujuk hati sendiri dan penat untuk melayan kerenah orang. Penat untuk merasa apa yang aku rasa sekarang dan yang paling penat adalah untuk menjaga hati sendiri di saat orang mempermainkan hati aku.


Bukan sekali dua memujuk diri sendiri. Bukan sekali dua mengingatkan diri sendiri yang aku pon mempunyai perangai yang kekadang susah di handle. Bukan sekali dua juga aku pujuk diri sendiri supaya sabar dan semoga kesabaran tu dibalas oleh Yang Maha Pencipta. Tapi, mungkin hati aku dah tak terpujuk. Diri sendiri mungkin dah tak terlayan oleh pujuk rayu dan hanya menunggu masa untuk mengEXPLODE.


*haih*


Dah lama sebenarnya aku mengelak untuk menulis hal-hal yang berkaitan hati dan perasaan ni kat blog, memandangkan banyak pembaca senyap yang aku tak ketahui. Tapi, I don't know where else to go. Aku harus dan perlu buang perasaan ni jauh-jauh dan cepat-cepat supaya mood aku sehari-harian tak terganggu oleh perasaan yang bercampur baur dan menjadikan aku seorang yang bosan. Aku juga tak mau menanamkan perasaan benci dalam diri sebab benci tu kan menghitamkan hati. Tapi, untuk bertahan pon, aku tak tau aku mampu sehingga berapa lama lagi.


Maka, aku memohon untuk diberikan kesabaran yang tinggi untuk menghadapi hari-hari yang mendatang dan menghadapi manusia-manusia yang sering menguji kesabaran aku. Dan semoga bila semua ni dah berakhir, aku dapat menoleh ke belakang dan merasa bangga dengan diri sendiri dan bersyukur berjumpa dengan mereka-mereka ini kerana merekalah yang menjadikan aku siapa aku sekarang.



by,
Aimi Az yang merasa sangat lega dapat meluahkan apa yang hendak diluahkan...

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin