Friday, June 08, 2012

Miri & Brunei

Hari Gawai. Menghabiskan masa berjalan-jalan di sekitar Sarawak dan negara jiran, yakni Brunei. It was a very short trip memandangkan kami drive ke sana, yang mengambil masa lebih kurang enam jam sehala. *kalau aku yang drive tu lebih lah dari enam jam*

First pit stop adalah Gua Niah. Daripada main road masuk ke tempat letak kereta adalah selama 15 minit perjalanan je. Lepas dah bayar bayaran pendaftaran sebanyak RM10 maka perlu menaiki bot. Bayar lagi RM1. Naik bot tak sampai 5 minit pon, sebab seberang sungai je, tapi alasan yang diberi kenapa diorang tak construct jambatan adalah kerana nak kasi peluang kat penduduk tempatan untuk beroleh pendapatan. Tapi, pegang elok-elok supaya tak terjatuh dalam sungai yang ada buaya tu. =)

Muka bersemangat nak meneroka Gua Niah


The only photo yang ada kesemua kami enam orang


"Berhati-hati ada buaya"


Lepas turun bot, mulalah perjalanan yang sangat panjang. Kena berjalan sejauh 3 kilometer. Jalan agak landai dan tak memenatkan sangat, but then jauh lah jugak. Tak penat sangat pun untuk orang yang berstamina agak rendah macam aku ni. Sepanjang perjalanan, korang bolehlah menikmati keindahan ciptaan Allah dan menghargai alam semulajadi yang memang hijau. 




Selepas berjalan almost sejam, sampailah korang ke sebuah Gua. Gua Niah ni macam terbahagi kepada banyak gua-gua kecil. Disebabkan aku fail ilmu sejarah dan Geografi, dan aku merasa sangat malas untuk mengGoogle sekarang, maka, aku tak bolehlah nak memberitahu korang fakta yang sebenarnya. Jadi, sila Google sendiri, ye? Hee~

One of the caves. Tak tau apa nama


Gua adalah gelap. memang memerlukan torchlight. Jalan dalam gua pulak banyak tangga dan memang agak licin. Maka, korang harus sangat berhati-hati menyelusuri jalan yang gelap itu untuk pergi ke gua seterusnya, yakni Painted Cave. Painted Cave tu gua yang paling jauh lah which is more than 4 kilometres dari tempat turun bot tadi.

Bahagian dalam Gua Niah. Nampak tak tangga2 yang banyak tu? Kat dalam tu banyaaaaaak lagi


Ni pon bahagian dalam gua. Nampak tak mereka yang tengah berpossing tu? =)


Malang bagi kitorang sebab bila dah bersusah payah berjalan, sampai ke hujung gua, baru nampak notis rupanya Painted Cave tu tutup. Aiyok! Maka, kami pon berpatah balik sehingga ke titik mula. Tapi overall, walaupon memenatkan, itu adalah satu experience yang best dan tak menyesal langsung. Wee~


Hari kedua; Melawat negara jiran, iaitu Brunei. Semua perjalanan adalah dengan menaiki kereta. Bwak kereta dari Miri sampai ke Imigresen Brunei taklah lama sangat, dalam 30 minit je. Cuma dari Imigresen nak ke bandar Brunei adalah dalam sejam lebih. There's nothing menarik kat Brunei. Experience paling best adalah pergi naik bot, pusing-pusing kat Kampung Ayer. Jerudung Park, which is theme park kat Brunei dibuka malam, so tak pergi. Lagipon dengar cerita (di blog dan daripada orang tempatan) yang banyak barang rosak sebab tak buat maintenance, so macam tak menyesal pon tak pergi. Other than that, tak menarik pon Brunei, and aku tak dapat decide sampai sekarang yang mana lebih bosan: Brunei ataupun Sibu.

Ni lah rupanya rumah di atas air. Tiba-tiba rindukan Mabul~


Bersama boatman~


Orang kata, antara yang best di Brunei adalah masjidnya. Masjid yang tersergam indah and terasa sejuk dan tenang hati bila memasuknya. Tapi, based on my experience, Malaysia punya masjid lagi best and besar dan lebih menarik. Especially Masjid Putra dan Masjid Besi. and Masjid Shah Alam pon lagi best dari Masjid di Brunei. Tapi, itu pendapat masing-masing lah kan? =)

One of the mosque in Brunei


Last day; dalam perjalanan balik ke Sibu tu, kitorang sempat singgah di Taman Negara Lambir. Taman Negara Lambir ni ada 10 air terjun. Semua air terjun adalah jauh ke dalam hutan, tapi yang paling dekat adalah selama 20 minit perjalanan. Dengarnya yang ni yang ada kolam yang paling besar and paling sesuai berBBQ. Yang lain ada yang kena panjat tangga setinggi 90 darjah and ada yang kena berjalan sejauh 3 jam. Memandangkan lepas tu kitorang kena drive balik ke Sibu lagi, maka hasrat murni untuk meneroka 9 lagi air terjun dibatalkan. Nanti, penat pulak nak balik Sibu. =)

Main trail to the waterfalls


The only one waterfall yang kitorang sempat pergi


Ni lah rupanya Latak Waterfall tu


After all, it was a nice short trip. Semoga ada kesempatan lagi untuk melawat gua-gua lain dan bermandi-manda di air terjun lain pulak. Insya Allah.



P/s: All photos taken from my Samsung Galaxy Note. and sebab aku lah photographer, maka gambar mereka yang lain adalah lebih banyak dari gambar aku sendiri. What to do? Hehe~



by,
Aimi A.Z yang next week akan ke pulau pulak. Wee~


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin