Wednesday, July 11, 2012

June

Bulan berjalan sedunia. Aktiviti tersangat padat and badan pun terasa penat. Tapi, penat badan manalah sama dengan penat poket yang sudah berlubang. Oh no!

Jadi, jom kita summarykan kisah saya di bulan June. Nak tunggu entri penuh untuk setiap tempat tu, tak taulah bila pulak. Aimi kan busy orangnya? Ehem!


1 June 2012 - 3 June 2012 | Miri dan Brunei

Ni dah ada buat dedicated entri. Ha, nampak sangat Aimi bukan sepemalas yang disangka. Haha~ So, seperti yang dah diceritakan aktiviti adalah melawat Gua Niah, berjalan-jalan di sekitar Brunei, dan mandi manda di Taman Negara Lambir. Pengangkutan yang digunakan adalah 2 biji kereta memandangkan kitorang pergi berenam. Bila lagi nak merasa driving dari Sibu ke Miri, Miri ke Brunei kalau tak sekarang. Kan? Tapi masa on the way back to Sibu, kena saman dengan polis trafik. Hampeh betul. Dah lah aku yang drive masa tu, tak pasal-pasal kena bayar saman. Melayang RM. Huhu~

Bukti saya pergi dan balik dari Brunei

Macam ni lah kegembiraan trip ni. *Awat besar sangat gelak tu?*


15 June 2012 - 17 June 2012 | Pulau Mantanani, Sabah

Pulau ni seriously sangat cantik dan sangat biru dan sangat privacy. Kat resort yang kitorang duduk tu, just ada kitorang and 3-4 orang pelancong lain dari China. So, memang tak crowded macam pulau-pulau yang lain. Kalau dari segi underwater tu tak lah secantik Sipadan mahupun Perhentian, tapi dari segi privacy tu memang best lah. Tenang je rasa. Rasa macam nak jadi penduduk tetap kat pulau je. *yeke* Antara aktiviti yang aku buat adalah, snorkeling, kayaking, beach balling (ada ke perkataan ni?), menangkap ketam di malam hari, mencari fireflies, melayan perasaan di depan unggun api dan of course bermain daun terup. Overall, it was a very great and fun vacation. Oh, btw aku pergi dengan colleagues, total termasuk aku adalah lima orang.  

Pulau Mantanani rocks!

Company yang sama, tapi site lain-lain.


24 June 2012 | Pantai Belawai, Sarawak

Family day untuk project site team. Belawai ni actually dalam 2 jam perjalanan driving form Sibu. Agak jauh, tapi memandangkan Sibu adalah bosan and tak tau nak buat kat mana di area Sibu, maka tulah kena buat kat tempat yang jauh sikit. Aktiviti adalah makan-makan, bermain-main dan bermandi-manda. Dahlah mandi di saat matahari di tengah kepala, tu yang kulit menjadi tanned gila, se tanned orang Africa. Oh no! Tapi what to do? Terima jelah seadanya. *padahal jenuh nak putihkan kulit balik* Maybe ini adalah aktiviti terakhir bersama-sama sebab projek pon dah hampir siap. Oh, btw ada video masa tengah sukaneka tu, tapi macam malas je nak letak sebab nanti korang tau betapa kecohnya Aimi ni. Hahahaha~ Dan ini adalah second time pergi Belawai, hari tu pergi dengan kawan-kawan je. Eh, takde ye aku blog pasal ni? Oops! Ingatkan dah blog dulu. Hehe~

Project site team bersama family 

Sedap woo ikan pari ni. Fresh dari laut.


29 June 2012 - 1 July 2012 | Ho Chi Minh City, Vietnam

Company trip. Dari Sibu cumalah dua orang je. Sepatutnya bertiga tapi memandangkan "sesuatu" peristiwa telah berlaku yang menyebabkan orang ketiga melarikan diri, maka kami berdua jelah yang pergi. Tapi tak apalah sebab ramai lagi rakan secompany yang pergi. Nama pon company trip. Hehe~ Jadi, Vietnam adalah negara yang look alike Bangkok, tapi hampir menyerupai Jakarta. Aku mestilah membuat comparison dengan tempat-tempat yang aku dah pergi, kan? Tapi, tak sempat nak shopping sangat sebab masanya adalah very limited. Yelah, 3 days 2 nights je kot. Mana sempat nak shopping sangat-sangat. Hahaha~ Duit yang ditukar pon, separuh ditukar balik ke RM sebab terlalu sikit membeli. Kagum tak? Lagipon, orang Vietnam suka memaksa untuk membeli so macam susah kalau setakat nak tanya-tanya. Overall, trip ke Vietnam adalah ok. Taklah best sangat pon. Tapi, mungkin aku akan pergi lagi unuk berjalan puas-puas dan taklah serushing hari tu.

Tengok rumah dia, crowded sangat 

Budak baik pergi Hard Rock di siang hari je. *ehem*


Ha, nak bercerita pasal tempat-tempat ni semua pun dah cukup penat. Apatah lagi perasaan nya pergi sendiri ke tempat-tempat tu semua. Bayangkan betapa kosongnya poket sebab vacation dan trip yang berturut-turut. Tapi, semua tu berbaloi dengan keseronokan dan kegembiraan dan kenangan yang akan disimpan sehingga ke akhir hayat. Aiceh! Jadi, harus mula menjahit balik poket yang sudah rabak untuk pergi vacation ke tempat-tempat lain pulak. Selagi ada kesempatan dan kemampuan. InsyaAllah =)



by,
Aimi Zubir yang ambil gambar-gambar ni semua dari Instagram je sebab malas nak edit gambar lain. Jadi, follow me di aimizubir. *wink*

2 comments:

ily♥ said...

Bestnye holiday, jalan2, mandi manda...

Aimi, aku bukan robot..hahaha..(referring to "Please prove you're not a robot" that requires u to enter the given code)

Aimi A.Z said...

Ili,
Memang best pon. Tambah2 bila orang di sekeliling pon best. Kalau tak, tak best gak. Haha~

and btw, soalan tu bukan aku yang pilih, dia auto-generate. Haha~

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin