Thursday, July 12, 2012

Part of Me

Saya ada satu perangai buruk. Oklah, banyak perangai buruk, tapi I want to highlight this one perangai. Iaitu, susah-nak-sejuk Macam mana perangai tu? Ha, ni lah yang nak terangkan tu.

Macam contohnya aku gaduh dengan korang di suatu pagi. Then tengahari tu korang macam dah cool down and nak melupakan semua hal and nak berlagak macam biasa, tapi aku still marah or menyampah dan tak boleh nak cakap dengan korang dalam masa 3 or 4 hari. So selama 3 or 4 hari tu walaupon korang act macam biasa, mestilah korang akan perasan yang layanan aku memang macam tak biasa (kalau korang perasan lah). And selalunya mesti orang sekeliling pon akan perasan perubahan tu sebab mungkin selalunya aku bising and tetiba aku dah tak berapa nak bising dah.

Perangai susah-nak-sejuk ni agak besar penangannya. Tak payah susah-susah bagi contoh lama-lama, contoh terdekat pon ada. Macam ada hari tu, a friend of mine kecik hati kat aku pasal sesuatu. Then, bila aku tahu benda yang dia sakit hati tu adalah benda bodoh dan sangat kecil, maka aku pulak yang terasa hangat hati sebab, "La, benda bodoh macam tu pon ko nak kecik hati?" So, aku malas nak layan dia, tak mau cakap dengan dia and ignore dia. Macam yang aku biasa buat. Hehe~ Then, end up dia terus hantar surat resign dengan alasan, dia tak ada kawan sebab aku taknak kawan dengan dia. Oh, btw dia memang nak hantar surat resign at the end of the month, tapi sebab hal ni berlaku dia terus hantar notis 24jam tanpa berfikir panjang.

Untuk kes itu, aku tertanya-tanya banyak soalan. Antara soalan-soalannya:
  1. Takkan besar sangat pengaruh dan penangan aku dalam hidup dia?
  2. Takkan besar sangat perbuatan yang aku buat sampai dia boleh buat keputusan sebesar itu dalam hidup dia?
Hmm, korang boleh assume apa yang korang nak assume, but back to the main topic; aku ni memang susah-nak-sejuk. Tapi one thing yang aku nak highlight jugak; aku ni susah-nak-panas. Macam if korang kata apa pon kat aku, susah nak tengok aku marah (ye ke?). Tapi sekali aku dah berperasaan marah, so, jangan haraplah aku nak sejuk sesenang tu je.

Jadi, apa yang patut aku buat? Dah this is the part of me yang aku sendiri pon tak boleh nak ubah. Mungkin kalau aku ubah jadi senang-nak-sejuk maka aku pun tertukar menjadi senang-nak-panas. So, how? Apa yang korang prefer? Orang yang susah panas - susah sejuk or orang yang senang panas - senang sejuk? Kalau korang nak orang yang susah panas - senang sejuk mungkin susah kot nak cari and korang akan menjadi manusia paling bertuah sebab dapat berbuat sesuka hati.

Haih~

Perangai sendiri pon susah nak faham, inikan pulak nak faham perangai orang lain. Jadi silalah memahami kalau aku tak layan korang banyak hari sebab tu tandanya aku marah / menyampah / bosan lah tu. Tapi, kalau adik beradik and kawan-kawan rapat yang memang diorang dah tau perangai aku macam ni, diorang akan buat bodoh je dengan aku sampai aku elok dengan sendiri ataupon diorang akan dok perli-perli aku sampai hati aku terasa lebih sakit. Hahahaha~


by,
Aimi Zubir yang akan reveal perangai buruk yang lain pulak esok-esok. Senarai perangai buruk memang panjang. Nanti korang yang nak muntah baca. Haha~

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin