Friday, August 10, 2012

Aurat

One fine day, a friend came to me and said;


"Aimi, you ada baca tak dekat Facebook sekarang yang diorang kata inner tu haram?"


...and I said that I already knew about that sebab inner tu ketat dan mengikut bentuk badan. Dan dengan muka peliknya dia berkata;


"Tapi, kenapa you pakai jugak? Bukan you selalu mengikut hukum ke?"


*terdiam*




Ada beberapa isunya di sini. First, mengenai pengharaman inner. Inner adalah contohnya membungkus aurat. Di mana aurat ditutup tetapi bentuknya masih kelihatan. Absolutely bukan menutup aurat dengan sempurna dan of course bila tak sempurna adalah haram. Seperti memakai baju ketat, kan ke haram? 


Isu kedua. Mengenai kenapa aku masih memakainya walaupun aku tahu bahawa ianya haram? Sebab aku tengah cuba memperbaiki diri aku. Perubahan itukan memerlukan masa dan perlukan step-by-step. I know it's not an excuse, but at least I'm trying. Mungkin perubahan aku tu sedikit perlahan, jadi doakan supaya suatu hari aku akan berubah menutup aurat dengan sempurna.




Isu ketiga. Mengenai aku yang selalu mengikut hukum. Aku pun manusia biasa macam si Bertanya. Masih panjang perjalanan hidup aku dan masih banyak yang perlu aku belajar. Iman aku masih senipis kulit bawang yang bila-bila masa boleh terkupas. Aku cuba sedaya upaya untuk mengikut suruhanNya dan meninggalkan laranganNya, cuba untuk melaksanakan apa yang wajib tetapi itu tak bermakna aku lebih baik daripada si Bertanya. Sebab at the end, status kita adalah sama iaitu: HAMBA ALLAH.


Jadi, sama-samalah kita berusaha melengkapkan diri menjadi sebaik-baik hamba dan sama-samalah kita berdoa semoga diberi petunjuk dan hidayah untuk berada di landasan yang betul. 



by,
Aimi Zubir yang selalu ditegur oleh adik-adik sendiri bila keluar rumah dengan memakai baju lengan pendek...

4 comments:

Riana said...

better try kan than never..gudluck aimi,same2 kita perbaiki diri =)

Aimi A.Z said...

Riana,
Itulah, sama-samalah kita. =)

Hadi Abdul said...

assalamualaikum aimi, saya memang sangat berminat dengan blog aimi, sangat bermotivasi, saya berharap kak aimi dapat follow saya juga agar kita sama sama dapat berkongsi ilmu :) terima kasih

Aimi A.Z said...

Hadi Abdul,
Sangat bermotivasi kekadang je kan, selalunya merepek je. Hehe. Insyaallah, nanti i akan melawat ur blog. =)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin