Thursday, August 09, 2012

Bila Rasa Hidup Tak Ada Kemajuan

Hari ini sepatutnya lebih baik daripada semalam.


Sepatutnya. Tapi, bila difikir-fikir dan bermuhasabah diri, terasa diri ini sebenarnya tak lebih baik pon dari semalam. Mungkin pandangan orang sekeliling dan pandangan diri kita sendiri adalah berbeza. Tapi hanya kitalah yang kenal dengan diri sendiri dan mungkin menjadi orang yang paling layak untuk menjudge diri sendiri.


Haih~


Perasaan macam ni datang sekali-sekala. Tapi dengan kedatangan yang sekali-sekala tu jugak yang menyebabkan hati menjadi kurang tenang. Menyebabkan otak penat berfikir di mana salah dan silapnya. Dan juga menyebabkan diri ini menjadi down. Tambahan pula bila mengetahui punca kegagalan hari ini kurang baik daripada semalam adalah diri sendiri. Kalaulah boleh menyalahkan orang lain di atas kegagalan sendiri kan senang? Dengan lantangnya boleh berkata, "Bukan salah aku aku jadi macam ni. Dia tu yang salah." Kalaulah sesenang tu, tak kan lah aku akan merasa seteruk yang aku rasa sekarang. Kalaulah sesenang tu, boleh aku terus bersemuka dengan si pesalah dan bertanya, "Kenapa kau buat aku macam ni?"


Life is not that easy.


Untuk berubah, perlukan masa. Perlukan dorongan. Perlukan penerimaan. Perlukan peluang. Di mana nak cari semua tu aku pun tak tau. Yang aku tau, the first thing yang perlu diubah adalah attitude. Sebab aku tau, penyumbang terbesar kepada permasalahan ini adalah attitude. Dan sekiranya attitude masih tidak berubah, maka selama-lamanya hari ini akan sama dengan semalam.


Fikir-fikirkan lah.


by,
Aimi Zubir yang rasa ramai orang akan pening dan confius dan ada jugak yang akan tertanya-tanya mengenai entri ini...


No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin