Tuesday, August 07, 2012

It's been a long time


Paintball

Wall Climbing


Lamanya rasa dah tak melakukan aktiviti sebegini. Takpe, bukan lama dah pon nak duduk di Sibu, paling lama pun mungkin sampai hujung tahun which is only a few months to go. Nanti dah kembali ke kampung halaman, banyak benda yang dah lama tak buat boleh buat balik. Tapi nanti lain pulak kekangan dan alasannya seperti:

  1. Duit
  2. Kenapa duit? Kerana bila saya bekerja di kampung halaman, gaji saya akan berkurangan. Maka mestilah saya harus berkira dan menapis segala aktiviti yang akan dilakukan. Maka harus mengkategorikan yang mana keperluan dan yang mana adalah nafsu semata-mata.

  3. Kawan-kawan
  4. Kawan-kawan kan semakin berkurangan sekarang? Semua sudah ada komitmen sendiri dan sudah tak ada masa nak buat aktiviti-aktiviti sebegini. Jadi, haruslah mencari kawan-kawan yang baru yang sudi. *macam sedih tak ayat?*

  5. Masa
  6. Balik kerja pukul berapa? Harus menempuh jammed lagi. Kalau weekend pulak, nak kena bahagikan masa untuk banyak perkara dan kena bahagikan masa untuk banyak orang. Jadi? Masa adalah limited.

Tapi, itulah. Kalau taknak tu, macam-macam alasannya, kan? Kalau nak tu, mestilah boleh diusahakan. Tapi, alasan-alasan tu bukanlah digunapakai untuk dua aktiviti ni je. Semua aktiviti lain pon adalah berkonsepkan sama. Eh, tapi sebenarnya masih tak tau apakah nasib saya selepas ini. Masih di bawah company yang sama, ataupun sudah bertukar company kah, atau masih merantau. Jadi, kita tunggu dan lihat, sebab saya sendiri pon tak tau apa nasib saya. =)


by,
Aimi Zubir yang tak sabar nak tau apa nasib diri sendiri selepas ini...

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin