Tuesday, August 14, 2012

Mimpi

Korang percaya tak pada mimpi?


Aku selalu rasa mimpi tu adalah mainan tidur. Selalu tak ambil port and tak cuba memikirkan sangat apa yang dimimpi. Kalau jalan cerita menarik dan kelakar dan melibatkan orang sekeliling, aku akan cerita dekat orang sebab rasa macam best. Tak lebih dari tu.


Tapi semalam.


Aku dapat mimpi lain macam. Mimpi yang menyebabkan aku terjaga dari tidur pukul 4 pagi. Mimpi yang menyebabkan aku celik-celik mata terus mengGoogle apa tafsirannya. Mimpi yang menyebabkan bulu roma berdiri tegak.


Bila dah Google, lagi tinggi bulu roma aku berdiri tegak. Lagi bulat mata aku terbukak. Lagi cepat dan pantas aku ke bilik air dan mengambil wudhuk.


Subahanallah.


Betul ke apa yang aku mimpi? Betul ke apa yang aku baca tentang tafsirannya? Kalau semuanya betul, maka aku adalah antara orang yang bertuah. Amat bertuah. Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan perasaan aku.


Kerana mimpi itu jugak, sesuatu yang lain terjadi. Sesuatu yang menunjukkan betapa besarnya Allah dan betapa kecilnya aku. Sesuatu yang tak pernah aku rasa sebelum ni. Sesuatu yang menyebabkan aku insaf seketika. Sesuatu yang aku tak pasti adakah ianya cuma perasaan aku ataupun ia adalah petunjuk dari Sang Pencipta.


Haih~


Yang pastinya, mainan tidur atau tidak, aku tetap bersyukur diberi pengalaman sebegitu.



by,
Aimi Zubir yang bukan taknak berkongsi, tapi tak tau macam mana penerimaan orang terhadap mimpi dan tafsiran tersebut...

3 comments:

Cik Adek Manes said...

lailatul qadar..?

Aimi A.Z said...

Cik Adik Manes,
Bukan. Tapi... Haih~ susah mau cakap.

izzati ishak said...

mimpi kdg kala boleh jadi alamat, permainan atau peringatan

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin