Wednesday, October 31, 2012

Perbincangan Mengenai Situasi Hati dan Perasaan

Sebelum bermula, ingin saya tegaskan 2 perkara yakni:

  1. Ini BUKAN situasi sebenar tetapi situasi yang diubah untuk menggambarkan situasi sebenar
  2. Ini BUKAN situasi diri saya sendiri tetapi diri orang lain.

Watak 1 | Adam
Berjumpa dengan Adam selepas putus cinta dengan first love. Rasa suka bertukar menjadi sayang dan akhirnya bertukar menjadi cinta. Sudah berangan-angan mahu menamatkan zaman bujang dan meneruskan kehidupan sehingga ke akhir hayat bersama Adam. Adam tak menjanjikan kehidupan yang mewah tetapi cukuplah makan pakai sehari-hari. 

Hari demi hari berlalu, rasa cinta terhadap Adam kian menebal. Sehinggalah pada suatu hari sesuatu perkara berlaku. Adam membuat suatu keputusan yang mengakibatkan hati terasa kecil. Walaupun rasa sayang masih menebal tetapi hati perempuan yang merajuk manakan boleh dipujuk sesenang-wenangnya.


Watak 2 | Johan
Sedang hati merajuk diakibatkan perbuatan Adam, Johan datang menghulurkan salam perkenalan. Johan datang memberi satu harapan yang telah lama dinantikan. Johan menjanjikan kehidupan yang lebih mewah jika dibandingkan dengan kehidupan bersama Adam. Johan menjanjikan satu hidup yang baru dengan environment yang baru yang lebih adventure. Salam perkenalan disambut mesra walaupun perasaan sayang dan cinta masih menebal terhadap Adam. 

Perasaan sayang terhadap Johan mula dipupuk. Perasaan cinta terhadap Adam cuba dilupakan. Tetapi, semakin lama cuba melupakan Adam semakin itulah perasaan cinta itu bertambah-tambah. Hari demi hari air mata tumpah mengenangkan Adam. Tetapi hati yang merajuk masih belum dapat dipujuk


* * * * * * * *


Suatu hari, Adam datang memujuk dan menjanjikan perubahan. Adam berjanji akan berubah demi memujuk Si Jantung Hati untuk bersamanya. Adam masih sayangkan perhubungan itu dan tidak mahukan perkara sekecil itu merosakkan perhubungan yang dibina sekian lama. Tetapi, Adam sebenarnya sudah agak terlambat memandangkan salam perkenalan daripada Johan telah disambut dan telah memberikan harapan kepada Johan. Dan sekarang hati masih berbelah bahagi siapa yang patut dipilih.


Perlukah memilih;
  1. Adam yang merupakan cinta hati tetapi telah melakukan sesuatu yang mengecilkan hati dan mengakibatkan hati merajuk. ATAU
  2. Johan yang sedia menerima diri seadanya dan menjanjikan kehidupan yang baru dan lebih baik.


Jadi, tolonglah saya membincangkan persoalan ini supaya otak dapat berfikir dengan lebih waras dan hati menjadi semakin tenang.


Thank you in advance!


by,
Aimi Zubir yang tahu mesti ramai orang akan tertanya-tanya siapakah watak yang dimaksudkan. Hanya mereka yang berkenaan je akan tahu maksud di sebalik cerita ini...

8 comments:

Anonymous said...

pilih mukhriz! hahahaha...

weh.. aku penah ada kawan mcm dlm hal nih.. tp benda ni sgt subjective.. hanya dia yg tahu apa yg terbaik utk dia.. sbb hanya dia yg kenal adam dan johan tu lebih...

since aku tak kenal sapa adam dan sapa johan.. aku vote utk pilih muhkriz! atau pun zizan! hahahahhaa

Aimi A.Z said...

Farah (ko kan Si Anonymous),
Memang lah. Tapi dari segi logik akal nya camne ko rasa?

Anonymous said...

vote for JOHAN..
no specific reason..

but for me, appreciate benda yang ada depan mata sekarang ini, memori yang lepas biarkan berlalu..usah dikenang..

saya pernah alami benda yang sama..jangan lukakan hati orang yang hargai kita semata-mata janji yang belum tentu terlaksana..

geriataugerald said...

1 vote for johan

Aimi A.Z said...

Sang Anonymous,
Thanks for the comment. Saya pastikan orang berkenaan akan membaca pendapat anda. =)

Aimi A.Z said...

Geri,
Thanks babe!

Anonymous said...

ads classified classifieddownload blog blog blog blog SEO SEO

Hani Syahani said...

Johan!!
sape suruh adam carik pasal.
dh tentunya kenal lame kan? takkan x kenal2 lagi perasaan awek dia tu..
agknye Johan tu dtg sbgai Tuksido bertopeng selamatkan Sailormoon..hehe

saya pilih JOHAn!!

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin