Friday, November 23, 2012

Ketidakpuashatian yang Diluahkan

Hari ni hari Jumaat dan saya mahu menceritakan kisah yang agak panjang. Mungkin agak membosankan tapi  tujuan penceritaan adalah kerana terdapat terlalu banyak pengajaran maka pengajaran itulah yang ingin saya kongsikan bersama korang supaya kita dapat sama-sama belajar dari pengalaman ini. Tapi, kalau baca, tolonglah baca sampai habis supaya korang faham cerita sepenuhnya dan membaca pengajaran yang cuba aku sampaikan.


* * * * * * *


Ceritanya macam ni. Aku nak berhenti kerja sebab dapat kerja di company lain and memandangkan jugak projek di Sibu ni dah habis. Oleh kerana company ni mempunyai reputasi buruk melayan pekerja-pekerja yang nak berhenti, maka ramai yang menasihatkan supaya hantar notis 24 jam sahaja instead of 2 bulan kalau mengikut kontrak. Sebabnya, once surat resign dihantar je nanti, akan ada banyak benefit yang ditarik balik especially return ticket and transfer benefit. Transfer benefit ni termasuk menghantar barang-barang pulang ke kampung halaman. Jadi, fikir punya fikir, walaupun ramai yang menasihatkan supaya 'main kotor' and resign hanya bila aku dah di transfer balik, tapi aku tetap dengan keputusan untuk menghantar 2 bulan notis sebab I do think that it is the right thing to do.


Maka, setelah surat resign dihantar, as expected memang dia tak kasi return ticket and transfer benefit. Tapi sebab dah expect maka aku sangat redha. Taknak kasi pon takpelah. Okay then, since I am a contract staff maka aku adalah eligible untuk dapat sedikit bonus if I complete my contract. Tapi, aku diberitahu yang aku takkan dapat that bonus sebab aku dah resign walaupon aku cukup bekerja 2 tahun mengikut kontrak. Walaupun agak frust, tapi aku macam redha sebab aku percaya pada rezeki. Walaupun itu hak aku, tapi aku just anggap takde rezeki kat situ and takpelah. Just let it go.


And one fine day, aku dapat email daripada HR informed that dia akan released gaji second last month's (November) salary and last month's salary 2 minggu lambat dari sepatutnya. 


COME ON MAN! THIS IS TOO MUCH! 


Gaji December tu takpe lagi sebab ada something pasal Income Tax and pasal kot-kot ada unsettle hutang ke. Lagipun kinda expect so I already have my back up plan. But November salary? Agak-agaklah weh. Dah lah tengah sengkek ni. Nak beli tiket balik since dia tak kasi tiket lagi, nak berjoli lagi, nak berjalan-jalan pusing Sarawak buat kali terakhir lagi. Mana nak korek lagi weh? Adoi~


Bila jadi macam ni, mulalah terdetik dalam hati menyesal tak sudah sebab kunonnya berbuat baik dengan menghantar 2 bulan notis and mulalah menyesal tak 'main kotor' and tak dengar nasihat orang-orang yang menasihatkan supaya hantar 24 jam notis je. Mulalah jugak terfikir yang buat baik tak dibalas baik and macam-macam penyesalan lagilah. And mulalah perasaan benci terhadap company muncul dan bersyukur sebab dah dapat company lain.


Jadi, memang tak puas hati. Bila tak puas hati, takkan settle kalau tak luahkan. Kalau luahkan, kena luahkan pada orang yang betul barulah action akan diambil.


Maka, aku decide to NOT to go through HR department and go straight to the CEO. Aku pun mengarang "surat cinta" kepada CEO company. Tujuan surat tu, selain meluahkan perasaan yang tak puas hati sangat tu, bukan mintak apa yang dia tak provide, tapi cuma mintak gaji aku seperti biasa supaya aku dapat settlekan hal-hal perpindahan aku dengan duit sendiri. And aku cakap, kalau betullah ini memang procedure syarikat, tolonglah tulis semua benda dalam Terms and Condition supaya employee faham. Supaya employee takkan tak puas hati and takkan menyusahkan employee. And memang aku tulis semua darilah pasal return ticket sampailah ke gaji November. Alang-alang tulis, tulislah semua sekali, kan?


Esoknya setelah surat dihantar aku dapat phone call dari HR Manager. Setelah dapat "surat cinta" aku tu diorang cakap diorang akan provide flight ticket and kasi transfer benefit. Regarding the bonus, ada miscommunication kat situ sebab dia cakap sebenarnya memang aku dapat sebab aku tamatkan contract aku dengan jayanya. And pasal gaji dia boleh tolong prepare cheque siap-siap and 1hb nanti call staff dia ingatkan suruh masukkan cheque dalam bank aku.


Ha, kan senang itu macam.


Pengajaran yang aku buat daripada hal ni:
  1. Walaupun kita dah expect the worst situation yang akan jadi, mungkin benda akan jadi lagi teruk. Maka, silalah bersedia siap-siap.
  2. Jangan menyesal berbuat baik. Percaya, Allah tu Maha Adil. Keadilan tu akan terserlah, cuma cepat atau lambat je.
  3. Jangan menyesal dengan apa yang kita dah buat. Benda dah jadi dah pon. Menyesal pon tak guna.
  4. Bila tak puas hati, luahkan kepada yang berkenaan. Kalau orang yang kita tak puas hati tu tak tau, macam mana tindakan akan diambil. 
  5. Bila tak puas hati, communicate. Tanya. Mungkin ada miscommunication kat mana-mana. Cuba kalau diam je, ha kan dah tak tau apa yang sebenarnya.
  6. Usaha. Walaupun usaha terasa macam tak berbaloi, still berusaha. Untung-untung membuahkan hasil. Kalau tak buahkan hasil pon tak rugi apa-apa pun sebab apa lagi nak rugi, dah rugi habis dah. 
  7. Jangan takut menegakkan kebenaran. Kalau itu bermakna kena mengadap CEO, pergi je ngadap. Apa nak takut? Hahaha~
  8. ...and ikhlaskan niat. Kalau tak dapat benefit kat kita pon dengan usaha kita tu, harap-harap orang selepas kita yang akan mendapat kesenangannya.

Kesimpulannya, cuba kalau aku terima je keadaan sebenarnya, mesti aku tak dapat happy ending macam ni. Mesti sampai bila-bila aku rasa marah terhadap company ni and tak recommend sesiapa kerja kat sini. Tapi, sekarang dengan bangganya saya boleh kata; saya sayang company saya. Haha~ *sila muntah*


Maka, itu jelah cerita saya yang panjang lebar. Semoga korang pon dapat belajar sedikit sebanyak daripada pengalaman aku ni. Hee~


by,
Aimi Zubir yang berjaya jugak menaip dengan panjang lebar walaupun entah berapa kali terhenti-henti...



No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin