Tuesday, November 27, 2012

Saya Sudah Tak Sabar

Saya sudah tak sabar and tak boleh nak sabar untuk pulang ke kampung halaman. Selain daripada tak sabar mencabar diri untuk memulakan kerjaya di tempat baru, saya juga tak sabar untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang dah lama tak buat and aktiviti-aktiviti yang dah lama teringin nak buat. Bila tengok-tengok gambar lama, lagilah tak sabar-sabar. Cepatlah masa berjalan weh. Jadi, jom senaraikan aktivit-aktiviti tersebut supaya nanti taklah terlupa. Hee~


ATV
Kali ni nak cuba bermain ATV kat tempat-tempat yang lebih mencabar. Dalam hutan, menyelusuri anak sungai, naik bukit yang tinggi. Wahhh, cecita tinggi. Mampu ke? Ha, itulah yang kena dicuba tu. 



Wall Climbing
Plan untuk berwall climbing asyik tak jadi je. Baru-baru ni plan tak jadi sebab ada budak tu SPM. Next week pon tak jadi sebab ada orang tu pergi Singapore. Maka, kita mengharapkan suatu hari nanti plan ini akan jadi jugak. Tak kira!



Paragliding di Jugra
Hari tu masa pergi Jugra setakat nak tengok-tengok je. Niat di hati memang nak try tapi macam menakutkanlah pulak. Tapi asyik dok teringat-ingat dan mensurvey-survey. Haruslah suatu hari mencuba, kan? Kumpul duit dulu, nanti dah cukup duit kita pergi, ye? =)



Road Trip ke Merata-rata
Kalau kat Sarawak ni dah puas dah buat road trip ke Bintulu lah, Miri lah, Kuching lah. Kira Sarawak ni aku dah complete lah. Cuma hajat ke Kapit dan Bario belum berkesempatan. Eh, tapi yang Kapit kena naik bot, and Bario kena naik Twin Otter. Kiranya tak leh buat road trip lah. Hee~ So, bila balik nanti aku nak cari geng buat road trip ke Utara (Penang/Kedah), Selatan (Melaka/Johor) and Pantai Timur (Kelantan/Terengganu). dan aku akan pastikan tujuan utamanya adalah makan. Nyum!



Mandi-manda di sungai-sungai 
Alah, ini memang aktiviti wajib. Tak payah senaraikan pon memang akan buat punya. Walaupon kat Sarawak ni dah puas dah mandi sungai tapi haruslah memandikan diri di sungai-sungai kat Selangor terutamanya. Kalau dah muntah mandi kat Selangor barulah pergi menjejakkan kaki ke tempat-tempat yang lain pulak. Ha, masa tu leh join dengan road trip yang bakal dilakukan jugak. Wow, best kan?



Beraktiviti sihat sambil menikmati kehijauan alam
Wah, tajuk tak boleh belah. Haha~ Actually taktau nak buat tajuk apa. Sebab contoh aktiviti macam cycling kat Bukit Cerakah. Sambil cycling sambil menikmati keindahan alam. Lagi contoh cam jungle trekking kat FRIM. Sambil mengeluarkan peluh, dapat juga menghirup udara segar. Ha, kan best? Tu baru dua contoh. Banyak lagi contoh yang wujud ni ha. Takyahlah bitau semua, nanti korang tiru plak. Hee~



Short Trip to PD
Kenapa PD? Sebab kalau nak bagi contoh pantai/pulau lain dah kira vacation dah. Dah bukan jadi activity dah. Kalau setakat PD tu leh pergi hari Sabtu and balik hari Ahad. Pergi lepak-lepak minum kelapa and naik banana boat and buat sand castle yang tak berapa nak jadi, dah cukup dah. Kan?




Bermain layang-layang
Okay, kenapa kat Sibu tak pernah sibuk nak main layang-layang padahal layang-layang kan boleh dimankan di kawasan yang lapang di mana-mana sahaja anda berada? Ke sebab tak nampak orang main layang-layang or ataupun malu nak menunjukkan sifat kebudak-budakan sebegitu. Eh, btw boleh ke main layang-layang? Ke dah tua sangat untuk main layang-layang? No?




Paintball
Hoi. Ini memang best. Tapi kena kumpulkan players. Tu yang susah tu sebenarnya. Camne nak carik geng? Sekarang ni dah lah tak cukup geng dah. Kenan mencampurkan semua geng-geng yang ada barulah boleh membuat aktiviti ni. Tapi memang nak sangat. Tapi , semua pon macam nak sangat, camne tu?



Ni pun dah rasa banyak. Belum lagi aku senaraikan lagi aktivit-aktiviti lain yang dah lama nak dibuat macam bermain laser tag, mencuba wind tunnel di Genting Highlands, melepak-lepak makan strawberries di Cameron Highlands atau Fraser Hills, ice skating kat Sunway Piramid ataupun Bungee Jumping and segala mak nenek di Sunway Lagoon. Ha, kan banyak gila tuuuuu. Harap-harap mempunyai duit untk membuat aktiviti-aktiviti, ada geng and orang yang nak join sama, and ada masa untuk dihabiskan membuat segala macam aktiviti. Barulah boleh menjakan segala macam aktiviti. Hee~



by,
Aimi Zubir yang belum lagi senaraikan aktiviti yang teringin nak join seperti berlari berkilometer-kilometer dan join Bootcamp. Haaa, tamak betul...


No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin