Friday, July 26, 2013

3 Things To Do Before I Turn 30

All our dreams can come true, if we have the courage to pursue them. 
Walt Disney


  1. Climb Mount Kinabalu
  2. Impian yang dispostponed dari tahun lepas. Tahun lepas; 1) Plan dah buat 2) Tiket dah beli. Tapi kawan yang patutnya pergi mendaki sama-sama, baru start kerja baru dan tak dapat cuti dan tak dapat meneruskan plan yang telah dibuat. Maka, terpaksa menguburkan impian mendaki di tahun lepas dan cuba mendaki di tahun lain. Tapi, hikmahnya mungkin jugak stamina tak cukup untuk sampai ke atas kalau meneruskan plan pendakian di tahun lepas. Maka mari kita mencuba dan berharap yang aku dapat mendaki Mount K sebelum aku berumur 30 tahun.

  3. Go diving
  4. Ini bukan dari setakat tahun lepas, ini memang dah lama dah nak, tapi banyak sangat faktor yang menghalang. Masa awal-awal bekerja dulu mestila faktor duit yang menghalang. Lama-lama faktor masa, faktor companion lah, macam-macam lah. Tapi, tahun depan dah ada plan and dah beli tiket. Harap-harap plan menjadi. Eh, ada tapi lagi. Tapi, kawan yang nak pergi diving bersama tu sakit and tak tau dapat meneruskan niat ke tak. Manusia kan merancang, kita tengok macam mana perancangan Allah pulak. 

  5. Become a Professional Engineer
  6. Ini adalah impian yang paling susah untuk dilaksanakan memandangkan masa adalah sangat singkat tetapi banyak yang perlu dilakukan dan memerlukan kerja keras. Tapi, kejayaan takkan datang bergolek. Maka harus berusaha untuk melaksanakan impian. Chaiyok Aimi. Mula dari sekarang!

Ada yang bertanya, "Kahwin?" Bukankah soal ajal, maut, dan jodoh adalah di tangan Allah? Maka, bila dah sampai masanya, akan aku kahwin jugak. Bab-bab ni susah nak rancang, kita tengok je apa rancangan Allah untuk aku, okay? In the meantime, kita enjoy! and doa, of course.



by,
Aimi Zubir yang reveal 3 je di antara banyak-banyak lagi plan yang nak dibuat. Tak boleh reveal banyak-banyak nanti tak jadi maluuuu~

2 comments:

Nas said...

Jiayou Aimi! ^_^v

Anonymous said...

tkpe...blh nye achieve semua tu....

Org MMC-Gamuda semua power2...

Regards,

NazmiZaim

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin