Wednesday, October 29, 2014

Lelaki Idaman Saya

Recently, there's a friend of mine yang sibuk nak tau macam mana rupanya lelaki idaman saya. I don't know why that person asked that kind of question but of courselah I didn't answer it straight away. And sampai sekarang pon belum jawab lagi sebenarnya. Sebab, "Apahal kau sibuk nak tau ni?" and like, "Perlu ke aku bagitau kau?" But then, I started to think about it.

I never actually list down the criteria of my dream guy sebab rasa macam poyo lah pulak. And mesti orang kata memilih, padahal chances untuk dipilih pon tak berapa nak tinggi. But then, nak beli barang pon kita kena tengok specification kan, so what the heck? List down je pon, dapat tak dapat itu cerita lain. Hee~


"Hello, siapakah gerangan? Ku ingin berkenalan jikalau tak keberatan"


Sifat wajib. 
Aku cari orang yang bersembahyang lima waktu. Yang mengutamakan sembahyang daripada segala hal. Orang yang akan mengajak aku untuk menunaikan solat dan akan mengingatkan aku sekiranya aku melambatkan solat. Dan orang yang mampu menjadi imam aku, sebab aku nak berimamkan dia setiap kali selepas solat berjemaah.




Rupa. 
Kalau rupa aku macam Lisa Surihani or Siti Nurhaliza, layaklah aku menyenaraikan rupa-rupa lelaki yang menjadi igauan. Bolehlah aku dengan bangganya ciri-ciri fizikal yang aku inginkan dari seorang lelaki, which is; berhitam manis, berbadan sasa, berkumis dan berjambang kemas, dan mempunyai senyuman yang paling manis di dunia. Dalam otak sekarang ni dua contoh yang tengah berlari-lari dalam otak aku iaitu Remy Ishak and Marc Anthony. Aww~ Tapi, bila berpijak pada bumi yang nyata, there's only one criteria yang aku nak: MANIS. Biar tak hensem, manis tu mesti ada. =)




Sifat dan perangai. 
Dari dulu lagi I always fall for orang yang pendiam. Tambah-tambah bila orang tu pendiam dan malu-malu. *melt ok?* Lagipon, aku kan kurang-pendiam (kata lawan pendiam) maka baguslah kiranya pasangan aku lebih banyak mendengar daripada bercakap. Nanti dua-dua nak bercakap, sape pulak nak mendengar. Kan? Tapi, kalau dah asyik aku sorang je yang bercakap, susah jugak, kan? *pening*




Pendidikan dan kerjaya. 
Aku tak memandang kerjaya seseorang itu. Maksudnya aku tak mencari mereka yang berpendidikan setinggi PhD and kerjaya sehebat Doctor untuk menjadi suami aku. Aku cuma perlukan seorang lelaki yang tak kisah bekerja sebagai apa-apa saja, yang penting aku nampak usaha dia untuk menaikkan taraf hidup dia. Ok, contohnya macam dia adalah seorang technician yang sedang buat part time degree supaya nanti boleh transform jadi engineer. Ataupon dia adalah seorang waiter di malam hari and di hari weekend dia membuka booth di pasar minggu. Get what I mean? Tapi hint sebenar kerjaya Idaman suami pilihan saya adalah: Cikgu Matematik. Kenapa Matematik saya pon tak tau tapi sebab Cikgu Maths sounds cool. Hehe~



Lifestyle. 
Aku nak orang yang adventurous dan kuat berjalan macam aku. Yang boleh layankan aku nak buat suka-sukan extreme, yang boleh layankan aku nak pergi panjat gunung sana sini and join event macam-macam and yang paling penting yang nak travel to the whole world with me. Kalau dapat pakej yang gilakan air and diving macam aku lagi terbaik wehhhh! Tapi kalau tak dapat yang macam tu pon, at least tolonglah dapat orang yang akan support aku untuk buat apa yang aku minat, tolong dok tepi jaga anak pon dah cukup bagus untuk aku. Hahahaha~




Keturunan dan taraf hidup. 
Saya taknak orang jauh. By jauh I mean negeri yang jauh-jauh lah semata-mata sebab susah nak balik raya weh. Tapi kalau dah alang-alang jauh biar oversea terus. Hamboi kau! Taraf hidup, tak terlalu kaya and tak terlalu miskin. Saya nak yang biasa-biasa je. Sederhana semuanya.



Itu jelah kot. Apa lagi yang penting? Yang penting, Si Dia tu terima saya seadanya. Tak perlulah nak cakap, "Saya suka awak, tapi awak tak rasa ke kalau awak turun 10kilo mesti awak hot gilerrrr." Ataupon, "Awak, kenapa awak tak pakai facial care macam kawan awak tu? Mesti awak cantik nanti." Oh, it's ok baby. If I really like or love you saya akan buat semua tu tanpa disuruh ataupon dipaksa. Mestilah saya nak tampil cantik menawan di depan suami saya, kan? Hakhak. Over pulak. Tetibe sebab dalam hati ada taman terus makan tak ingat dunia. Hoi!

Jadi, itulah dia ciri-ciri lelaki idaman saya or sebenarnya ciri-ciri suami yang saya cari. Tapi, kita tak selalunya dapat apa yang kita nak, kan? And siapa dia pun telah ditetapkan olehNya maka tak perlulah nak memilih-milih. Bila dah sampai masanya Si Dia akan muncul with full package sebab Si Dia adalah pilihan yang Allah pilihkan untuk kita. Pilihan mana lagi yang lebih baik daripada pilihan Sang Pencipta yang sememangnya mencipta orang yang paling sesuai untuk kita.

Maka, renung-renungkan dan selamat beramal!



by,
Aimi Zubir yang berfikir banyak kali nak post entri ni ke tak, nak post ke tak? Hmm~

Published with Blogger-droid v2.0.9

1 comment:

syitah said...

yeay remy ishak! ^__^

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin