Monday, March 30, 2009

I'm Addicted to Farm Town

Memang namanya pun Aimi A.Z asyik addicted to games je. Kali ni terpengaruh dengan satu games di dalam Facebook bernama FarmTown. Actually dah lama gak aku addicted to this games. Tuh la rahsianya kenapa aku dah jarang-jarang update blog. Sebab masaku habis bermain games di Facebook. Di samping busy membuat assignment!



So, meh aku describe sikit pasal Farm Town nih.



Kita diberi satu tanah lapang untuk bercucuk tanam. Masa mula-mula tu dia ada la kasi sikit duit buat modal, tapi tak banyak sangat la. Untuk menambah pendapatan, korang boleh pergi kat Marketplace sebab kat situ korang boleh mintak kerja daripada Peladang2 yang lain. Duit sangat perlu sebab kalau korang nak plow tanah pun korang kena duit. Kalau korang nak beli binatang ternakan pun perlu duit. Tapi, masalahnye kekadang susah sikit nak dapat kerja sebab semua orang pn merayu-rayu nak kerja. Tengok je la gambar ni betapa ramainya orang yang tengah tunggu nak kerja. So, berbalik kepada perkataan yang biasa korang dengar, REZEKI. Kalau ada rezeki korang hari tuh korang dapat la kerja.



So, bila duit dah banyak, bolehlah bercucuk tanam dengan jayanya, bolehlah membeli windmill and even boleh beli tanah untuk besarkan Farm.



Tuh je gamenye yang boleh membuat aku addicted. Sangat simple dan sangat mudah. Tidak memerlukan experience sebagai peladang pun...


Sekian.



by,
Aimi A.Z yang senang sangat nak addicted to games...

Saturday, March 28, 2009

Putrajaya will be going dark?

Aku memang tertanya-tanya adakah Putrajaya akan bergelap gelita? Kerana seperti yang kita tahu Putrajaya adalah antara tempat yang sangat "terang" dan sangat "membazir". Masa tengah nak mendaftar di Earth Hour tadi, ternampak artikel ni...

Putrajaya will be going dark on the 28th of March in support of Earth Hour 2009. Below are the buildings that will be dark :
1. Pejabat Perdana Menteri
2. Masjid Putra
3. Kementerian Kewangan
4. Bangunan Kastam Diraja Malaysia
5. Bangunan LHDN & Bahagian Pinjaman Perumahan
6. Menara PjH
7. Kementerian Pembangunan Keusahawanan
8. Bangunan KPDNHEP
9. Audit Negara & Jabatan Imigresen
10. Istana Kehakiman (POJ)
11. Wisma Tani
12. Kementerian Sumber Asli
13. Bangunan DCA & Kemeterian Belia dan Sukan
14. Kompleks Perbadanan Putrajaya
15. Jabatan Pendaftaran Negara
16. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
17. Bangunan Hal Ehwal Undang- undang
18. Dataran Putra
19. Dataran Putrajaya
20. Dataran Gemilang
21. Dataran Wawasan
22. Jambatan Sri Gemilang
23. Jambatan Sri Saujana
24. Jambatan Sri Wawasan
25. Jambatan Putra
26. Putra Mosque

Tak sabar nak tengok Putrajaya gelap gelita. Kalau rajin nak g tgk "Live". Kalau malas tido je kat rumah... Hahahaha....





by,
Aimi A.Z who votes for Earth Hour...

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa...

24 tahun dulu...






sekarang...



betapa cepatnya masa berlalu....



by,
Aimi A.Z yang tak tau apa pulak yang akan jadi 24 tahun akan datang...

Thursday, March 26, 2009

Aku Mengidam...

Aku pun tak tau apasal tiba-tiba je aku mengidam iPhone. Yup! Tak pernah dibuat orang aku mengidam nak handphone. Tapi nih tiba-tibe je aku mengidam iPhone 3G. Susah gak bila dah mengidam nih.... Huhuhuhuhu.....
Oh iPhone, kalau kau ditakdirkan menjadi milik aku, takan ko lari ke mana... Tunggu....



by,
Aimi A.Z yang tak sabar nak g Maxis Centre nak tanya pasal iPhone...

Wednesday, March 25, 2009

Follow Your Heart....

Kesinambungan daripada entry semalam, hari ni aku nak buat entry yang berunsurkan motivasi... Kepada diri sendiri dan kepada sesiapa yang ter'motivate' hasil dari motivasi aku hari ni.

Baru je habis baca buku tulisan Andrew Matthews, Follow Your Heart. Buku ni dah lama dah, dari tahun 1997 lagi tapi apa nak buat, setelah 12 tahun diterbitkan baru aku ada peluang nak baca buku nih. Dah la dapat yang version Melayu, tapi layan jelah. Ha, tajuk untuk versi Melayu, Ikut Hati Anda. Diterjemahkan pula oleh Adibah Amin...




Antara isi kandungan buku ni yang aku nak share



"Membuat apa yang anda cintai bukanlah resipi untuk hidup senang, tetapi resipi untuk hidup menarik. Mungkin sekali anda akan memikul lebih banyak tanggungjawab dan masalah"

"Orang hairan mengapa mereka pokai dan menderita, sedangkan mereka telah mencipta pola-pola automatik mereka sendiri melalui fikiran yang berulang-ulang."

"Apabila anda mengejar sesuatu, ia akan lari. Sama saja bagi binatang, kekasih...malah wang!"

"Apabila anda memberi hanya lima puluh peratus usaha, anda rugi jauh lebih banyak daripada bos anda. Dia cuma rugi beberapa dolar. Anda rugi semangat, harga diri dan sebahagian hidup anda"

"Kalau anda benar-benar hendak mencapai ketenteraman jiwa, di sesuatu tahap anda perlu ada rasa syukur. Ini pokoknya-kalau anda mahu berasa bersyukur, anda perlu bangun setiap pagi dengan rasa syukur. Kalau anda berkata; "Apabila hidupku lebih baik, aku akan berasa syukur", anda tidak akan bersyukur selama-lamanya."



Tu antara yang aku pilih yang menepati situasi aku yang biasa la. Tambah-tambah lagi yang bab pokai tuh. Aku memang selalu je cakap aku ni Engineer Pokai. Pasnih takleh la dah. Aku nak tukar la. Aku nak cakap aku nih Engineer yang bakal kaya... Tapi macam tak sedap lak.. hehehehe... Nantilah aku fikir-fikirkan.



Anyway...



Bacalah buku tu. Mungkin anda akan lebih positif macam aku.... Hahahahaha..... Xlah, mungkin korang akan rasa lebih best bila baca buku tu. (Strongly recomended to Farah Adeela)




by,
Aimi A.Z yang lepas ni nak komen buku "Honk! If You Are Malaysian" pulak...

Monday, March 23, 2009

Juruterbang Jelita... (Special post to Farah Adeela)

Salam....

Kepada kawanku Farah Adeela... Ingatlah, selagi ada kemahuan, selagi itu ada jalannya... :P Anda yang mengubahnya... Hak hak....




(Source: Kosmo Ahad 22 mac 2009)

by,
Aimi A.Z yang rasa best pulak jadi si Moana nih...

Apa bestnya tinggal di Putrajaya?

Ada orang tanya, apa bestnya tinggal di Putrajaya. Ni jawapan aku...


Bestnya bila di suatu petang Ahad, sedang anda membasuh kereta, anda ternampak suatu bayangan. Bayangan yang anda tidak pasti apakah ia. Terapung-apung di awan yang biru...




Setelah anda amati, bayangan yang terapung di udara itu adalah belon sebenarnya... Belon? Belon apakah yang berada di awangan yang sangat besar itu? Adakah belon-belon itu kepunyaan Man Belon? Oh tidak..... rupa-rupanya itu adalah belon daripada 1st Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta 2009. Anda tidak perlu bersesak-sesak untuk pergi ke tapak pasar malam untuk melihat belon walhal anda boleh melihatnya dari rumah anda sambil anda membasuh kereta....


Oh... alangkah bestnya tinggal di Putrajaya..... :P



by,
Aimi A.Z yang tau mesti ramai orang yang tak puas hati dengan entry ni... hahahahaha....

Sunday, March 22, 2009

Transformasi Aimi A.Z

Ingat AF7 je ada transformasi? Aimi A.Z pun ada gak tau....





Apasal aku tiba-tiba je posting gambar-gambar nih? Sebab tiba-tiba je ada scanner kat rumah ni so bolehlah scan gambar-gambar yang ada sejak dari dulu lagi... Meh aku cerita pasal gambar di atas....


Gambar pertama
Diambil pada tahun 1988, ketika saya berumur 4 tahun. Sangat comel kan Aimi A.Z? :P Thank Youu! Thank You! Saya tahu saya comel....


Gambar Kedua
Diambil pada tahun 1993 ketika saya berumur 9 tahun or Darjah 3. Merupakan seorang Pengawas Sekolah (tak nampak ke ada tag Pengawas tu) Hahahaha! dan tengoklah spek saya yang saaangaat besar.... That was my very first specs. Abah cakap lagi besar spec tu lagi senang nak nampak. Aku sebagai anak yang baik cuma menurut..... :P


Gambar ke-3
Gambar diambil pada Tahun 1995 di mana kecomelan saya semakin berkurang. Tetapi spec saya semakin mengecil walaupun masih agak besar. Masa tu Darjah 5...


....dan sekarang....





..... ke'comel'an saya telah kembali .... (but in a different way-lah!)




by,
Aimi A.Z yang ada banyak lagi gambar-gambar lama yang nak ditunjuk... Tunggu....

Friday, March 13, 2009

Ofisku dipecah masuk...

Semalam bersamaan dengan 12hb Mac 2009 mencatatkan sejarah apabila ofisku dipecah masuk oleh siapa entah mestilah aku tak tau, kalau aku tau lama dah aku bagitau kat Pak Polisi… :P Si Pencuri tu masuk ke ofis dengan membalut Solex kat gril degan kain dan menghentam Solex sampai pecah. Dah la ada dua Solex kat bawah tu, 2-2 pun hancur dikerjakan dek Si Pencuri. Dah lepas rintangan Solex, ada pulak rintangan pintu bermagnetik. Si Pencuri tu macam Pro je sebab diorang main dengan wayar nak buka pintu tuh dan mestilah diorang berjaya! Gila hebat! Aku ingat kat dalam cerita kat TV je ada macam tuh… Ish3x… So, Si Pencuri berjaya mencuri: 4x18” Flat Screen Desktop, cash dalam RM500, dan yang paling penting 1 CPU yang sangat berharga. CPU yang dia ambil tu CPU Senior aku yang ader segala design yang dia buat selama 6 tahun, semua spreadsheet dan segala macam benda–lah! Huhuhuhu… Aku cakap kat Fieza kalau aku jadi Senior tu aku dah tak nak kerja dah… Hahahahaha…. Semalam macam best je tgk IO (Investigate Officer) tu buat macam kat dalam CSI. First time tengok Live. Die tabor-tabur serbuk, pastu ambil bulu ratakan serbuk and ambil selotape nak ambil fingerprint… kagum aku.. hahahaha…Sesiapa yang kenal Si Pencuri tu, Senior aku suruh cakap kat dia, tolonglah pulangkan balik Hard disk tu. yang flat skrin tu ambik je lah... kalau pulangkan hard disk nanti dia ganti ngan benda lain... :P


by,
Aimi A.Z yang first time tulis blog kat ofis...

Wednesday, March 11, 2009

Fruit Tartlets


Sejarah aku dan pembikinan Fruit Tartlets nih adalah apabila Farah Adeela membagitau aku yang dia nak membuat Fruit Tartlets... So, tiba-tiba je terdetik di lidah aku nak merasa Fruit Tartlets nih. Therefore, di suatu pagi hari Ahad yang hening aku pun memulakan langkah pertamaku mencuba resipi Fruit Tartlets yang tak pernah dicuba sebelum nih....



Saje je buat intoduction yang poyo supaya korang semua semangat sikit nak mengutuk aku... :P So, di sini aku nak mengshare resipi yang aku ambik dari Daily Delicious... Try-lah! Nanti bagi aku rasa... :P



Ingredients
(Untuk pastry)
250g Cake Flour
150g Butter
2 egg yolks
40g Icing Sugar
A pinch of salt
1-3 tbsp of water

(Untuk creme)
250ml milk
60g granulated sugar
3 egg yolks
15g plain flour
10g cornstarch
1tsp vanilla
1tbsp orange juice or lemon juice
200ml whipping cream
20g icing sugar

(Untuk hiasan)
Apricot glaze/Sublimo glaze
Buah-buahan (Kiwi, Strawberries, Grapes dll)


Cara-cara membuat
(For the Pastry)
1. Sift the flour, icing sugar, and salt in the bowl.
2. Put the butter in the flour mixture and rub to form a little crumb.
3. Add the egg yolks and 1tbsp of water into the bowl, and mix by pushing (not kneading) until the ingredients start forming a ball (you can add more water if the dough seen dry).
4. Transfer the ball onto the work surface and knead it with the palm of your hand for a few seconds to obtain homogeneous dough. Do not overwork the dough. Wrap in plastic and put in the refrigerator for at least 30 minutes.
5. Lightly butter the tart tins.
6. Roll the dough between two sheets of plastic wrap until it’s about 2 mm. thick.
7. Remove the top layer of plastic wrap from the dough, using fork stab all over the dough.
8. Using a pastry cutter cut discs out of the rolled out dough.
9. Place disc over the molds.
10. Using your fingers lightly floured or, preferably, a stuffing tool, press the dough inside each cavity, taking care not to tear the dough.
11. Wrap in plastic and put in the refrigerator for at least 30 minutes.
12. Preheat the oven to 180º C
13. Line unbaked pastry shell with parchment paper or aluminum foil. Fill tart pan with pie weights, bake the tartlet shells in the oven for about 15-20 minutes, until golden. (If your tartlets are still pale after 20 minutes, remove the weights and put them back in the oven for 5 minutes more.)
14. Turn out the tartlets onto a cooling rack, remove weights. Let them cool down to room temperature.

This is my not-so-perfect tartlets shell...


(For the creme)
1. Bring the milk to a boil in a saucepan.
2. Meanwhile whisk the egg yolk, sugar, seeds from vanilla bean, plain flour and cornstarch together in a bowl.
3. Whisk the boiling milk into this mixture and return the mixture into the saucepan.
4. Bring the mixture back to a boil and boil the cream for one minute whisking constantly to avoid scorching. When it boils, whisk mixture constantly for another 30 - 60 seconds until it becomes very thick and it is hard to stir.
5. Remove from heat and immediately whisk in the juice. Pour into a clean bowl and immediately cover the surface with plastic wrap to prevent a crust from forming. Cool.
6. Pour the cream into another bowl and add the icing sugar. Using a balloon whisk or electric beaters, whip the cream until it just forms soft peaks.
7. Fold the cream into the mixture, and spoon the filling into a piping bag fitted with a 1cm nozzle.

(To assesmble)
1. Prepare the fruit by cutting into desire shape and place the fruit on paper towel to absorb moisture.
2. Brush the tartlets with apricot glaze (wait for the tart to dry a bit), and pipe the filling in.
3. Top the tartlets with fruits and brush the fruit with the apricot glaze.
4. Refrigerate for 1 hour before serving.


Ta-da!


Dah siap...


Selamat Mencuba...



by,
Aimi A.Z yang sekarang ni liat sungguh nak bangun pagi... huhuhuhu...

Saturday, March 07, 2009

Lirik Wonderpets Versi Melayu...

Wonder Pets! Wonder Pets! kami datang,
Membantu haiwan yang dalam kesusahan!
Kami tak besar,
Dan kami tak kuat,
Bila Bekerjasama semua jadi mudah.
Yeah, Wonder Pets! Yay!
Apa yang penting??
Kerja~sama~!
Apa yang penting?
Kerja~sama~!


Saja suka-suka nak post lirik lagu Wonderpets ni sebab semalam masa Final RL3, Nabil nyanyi lagu ni. Hahahahaha... Memang best! Sebelum ni dengar Noni je nyanyi lagu ni tapi ni Nabil nyanyi so kalau Nabil pun dah suka mestilah lagu ni tiba-tiba je famous! So selepas ni ramai yang nak tengok Wonderpets. Noni, ko ada geng la lepas ni nak tengok Wonderpets.... :P






by,
Aimi A.Z yang tau fitrah semua orang mesti suka benda famous...

Sepah Juara Raja Lawak 3

Yay! Yay! Sepah menang... Seperti yang kujangka, Sepah menang juga. :P Menang dengan penuh kebanggaan sebab last show diorang memang best! Anyway, congrats... Korang deserve it! Berbanding ngan Amir yang tak best langsung. Haih, pengundi-pengundi Amir oi... apalah yang korang nampak kat Amir tu? Korang tak nampak ke dia tak best langsung? Hahahahahha... Selambe je kutuk. Mampus aku nanti. Takpe-takpe... dah rezeki ko lah kan Amir.


Source: Murai

Alang-alang dah tercakap pasal Raja Lawak 3 ni, jom aku cerita from my side of view pulak. aku rasa lah, dalam banyak-banyak RL nih la yang paling best. Kire OK lah, tak lah mengecewakan sangat. Actually, masa mula-mula dulu aku tak lah berapa nak minat Sepah sangat. Aku lagi suka Chot. Serius, tambah-tambah lagi episod yang dia buat Twit! Twit! Memang best! Tapi sejak dua menjak Chot tak best barulah aku suka Sepah dan akhirnya.....! Tapi yang pastinya Chot jauuuuhhhh lagi best dari Amir dan lagi layak masuk final dari Amir. Tapi yelah, rezeki orang tak nampak kat kaki...



Source: Murai

Jihan pun tak kurang bestnya, sama gak ngan Johan dengan Zizan. Aku ni sebenarnya tak suka lagsung Johan (espeacially) dulu. Tapi sekarang gandingan diorang lagi best dari peserta RL sendiri. Kesimpulan yang aku boleh buat di sini ialah;

"Manusia boleh melakukan sesuatu perkara dengan baik sekiranya diberi masa dan peluang."


Chaiyo3x...



by,
Aimi A.Z yang tak tidur-tidur lagi padahal esok kena pergi kelas di awal pagi...

10 sebab menulis blog...

1. Untuk meluahkan rasa hati yang terpendam. Sebagai contoh jika marahkan seseorang, boleh melepaskan di dalam blog dengan harapan orang yang dimarahi itu akan mengetahui tentang perasaan sebenar anda! (Nak sound direct segan... :P)


2. Sebagai salah satu cara untuk mengisi masa lapang anda yang tak berapa nak lapang ni.


3. Sebagai peneman di saat duka nestapa. Kadang-kadang terasa macam there's no one to talk to. So, apa lagi berblog-lah!


4. Untuk mengingatkan diri sendiri di masa depan tentang apa yang telah berlaku di masa lepas. Serius, kadang-kadang bila baca balik blog sendiri baru aku teringat yang aku pernah buat apa yang aku pernah buat. Memory jangka pendek-lah aku nih! :P


5. Untuk update dengan kawan-kawan tentang apa yang jadi pada kehidupan sehari-harian. Takkanlah tiap-tiap hari nak call cerita pasal everyday life. Tak ke bosan namanya tu?


6. To share our thoughts and feelings about current issues. Mana lagi tempat yang paling sesuai untuk mengetengahkan pedapat sendiri terhadap dunia ni? Lu pikirlah sendiri...


7. Menambahkan lagi virtual friends. Kalau bernasib baik terus berkawan dalam real life. Erm, best ke?


8. Untuk menjana pendapatan melalui penulisan yang tak seberapa ni. Dengar ramai je yang buat banyak duit dari blog. Bila lah blog ku ini nak mengutip banyak duit? Huhuhu....


9. Terikut-ikut dengan trend sekarang... "Semua orang pn ada blog, takkan aku tak ada kot!"


10. Lastly, untuk kepuasan diri sendiri.



Selamat ber-blog-ging!



by,
Aimi A.Z yang mendapat tips jika menulis blog secara skema begini, peratusan blog ini dijumpai adalah lebih tinggi...

Tuesday, March 03, 2009

Kebodohan di hari Selasa...

Meh aku citer pasal kebodohan aku di pagi hari Selasa....


Aku sekarang nih ader Conference kat Shah Alam so maknenye takyah menempuh jem seperti hari2 lainnye sebab jalan ke Shah Alam tak jem langsung berbanding dengan jalan menuju ke Petaling Jaya....


Tetapi....


Alangkah bodohnye Aimi A.Z nih sebab mengelamun maser drive sampai tak sedar termasuk ke jalan yang menuju ke PJ... perjalanan yang sepatutnye 40 minit tanpa jem tetibe jadik 1 jam 15 minit dengan jem n minyak yang membazir....


Alangkah bodohnye....



by,
Aimi A.Z yang terlambat g conference sebab kebodohan diri sendiri... huhuhu...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin