Wednesday, April 29, 2009

Setelah 13 tahun...

Pernah tak korang bayangkan, bagaimana agaknya kawan korang setelah 13 tahun tak jumpa?


Well, hari ni aku jumpa dengan kawan sekolah rendah aku. Last jumpa face-to-face masa darjah 6. Tahun 1996. Masa tu kitorang kelas 6 Matahari kat Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam. Bayangkan masa tu budak-budak hingusan je sekarang nih dah jadi anak-anak dara dah. Dah leh jadi mak dara pun sebenarnye. Hahahaha....





Nih la logo sekolaah rendah aku. aku jumpa kat sini.



Perasaan?


Agak weird dan awkward tapi kami berjaya menangani perasaan-perasaan itu. Dan hasilnya macam setahun dua je tak jumpa. Taklah pelik sangat. Thanks to teknologi-teknologi yang ada sekarang ni seperti Internet, Facebook, YM, Handphone. Semuanya sangat membantu to keep in touch dengan kawan2 and menjadikan pertemuan setelah 13tahun taklah begitu kekok.



So, sekarang ni aku nak korang bayangkan apa yang akan berlaku bila korang jumpa aku 13tahun akan datang.... :P




by,
Aimi A.Z yang banyak sangat yang dibayangkan.... *ngehngeh*

Sunday, April 26, 2009

Kalau dah jodoh... (Part 2)

Hari tuh masa Part 1 aku cerita pasal Opah yang bakal dapat cucu menantu, kan? Ni ada kisah lain yang ingin aku kongsi bersama...


Alkisah...


(Watak: X=Perempuan, Y&Z=Lelaki)



X bercouple dengan Y. Lama diorang couple. Sampai habis belajar. Z kawan X & Y. Selalu berdiskusi tentang pelajaran. Z pun ada awek. So, dia tak kacau la perhubungan X&Y.



Manusia hanya mampu merancang. Percintaan X&Y sampai ke penghujung. Z dengan aweknya pun dah putus. Entah macam mana, X&Z perasaan tentang perasaan masing-masing. Mereka pun bercouple dan merancang mendirikan rumahtangga....



Moral cerita ini: Kita tak tahu siapa yang bakal jadi pasangan hidup kita. Mungkin orang tu adalah kawan kita yang kita dah kenal sejak dulu lagi.


Nota kaki: Cerita ini adalah berdasarkan cerita benar. Nama sebenar adalah dirahsiakan untuk menjamin rumahtangga kedua-dua bakal mempelai kerana pasti anda tidak percaya siapakah X&Z ini. X&Z mungkin adalah orang yang anda kenal, so try-lah teka! :P


Nota tangan: Dengarnya diorang akan mendirikan "masjid" tahun depan. Tunggu jelah baru korang dapat tau... :P



by,
Aimi A.Z yang tertido sebelum menekan butang "Publish Post"... Hahahahaha

Jom Boikot AF7

Semalam aku baru je nak buat post pasal AF7, nak bitau sape favourite aku, pastuh malam tadi jugak si Aril ni dah kuar AF. So, apa lagi? Boikot la....

Takde dah AF pasni... Ye ke?


by,
Aimi A.Z yang tak undi pon pastuh banyak bunyi plak...

Saturday, April 25, 2009

Rod & Baby

Setelah berzaman melawat Rod, nih baru berpeluang nak upload gambar kat blog. Rod or nama penuhnya Rodiah adalah budak Electrical UiTM. Pernah jadi roomate Non & kawan ngan dia ni pun masa kat Kolej Mawar dulu. Teringat plak masa dok kat Kolej dulu, cam lama je dah. Tetiba rasa macam tua. Si Rod pun dah ada anak, ko bila lagi Non? Hahahaha...



by,
Aimi A.Z yang rasa cepat sangat masa berlalu...

Bosan?

Adakah anda berperasaan bosan seperti saya beberapa minggu lalu? Hahahaha.... Nasib korang la kan... Hari tu aku, ni korang pulak. So, deal with it... Nih aku ada beberapa tips untuk mengetahui sama ada rakan-rakan anda bosan dan tensen:



Tips


1. Pada petang Jumaat, anda mendapat satu call daripada rakan anda mengajak anda melepak-lepak di malam hari.


2. Lewat petang itu, anda mendapat call daripada rakan yang lain mengajak anda menonton late nite movie.


3. Selepas magrib, satu lagi SMS drp rakan lain jugak mengajak anda menonton wayang.



Hahahaha... Pelik jugak dapat 3 invitation semalam. Nampak sangat bila hari Jumaat semua pun nak lepaskan tensen... Tapi semua pun aku tak dapat tunaikan. Sorry guys, maybe next time...



by,
Aimi A.Z yang tak tensen sangat minggu ni sebab 2 hari je kerja...

Wednesday, April 22, 2009

Kerja oh kerja...

Sekarang ni...
1. Malas nak kerja, tapi nak jadi engineer.
2. Nak cari kerja yang dekat dengan rumah, tapi kesian kat bos kena cari orang lain.
3. Nak kerja yang bukan 8am-5pm, tapi apa kerjanya?


Tapi, macam aku cakap sebelum ni: Ikut Hati Mati


So, kerja jelah dengan bersungguh-sungguh. Sekarang ni dada pun tak penuh dengan ilmu lagi.


So, plan aku...
1. Penuhkan ilmu di dada, lepas tu baru fikir nak buat apa...
2. Bekerja bersungguh-sungguh dan dapatkan Ir., lepas tuh baru lah berhenti keje ke apa...
3. Kalau ilmu di dada dah cukup & Ir. pun dah dapat, so kita enjoy!!!


Macam kena tahan 3-4 tahun lagi je... Ish3x.... Sabar, Aimi, Sabar.... Bukan senang nak senang...


by,
Aimi A.Z yang rasa kalau ikutkan hati....... (teka sendiri)

Kalau dah jodoh...

Ayat yang biasa kita dengar:



Kalau dah jodoh tak ke mana....



Betul kan? Kalau dah jodoh tak ke mana. Entri ni ditulis setelah mendapat perkhabaran yang cousin aku yakni cucu sulung Opah nak bertunang. Actually, cousin aku ni baru je break up ngan awek dia setelah 6 tahun berkapel. Ni setelah tak sampai setahun, dia dah nak bertunang dengan awek yang dia baru kapel tak sampai setahun.



Ironi kan? (betul ke penggunaan ayat ironi di sini? aku belasah je...)



So kesimpulannya, tak kisah la kalau dah 6 tahun ke 10 tahun ke berkapel kalau takde jodoh tu xde jugak



Dan xkisah la kalau baru sebulan jumpe ke, sehari jumpa ke kalau dah memang jodoh tuh, memang jodoh jugak.



Tuh semua di luar bidang kuasa kita. Hanya Dia je yang tau ape yang terbaik untuk kita dan apa yang tertulis untuk kita.



Anyway, congrats Opah sebab bakal dapat cucu menantu.... :P



Masa ni Opah tengah buat muka comel sebab cucu-cucu dia yang comel ni suruh...



by,
Aimi A.Z yang tak tau pulak bila time dia...

Sunday, April 19, 2009

Cupcakes...

Di hari Ahad yang indah, di saat-saat aku dikejutkan dengan berita tergempar, aku juga mempunyai satu lagi halangan untuk aku meneruskan pembacaan ku. Ini-lah halangan yang dimaksudkan. Membuat cupcakes. Yup, cupcakes. Ini bukanlah satu perniagaan baru Ummi tapi ini adalah perniagaan yang diusahakan oleh adikku Wawa. Hahahaha... Bukan perniagaan pun. Actually, next weekend, sekolah Wawa akan buat Hari Usahawan. Kalau dulu dipanggil Hari Kantin. Then, Wawa ni mengoffer diri nak buat cupcakes. Padahal bukan dia yang buat pun. aku gak yang kena buat. Ish3x... Nasib baik aku nih kakak yang baik. So, semalam g beli barang kat Bangi then hari nih buatla cupcakes walaupun hati aku meronta-ronta nak belajar. Hahahaha... So, sesape yang rasa nak rasa cupcakes nih or teringin nak membeli sambil menderma, g la ke sekolah Wawa hari Sabtu depan...

Sekian.



by,
Aimi A.Z yang merupakan seorang kakak yang baik... :P

Persoalan...

Kenapa perempuan selalu terpedaya dengan lelaki?

Kenapa perempuan selalu senang untuk percaya pada lelaki?

Kenapa perempuan sanggup menyerahkan sesuatu kepada lelaki sebelum sampai masanya lelaki itu dibolehkan menerimanya?

Kenapa murah sangat maruah seorang perempuan yang dibesarkan dengan didikan agama dan kasih sayang yang melimpah ruah?


Kenapa?


Tidakkah seseorang perempuan itu tahu bahawa lelaki adalah tetap lelaki?

Tidakkah seseorang perempuan itu tahu bahawa sekiranya seseorang lelaki itu sudah dapat apa yang dikehendakinya perempuan itu sama saja seperti perempuan2 lain di sekelilingnya?

Tidakkah seseorang perempuan itu tahu sekiranya orang ramai tahu, dia akan dicemuh sehingga ke anak cucunya?

Tidakkah seseorang perempuan itu tahu bahawa seseorang lelaki tidak tahu untuk menyimpan rahsia?


Tidakkah mereka tahu bahawa aku pun sudah tahu?



by,
Aimi A.Z yang tengah belajar untuk exam esok tetapi diganggu oleh perkara yang tak boleh diterima akal seperti ini...

Saturday, April 18, 2009

My Debut Album...

Got this tag from Facebook. Feel like to do it here.

1 - Open http://en.wikipedia.org/wiki/Special:Random The first random wikipedia article you get is the name of your band. (alternatively, if the first article you hit is short, hit Random Article two more times.)

2 - Open http://www.quotationspage.com/random.php3 The last four or five words of the very last quote of the page is the title of your first album.

3 - Open http://www.flickr.com/explore/interesting/7days Third picture, no matter what it is, will be your album cover.

4 - Use photoshop/paint or similar to put it all together.

5 - Post it to FB with "My Debut Album" in the "caption" and TAG the friends you want to join in.


...and here is my Album Cover...


cam sesuai je gambar ni dengan Tittle Album ku: Discover Yourself. Tapi yang tak tahan tuh nama band aku Murchison. Hahahahaha....



by,
Aimi A.Z yang dah terlambat nak tengok AF sebab buat menatang ni...

I'm secretly fall in ♥


Gambar dicuri kat Kosmo!


Oops! Tittle tulis secretly in ♥ tapi dah terbocorkan rahsia sendiri... :P Hahahahaha.... alah, taklah suka sangat pun cuma kat dalam OIAM3 dia cam best je. Mula-mula cam suka Aweera gak tapi dia agak poyo and x sebijak Tomok dalam pemilihan lagu and suka menjerit sangat. Nine pulak gaya cool tapi nyanyi biasa2 je. Tapi aku suka gak... :P


Tapi, aku suka gak Amelia, tapi dah keluar. Esther pulak suara power giler. Pergh...


Kesimpulannya, suka-lah OIAM 3 nih... :P



by,
Aimi A.Z yang rasa Tomok akan menang OIAM3 nanti... Go Tomok! Hahahaha.....

Melaka oh Melaka...

Kalau nak ikutkan.....dah lama dah aku join kawan-kawanku g Melaka esok....


Buat-buat terlupa yang hari Isnin ada Final exam....


Buat-buat terlupa yang hari Rabu pun ada exam....


Buat-buat terlupa yang ada lagi assignment yang belum siap....


Buat-buat terlupa yang aku nih masih seorang student....


Tapi, apakan daya....


Ikut hati mati....



by,
Aimi A.Z yang terpaksa ajar hati terima apa otak fikir...

Saturday, April 11, 2009

Dari perspektif seorang Structural Engineer...

Sebelum bermula, ingin saya nyatakan di sini bahawa saya terpanggil menulis entry ini daripada email yang saya dapat daripada Wardatul Baidha bertajuk 50 Strange Buildings of The World. Tak tau camner nak buat citation nak elakkan plagiarisma.. Camni bolehlah kot, kan? :P

1. Bangunan yang paling senang nak design

Nampak dari luar macam senang jelah sebab nama nye pun Robot. Petak plak tuh. Gune ESTEEM pun boleh ni.


Serius senang je nak design. Ape susahnye, takyah design pun, provide je reinforcement berapa2 sebab memang nak kasi fail pun. Lagi bagus kalau tak payah letak reinforcement. Runtuh habis... :P


Piramid. Nak design senang kot, cume nak construct je kene berhati-hati...


Senang la kot... Longgokkan je kontena tu di atas satu ngan yang lain pastu ta-da... dah siap!



2. Bangunan yang kalau aku tengok plan camnih memang aku menyumpah la sape Arkitek dia



"Oi Encik Akitek... memang la cantik... tapi, agak2 la, macam mana aku nak design building camnih?"

Oi... apa motifnye ada menatang kat tengah tu? Kalau tak menyusahkan orang tak boleh ke?


3. Bangunan yang tak memerlukan Structural Engineer di dunia ini


Bangunan ni tak payah design. Kalau design pun buat pening kepala otak je.

Korang nak building macam ni? Korang pegi cari batu besar, buat rumah kat sebelah tuh. Wat pe nak ada engineer? Takkan nak letak Reinforcement bar dalam batu tu kot....

Untuk building ni pulak korang tak perlukan Structural Engineer. Apa yang korang perlukan ialah SUPERMAN...

4. Bangunan yang boleh didesign tapi agak melecehkan & kalau diberi pilihan aku taknak DESIGN sebab bangunan2 macam ni la yang membuatkan aku nak RESIGN


Tengok je building ni aku dah rasa nak RESIGN.... dah la tak simetri... huhuhuhu.....


Bukan taknak sebab ape, sebab korang tengok je lah cantilever yang panjang tu, mesti sampai botak kepala pn x dapat buat model yang tak fail... Building-building camnih kena serahkan pada yang pakar je. Aku yang Junior nih tak layak....


5. Bangunan yang cam BEST je nak design

Cam gempak je building nih...


Nih pun gempak gak. Eh, aku rasa aku nih cam minat High Rise je...


Nak designkan... Plz... *wink wink*


Cam best sebab bila orang tanya, "Bangunan apa yang ko pernah design?" boleh jawab dengan bangganyanya, "Aku design bangunan Air Force tu" Best kan?


Nih memang sangat mencabar. Menguji kehebatan seorang structural engineer. tapi, tak percaya building ni adalah Temple.


6. Bangunan yang aku pun tak tau macam mana nak design

yang aku tatau tu macam mana nak susun reinforcement dia? Column die kat mana?

Nih pulak bentuknye macam tank je. Kena design ke?

Nih macam rumah Spongebob & Patrick je. Panggil diorang je lah design.

Yang aku tak tau camne nak design telur kat atas building tu.. hahahaha




by,
Aimi A.Z yang merupakan seorang Structural Engineer yang sangat Junior tapi poyo nak post entry yang camni...

Thursday, April 02, 2009

Berperasaan Bosan...

Ada ke perasaan camnih?


Perasaan bosan.


Nak buat ape pun malas. Sepatutnya hari ni pegi gym, tapi sebab ada satu perasaan ni (yakni perasaan bosan) aku pun tak pegi la gym.


Tambah-tambah lagi bila dengar umi nak masak Nasi Ayam. Laju je aku balik rumah. :P



Mungkin jugak dah sampai time untuk kibarkan bendera.



Bosan.




by,
Aimi A.Z yang sangat bosan...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin