Monday, May 25, 2009

Hasil tangan terbaru aku...

Ini adalah hasil tangan terbaru aku. Belum boleh publish kat Little Roses sebab tak deliver lagi. Tapi aku gatal nak publish kat blog sendiri. Untuk customer ni, dia takde request specific colour, so aku ikut suka mata dan tangan aku nak buat yang macam mana. Aku gune combination Hitam & Silver nak buat decoration ni dan inilah hasilnya. Harap-harap customer puas hati.




Nota kaki: Kepada sesiapa yang berminat, leh pergi ke blog Little Roses untuk maklumat lanjut.


Nota tangan: Kepada sesiapa yang pandai main dengan ribbon macam ni boleh la ajar aku. Saya budak tengah belajar...



by
Aimi A.Z yang memang minat sangat benda-benda macam ni...

Pengantin Jawa...

Hari Sabtu, bersamaan dengan 23 Mei 2009, terjadilah satu peristiwa yang besar dalam hidup kawanku Pchah kerana telah diiabkabulkan dengan seorang yang bernama Adi. Pchah ni aku kenal masa Semester 1 Diploma masa kat Kolej Mawar. Lama gila dah. Masa Sem 1 tu dia ni duduk kat Level yang sama ngan aku, tapi bilik dia kat hujung sekali and bilik aku pulak kat tengah-tengah. Entah la macam mana citanya aku tak ingat tapi Si Pchah ni selalu pinjam handphone aku untuk gayut dengan boifren dia. Tapi masa tuh boifren dia bukan Si Adi ni.

Tema perkahwinan diorang adalah Jawa.First time aku pergi kenduri kahwin bertheme Jawa. Quite interesting. Pengantin dah memang cantik dengan hensem so pakai ape pun tetap cantik dan hensem. And bila sebut je Jawa mesti la ada tempe. So setiap meja mesti ada Tempe goreng yang rangup. Aku yang tak makan tempe ni pun tiba-tiba jadi penggemar Tempe. Apahal tah! Oh lupa lak. Yang keturunan Jawa adalah mak Pchah ni sendiri. So, sesiapa yang rasa ada keturunan Jawa and nak buat tema Jawa, silalah buat... :P





Semoga giliran kami pulak lepas ni... *wink*



by,
Aimi A.Z yang minggu ni nak pergi Irda & Adik kahwin pulak...

Sunday, May 24, 2009

Salesgirl oh salesgirl!

Alkisah nye macam ni... Aku pergi la Alamanda bersama adik-adikku. Then, teringin pulak nak membeli bedak kerana bedakku sudah tinggal sisa-sisa je. Masuk la satu kedai ni. Then ada la Cik Salesgirl di sana.

Cik Salesgirl: Ye, cari apa?

Aku: Saya cari Compact Powder.


(Cik Salesgirl pun mengambil Tester Compact Powder yang agak putih. Aku kan gelap, so aku nak la compact powder yang sesuai dengan muka aku. Kalau putih sangat jadi gomak pulak)


Aku: Yang ni putih sangat la. Saya nak yang gelap sikit.

Cik Salesgirl: Eh, memang la macam ni. Kalau orang tu putih, kami bagi yang gelap. Kalau orang tu gelap kami bagi yang putih.


(Camtuh ke? Bukan ikut tona warna masing-masing ke? Lagipun suka hati aku la nak yang mana pun. Then Cik Salesgirl pun mengambil Compact Powder yang lain untuk aku)


Aku: Erm, putih jugak la.

Cik Salesgirl: (dengan nada sinis) Ni la yang paling gelap. Kalau nak gelap jugak tak payah pakai bedak la.

Aku: Takpe lah, Terima kasih. (Pastu apa lagi, Blah la!)


Boleh tak dia cakap camtuh kat aku? Aku tau la aku ni nampak selekeh je cam tak pakai bedak (tapi masa tuh memang tak pakai bedak pun, pegi Alamanda je pun), tapi takleh cakap elok-elok ke? Sape yang berniaga ni? Kot ye pun, jagalah adab cakap dengan orang sikit. Apa dia ingat aku ni sengkek sangat ke tak mampu nak beli bedak, saje2 je masuk kedai tu nak test? Ish3x... Tak paham aku manusia ni. Macam mana la bisnes nak maju? Kalau dia cakap "Eh, mana ada putih, OK je saya tengok" Ha, comfirm aku terus beli. Sebab memang aku pernah pakai pun yang tu sebelum ni.


Erm, lantak dia la. Last-last aku pergi Watson pilih bedak sendiri. Senang je, takde orang jaga. Suka hati aku la nak amik yang gelap ke, putih ke, kuning ke. Nak amik hijau pun boleh.



by,
Aimi A.Z yang tak paham dengan Salesgirl tu...

Kerana RM10...

Kerana RM10,
Air mata seseorang mampu turun dengan lajunya...


Kerana RM10,
Seseorang mampu menjadi begitu kedekut...


Kerana RM10,
Perkara-perkara lepas berbangkit dan terungkit...


Kerana RM10,
Seorang anak boleh menjadi kurang ajar...


Kerana RM10.



Apa kes? RM10 je pun...



by
Aimi A.Z yang tak tau la apa nak fikir...

Wednesday, May 20, 2009

What I've done to loose weight?

Oleh kerana kekeringan idea untuk menulis blog, dan oleh kerana kehidupan seharian sekarang ini yang berjalan seperti biasa, maka tidak ada banyak yang boleh dikongsi bersama. So, Topik hari ni: Apakah yang telah saya lakukan untuk menurunkan BERAT badan saya yang BERAT ni?


1. Sign up for a gym
Gym pilihan: True Fitness, Seksyen 14, PJ. After office je pergi workout. Lagipun boleh bagi jem reda sikit. Tak payahla berhempas-pulas meredah jem. Additional info: Instructor kat sana hensem-hensem... Hahahaha


2. Mencari-cari info tentang diet, workout & cara-cara menurunkan berat badan tanpa menggunakan sebarang ubat-ubatan
Tips utama menurunkan berat badan adalah ilmu. Ilmu memang sangat penting sebab turunkan berat ni bukan susah sangat pun sebenarnya! Eh, cam tak caya je Aimi yang cakap macam tu *wink*


3. Merajin-rajinkan diri melawat blog-blog mereka yang telah berjaya dengan kaedah mereka
As u can see, dekat sebelah kanan page saya, saya ada linkkan blog-blog mereka yang telah berjaya dengan kaedah yang mereka cipta sendiri. Pengalaman orang sangatlah membantu mempercepatkan proses pemahaman tetang bagaimana untuk menurukan berat badan. So, bolehlah cilok yang mana yang sesuai. Hehe...


4. Membeli CD Workout untuk berexercise di rumah sekiranya tidak dapat pergi ke gym
Berkait rapat dengan No. 3, akibat terpengaruh dengan seorang blogger, saya telah membeli beberapa CD untuk berexercise di rumah dengan harapan saya berexcercise tiap-tiap hari tanpa FAIL. Tapi, namanya pun Aimi A.Z mestilah penyakit M tak dapat diubati. *ngehngeh* Tapi, jangan risau. Saya tetap akan berusaha! Chaiyo3x!


5. Menjaga pemakanan saya pada setiap hari supaya kalori yang diambil setiap hari tidak melebihi kalori yang sepatutnya
Ye ke Si Aimi ni jaga makan? Macam tak caya je... At least terfikir nak jaga makan... ngehngeh.... Bab ni susah sikit la tapi tengah mencuba-cuba. Tapi sekarang ni saya baaaanyaaakkkkkk makan buah... :P



Itu je apa yang telah saya buat. Tapi setakat ni saya belum hilang 1 kilo pun lagi. Takpe, nasib baik kesabaran saya sangat tinggi... Tipu!




by,
Aimi A.Z yang tak tau bila la nak hilang lemak-lemak di badan ni...

Sunday, May 17, 2009

Surat Seorang Kakak Kepada Seorang Adiknya...

Dear Wawa,

First of all, Kak Amy nak Wawa tau yang Kak Amy tulis blog ni KHAS untuk Wawa. Tiada orang lain selain daripada Wawa. dan sesungguhnya entri ini BUKAN berniat untuk mencari gaduh atau untuk membalas dendam, cuma sebuah entri untuk mengingatkan seorang adik bahawa seorang kakak sentiasa menyayangi seorang adiknya. Ceh!


Wawa,

Walau selama mana pun Wawa menafikan, walau macam mana pun Wawa sorokkan, Kak Amy tetap tau yang Kak Amy ni merupakan IDOLA Wawa. Kalau Wawa nak contoh, banyak yang Kak Amy leh bagi. Terutamanya sekarang I'm ur IDOL when it's blogging time. You want everything that I have in my blog. So, tak payahlah kau nak cover2 lagi Wawa oi! Kakak kau ni dah tau dah walaupun kau tak bagitau.


Wahai adikku,

Kenapalah kau kisah sangat bila aku kutuk blog kau? Kenapalah kau kisah sangat bila aku komen pasal blog kau? Kenapalah kau kisah sangat kalau aku kata post ko mengarut? Kau tak tau ke yang seorang kakak memang suka mengutuk seorang adiknya? Kau tak tau ke begitulaah caranya seorang kakak menunjukkan kasih sayang kepada seorang adik? So now you know.


So Wawa, lepas ni tak payahlah Wawa nak touching-touching lagi. Tak cukup ke dengan kawan-kawan nak touching takan dengan kakak pun nak touching? Habis, dengan sape je yang Wawa tak touching? Ish3x...


Kesimpulannya, terimalah kakakmu ini seadanya kerana aku ini tetap kakakmu. dan seorang kakak yang baik memang macam ni lah perangainya. *ngehngeh*






daripada,
Aimi A.Z yang merupakan seorang kakak kepada empat orang adik...

♥♥Love Story 2009 ♥♥

Topik hari ni adalah cinta.

Bukan cinta Aimi A.Z tapi cinta seorang manusia yang bernama Chika (bukan nama sebenar kot!). Alkisah macam ni ceritanya... Tadi, aku gaduh-gaduh dengan Wawa pasal blog. Macam macam la isu yang Wawa tak puas hati dengan aku. Then, terkeluar pulak Kak Lala cakap yang pasal blog Si Chika ni and terkeluar la pasal Love Story 2009 dia ni.

Biar aku summarize kan Love Story dia dari perspektif aku...

Chika ni penulis blog yang biasa. Biasa maksudnya macam aku. Yang menulis just for the pleasure untuk menulis. Ok! Maybe tak boleh nak samakan dia dengan aku sebab dia top Blogger sekarang and gaya penulisan dia pun amat sedap untuk dibaca. But, anyway dalam masa dia memblog tu, there's one guy yang sangat tertarik dengan penulisan dia sehinggakan lelaki itu ingin mengambil Chika sebagai seorang isteri. Proses-proses perkenalan dan bibit-bibit percintaan diorang yang romantik dan comel ditulis dengan bagusnya oleh Chika dalam blog beliau. Kalau aku yang cerita semua baik aku je yang jadi Chika.

Bila baca cerita Chika tu rasa macam baca novel cinta or tengok cerita cinta. And aku seriously rasa cerita-cerita seperti itu patut di bagi kepada Yasmin Ahmad ataupun Khabir Bahtiar untuk dibuat filem. Sure aku jadi orang pertama yang beli tiket wayang. And aku pun rasa kat dunia ni tak ada lagi kisah-kisah cinta macam tu. So bolehlah filem tu nanti dibuat translation dan di distribute di seluruh negara. Ataupun tulis saja sebuah novel cinta dan dijual mesti laris nya. Di samping hati berbunga-bunga dengan kisah cinta, hati juga berbunga-bunga hasil dari royalti buku yang tak habis-habis. Best kan cadangan aku?

Ok. Back to their love story... Chika mendapat first email dari Si Dia around May 2008, and diorang melangsungkan perkahwinan pada February 2009. Itu pun kalau tidak Si Dia nak langsung Oktober 2008. Gila cepat kan?

So, the point is CINTA tu bukan dekat di mata je. Selama ni aku risau jugak sebab aku tak jumpa orang Ceh! padahal hari-hari jumpa orang! macam mana nak dapat jodoh. Tapi, baru aku realize balik yang jodoh tu dah ditetapkan. Cuma kita tak tau bila masanya dan siapa orangnya je. Sebelum sampai masanya, banyak-banyak la berdoa dan hendaklah berusaha jugak ke arah itu. Contoh berusaha adalah melemparkan senyuman yang paling manis kepada seseorang yang juga melemparkan senyuman (yang YA ALLAH sweetnya!) kepada anda.

Kesimpulannya, bersedia. Sebab, kalau tetiba dapat seru tu, tetiba jugak kena kahwin. Cam pelik je ayat ni kan?


Nota Kaki: Tujuan aku membuat post pasal Love Story ni, bukan berniat nak berangan-angan aku punya Love Story pun macam nih, cuma nak berkongsi satu cerita yang amat menarik yang aku baca. Benda baik kan elok dikongsi? :P

Nota Tangan: Nanti kalau rajin dan tak malu aku cerita tentang Kisah Cinta yang aku selalu bayangkan. *wink*







by,
Aimi A.Z yang sebenarnya nak blog pasal Wawa tapi dah terbuat pasal lain pulak...

Thursday, May 14, 2009

Siapa sangka...

Siapa sangka...

Sebuah senyuman mampu mengubah hari seseorang...


Siapa sangka...

Satu SMS mampu membuat seseorang teringat-ingat...


Siapalah yang sangka...



by,

Wednesday, May 13, 2009

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit....

Apasal ada perumpamaan macam tu eh?


And apasal hari ni aku asyik tergigit lidah je?


Aku nye lidah dah semakin membesar ke?


Pelik, pelik...


Takan nak buat senaman lidah kot...


*Sekadar gambar hiasan*




by,
Aimi A.Z yang baru hari ni sedar lesen dah mati sejak 6 Mei...

Tuesday, May 12, 2009

Gambar FRIM di Flickr

Kepada sesiapa yang berkenaan...


Saya dah upload dah gambar FRIM kat Flickr. So, sila-silalah mengupload. Jangan cakap aku tak kasi gambar lagi.







by,
Aimi A.Z yang seringkali dikata tak kasi gambar...

Monday, May 11, 2009

Kepada Aimi & Kawan-Kawan...

Kepada kawan-kawan Aimi atau yang rasa dia tu kawan Aimi!,


Hampir terlupa pula akan perutusan yang sampai pada minggu lepas. Cik Puan Irdanita bersama pasangannya Encik Azrizan a.k.a Adik mengajak Aimi & Kawan-kawan ke majlis kahwin mereka di Melaka pada tarikh yang dinyatakan di bawah. Kepada sesiapa yang berminat nak pergi silalah mintak alamat kat aku.


Ini adalah serpihan dari kad kahwin mereka yang telah diedit oleh Aimi A.Z



Kepada Cik Puan Irdanita dan pasangannya Encik Azrizan, diucapkan Selamat Pengantin Baru dan Semoga Berbahagia ke anak cucu...




by,
Aimi A.Z yang tanya kawan-kawan die "Weh, Korang nak g x?"...

Sunday, May 10, 2009

The Newly Expanded IOI Mall...

Hari ni, pergi melawat-lawat dan mencuci mata di IOI Mall yang sudah terlalu besar tapi taklah memenatkan sangat apabila berjalan. Mungkin kerana staminaku yang semakin bagus. Blah! So, di sini adalah beberapa keping gambar yang menarik yang ingin dikongsi...





Harap maaf kerana tiada gambar IOI yang dah diexpand. Yang ada hanyalah gambar kitorang... Takde kerja lain selain possing. Padahal ramai orang tapi tak peduli sebab background cam lawa je. :P



by,
Aimi A.Z yang nak pergi Mother's Day dinner...

Bunga Berkembang di dalam MyVi...

Ini adalah hadiah daripada kakak kesayanganku sekembalinya beliau dari beroutstation di Terengganu. Bunga yang sentiasa mekar menandakan betapa mekarnya kasih sayang seorang kakak kepada adiknya! :P



by,
Aimi A.Z yang tau dia seorang yang poyo...

Saturday, May 09, 2009

Esok Hari Ibu...

In case ada orang tertanya-tanya bilakah Hari Ibu sebenarnya, meh aku bagitau. Hari Ibu jatuh pada setiap Ahad ke-2 dalam bulan Mei, dan pada Tahun ni, Hari Ibu jatuh pada hari esok yakni 10 Mei 2009. So, apakah yang akan korang lakukan sebagai mengenang jasa ibu korang? :P


Aku dengan adik beradikku takde plan lagi. Mungkin kitorang tak payah buat apa-apa sebab kitorang pun dah cukup jadi hadiah yang bernilai untuk Umi. Kan Umi kan? :P


So, kat sini ada 2 lirik lagu yang berkaitan dengan ibu. Lagu Ibu dari P. Ramlee dengan Lagu Untukmu Ibu dari Exist yang tersangat famous. Yang lagu P. Ramlee tu dulu aku ingat lagi ada kat iklan susu. Iklan Anlene ke Fernleaf tah.


*Inilah Umi-ku yang tak "comel" sangat macam aku*


Ibu by P. Ramlee


Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu




Untuk Mu Ibu by Exist


Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu...



Lagu Untukmu Ibu tu macam untuk mereka dah kehilangan ibu je. Walau apa pun, jangan risau, banyak-banyak doa semoga mereka ditempatkan di antara golongan-golongan yang soleh. Amin.


Sayangilah ibu anda sementara mereka masih ada.


♥ Happy Mother's Day! ♥



by,
Aimi A.Z yang berada kat ofis sekarang ni tapi sibuk nak ber-blogging...

Kenapa saya tak update?

Kerana......


Bil streamyx di rumah kena potong akibat dah 2 bulan setengah tak membayar bil. Huhuhuhu.... dan abah mengambil masa yang lama nak membayar bil sebab nak memberi pengajaran kepada anak-anak beliau yang dah kerja ni supaya melaksanakan tanggungjawab sebagai anak yang baik dengan membayar bil.


Tapi anak-anak dia ni tak paham-paham...


Lastnya, terpaksa buat family meeting... :P


Haih, teruknya anak-anak zaman sekarang ni....






by,
Aimi A.Z yang tengah fikir macam mana nak cari duit lebih...

Sunday, May 03, 2009

Alamanda, Bowling & Wolverine...

Semalam, menghabiskan masa bersama keluarga tercinta bermain boling di Alamanda, Putrajaya. Mula-mula main satu game. Bowlers nya terdiri daripada:

1. Abah
2. Umi
3. Lala
4. Amy Aku le!
5. Nie
6. Aizat
7. Wawa
8. Onik Opah punya maid!

Game yang pertama memperlihatkan kehebatan Aizat sebagai si Pemenang and Wawa sebagai The Biggest Loser. Yang paling memalukan Wawa tu sebab Onik pun menang dari Wawa. Ish3x.. Bikin malu saja ko ni Wawa.

Selepas itu, di set yang ke-2, Top 3 bertanding. Abah, Nie & Aizat. Keputusannya memihak kepada Abah. And di saat aku menulis blog ni pun dia masih lagi berlagak dengan kemenangannya. Antara ayat-ayat berlagak Abah:



"Kalau takde 150 (point) jangan la nak challenge Abah!"

"I'm the man..."

"Eh, nak pergi main bowling lagi ke hari ni?"




Ish3x... Bapak sapa la ni. Wahai Enchek Abah, tak baik berlagak.. Hahahaha.... Ni gambar yang telah aku edit untuk tatapan umum.





Selepas penat bermain boling, Abah, Umi, Opah & Onik pulang ke rumah dan kami adik-beradik meneruskan hari kami menonton Wolverine. Pergh! Gempak giler wa cakap lu. So, g la tengok Wolverine beramai-ramai.


Sekian.



by,
Aimi A.Z yang dah tak sabar nak turun bawah menjamu selera...

Saturday, May 02, 2009

Aktiviti di Hari Pekerja... (Part 2)

Keputusannya: Kami memilih FRIM sebagai destinasi untuk menghabiskan cuti Hari Pekerja. The experience is quite OK. Oh, taklah, sebenarnya best saaangaat... :P Banyak aktiviti yang kitorang buat, terutamanya makan. :P Habis rosak diet.


Aktiviti utama yang kitorang buat adalah Jungle Trekking. Selain makan-lah! Tiba-tiba aku, Noni, KT, Wardah dan Fieza jadi pencinta alam semulajadi pulak. So kitorang berjalan... berjalan... dan berjalan sampai penat. Yang pelik nya kitorang berlima je yang ada kat dalam hutan tu. Orang lain semua sibuk berjogging kat luar.



Selain menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH, kami pun apa lagi, tak membuang masa menangkap gambar dan berpossing. Say cheese!





Setelah keluar dari hutan, kami menyambung menangkap gambar. Kali ini kat tengah-tengah jalan. Jalan ni banyak kereta sebenarnya so bila ada kereta kami cepat-cepat lari...




Setelah penat berjalan-jalan, kami pergi menjamu selera di Malay Tea House. Tapi gambar ni cuma gambar rumput di Malay Tea House. :P





Aktiviti seterusnya adalah bergosip di dalam air. Di sinilah kami meluahkan gosip-gosip terbaru, skandal-skandal terbaru dan juga career development kami.




Setelah semuanya selasai, kami berangkat pulang ke Kampung Baru untuk makan malam. Kat situlah aku makan Daging Rusa yang mengakibatkan aku tidur dengan lenanya. Tapi, nasib baik sempat tengok Tomok-ku. Cayalah!

Sebelum aku mengakhiri posting aku kali ni, ni ada gambar special daripada kami.

"Kami masih bujang" Tapi , tak semestinya kami masih available... *ngehngeh*



by,
Aimi A.Z yang comfirm masih available...

Tag by Mugiwara

Tagged by Enchek Mugiwara. Macam malas je nak buat, tapi layan jelah... :P

1. Anda rasa anda hot?

Saya tak tahu-lah, tapi saya selalu dengar Hot.fm


2. Upload gambar kegemaran anda




3. Kenapa anda suka gambar ini?

Sebab gambar ni diambil semalam and nampak macam cool.


4. Bila kali terakhir anda makan piza?

Bila ya? Mungkin bulan lepas.


5. Lagu terakhir yang anda dengar

Lagu Bunkfuace, Revolusi masa Konsert Akhir OIAM semalam. Tapi tu pun dengar sekerat je sebab saya tertidur akibat kekenyangan makan daging rusa semalam. :P


6. Apa yang anda sedang buat selain selesaikan tag ini?

Sedang main Farmtown@Facebook dan sedang mengupload gambar-gambar yang diambil semalam sambil bersembang bersama-sama adik beradikku di pagi Sabtu.


7. Selain dari nama anda sendiri, anda suka di panggil dengan nama apa?

Erm, tak suka. Sebab nama saya pun dah pendek, buat apa nak nama lain lagi. Just call me Aimi. :P


8. Mangsa tag seterusnya

i. Noraspalela
ii. Farah Adeela
iii. KT
iv. Adiest
v. Ana
vi. Wawa



9. Siapa no 1 kepada anda?

Noraspalela? Itu adalah rakan saya sejak dari diploma. Geng sejak dari degree, dan rakan bergosip dan berjalan saya sekarang. Tapi, saya risau la, sekrang ni suis dia macam ada tercabut sikit. :P


10. Bagaimana pulak no 4?

Adiest? Rakan saja sejak dari Tingkatan 4. Sekarang jarang-jarang jumpa tapi still keep in touch.


11. Kata sesuatu tentang orang no 5?

Ana? Kesengalan yang melampau sejak dari dulu sampai sekarang.


12. Bagaimana pulak dengan orang no 3?

KT? Kawan sejak dari Diploma. Tapi, masa degree dia melanjutkan pelajaran ke UTP. Sekarang menjadi Engineer yang berjaya di MiSC. Baru je jumpa semalam. Masih macam dulu. :P


13. Siapakah orang no 2?

Farah Adeela adalah seorang yang berbudi bahasa, menghormati orang tua, pandai memasak dan suka memandu kereta. Sangat sesuai dijadikan calon menantu mithali.


14. Bagi pesanan anda utk orang no 6?

Oi Wawa. Kalau nak jawab tag ni, jawablah. Kalau taknak, sudah!



by,
Aimi A.Z yang nak pergi main boling dengan tengok wayang sekejap lagi...

Friday, May 01, 2009

Aktiviti di Hari Pekerja...

Since 1 Mei adalah Hari pekerja, jadi pekerja-pekerja sahaja yang diberi cuti. Bos-bos sila kerja ya! *wink*

Alkisah, rancangan asalnya adalah untuk pergi melawat Djah yang baru melahirkan anak di Seremban, tetapi kerana Djah tidak dapat dihubungi, kami membuat plan yang lain. Ini adalah 2 cadangan aktiviti yang telah di shortlisted kan.


1. KUALA GANDAH ELEPHANT SANCTUARY



Cadangan asal adalah dari Wardatul Baidha. Entah kenapa dia rindu sangat kat kawan dia ni. Tempat ni terletak kat Temerloh, Pahang dan mengambil masa kurang dari 2 jam. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah Menaiki Gajah, Memberi Makan kepada Gajah, dan memandikan gajah. Kira It's all about the elephant-lah.


2. FRIM (Forest Research Institute Malaysia)



Tempat ke-2 ni adalah dicadangkan oleh Noraspalela. FRIM ni terletak dekat Kepong. Perjalanan tak la lama sangat. Aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat adalah Berpicnic, Berjogging, Birdwatching, Cycling and Jungle Trekking. Tetapi berita sedihnya dia punya Canopy Walkway tengah under maintenance. :'( Tapi, banyak jugak aktiviti yang lain.


So, antara 2-2 ni, tak tau yang mana satu jadi pilihan hati. Sebab organizer cuma cakap pakai seluar track dengan sport shoes. Kena tunggu entry esok untuk sambungan. Entah-entah tak pergi mana-mana pun sebab semua tak boleh bangun tido. :P



So, till then.



by,
Aimi A.Z yang menjalankan tugas...



Nota Kaki: Kepada mereka yang merasakan tidak dijemput tu harap maklum, jemputan hanya terbuka kepada mereka yang memberi keputusan untuk ke rumah Djah sahaja. Keputusan ini adalah short-notice dan hanya dibuat pada pukul 12.00 tengah malam. Sekian. :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin