Tuesday, June 30, 2009

Bila Opah ada kat rumah...

"Amy, bangun."

"Pukul berapa ni Opah?"

"Lagi 10 minit nak pukul 6."

Ha? Lagi 10 minit nak pukul 6? Biasa lagi 10 minit nak pukul 7 baru aku bangun. Hahahahaha. Tulah rahsianya awal-awal pagi aku dah update blog.

Opah....opah...


by,
Aimi A.Z yang jadi orang pertama sampai ofis hari ni...

Sunday, June 28, 2009

Tag from KT & Nonie

1. Bekas kekasih saya adalah :
Seorang lelaki...Semestinya!

2. Saya sedang mendengar :
The Show by Lenka

3. Mungkin saya patut:
Pergi iron baju untuk esok then semayang dan terus tido, jangan nak melayan-layan tag nih...

4. Saya suka :
Membuang masa dengan melayan internet.

5.Sahabat-sahabat baik saya :
Adalah mereka yang rasa saya adalah sahabat baik mereka...

6.Saya tak paham :
Dengan diri saya sendiri yang unpredictable.

7.Saya kehilangan :
Sesuatu.

8.Ramai yang berkata :
Aimi Bagus! Tipu je!!!! :P

9.Makna nama saya :
Ialah KEBERKATANKU. Makna nama saya lebih panjang dari nama saya sendiri.

10.Cinta itu adalah :
Unpredictable. Berubah-ubah mengikut masa, keadaan dan orang-orang yang bercinta itu sendiri.

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
Tersenyum-senyum teringatkan saya. Ada ke? Hahahahaha....

12.Saya akan cuba :
Menjadi seseorang...

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
FOREVER

14.Telefon bimbit saya :
Sedang menyanyikan lagu2 MP3

15.Bila saya terjaga dari tidur :
Saya terus minum air kosong.

16.Saya paling meluat apabila :
Melihat pasangan kekasih yang tidah sedarkan diri mereka adalah seorang Islam.

17.Pesta/Parti adalah :
Untuk bersosial.

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Lipas? *Hurm*

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
Masa kecil. Tak payah nak pikir apa-apa.

20.Hari ini :
Adalah hari Ahad.

21.Malam ini saya akan :
Tido dengan lenanya.

22.Esok pula saya akan :
Menyambung kerja hari Jumaat yang tertangguh.

23.Saya betul-betul inginkan :
Duit kerana macam-macam yang saya nak buat dengan duit tu.

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
saya tersenyum sendiri.

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Perlu ke pusat membeli belah untuk ke arked.

26.Makanan Barat atau Jepun :
Barat semestinya. I hate Japanese food!

27.Bilik yang terang atau gelap:
Don't mind. Saya boleh tidur dalam keadaan apa pun.

28.Makanan segera adalah :
Menggemukkan. Tu sebab saya gemuk.

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
*entah*

30.Siapa yang anda mahu Tag
Wawa

31.Siapa mereka itu..
Adik saya yang gedik.



by,
Aimi A.Z yang sangat malas nak pergi iron baju...

Friday, June 26, 2009

Bila Raja Pop Meninggal Dunia...



Bukak je Hot FM, lagu Michael Jackson.


Tukar ke Fly FM, Michael Jackson.


Tekan Era, Paknil tgh temuramah Astro Awani tanya pasal berita kematian Michael Jackson.


Mix FM pun sama gak. Michael Jackson. Ish3x... Tak boleh jadi ni.


Baik dengar IKIM.FM. Michael Jackson jugak! Diorang tengah mendoakan Michael Jackson a.k.a Mikaeel ditempatkan dalam golongan orang-orang soleh.


Tak puas hati lagi, aku dengar Suria FM. Topik sama. Michael Jackson.


Last-last, dengar Sinar FM. Mujur topik lain sikit; Hari penuh emosi. Tapi ada jugak caller telefon cakap hari dia penuh beremosi sebab Michael Jackson meninggal dunia.



Haih.....



Bila Raja Pop meninggal dunia, semua radio dah takde topik lain.



Layankan je lah...




by,
Aimi A.Z yang bukan peminat Michael Jackson...

Check out my new banner!



Bukan taknak update blog, tapi aku ada sesuatu "projek" yang tengah dibuat, so masa tertumpu kat "projek" tu, dan blog ni diabaikan. Tapi, sempat gak create banner baru untuk blog ni. Amacam, menarik tak? Hahahahaha...

Comment aku sendiri; Aku rasa banner baru agak simple tapi bawa makna yang mendalam. Taklah mendalam mana pun tapi adalah maknanya. Macam kehadiran building di situ menunjukkan yang aku ni adalah seorang engineer, dan warna-warni tu adalah life aku yang sangat colourful. Ye ke? Ke sebab aku suka warna warni? Hahahahaha... Apa-apalah labu, yang penting aku suka hati. Buhsan tengok banner lama yang dah berabad kat blog ni.


Bye-bye banner lama!


So, apa lagi? Kutuk la... :P



by,
Aimi A.Z yang akan reveal "projek" dia tak lama lagi...

Wednesday, June 17, 2009

Transformers: Revenge of the Fallen

Wahai Transformers,
Apasal la lama sangat nak tunggu ko keluar ni? Aku dah tak sabar-sabar dah ni nak tengok. Huhuhuhuhu....

Tak dapat tengok movie lagi, kita layan lagu dulu...



New Divide
by Linkin Park


I remembered black skies the lightning all around me
I remembered each flash as time began to blur
Like a startling sign that fate had finally found me
And your voice was all I heard
That I get what I deserve

So give me reason to prove me wrong to wash this memory clean
Let the floods cross the distance in your eyes
Give me reason to fill this hole connect the space between
Let it be enough to reach the truth that lies
Across this new divide

There was nothing in sight but memories left abandoned
There was nowhere to hide the ashes fell like snow
And the ground caved in between where we were standing
And your voice was all I heard
That I get what I deserve

So give me reason to prove me wrong to wash this memory clean
Let the floods cross the distance in your eyes
Across this new divide

In every loss in every lie
In every truth that you'd deny
And each regret and each goodbye was a mistake to great to hide
And your voice was all I heard
That I get what I deserve

So give me reason to prove me wrong to wash this memory clean
Let the floods cross the distance in your eyes
Give me reason to fill this hole connect the space between
Let it be enough to reach the truth that lies
Across this new divide




by,
Aimi A.Z yang nak cari tiket awal-awal supaya tak menyesal nanti...

Persandingan Irdanita & Azrizan...

Walaupun dah agak terlambat untuk aku mengepost gambar ni, tapi aku tetap nak post jugak... Banyak sangat cerita yang nak diceritakan sampai lupa apa yang dah diceritakan and apa yang belum. Ni gambar wedding diorang kat Melaka, 31 Mei 2009.

Masa pengantin lelaki baru sampai. Tapi, banyak "tol" nak ke pelamin.


Antara mereka yang memeriahkan majlis diorang. Sape lagi kalo bukan kitorang *ngehngeh*




Kepada Encik Azrizan & Puan Irdanita,

Semoga berbahagia ke anak cucu.




by,
Aimi A.Z yang nak berbahagia ke anak cucu jugak...

Sunday, June 14, 2009

Aku terfikir nak jadi tailor bila...

...bila asyik hantar baju kat tailor je mesti baju aku tersalah size...


Alkisahnya macam ni, masa nak pergi keduri Paeh hari tu aku ni dengan excitednya tempah-la baju dekat Makcik S. Kunonnya nak la pakai baju baru masa kenduri nanti. Makcik S ni memang tailor family aku sejak mak aku buka kedai jahit dulu. Tapi masalahnya, aku dah banyak kali kena dengan Makcik S. e.g Baju aku ter'besar' sebab Makcik S sayang nak potong kain aku. Baju aku tak jadi seperti yang aku nak. Baju aku terkecik sebab aku yang gatal nak buat fesyen pesak gantung. Ok, then sebenarnya sebab dah terlalu selalu "kena" dengan Makcik S. ni, so dah lama gak la aku tak hantar baju aku untuk dijahit oleh Makcik S. Tapi, proses aku mencari tailor baru yang sesuai dengan aku tak jugak berjaya so sebab nak pakai baju baru untuk keduri tu aku layankan jugak hantar baju kat Makcik S. Btw, orang lain, mak aku, kakak aku and Wawa takde pulak masalah dengan Makcik S, baju diorang jadi elok je. Aku je yang problem. Apasal tah!


Aku bertolak hari Jumaat kan, so hari Khamis pergi la nak ambik baju kat rumah Makcik S. And then....


Jeng, jeng, jeng......


Aku tak muat masuk baju tu. Dah sudah! Macam mana nak pergi kenduri ni? Then, Makcik S terus je cakap dia buat ikut contoh. So, maybe aku yang gain weight in just 2 weeks. Dia pun ambik la measuring tape and start ukur.


"Eh, eh, eh" kata Makcik S.

"Macam mana boleh salah ni?" Makcik S menambah.


Makcik S tersalah ukur baju aku dan baju tu ter"kecik" 4 inci. Banyak kan inci yang terkeciknya? So, macam mana? Takde la baju baru nak pergi kenduri. Tapi, the best part is, instead of dia pikir cara nak alter baju tu, dia pergi ambil jamu dia kat dalam rumah dengan harapan aku akan dapat menguruskan badan sebanyak 4 inci dan seterusnya aku muat masuk ke dalam baju tu. Boleh pulak?


Masa tulah aku terfikir nak jadi tailor... supaya aku dapat jahit baju sendiri... Huhuhu...



by,
Aimi A.Z yang masih takde tailor yang sesuai sekarang ni. Any recommendation?

Saturday, June 13, 2009

The LAST LECTURE...


Aku nak review pasal buku ni. The LAST LECTURE by Randy Pausch with Jeffrey Zaslow. Aku start baca buku ni dalam beberapa bulan yang lepas tetapi akibat kebusyan yang melampau dan tiada masa untuk mengadap so baru hari ni aku habis baca. Overall aku rasa buku ini sangat bagus untuk dibaca oleh semua orang sebab buku ni sangat-sangat memberi inspirasi.

Sipnosis:
Buku ini mengisahkan tentang kehidupan sebenar si penulis yakni Randy Pausch yang merupakan seorang lecturer dan profesor di Carnegie Mellon. Bila suatu hari tu doktor bagitau yang dia cuma ada beberapa bulan je nak hidup, dia mula berfikir tentang macam mana nak bagi orang especially anak-anak dia, ingat kat dia sampai bila-bila. Then, dia terfikir nak buat lecture yang terakhir untuk nak bitau macam amanah terakhir, macam nak inspiredkan orang ramai buat kali terakhir dan nak semorang tau yang Life is short, start achieving your childhood dreams! Lebih kurang macam tu lah... Last lecture dia, dia buat kat U tempat dia mengajar and buku ni adalah kesinambungan daripada lecture dia tu.



Something to highlight:

"Look for the Best in Everyboody. Everybody has a good side. Just keep waiting. It will come out"

"Never give up. Brick walls are there for a reason. And once you get over them - even if someone has practically had to throw you over - it cann be helpful to others to tell them how you did it."

"Ask yourself: Are you spending your time on the right things?"



Banyak lagilah yang best kat dalam buku ni. Dia cerita macam mana dari kecik dia berangan-angan nak kerja dengan Disney and how he ended up being a Disney Imagineer. Dia cerita macam mana dia jumpa wife dia, macam mana dia treat anak-anak buah dia and even macam mana dia treat student dia. Sangat direcommend oleh Aimi A.Z.

At the end of this book, dia tak bagitau bila dia mati. So, I do some googling and I found out that he died on July 25, 2008 tak sampai setahun lepas dia kasi last lecture dia. Kalau taip je Randy Pausch siap ada gambar dia and LastLecture dia ada dalam You Tube. Canggih kan teknologi? Tapi, aku rasa itu pun dia dah cukup rasa puas sebab dia dapat buat Last Lecture dia and buku dia pun sangat laris dijual. orang Malaysia pun dah baca ni.. *wink*

So, kepada anda yang mahukan buku yang boleh memberi inspirasi dan sebuah buku yang bagus, buku ini untuk anda. Pergilah cari kat MPH ke, Times ke, mana-mana lah.. :P



Nota kaki: Kepada lecturer-lecturer kat luar sana, silalah baca buku ni kerana anda akan terfikir kembali kenapa anda menjadi seorang lecturer. Orang yang bukan lecturer macam aku ni pun tiba-tiba je teringin jadi lecturer. Eh, boleh plak?

Nota tangan: Banyak lagi buku yang belum habis dibaca. Kena cepat-cepat habiskan baca especially buku "The Thin You Within You." Apahal?



by,
Aimi A.Z yang sangat bermalas-malasan di hari Sabtu...

Thursday, June 11, 2009

Result Oh Result...

Ingat tak pasal post aku yang diberhentikan dari Master Program and bagaimana aku masih bertahan sampai sekarang? Kisahnya sebenarnya banyak lagi. Sebab masa tuh aku malu nak cerita macam mana aku termenangis kat depan Prof. S sebab aku nak sangat-sangat sambung Master aku, aku tak cerita macam mana downnya aku bila aku jumpa Dr. Y and Dr. Y menyalahkan aku atas kefailan aku, and macam-macam lagi la. Hanya orang-orang kat sekeliling aku yang tau macam mana aku hampir-hampir putus asa nak meyakinkan semua orang yang aku tak akan mensia-siakan peluang yang diorang kasi.


Tapi, nasib baik aku tetap berusaha dan tak putus asa masa tu. Hasil daripada sokongan semua pihak. Thanks!


Sebab...


Hari ni aku dah buktikan kat Prof. S, aku dah buktikan kat Dr. Y dan yang paling penting aku dah buktikan kat diri sendiri yang segala peluang yang diorang kasi tu memang tak sia-sia.


Sebab antara percaya dengan tak percaya aku dapat 3.67 untuk result semester ni. Serius! Aku pun tak percaya sampai sekarang yang aku boleh dapat 3.67. Tapi, alhamdulillah... Doa aku dan orang-orang yang mendoakan aku termakbul. Ini gak menunjukkan yang aku kena berusaha lebih kerana ALLAH bagi aku satu peluang lagi untuk aku menggenggam segulung Master. dan aku harap aku akan dapat Master dalam masa setahun lagi. InsyaALLAH...


Aku nak share pengajaran-pengajaran yang aku terima di sebalik peristiwa diberhentikan ni. Pengajarannya ialah:

1. Segala benda yang terjadi tu ada hikmah dan pengajarannya cliché, kan?
In my case, aku rasa ALLAH nak bagi aku ni sedar diri sikit. Tak lah aku rasa sesuatu benda tu senang je nak dapat. Lagipun, ini kan first time aku fail paper. So, tak la aku rasa yang belajar ni senang sangat, malas-malas pun leh lulus gak. Ish3x... Anak sapa la tu!

2. Don't give up until your last breath
Kalau diikutkan hati aku ni, dah lama dah aku give up. Dari time Dr. Y yang tak bagi kata-kata semangat langsung untuk aku teruskan. Dari saat Dr. Y cakap;

"This is it. There's nothing you can do."

Tapi, dari family dengan kawan-kawan aku dapat semangat. Aku tau sinar-sinar harapan tu masih ada. Bila jumpa Prof. S, Prof. S cakap;

"Takpe, kita usaha. Yang penting usaha dan doa. InsyaALLAH."

Prof. S suruh aku tulis surat kat VC, Prof. S suruh aku buat itu ini. Prof. S tak kasi aku give up. and Prof. S juga yang tolong aku betulkan markah aku di saat-saat Dr. Y cakap markah aku tak boleh dibetulkan lagi. Prof. S jugak yang suruh aku masuk kelas time status aku masih dalam rayuan. Betul cakap Prof. S. Yang penting usaha dan doa. Thanks Prof. S! Eh, aku dah jadi macam F pulak mengidolakan Prof. S. *wink*

3. Jangan la caci maki seseorang lecturer tu walaupun beliau kasi anda E
Sebabnya? Sebabnya beliau jugak yang nak kasi anda A- di sem berikutnya... *wink*


Itulah antara pengajaran-pengajaran yang aku terima. Actually, banyak lagi pengajaran, tapi karang korang bosan pulak. Anyway, doakan aku berjaya dapat Master ni.


Nota kaki: Thanks kepada semorang yang sangat menyokong dan membantu aku dalam menempuhi hidup yang penuh liku ni... :P Ayat tak tahan...

Nota tangan: Psst! Kak Lala dapat 4 flat. Giler ah!


by,
Aimi A.Z yang sangat bersyukur dengan result sem ni dan amat berharap tak lupa diri sem depan...

Wednesday, June 10, 2009

Award from +ahlinujum+


1) Copy award di atas untuk di letakkan di blog anda. done!


2) Nyatakan 5 fakta menarik tentang si pemberi award ini.
++ahlinujum++ adalah kawanku semasa diploma di UiTM.
Sangat kerempeng walaupun dia makan banyak.
Her mood is unpredictable, selalu berubah-ubah macam angin monsun Timur Laut.
Dia dalam proses untuk menurunkan tali pancing. Eh, ke dah dapat pun ikannye?
Seorang yang mempunyai semangat setia kawan yang tinggi. Walaupun kawan-kawan dia tak tinggi-tinggi.


3) Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi sendiri.
Namaku Aimi.
Nama glamourku Aimi A.Z glamour ke?
Merupakan seorang yang gemuk dan sekarang ini sudah mendapat kesedaran sedikit bahawa gemuk itu tak bagus untuk kesihatan.
Sangat susah nak memulakan sesuatu, tapi kalau dah start tu.... Habislah korang!
Orang kata Aimi A.Z ni seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Tapi kebenaran kata-kata tuh boleh diragui.
Anak ke-2 dari 6 beradik.
Seorang Structural engineer sepenuh masa dan student separuh masa dan kini sedang mencari Part Time job untuk menampung taraf hidup yang semakin tinggi ini. Any suggestion?
Hobi sekarang ni adalah pergi ke gym. Tipu!
Berazam nak menjadi student yang baik next sem dengan pergi kelas awal dan buat segala assignment yang diberikan oleh lecturer. Aih, sejak bila tah!
Hasrat terpendam mahu menjadi blogger yang terkenal. Muehehehehehe....


4) Anda perlu memilih 10 Penerima Award seterusnya & describe tentang mereka.
(ni yang susah ni. banyak sangat la 10 tu.. discount 50% leh? 5 je.. *ngehngeh*)
Azrol
Kawanku di UiTM. Seperti ++ahlinujum++ beliau juga seorang yang kerempeng. Satu benda yang aku tak sangka ialah beliau bagus juga menulis blog. *wink*

Faizulazhar
Sama macam Azrul, kawan di UiTM. Bezanya time Degree baru berkawan sebab masa Diploma dia dekat UiTM cawangan lain. Sensitif orangnye.Haha.. Jangan marah ye Faizul.

Amlynyx
Rakan blogger. Kenal kerana mempunyai hobi yang sama iaitu bermain Farmtown di Facebook dan merupakan ahli Nuffnang. Ha, sapa kata internet ni tak bagus? Bagus wo, boleh tambah kawan.

Nasrina Hanim
Kawan di UiTM jugak. asyik-asyik kawan UiTM je, ish! UiTM kan di hatiku... :P Seorang yang sukakan warna pink dan bersahabat baik dengan Ppink. Hahahaha... Best tak description aku?

Einaz
Rakan blogger. Tertarik dengan cara-cara dia menurunkan berat badan. Cuma aku tak serajin dia je, kalau tak lama dah aku kurus cam dia. Hahahaha... Amik lah award ni kalau sudi. :P


Itu jelah untuk kali ni. Kepada mereka-mereka yang tak diberi award oleh aku seperti Noni, Farah, dll jangan la sedih2. KT dah kasi korang buat apa aku nak kasi lagi, sama je kan?


So, till then.


Tara.



by,
Aimi A.Z yang baru perasan dekat award tu tulis "www.momwanabe.com", adakah award ini untuk bakal-bakal ibu sahaja? Confius...

Tuesday, June 09, 2009

Cerita di sebalik Pantai Timur Le Tour...

Pantai Timur Le Tour yang berlangsung selama 3 hari 2 malam memperlihatkan tali persahabatan yang begitu kuat di antara 6 sahabat ini. Hahahahaha.... Saja je intro kasi gempak, biar poyo sikit ayat...

Kawasan-kawasan yang terlibat sepanjang Pantai Timur Le Tour adalah:
1. Setiu rumah Za
2. Pantai Rhu Sepuluh masa untuk bergumbira
3. Kuala Krai di mana aktiviti utama berlangsung
4. Kota Bahru Pasar Siti Khadijah
5. Pasir Puteh Rumah nenek Za
6. Gong Badak Site visit runtuhan Stadium Sultan Mizan
7. Kuala Ibai on the way balik K.L
**thanks to Wardah untuk list ni

So, tujuan asal kami ke Pantai Timur sebab nak pergi Majlis kahwin Paeh yang berlangsung pada 6 Jun. Di samping kenduri kawin kita enjoy dan shopping la. :P



Sesampai je kat Setiu terus pergi rumah Za and petang tu pegi Pantai Rhu Sepuluh main pantai dan tangkap gambar. Mesti korang Pelik dan hairan kan (kalau tak pelik pun buat-buat pelik) apasal la gambar aku melompat takde. Bukan sebab aku berat sangat sampai tak boleh nak lompat tapi sebab takde cameraman yang bertauliah yang dapat snap gambar aku dengan jayanya. Penat dah aku lompat sampai kotor-kotor baju kene pasir tapi gambar nya takde jugak. F.Y.I, gambar-gambar lompatan mereka itu adalah hasil kerja aku... :P Oh, gambar Fieza lompat pun takde sebab dia sangat malas nak melompat and Dbot pulak belum sampai dari Kedah.



Aktiviti di hari ke-2 pulak adalah aktiviti utama iaitu pergi ke kenduri kawin Paeh. Kendurinya berlangsung di Kuala Krai yakni rumah pengantin perempuan. Masa kitorang sampai dalam pukul 1.30ptg tu Paeh dan isterinya belum bersanding and dengarnya dalam pukul 2.30ptg baru diorang nak bersanding. Oleh kerana cuaca di Kelantan yang sangatlah panas kami dah tak tahan nak tunggu Pengantin lelaki, maka kami pun menyerbu ke rumah pengantin lelaki bertandang iaitu di belakang rumah pengantin perempuan je. So, Paeh pun terpaksalah melayan kitorang yang menyibuk di tengah-tengah rombongan pengantin lelaki. Boleh tak camtuh? Hehe...Eh, lupa pulak! Gambar yang macam berhari raya tu adalah gambar kat kawasan rumah Za. and lepas pergi kenduri Paeh kitorang pon apa lagi shopping la!!



Hari ke-3 kitorang baru teringat yang kitorang ni sebenarnya engineer-engineer yang belum berjaya, bukan kanak-kanak riang yang menghabiskan cuti sekolah mereka. Jadi, untuk mengingatkan diri yang sebenarnya masih belum menjadi engineer yang berjaya, kami pun pergi la melawat Stadium Sultan Mizan yang roboh tu untuk melihat dan mencari ilmu-ilmu engineering dan mengambil iktibar akibat daripada peristiwa tu. Kunonnyelah! Anyway, nanti aku review pasal Stadium Sultan Mizan tu di entri lain.


Itulah alkisah di sebalik Pantai Timur Le Tour. Trip ni seperti trip-trip lain, best sebab bersama kawan-kawan tapi yang tak bestnya sebab satu-satu perjalanan tuh mengambil masa yang lama and time bershopping adalah sangat limited. Pastu tak sempat bermandi manda, tak sempat nak melawat-lawat dan tak sempat nak berpoya-poya sangat. So, lepas ni kena plan lagi Tour ke Pantai Timur dengan lebih bagus supaya akan menjadi satu percutian yang Best Giler!!


Nota Kaki: Za cakap dia gembira sangat jumpa kitorang kat sana and dia mengalu-alukan if kitorang nak datang sana lagi, dengan hati yang terbuka... *Terharu*



by,
Aimi A.Z who definitely will come again to the East Coast...

Friday, June 05, 2009

Pantai Timur Le Tour...


I'm going to Kelantan and Terengganu tomorrow.


Will be back on Sunday.


Till then.


Ta-ra!



by,
Aimi A.Z yang ada banyak sangat cerita untuk diceritakan tapi kene tunggu balik dari Pantai Timur Le Tour baru boleh cerita...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin