Thursday, July 30, 2009

Go clubbing!

Pernah tak korang dapat suggestion camnih...



Go clubbi
ng!



Apasal? Sebab ada someone rasa aku ni gemuk sangat so dia suggest aku pergi clubbing & dancing untuk buang segala lemak yang ada.

Boleh pulak?

Kalau boleh, lama dah aku pergi...

Btw, ada sape2 yang nak join aku pergi clubbing? Hahahahaha.....



by,
Aimi A.Z yang nak siap2 g clubbing dah ni.... (dalam tido la tapinye) :P

Saturday, July 25, 2009

Keranamu...

...Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa...

...dan keranamu jua ku terbangun tidur...


by,
Aimi A.Z yang terbangun tidur sebab ada event tadika kat belakang ni....

Friday, July 24, 2009

Episod 2: Kalaulah Boleh Begitu AAZ...

(Entri ini adalah sambungan daripada entri Episod 1: You ni cute la..)

Cerita ke 2 adalah cerita ketika zaman Diploma. Kita namakan kawan aku tu Shah. Sama seperti aku, Shah juga mengambil Diploma in Civil Engineering. dan of course itu menjadikan kami Coursemate. Aku dengan Shah tak berapa berkawan secara face to face. Maybe sebab kitorang tak sekelas. Tapi, dunia YM menghubungkan kami. Walaupun dekat Fakulti tak berkawan, tapi kitorang asyik berYM... Kira macam baiklah sebab selalu sangat berYM.

Alkisah, sebab dah selalu berYM, dah selalu berborak, macam-macam cerita la yang keluar. Macam-macam rahsia la yang keluar. dan mungkin sampai satu ketika dah takde cerita yang nak diceritakan lantas Shah mengambil keputusan drastik untuk menjadikan persahabatan kami semakin best dengan menceritakan perkara-perkara lain dari apa yang diceritakan...

Antara cerita-cerita sensasi Shah:
  1. Dia cumalah anak angkat ibu bapanya sekarang ini. Ibu bapanya yang sebenar merupakan warganegara Switzerland dan mempunyai empayar perhotelan yang agak besar di sana.

  2. Aweknya dulu yang bernama apa-tah-aku-pun-dah-tak-ingat merupakan seorang yang sangat baik dan sopan dan alim tetapi Allah lebih sayangkannya kerana aweknya telah meninggal dunia.

  3. Aweknya yang selepas aweknya yang meninggal dunia itu adalah seorang yang sangat teruk kerana telah tidur dengan bekas kekasihnya dulu.

  4. ...dan cerita yang paling sensasi adalah...

  5. Dia mempunyai penyakit di mana satu operation untuk membuang penyakit itu diperlukan dan dia telah melakukan operation itu di negara asalnya---> Switzerland

...dan cerita yang paling sensasi itulah jugak yang menyedarkan aku betapa aku telah ditipu hidup-hidup oleh seorang kawan yang bernama Shah (bukan nama sebenar)... Cerita tentang aku yang ditipu pernah aku ceritakan dekat sini.

Cerita kekantoian Shah bermula di suatu pagi pada tahun 2005. Aku telah mendapat satu mesej di telefon bimbitku daripada no Shah. Tetapi pengirim mesej itu adalah kakak Shah. Aku tak ingat biji butir mesej tu tapi lebih kurang memberitahu bahawa Shah sedang sakit dan kini sedang dioperate. Mintak mendoakan untuk dia. and sebelum terlupa, main key untuk cerita ini, dia sedang dioperate di Swiss.

Suddenly, tiba-tiba...

...aku dapat mesej daripada seorang kawan. Dia cakap dia jumpa Shah and kakaknya di bus stop. dan semestinya di Malaysia. Apa kes? Macam mana orang yang sedang dioperate di Swiss dah balik Malaysia dalam masa beberapa hari dan dah pergi berjalan-jalan di sekitar bandaraya? Kantoi di situ. Aku ni punya lah baiknya, punya lah percaya nya pada kawan, kawan tipu macam tu? Ish ish ish. Tapi, aku mengambil sikap diplomatik. Malam tu aku online. Dia online. Aku pelik dah. Dia tegur aku.

S-h-a-H: asl
S-h-a-H: igtkan xde org
S-h-a-H: sorie aimi xgtau ko
A-i-M-i: wsl..
S-h-a-H: em
A-i-M-i: erm...
A-i-M-i: shat?
S-h-a-H: ok
A-i-M-i: kat ne tuh?
S-h-a-H: dah ok dah sikit
S-h-a-H: kat wad lagik ni
S-h-a-H: aku pakai laptop abg aku
A-i-M-i: oo....
A-i-M-i: camner..?
A-i-M-i: ok ke...?
S-h-a-H: ok je
S-h-a-H: tpp biase ar
S-h-a-H: lemah gi
Time ni aku memang dah tau dia tipu aku. Tapi, aku layankan aje sebab aku nak tengok sejauh mana dia nak tipu aku. and btw, ni memang petikan YM kitorang yang original. tapi aku terpaksa tukar nama untuk tidak mengaibkan diri Shah yang sebanar.. Baik kan aku? Aku memang simpan sebagai bukti untuk apa-apa kes berbangkit. macam sekarang ni... :P

Nak dijadikan cerita, untuk puaskan hati aku, aku tanya jugak dia pasal kawan aku ada nampak dia kat bus stop. and end up, aku jugak yang salah. dia cakap, sampai hati aku tak percaya dekat dia dan ayat sinis "aku seronok dapat kawan macam ko". Terus dia sign off.

Lepas je dari kejadian tu, aku dah takde kuasa nak tegur dia, nak mesej dia, or even nak tegur dia. Takde hati dah aku nak kawan dengan penipu macam tu. Dia pun tak tegur-tegur aku. Mungkin dia nak tunjukkan yang dia tu betul dan dia memang sangat kecewa dengan aku or dia rasa bersalah sebab tipu aku. Either or aku memang dah tak nak kawan dengan dia. Lantak la apa dia nak rasa.

Satu hari bila aku bukak Friendster, dekat buletin board aku terpandang sesuatu. Sajak. Macam ni bunyinya:


KALAULAH BOLEH BEGITU AAZ

Kebenaran itu yang engkau persoalkan
Kepalsuan itu yang engkau kenangkan
Kalaulah boleh begitu AAZ

Bukan aku inginkan
Tapi
Kalaulah boleh begitu AAZ
Andai kelukaan
Dari tusuk pedang sejarah yang menikam
Ku harap tidak pernah hadir dalam jasad ini
Kalaulah boleh begitu AAZ
Aku ingin mereka kembali
Papa mama
Dan insan teristimewa dalam hidupku
Kembalikan mereka
Kalaulah boleh begitu AAZ

Namun ku sedar
Biar diusung langit yang tinggi
Biar lautan berombak ganas
Andai pertiwi di bias hartanya
Namun tidak akan kembali
Apa yang sudah aku lalui

Kalaulah boleh begitu AAZ
Kembalikan segalanya
Tunjukkan padaku semuanya palsu belaka
Semuanya tipu belaka
Tunjukkan padaku semuanya mimpi

Aku juga ingin begitu
Kalaulah boleh begitu AAZ


Nampaknya Si Penipu tetap dengan penipuaanya. Maka, akulah kawan yang jahat itu kerana tidak mempercayai seorang kawannya. Ish ish ish... Oh, btw aku tau sajak ni untuk aku sebab AAZ adalah initial nama aku, Aimi Abdullah Zubir.


...Next: Episod 3...




by,
Aimi A.Z yang hilang seorang lagi kawan. Adakah lebih banyak entri bermaksud lebih banyak kawan yang hilang? Nantikan...

Wednesday, July 22, 2009

Episod 1: You nie cute la..

(Entri ini ditulis sempena Friendship Day yang jatuh pada 2 Ogos 2009)

Suatu hari di tahun 2007 aku ada menulis entri ini sempena Friendship Day. Tahun ni aku bukan setakat nak wish kawan-kawan Happy Friendship Day je tapi aku nak bercerita. Tapi ceritanya panjang. That's why ada banyak episode. So, kalau rasa nak baca, silakan...

Cerita yang pertama bermula di bangku sekolah rendah. Masa tu aku berkawan dengan seorang kawan yang bernama Alin (seperti biasa bukan nama sebenar). Kawan baik sangat masa tuh. Pergi mana-mana pun berdua. Memang tak berenggang.

Then, satu hari ada "something" yang jadi. I really don't remember what it is, but apa yang aku tau lepas "peristiwa" tu terjadi, aku dengan Alin dah tak bertegur sapa. Macam tak pernah berkawan. Kalau dia kat Utara, aku kat Selatan. Kalau dia dekat Timur, aku dekat Barat. Aku ingat lagi. Masa tu kitorang Darjah 6. Memang dah penghujung tahun. Sepatutnya time tuh lagi berkawan baik sebab lepas ni dah tak jumpa. But then...

Mintak maaf? Aku tak tau la siapa yang salah, tapi aku memang ada ingat yang dia pernah mintak maaf kat aku. Banyak kali. Tapi, aku ignore. Aku tak terima maaf dia. Tak tahu pasal apa. Ego, mungkin.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun. Lepas Darjah 6 aku & Alin dah tak jumpa. Masing-masing teruskan hidup masing-masing. Sampailah satu hari pada 21 September 2004, selepas 8 tahun berlakunya "peristiwa" itu, aku dapat email ni:

salam.. hi aimi.. bley kenal..?? hahaha... you nie cute la.. hehe.. jgn marah2 anyway mesti aimi tertanyer saper la budak yg merepek nie...

anyway... aimi ingat lagik tak member2 skool sg rokam dulu.. ingat tak dulu aimi penah kawan baik ngan dia.. then pasal satu kes.. korang terus jauh.. nie alin... still ingat lagik..?? gosh.. mmg alin terkezut giler bila masuk website kawanaku.com then nampak nama aimi.. jumper jugak kiter rite.. alin nak sangat contact aimi tapi aper yg alin tau aimi dah pindah ke selangor rite.. (if i was not mistaken..) rindu sgt kat aimi.. terlalu rindu kat awak.. tak terfikir pun nak masuk website tue... anyway kalo aimi still ingat alin n raser nak contact alin balik.. call alin 012-*******.. i really miss u girl.. harap2 alin bley kawan balik ngan aimi macam dulu..

chow n love


Kalau korang, apa perasaan korang masa tuh? Masa "peristiwa" tu jadi, umur aku 12 tahun. Masa aku dapat email tu, umur aku dah 20 tahun. Tahap kematangan pun berbeza. Dendam dan peristiwa-peristiwa apa pun dah lupa, yang aku tau aku sangat excited dan terharu dapat email dari Alin. Dan tak sangka, setelah 8 tahun kami berjumpa dan berkawan balik. Dan yang paling tak sangka, aku pun dah lupa yang aku pernah mendaftar kat website kawanaku.com. Tulah, canggih sangat zaman sekarang, teknologi jadi penghubung kami. Ironi, kan?


Quotes of the day...


Life is unpredictable. Life has its ups, downs, curves and straight paths and you'll never know whether the paths you are choosing is the right one. So, just live life to the fullest and hopes for the best.



...Next: Episod 2...



by,
Aimi A.Z yang rajin pulak buat cerita-cerita panjang macam ni...

Tuesday, July 21, 2009

Kisah Polis Trafik yang Baik Hati...

Alkisah di suatu jalan menuju ke Shah Alam, sedang seorang gadis sedang memandu kereta sambil menelefon kawannya.

Tiba-tiba...

Kelihatan satu susuk tubuh bewarna hitam dan putih. Apakah? Susuk tubuh itu menunjukkan signal berhenti. Alamak!

"Dari mana ni?"

"Dari office."

Polis itu melihat-lihat di dalam kereta MyVi yang berselerak dengan buku-buku dan alat tulis itu, melihat-lihat sticker2 kereta MyVi yang ada sticker UiTM lantas berkata dalam hati:

"Student kot. Kesian dia tak mampu bayar kalau aku saman nanti. Agaknya kereta ni pun bapak yang bayarkan".

"Takpalah, takpalah." kata Si Polis yang baik hati lantas memberi isyarat jalan.

Apalagi? Cabut la....

Selamat...



Moral of the story
Gunalah handsfree semasa memandu.



by,
Aimi A.Z yang sangat bersyukur tak kena saman, kalau tak melayang la duit...

Sunday, July 19, 2009

Alamak!

To whom it may concern,

Aku sebenarnya buat entri "tu" untuk dipublish bersempena Friendship day. And aku masih belum decide nak publish ke tak, tapi oleh kerana technical error, aku dah tertekan button "Publish Post". So, sesiapa yang sempat baca, tu rezeki korang la. Nak suruh korang rahsiakan pun macam susah je, so takpelah. Buatlah apa yang korang nak buat. Nanti aku publishkan Part 1, 2, 3, 4, 5 and maybe Part 6.


by,
Aimi A.Z yang boleh plak tertekan butang "Publish Post". Nampak sangat suruh aku post entri tu... huhuhuhuhuhu......

Saturday, July 18, 2009

Bila Manchester United melawan Malaysia...

Sumber: Utusan

Semua orang asyik meramal kekalahan Malaysia. Meramal macam mana Malaysia akan kalah teruk dengan MU. Or paling tidak pun mesti takde orang yang sangka Malaysia akan jaringkan 2 gol. At least 1 gol je lah...

Tapi....

Tiba-tiba...

Malaysia dapat 2 gol. Giler ah! Aku pun terkejut. Tapi, mmg best la tengok 1st goal Malaysia tu. Rasa bangga pulak dengan Amri Yahya. Rasa bangga pulak jadik rakyat Malaysia. Tiba-tiba!

So kesimpulannya, pemain Malaysia memang camtuh. Bila kita harap diorang menang, time tuh la diorang kalah teruk. Tapi, bila semua orang tak menaruh harapan, time tuh la diorang kalah dengan bangganya. Ish3x.... Apsal macam tu ye?

Anyway, cayalah Amri Yahya! Sampai anak cucu pun mesti ko bangga nak cerita yang ko jaringkan 2 gol lawan MU. Ahakz!


by,
Aimi A.Z yang lambat pergi kelas gara-gara tengok Amri Yahya jaringkan gol...

Thursday, July 16, 2009

Baseplate or Base Plate?

Alangkah malunya bila...


Anda belajar engineering selama bertahun-tahun...
Daripada SPM, hingga ke Diploma...
Daripada Degree dan kini Master...
Bekerja pulak sebagai seorang engineer...


Tapi, tak tahu yang Base Plate tu adalah 2 perkataan, bukannya satu.


Ish3x...


Bikin malu saje Aimi A.Z ni...



by,
Aimi A.Z yang kene tegur dengan Mr. Bos sebab eja "base plate" as one word...

Monday, July 13, 2009

Assignment & Blog...

Apa kaitannya Assignment dan Blog?


Macam takde kaitan je kan? Tapi kaitannya ialah...


Sedang aku membuat assignment, tiba-tiba aku berasa hendak menulis blog. Lantas aku pastekan gambar yang aku edit untuk diletakkan di dalam assignment ke dalam blog.


Itulah kaitan di antara assignment dan blog.




Sekian.


by,
Aimi A.Z yang tak siap-siap lagi assignment. Asyik bermain-main je...

Friday, July 10, 2009

Minggu yang mengantuk...

Minggu ni minggu yang sangat mengantuk. Mana taknya, tengok sekarang dah pukul 1.00am pun aku masih menulis blog. Haih, apa nak jadi la dengan Aimi ni?



Antara sebab-sebab aku tidur lambat dan seterusnya berasa mengantuk di ofis


1. Tidur lambat mengupdate dan mencari idea untuk Kedai Kain saya.

2. Kelas baru start minggu ni. Then, memandangkan pergi kelas sekarang ni ada kawan, lepas kelas asyik nak pergi makan je. Sampai rumah pukul 12. Nak check email lagi. Maunya tak tidur lambat?

3. Minggu ni baru nak berpuasa. Then siap bangun sahur pukul 5 pagi. Bayangkan tidur pukul 1, bangun pukul 5. Tapi pastuh tidur jugak, but still tak cukup 6 jam minimum.


So, sendiri yang cari pasal, sendiri mau ingat la!



by,
Aimi A.Z yang dah beberapa kali tidur sambil pegang "mouse" minggu ni...

Sunday, July 05, 2009

Perlancaran Aimi's Fabulous Textile...

Sila klik banner di atas untuk ke Aimi's Fabolous Textile atau http://aimi-textile.blogspot.com


Dengan ini saya melancarkan Aimi's Fabulous Textile...


Hahahahaha.... Nama Aimi tu tak leh la nak tinggal kan? Bukannya apa, aku tengok ramai je yang guna nama sendiri untuk buat formula la, untuk bukak kedai la, untuk nama rumah la. Aku pun teringin la nak menamakan "kedai" aku dengan nama sendiri. So, lahirlah nama tuh. Yang perkataan "fabulous" tu pulak Wawa la yang punya idea. "Textile" tu mulanya aku taruh sebab aku nak jual macam-macam jenis kain tapi umi cakap kita bukannya kilang kain mana boleh taruh textile. Tapi memandangkan aku dah buat banner semua, aku pun malas la nak tukar. Biar je la kan? Nanti esok-esok la aku tukar.

So kawan-kawan semua, rajin-rajinlah melawat Sales Blog saya. Lagi bagus kalau beli sekali, tapi kalau tak beli pun takde hal. Komen anda semua amat dihargai...

Sekian.



by,
Aimi A.Z yang sepatutnya dah tidur sebab esok kena bangun awal tapi dok sibuk me"launched" Sales Blog sendiri...

Bila sem baru bermula...

Bila sem baru bermula, mulalah mengumpul alat-alat tulis baru. Almaklumlah, cuti 3 bulan. Pen entah ke mana, dakwat colour pun dah kering dan semua pun berterabur. Tup, tup pulak result agak OK, dan sangat excited nak start sem baru. Chaiyo3x!


Inilah hasil aku menshopping di Czip Lee beberapa bulan yang sudah. Amboi, taulah excited takyah la shopping beberapa bulan yang lepas. Excited tak excited, siap beli calculator baru lagi. Hahahaha. Memang susah bila Aimi excited sangat. Sebab beli alat tulis pun dah sampai 80 ringgit. Ish3x...

So, harapan aku sem ni supaya perasaan excited ni bukan sampai hari ni je. Semoga berkekalan ke akhir sem.



by,
Aimi A.Z yang akan start kelas esok...

It's time to reveal my project...

OKlah, sebenarnya macam lambat lagi aku nak reveal project yang aku usahakan ni, but since banyak sangat pertanyaan daripada kawan-kawan so aku pun rasa dah sampai masanya aku nak bagitau hal yang sebenarnya. Lagipun, tak baik biar orang tertunggu-tunggu kan? :P

Dengan ini, saya, Aimi A.Z mengumumkan bahawa saya telah menjinak-jinakkan diri dalam bidang bisnes. Bisnes yang saya ceburi adalah seperti berikut:


Bisnes kain.
Yup, kain.

Mesti banyak persoalan yang timbul dalam benak fikiran korang. So aku dah listkan FAQ (Frequent Asked Question) beserta dengan jawapan supaya korang taklah tertunggu-tunggu.


1. Sejak bila Aimi A.Z minat nak berbisnes ni? Selama ni tak pernah dengar pun Aimi A.Z minat berbisnes.
Jawapan: Sejak Aimi A.Z merasakan gaji yang diperolehinya tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan hariannya dan sejak bapaknya mengcomplaint yang anaknya ini tak menyumbang kepada pendapatan dan perbelanjaan harian keluarga.

2. Aimi A.Z ni boleh ke berbisnes? Sebab selalunya orang yang berbisnes perlu mempunyai self confidennce yang tinggi. Aimi A.Z ni cam nampak pun tak confident.
Jawapan: That's why Aimi A.Z berbisnes menggunakan Web 2.0. Which is menjual secara online. Tak payah jumpa customer, tak payah nak berpromote2 di setiap saat dan ketika... Cuma satu klik dapat mengubah segala-galanya. *wink*

3. Punyalah banyak bisnes apasal bisnes kain jugak yang menjadi pojaan hati Aimi A.Z?
Jawapan: Kerana bisnes kain ni sangat senang. Barang tak rosak macam menjual makanan dan tak memerlukan masa yang banyak memandangkan Aimi A.Z pun tak mempunyai banyak masa. So, it's a perfect choice for Aimi A.Z.

4. Apa alamat Sales blog Aimi A.Z? Ke Aimi A.Z nak menjual kat blog ni je?
Sales blog Aimi A.Z belum ditetapkan lagi alamatnya. This is a personal blog and will remain as it is. Sebaik sahaja blog baru siap, perlancaran besar-besaran akan diadakan. Tunggu...............

5. Apa harapan dan pesanan Aimi A.Z kepada mereka-mereka yang membaca blog ini?
Kepada mereka-mereka, jemput-jemputlah bershopping kain di Sales Blog saya kalau tak pun just give me a call and I'll come to you. Kalau kawan-kawan mesti ada harga kawan-kawan nye. Jangan risau. And silalah promote kain saya kat sedara mara pakcik makcik ipar duai and sekalian yang ada.


Terima kasih.

Teruskan menyokong Aimi A.Z



by,
Aimi A.Z yang sangat excited sebenarnya tapi masih tak tau nama yang sesuai untuk kedai "online"nya...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin