Sunday, August 30, 2009

15 Malaysia

Korang dah tengok ke filem-filem pendek 15 Malaysia? Aku baru je tengok. :P Actually, aku dah lama tau pasal 15 filem pendek yang dihasilkan oleh 15 orang Malaysian ni, tapi hari ni baru berkesempatan nak tengok. Baru 6 cerita je yang dah release, and meh aku tulis review pasal 6-6 cerita tu.

  1. Potong Saga

  2. Kisah seorang Cina yang ditipu oleh Uncle-uncle dia tentang Islamic Bank. Dia ni disuggest pergi buat Account Islamic Bank but then uncles dia cakap, sebelum nak buat Islamic Bank kena "potong". So, dia pon pergi "potong". Lawak gila.

  3. Chocolate

  4. Ni cerita arahan Yasmin Ahmad. Tapi mungkin tak faham sangat apa yang dia cuba sampaikan. Ceritanya macam ni, Cina ni ada kedai. Then, masa mak dia tengah membebel-bebel kat anak dia, ada orang datang nak beli barang. Then orang tu takde duit nak beli coklat. Pastu boy ni cakap "Takde duit tak payah la beli" Pastu aku pun tak faham. Ada sesape yang faham? Tolong explain...

  5. The Tree

  6. atau Pokok. Ni aku rasa tak macam cerita. Ni ada Nik Aziz. Tapi dia macam bagi ceramah la pasal banyak pahala orang yang menanam pokok. Itu je.

  7. House

  8. Yang ni aku tak faham ending dia. Mula-mula aku faham. Cikgu suruh murid-murid buat dream house diorang. Semua orang buat rumah besar gila dengan kereta Ferira bagai, tapi Si Rama ni cakap dream house dia rumah yang dia duduk sekarang. for sure la kena gelak. Aku faham semua tu sampai part rumah dia diruntuhkan. Tapi, bila munculnya Yasmin Ahmad aku dah tak faham. Pe cer?

  9. Halal

  10. Ini quite good. Mesej disampaikan dengan terang dan jelas. dan lawak. So, orang-orang bukan Islam pun boleh faham maksud Halal mengikut perspektif Islam. :P btw, dia punya pengarah pun Cina.

  11. The Son
    Hm... No comment!



by,
Aimi A.Z yang saje je buat kerja yang tak berpekdah macam ni...

Saturday, August 29, 2009

Chocolate Chips (without eggs)

Tahun lepas, aku ada post resipi Chocolate Chip. Tapi yang hari ni punya version lain punya. Baru je aku try dari sini. Thanks Diyana for the recipe! Yang specialnya sebab takde telur. Tapi hasilnya sama sedap dengan yang bertelur. So, cubalah! :P

Ingredients

  • 1 1/4 cups flour
  • 1/2 tsp baking soda
  • 1/2 tsp baking powder
  • 1/4 tsp salt
  • 1/2 cup melted butter or margarine or 1/3 cup veggie oil ( about 70ml )
  • 3 tbsp water
  • 1/2 cup brown sugar
  • 1/3 cup white sugar
  • 1/2 tsp vanilla
  • chocolate chips
  • sunflower seeds
  • almond or other type of nuts
  • orange zest
  • a bit of ground cinnamon and all-spice.


Methods

  1. Mix flour, baking soda, baking powder, and salt and stir well.
  2. With a mixer on medium speed, beat butter, brown sugar, granulated sugar, 3 tablespoons water, and vanilla until blended. Stir flour mixture into butter mixture, then beat until blended. Stir in chocolate chips, sunflower seeds, orange zest and nuts.
  3. Drop butter in 1-tablespoon portions about 2 inches apart on baking sheets.
  4. Bake in a 300° oven until an even golden brown, 18 to 20 minutes. If using 2 pans in 1 oven, switch places at half-time.
  5. Let cookies cool on pan about 3 minutes, then transfer to racks with a spatula. Serve warm or cool.

So, kawan-kawan silalah mencuba. :P


by,
Aimi A.Z yang masih berhutang resipi Oatmeal Orange... Sabar ye?

Buku-buku yang baru dibaca oleh Aimi A.Z...

Semenjak dua menjak memulakan perniagaan secara online ni, buku yang dibeli pun mestilah berkait rapat dengan perniagaan dan bisnes. So, 3 buku inilah hasilnya. Dah lama dah beli cuma baru berkesempatan nak update je. So, jom review sikit pasal 3-3 buku ni.


Buat Duit Dengan Blog by Yazid Yahaya
Buku ni sangat bagus dibaca oleh penulis-penulis blog. Tak semestinya orang yang ada bisnes. Asal korang ada blog and berniat nak dapat duit dari blog, ni la buku yang sesuai. Macam-macam cara lah dia ajar. Even nak setup PayPal account or nak daftar AdSense or Nuffnang pun ada kat dalam buku ni.

Buat Duit Dengan Jual Pakaian by Saat Sulaiman
Buku ni hanya untuk orang-orang yang membuat bisnes pakaian tak kira secara online mahupun secara terus. Apa yang anda perlu tahu dalam menjual pakaian, bisnes strategi yang perlu dipakai ketika menjual pakaian dan bagaimana untuk menarik minat pelanggan tentang pakaian yang anda tawarkan. It's just a guide so don't expect too much! :P

Internet Marketing untuk Bisnes Kecil by Zamri Mohamad & Izwan Wahab
Buku ni pula menawarkan teknik yang betul untuk berbisnes secara online. Bagaimana untuk meninggkatkan SEO (Search Engine Optimzation) atau dengan kata mudahnya bagaimana untuk blog dan bisnes anda dijumpai oleh Google, Yahoo dsb. Ada juga tentang bagimana nak market bisnes anda secara online.


So, kesimpulannya, untuk berbisnes secara online, bukanlah susah. Tapi dengan cara yang betul anda akan lebih berjaya di dalam bisnes anda. Sama-salah kita mengejar kejayaan. :P


Nota kaki: Kalau interested boleh jugak beli online kat PTS Online Bookstore.

Nota Tangan: Aku takde share pun dekat PTS Online Bookstore tu tapi aku promote ni sekadar nak berkongsi ilmu. Kan sharing is caring. :P



by,
Aimi A.Z yang tak berapa sempat nak apply apa yang terkandung dalam buku tu akibat busy...

Friday, August 28, 2009

Ketandusan idea...

Selalu saya akan buat tajuk seperti "Kenapa saya tak berblogging" atau "Minggu yang sangat busy" untuk mengexplain kenapa saya tidak mengupdate blog pada minggu tu, tapi kali ni, the only reason that I had is...

*

*

*

Saya takde idea LANGSUNG nak update blog!


Seriously. Kering. Kontang. Mungkin hari-hari yang dilalui kurang menariknya dari hari-hari sebelumnya. Tapi, the truth is, hari-hari saya tak menarik pun. Pura-pura je menarik. Hahaha! Mungkin juga hari-hari saya mengalami peristiwa-peristiwa yang tak boleh dilafazkan dengan tulisan dan kata-kata.

Seperti hari ini contohnya, berlalu dengan satu pengalaman yang tak pernah dibuat orang dan sangat memalukan semuanya gara-gara ko lah Wardah!, tapi takkan lah perkara yang memalukan tuh perlu diceritakan kepada semua orang? Boleh je cerita cam tak biasa je, cuma ada part yang tak boleh cerita sebab menyentuh sensitiviti kaum di negara Malaysia. Eh, aku tipu je part sensitivity kaum tuh. :P

Ataupun seperti hari sebelum ini, saya hendak memberikan komen tentang topik Cinta Berputik Semula, selepas saya mendengar topik ini di TV1 sebelum pergi kerja. Berdebush-debush idea yang keluar, berlegar-legar ayat yang hendak ditaip di dalam otak saya, tetapi oleh kerana perjalanan ke office mengambil masa yang lama, dan di office pula tiada sambungan internet, maka idea yang berdebush-debush tu hilang satu persatu.

Dan lagi, semalam contohnya. Ketika saya sedang bersemangat untuk menulis blog, mata saya ni pulak bersemangat untuk tidur makanya cubaan yang kesekian kalinya pun gagal.

So, semua orang. Bukan salah saya tak update blog. Bukan juga salah umi saya mengandungkan saya. Mungkin salah idea yang ketandusan atau mungkin juga salah idea yang singgah hanya sementara.


by,
Aimi A.Z yang berfikir nak tukar nama glamer daripada Aimi A.Z kepada Aimi Zubir... btw, glamer ke?

Sunday, August 23, 2009

Aktiviti di Hari Ahad pertama di bulan Ramadhan....

Opah teringin nak makan biskut Oat, so aku sebagai cucu yang baik hati membuat la kuih Oat untuk Opah berbuka puasa. So, terhasillah biskut Oat ni. Sedap tak sedap tu aku no comment la cuma yang aku confirm korang tak sempat rasa kuih ni masa hari raya sebab tadi aku menghasilkan 36biji je. Untuk bukak puasa je, bukan untuk raya pun. :P

Oatmeal Orange

Biskut yang kedua adalah Shortbread Marble. Hari tu kan aku ada post resipi Shortbread ni, tapi tak dapat teknik yang betul untuk melukis batik nya. Aku bantai je hari tu. Tapi hari ni kebetulan ada pakar masakan kat rumah aku maka dia mengajar aku teknik yang betul. Buat 2 line, then tarik dengan lidi. Sonang je!

Shortbread Marble


So, tulah aktivitiku di hari Ahad pertama di bulan Ramadhan.



by,
Aimi A.Z yang sebenarnya ada test Hari Selasa ni and ada presentation Hari Khamis ni tapi boleh pulak dia buat kuih raya? Ish3x....

Saturday, August 22, 2009

Amanat Seorang Opah...

Untuk mencari jodoh:
  1. Ibu kena selalu berdoa
  2. Baca surah Yusuf Ayat 4
  3. Baca surah al-Anbiya' Ayat 89
  4. Baca surah al-Qasas ayat 24
  5. Selalu sembahyang istikharah
  6. Berpuasa hari kita dilahirkan.


Opah dengar kat Semanis Kurma @ TV9 untuk disampaikan kat cucu-cucu dia dengan pesanan:
"Yang penting sekali Amy kasi kat Kak Lala tau" kata Opah.

So, Kak Lala, tak paham-paham lagi ke? :P



by,
Aimi A.Z yang sampaikan ilmu ni pada semua orang yang membaca blog ni dengan pesanan "Semoga cepat-cepat korang dapat jodoh"...

Kreativ Blogger: Who? Me?

So here's the rules:
  1. You must thank the person who gave you the award.

    • Thanks Zareena!


  2. Copy the logo and place it in your blog




  3. Link to the person who has nominated you for the award.



  4. Name 7 things about yourself that people might find interesting.

    • Nama saya Aimi.
    • Nama panjang saya Aimi A.Z
    • Saya seorang engineer.
    • Tapi, saya bercita-cita nak jadi wedding planner.
    • Tapi saya nak jugak jadi engineer yang berjaya dan dapat Ir.
    • Esok saya ada test, tapi saya asyik memblog.
    • Dan saya baru perasan yang saya dah tulis 7 perkara yang kunonnya interesting tuh.


  5. Nominate 7 other Kreativ Bloggers. Post links to the 7 bloggers that you nominate. Leave comments on each of the blogs to let them know that they have been nominated.



Sekian.



by,
Aimi A.Z yang memang pantang kalau ada test mesti malas then update blog belambak-lambak...

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan 1430H

Semoga kita semua mendapat manafaat dan keberkatan di bulan yang mulia ini.

Insya Allah.



by,
Aimi A.Z yang mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia...

Episod 6: Conclusion...

(Entri ini adalah kesimpulan daripada Episod 1, Episod 2, Episod 3, Episod 4, dan Episod 5)

Lama sangat tertangguh cerita aku ni. Hari ni baru ada masa aku nak buat conclusion. Tak la banyak masa sangat pun sebab sekarang ni dah pukul 1 pagi, ada beberapa jam je nak tido sebelum pergi kerja esok, but anyway... Conclusionnya adalah:
  1. Semua yang terjadi mungkin berpunca daripada sikap aku sendiri. Mungkin aku yang tak pandai nak berkawan or mungkin aku yang tak pandai jaga hati kawan-kawan aku.

  2. Semua yang terjadi mungkin sebab dah memang nasib aku berjumpa dengan orang-orang yang macam tu. Yang hanya singgah menjadi kawan untuk sementara waktu je.

  3. Semua yang terjadi hari ini tak semestinya itu endingnya. Mungkin suatu hari nanti aku akan berkawan dengan Shah dan Ana balik. Siapa yang tau, kan? Aku bukan mengharap, cuma mengambil iktibar daripada kisah aku dan Alin. Keadaan kan berubah mengikut kematangan seseorang?

  4. Semua yang terjadi tu tak lain tak bukan adalah pengajaran untuk aku dalam mempelajari selok belok kehidupan ini yang dihuni oleh pelbagai jenis manusia.

Itulah conclusion aku yang korang nanti-nantikan. Silalah komen kalau tak puas hati ye? :P Btw, di kesempatan ini aku nak minta maaf kepada korang semua di atas semua salah silap aku selama ni, and sebab malam ni malam terakhir sebelum Ramadhan, maka aku dengan baik hatinya memaafkan segala salah silap korang terhadap aku. Tak kira lah, Shah ke, Ana ke, Wardah ke, Farah ke, Noni ke, sape-sapelah, semua aku maafkan. So, aku start 0 balik. Lepas ni aku kira balik lah. :P Aku harap korang pun maafkan aku.


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak.
Sama-samalah kita tambahkan ibadah di bulan yang mulia ini.
Jangan tambah berat sudah! :P


**edited on Friday, August 21, 2009 at 11:18 PM
Kepada KT, dan Syed (yang paksa aku edit balik post ni dan boldkan nama dia) aku pun maafkan korang. and kepada mereka yang nak nama diorang pun ditulis, post la comment nanti kalau aku rajin layan korang aku layankan lah. Hehehe...


by,
Aimi A.Z yang rasa cam skema terlebih pulak ayat untuk entri ni...

Sunday, August 16, 2009

Muffin by Wawa

Wahh!! Wawa dah pandai buat muffin. Senang keje aku. Taklah dok merengek-rengek nak suruh aku buatkan itu ini. Pasni dia je buat sendiri. Keje aku makan je. *ngehngeh* I Like it...

Muffin by Wawa

Corak by Aimi A.Z
Tapi, nak jugak suruh aku watkan topping. Eleh...


Ni salah satu aktiviti hari Ahadku. Ada banyak lagi aktiviti seperti menggosipkan Opah dan Pakcik amenda-tah, dan membawa Opah, Onik, Umi dan Wawa berjalan-jalan di Putrajaya. Nanti kalau rajin aku cerita. Sekarang, assignment time....!


by,
Aimi A.Z yang nak pergi buat assignment...

Saturday, August 15, 2009

Shortbread

Memandangkan hari raya yang bakal menjelma Puasa pun belum dah pikir nak raya aku pun apa lagi mestilah tengah nak cari resipi-resipi baru kuih raya untuk dieksperimen dan dijamu pada hari raya ni. So, hari tu masa kawan aku kasi rasa sample kuih raya, aku pun tetiba teringin nak buat shortbread. Aku memang suka biskut ni sejak dari kat UiTM Syu, ko yang selalu bawak untuk aku makan, kan? tapi tak pernah la nak cuba buat sendiri. Minggu lepas, aku beli bahan-bahan semua, then aku pun mengeksperimen. Hasilnya? 2 hari dah licin. Tak sempat aku nak bawak pergi office. Sian Fieza tak dapat rasa. Hehehehehe.... So, aku ni kan suka berkongsi ilmu, ni resipi yang aku guna. dapat dari sini.


INGREDIENTS

Untuk base biskut (Untuk loyang 10" x 10")
  • 150g tepung gandum
  • 50g gula kastor
  • 50g serbuk badam
  • 125g butter
  • 50g susu tepung
Untuk topping
  • 200g coklat
  • 75g coklat putih


DIRECTIONS

  1. Gaul semua bahan untuk base. Adunan akan jadi cam serbuk dan peroi2 gitu.
  2. Masuk adunan dalam acuan. Tekan sampai padat dan rata. Cucuk dengan garfu.Aku lupa cucuk ngan garfu. Sib baik jadi je.
  3. Tekan alat pemotong ke dalam adunan dan bakar pada suhu 180 degree celcius selama 15minit.
  4. Apabila biskut dah masak, keluarkan alat pemotong dan biarkan biskut sejuk.



  5. Gunakan alat pemotong untuk membuka laluan kepada coklat.



  6. Cairkan coklat dan tuang coklat ke atas biskut.
  7. Cairkan coklat putih masukkan ke dalam piping bag dan start menconteng.



  8. Masukkan kembali alat pemotong ke dalam biskut. Masukkan biskut ke dalam peti ais selama 10 minit.



  9. Keluarkan alat pemotong dan Shortbread sudah sedia untuk dimakan. :P


by,
Aimi A.Z yang nak try resipi lain pulak. Any ideas?

Jom jadi petani!

Dah lama aku tak review pasal games kan? Sebab aku pun dah lama tak main games. Baru-baru ni je baru addicted balik. Hm, maybe addicted is not the right word... Tapi tak tahulah perkataan apa yang sesuai. Yelah, di samping busy dengan Bisnes, aku pun busy dengan pelajaran dan kerja. Oops! Kerja tak busy langsung. :P

So, review aku hari ni adalah pasal pertanian. Bagaimana anda boleh menjadi petani di zaman yang moden ini. Aku rasa aku adalah orang yang sesuai untuk membuat review kerana aku dah adal 3 ladang. Poyo! So, selamat membaca!


Ladang yang pertama adalah FarmTown. Aku pernah review pasal FarmTown hari tu. Aku dah cerita macam mana FarmTown punya concept. Yang bestnya pasal FarmTown daripada yang lain adalah FarmTown membolehkan anda menghire orang untuk bekerja di farm anda. Sekarang ni bukan saje boleh hire orang untuk harvest, malahan boleh menghire orang untuk plow tanah korang. So, tugas korang adalah untuk menanam je.




Ladang yang ke-2 aku adalah BarnBuddy. Concept BarnBuddy ni agak simple kalau nak dibandingkan dengan FarmTown. Kat sini anda hanya diberi 18 lot tanah untuk di harvest. And yang bestnya dengan game ni adalah kita boleh mencuri hasil tanaman orang lain dan kumpul duit dari situ. and lagi satu yang bestnya sebab tanaman ko takkan busuk. Kalau FarmTown dengan FarmVille kalau lama-lama nanti tanaman busuk, tapi untuk BarnBuddy ni tanaman ko tak busuk, cuma berisiko untuk dicuri je lah. And kalau untuk anda yang takde masa yang lama nak main game, mainlah game ni. Bukan lama sangat pun. Setakat kat ofis nak main 5minit nak hilangkan stress, inilah game yang sangat bagus. Tapi, kalau asyik kene curik je, stress la jugak. :P




Last but not least, FarmVille. Concept yang agak lebih kurang dengan FarmTown, tapi ada banyak features dia yang masih tak capai standard FarmTown. Kira kalau nak compare dengan FarmTown. FarmTown lagi best la. Sebab yang ni tak boleh hire orang. Semua kena buat sendiri. Aku yang biasa bermalas-malasan di FarmTown, memang malas nak ber-rajin-rajin-nan di FarmVille. Tapi, yang bestnya, FarmVille ni laju sikit dari FarmTown. Maksudnya, FarmVille punya game tak la berat sangat. Dia loading lagi laju dari FarmTown. So, best!




Kesimpulannya, tak kiralah, FarmTown ke, BarnBuddy ke, mahupun FarmVille, kalau korang main tu, add lah aku sebagai Jiran. :P



by,
Aimi A.Z yang suka je bercucuk tanam di Facebook. Kalau la jual tanaman dapat duit betul-betul sure dah lama aku kaya...

Thursday, August 13, 2009

Episod 5: Warkah...

(Entri ini adalah sambungan daripada entri Episod 4: Happy Birthday)

Aku tau aku janji aku nak buat kesimpulan, tapi atas permintaan Noni, aku publishkan Warkah seorang Ana. Warkah ni dipublish di blog Ana selama beberapa minit aku tatau, menyatakan penyesalan dan perasaan bersalah dia yang sekejap gila sebelum dia save balik blog ni sebagai draft. So, kalau korang pergi baca blog dia sekarang memang entri ni dah takde, tapi percayalah, memang entri ni hasil nukilan dia, bukan aku yang mereka-reka cerita.

Mana aku dapat entri ni?

Anggap jelah dunia internet ni memang tak boleh simpan rahsia. So, inilah Warkah Seorang Ana:

aku discover something hari ni..yang membuatkan aku terpanggil nak tulis ape aku rasa..which is aku tak suke ape yang aku rasa sekarang..sedih or pasrah dengan apa yang aku discover sekarang nih pun, aku pun x tau la..

aku lari jauh2, untuk luputkan segala memori silam..ya, aku yang pilih untuk jadi macam ni??dalam kelapa otak aku, dalam hati aku, pada ketika itu, keeps remind me on how i feels few years back..masa tuh aku pikir, hati aku, n apa yang perlu aku rasa, aku x pikir lansung apa orang lain rasa..sebab, aku pikir masa tuh, its time for u to stand on what do you want..

kesabaran setiap orang ada hadnya..kesabaran itu menguji sejauh mana kekuatan yang kita tanam sepanjang kita hidup ni..betul aku sedih..aku pun ada hati n perasaan..aku pun tahu rasa mcm mana sakitnya hati ni bila bertubi2 hati ni ditiris dihiris..mungkin, benda ni remeh sebenarnya, tapi aku yang rasa, rasa cukup terhina..

ianya cukup mengajar bagaimana untuk menjadi aku seperti sekarang..ianya cukup memberi 1001 erti on how to survive seperti sekarang..dan tak terhingga jutaan terima kasih aku ucapkan untuk jasa yang aku tak boleh nak balas atas jasa itu..tak tergambar dengan kata2 untuk segala jasa yang pernah ditaburkan untuk aku, betul aku ikhlas dengan kata terima kasih itu..halalkan segala ilmu, makan dan minum, dan segalanya yang pernah ditaburkan selama ini..

aku lari kerana, aku tak diperlukan..perasaan itu terus menerus menghantui..mungkin aku bukan orang penting..mungkin aku tidak ada hak untuk bersuara..dan mungkin ianya silap aku sendiri..aku tidak matang??atau aku terlalu concern untuk membunuh setiap memori itu agar aku terus menerus luput dari ingatan mereka..agar kalian terus nyahkan aku dari kelompok itu..sesal??aku tak boleh hilangkan memori itu dari ingatan..kepahitan itu pasti ada kemanisan sebaliknya..ianya seakan terus menerus datang kepada aku..betapa aku nekad lupakan segala pahit itu, ianya datang satu demi satu..

aku minta maaf dengan apa yang telah aku buat..aku minta maaf jika diri diperalatkan, dieksploitasikan..semoga kita semua bahagia dengan apa yang hendak digapai..agar kau bahagia dengan jalan yang kau pilih..

terima kasih untuk segalanya..


Kalau korang faham cerita aku ni dari mula, sure korang dah mula nampak apa yang aku nak korang nampak.
  • Aku nak korang nampak kebenaran yang bukan aku yang ego.


  • Aku nak korang nampak siapa yang mula menjauhkan diri.


  • Aku nak korang nampak siapa yang berpatah balik selepas tiada siapa yang mengejar dari belakang.


  • Aku nak korang nampak siapa yang lari terhegeh-hegeh dan mengharapkan ada orang lari seiring dengan dia.


  • Aku nak korang nampak siapa yang berpura-pura berkawan dengan siapa padahal hati meronta-ronta nak menjauhkan diri.


  • Aku nak korang nampak betapa dia menjauhkan diri betapa rasa penyesalan yang amat sangat dalam dirinya.


Tapi, dari warkah di atas Aiceh! sure korang jugak tertanya-tanya apa yang aku buat sehingga menguris hati dan perasaan dia. Sehingga aku mampu menguji kesabaran seseorang dan sehingga hati seseorang ditiris dan dihiris.


Jawapannya?


Aku sendiri pun tak tau. Biasa je. Takdelah buat ape pun. Tu kena tunggu dia pulak la buat entri untuk aku kat blog dia. Muahahahaha...




...kesimpulan bersambung di Episod 6...




by,
Aimi A.Z yang serba salah nak post entri ni tapi atas permintaan ramai, aku turutkan...

Monday, August 03, 2009

Antara AKU dan MEREKA...

Situasi 1
Baru-baru ni kawan aku accident. Aku tanya,

AKU: Teruk tak kereta?
MEREKA: Teruk tak dia?


Situasi 2
Pagi tadi, sinki dalam toilet jatuh. Bunyi kuat ya amat. Aku jerit....

AKU: Yan................sinki jatuh ke?
MEREKA: Yan.....................ko ok ke?



Aku ni teruk ke? Ke aku ni tak berperikemanusiaan? Atau ada ayat-ayat lain yang leh menggambarkan aku? Apa pun, aku memang rasa yang aku ni teruk. Ish3x. Berubahlah, Aimi....



by,
Aimi A.Z yang rasa bosan nak turun lunch so dok update blog kat office nih...

Sunday, August 02, 2009

Episod 4: Happy Birthday...

(Entri ini adalah sambungan daripada entri Episod 3: Lari Jauh-jauh)

Walaupun korang tak tertanya-tanya, biar aku bagitau apa yang aku reply untuk mesej Raya Ana hari tu. Mesej sebenar aku dah delete tapi lebih kurang macam ni lah bunyinya:

....Satu je pesanan aku, bila dah berniat nak lari jauh-jauh, keep on running and never look back....


For the first time selepas aku berniat TAKKAN mereply dan mengcontact dia, ini yang aku reply. Tak ingat apa ayat intro dan ending nya tapi isi yang aku nak sampaikan, itulah. Tapi yang aku tahu, dia masih tak tahu yang aku dah tahu...

Selepas mesej raya, aku ingat dah takde mesej yang akan sampai untuk aku. Sebab aku dah cakap Jangan Pandang Belakang. Tapi itulah, mungkin sebab apa pun aku tak tahu, aku still dapat birthday wish dari dia, but at that time aku dah takde rasa apa-apa... Terharu pun tak, marah pun tak, gembira pun tak. Rasa biasa je. Rasa macam dapat mesej Birthday dari Bank Islam je. Baca then ignore. Amat kurang ajar! Hahahahahaha...

Dalam masa yang sama aku masih jadi pembaca setia blog dia. Mungkin aku yang perasaan, tapi aku tahu yang banyak isi kandungan blog dia yang menujukan mesejnya pada aku. or maybe "aku"lah orang yang dimaksudkan. Ada jugak yang aku sempat ambil untuk menjadi rujukan di masa depan seperti sekarang ini. Nanti tak ada bukti pulak. :P Antara petikan entri Ana:

"aku lari jauh-jauh...mengapa separah ini...bila aku tekad, mereka yang dahulunya berjuang bersama, tidak lagi aku endahkan...kejamkah aku??aku bukan bertindak kejam, cuma mahu luputkan segala memori yang dahulunya ditusuk dalam sekali..."

"seorang demi seorang hilang dari hidup ini..aku mencari jua, di mana silapnya..aku biarkan saja ianya pergi jauh tanpa mahu menariknya kembali..insan sebegitu, layaknya, tidak perlu dikenali..biarkan dirinya hanyut dengan arus yang sendiri ciptakan..aku berdoa agar mereka semua gembira dengan cita-cita yang selama ini bersemi di hati..semoga bahagia ku doakan.."

"biarlah aku berlalu dalam sepi...agar kalian yang dulunya pernah berjuang bersama, meneruskan rentak kalian sendiri ciptakan...dan aku??teruskan dengan rentak yang mendamaikan...agar hati ini, diri ini, tidak lagi diherdik, dihina..."


Korang buat la kesimpulan apa yang korang nak buat. Korang cakaplah aku yang salah. Korang cakaplah aku yang ego. Korang cakaplah aku memang kawan yang jahat.

Yang aku tahu, aku tak berniat langsung nak menjatuhkan seorang kawan.

Yang aku tahu, aku memang anggap dia sebagai salah seorang kawan aku yang baik. Suatu masa dulu.

Tapi, yang aku tak tahu kenapa sampai ke situ pemikiran dia. Kenapa dia boleh terfikir yang kawan dia ni nak menjatuhkan dia? Kenapa dia tak fikir mungkin semua itu datangnya dari salah dia sendiri? Kenapa?

Biar apa jawapannya, hanya dia je yang tahu. Sampai ke ketika ini, aku masih tak contact dia. Aku biar je dia hidup sebagaimana yang dia nak. Aku biar je dia cipta dunia yang indah bersama dengan kawan-kawan yang tak menjatuhkan dia. Itu jalan yang dia pilih.


Kesimpulannya....




...bersambung di Episod 5...




by,
Aimi A.Z yang asalnya dan buat cerita 3 episod je nih dah jadi berepisod-episod...

Saturday, August 01, 2009

Episod 3: Lari Jauh-jauh...

(Entri ini adalah sambungan daripada entri Episod 2: Kalaulah boleh begitu AAZ)

Cerita terakhir untuk kisah panjang ini adalah cerita yang baru berlaku dalam masa setahun dua ni. Tapi, tak adalah panas sangat, dah jadi suam-suam kuku je. Entah-entah dah sejuk beku dah. Selama ni aku just bagi hint je tapi tak pernah sekali pun aku bagitau hal yang sebenar dari perspektif aku and the reason behind everything. So buat julung-julung ("ayat tak hengat," kata Faizul) kalinya aku nak bercerita secara terbuka tentang apa yang terjadi tentang aku dan dia.

First of all, kita namakan dia Ana (seperti entri-entri sebelum ni: bukan NAMA sebenar). Aku dengan Ana berkawan sejak dari Semester 1 Diploma hinggalah ke semester terakhir degree. Sampai lepas degree, aku ingat aku dengan Ana masih berkawan (at least aku rasa aku ngan dia adalah kawan) sampailah suatu hari secara tidak sengajanya aku menemui blognya. Dan alangkah terkejutnya aku sebab aku baru tau apa yang dia rasa selama ni...

Aku baru tahu yang rupa-rupanya dia merasakan tempoh perkawanan kami adalah satu penyeksaan untuk dia.

Aku baru tau yang rupa-rupanya dia mengharapkan Degree dia berlalu dengan cepat supaya dia boleh lari jauh-jauh dari kami yang dikatakannya sebagai "kepompong" hidupnya.

Aku baru tahu yang rupa-rupanya dia ingin memulakan hidup baru bersama kawan-kawan baru dan orang-orang baru dan tak ingin ada kaitan dengan aku lagi.


Alangkah terkejutnya aku masa tu sebab dia tak menunjukkan sebarang tanda-tanda bahawa aku ni seorang kawan yang jahat. Or maybe aku yang tak nampak tanda-tanda nya, tu yang aku terkejut beruk (beruk pun tak terkejut macam aku) bila aku tau benda-benda macam tu. Adakah aku seorang kawan yang sangat teruk sehingga ada kawan aku yang berasa sedemikian rupa? Adakah aku seorang yang sangat jahat sampai terabai perasaan seorang kawan yang sudah berkawan dengan aku selama bertahun-tahun?

Aku still tak tahu apa nak fikir. Aku still tak dapat cari puncanya. Aku still tak tahu apa masalahnya. Yang aku tahu, aku cuma menghormati keputusan dia yang tak nak berkawan dengan aku. Aku senangkan proses dia untuk lari dari aku dengan tak mengejar dia. Aku biar dia lari jauh-jauh dan tak cuba pun nak mengejar dia.

Tapi...

Bila dia toleh belakang dan tak nampak aku kejar dia, mungkin dia rasa pelik. and that's why she's always look back. For your information, at the time aku baca blog dia, aku dah tetapkan hati aku yang aku TAKKAN mesej dia, TAKKAN call dia and TAKKAN contact dia dengan cara apa sekali pun. Bukan ego, cuma menghormati keputusan dia. Tapi, di sebelah pihak dia, dia tak tahu yang aku dah tahu. Dia tak tahu yang aku dah baca blog dia. So, dia rasa pelik kenapa aku tak reply message dia, kenapa aku tak angkat call dia dan kenapa aku tak balas YM dia. dan akulah orang jahat dan yang sombong itu sebab tak balas semua mesej, call and YM dia. Padahal, hakikat sebenarnya dia tak tahu yang aku dah tahu...

Raya 2008. Aku dapat mesej berbunyi:
Kadang-kadang kita alpa, tak sedarkan kata-kata dan perbuatan yang pernah kita lakukan. Kita lari jauh-jauh untuk lupakan segala dendam. Kini ampun maaf dipinta dari hati yang penuh ikhlas.

Selamat Hari Raya.

Maaf Zahir Batin.

So? That's it? Bila rasa tak suka, lari jauh-jauh. Bila rasa bersalah mintak maaf? Macam tu? Nak tahu sambungannya?


Tunggu....

...cerita bersambung di Episod 4...


by,
Aimi A.Z yang bajet best la buat orang tertunggu-tungu. Tapi dia tak tau takde sape pun yang heran...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin