Wednesday, September 30, 2009

Terima Kasih Jawa Rangers~

Petang tadi, masuk je kereta, aku dengar Jawa Rangers buat topik pasal ketupat. Antara yang sempat aku dengar:
  1. Susah nak dapat makan ketupat time raya baru ni
  2. Takut takde orang yang tahu menganyam ketupat dan mengakibatkan kita beraya tanpa ketupat.
Aku pun apa lagi? Tengah drive tu sempat lagi taip:

HJ Dengan adanya YouTube, ketupat takkan hilang di dunia. Raya baru ni saya belajar buat ketupat dengan YouTube. Dapatlah 50 biji. :P
SEND TO: 33399

Lepas tu, Kiran terus je cakap. "Ini ada SMS menarik daripada AIMI. Dia cakap, dengan adanya......bla,bla,bla........" Terasa cam di awang-awangan sebab SMSku didengari di seluruh negara tu. :P Gila ar!

Terus dapat call dari Noni nak tanya aku ke AIMI yang Jawa Rangers maksudkan tu.


by,
Aimi A.Z yang patutnya suruh Jawa Rangers baca nama dia sebagai Aimi AZ, barulah semua orang kampung kenal...

Tuesday, September 29, 2009

Lihat awan di sana....

Sangat cantik itu awan kan? Model-model tu pun cam cantik je... :P

Walaupun gambar ni nampak lemak-lemak yang terbonjol, saya tetap rasa gambar ni cantik.


by,
Aimi A.Z yang poyo berpossing di depan rumah di Putrajaya bersama dengan adik-beradik perempuannya...

Monday, September 21, 2009

Raya 2009

Anak-anak Gembira Bila Syawal Menjelma
Lebih Hebat Ibu dan Bapanya
Berhabis Tak Berkira Asal Nampak Bergaya
Walau Hutangnya Panjang Berjela

Habis Raya Semua Mula Bekerja
Poket Kosong Baru Ingat Nak Puasa
Kawan Semua Buat Tak Tahu Saja
Nak Pinjam Duit Teringat Hutang Lama

*cam best pulak lagu Senario ni


Hari raya ke-2 kat Putrajaya membuktikan kami memang orang Putrajaya. Hehehehe... Tak adalah. Tahun ni tak balik Ipoh sebab keadaan Opah dan Ihsan yang tak mengizinkan kami beraya di Ipoh. So, beraya jelah kat Putrajaya. Nak cerita pun macam tak best, so jom kite tengok gambar sambil baca caption aku yang panjang lebar. :P

Inilah keluarga AZ termasuk Opah. Tak sempat nak susun cantik2 sangat sebab Opah tak boleh nak duduk lama. So, inilah hasil yang tak berapa nak cantik. Jadilah, dari takde.


Gambar kitorang selepas bersembahyang Raya. Umi tinggal kat rumah sebab jaga Opah dan Ihsan. Kitorang 6 beranak siap berposing kat Masjid Besi. Ramai jugak orang kat sana. Diorang ni tak balik kampung ke? Hahahaha


Boria anak kampung. Actually, kitorang ada Trio. Tapi, Kaklala malu nak pakai baju sama. Dia cakap cam Kumpulan Nasyid Kementerian Pelajaran. Ish3x


Anak-anak Encik AZ. Inilah pewaris harapan Encik AZ dan Puan Rusni. Seorang IT Executive, seorang Engineer, seorang Pegawai Bank (bak kata Opah) and lagi 3 orang....... tak tau lagi... :P


Cousins~


Umi dengan Adli. Siapa lagi comel?


Gambar aku takde? Sebab akulah photographer. Sian si Photographer. *sobsob*



by,
Aimi A.Z yang dah kena marah sebab janji nak kasi laptop kat Ihsan tapi dok sibuk mengupdate blog...

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidilfitri

Saya, Aimi binti Abdullah Zubir, mengucapkan;

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

kepada semua muslimin & muslimat yang menyambut hari raya. Semoga kehadiran Syawal membawa lebih pengertian kepada kita semua.
InsyaAllah.


Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,
Aimi A.Z yang beraya di Putrajaya buat kali ke-2...

Menjelang Hari Raya 2009...

Menjelangnya Hari Raya, bermacam-macam aktiviti yang perlu dilakukan. Masak memasak, kemas mengemas, mengisahkan baju raya, dan bermacam-macam lagi. So, ini adalah gambar-gambar yang sempat dicapture menjelangnya Hari Raya.


Gambar pertama: Umi & Abah yang baru balik dari pasar borong. Abah yang memproses ikan dan umi mengira-ngira duit. :P


Gambar ke-2: Percubaan pertama aku membuat kek buah kukus dengan resipi Opah. Sejak turun temurun Opah je yang buat kek buah kukus untuk kitorang makan di pagi raya, tapi memandangkan Opah sakit, aku menyambung tradisinya. Yang ajaibnya kan, tang Opah mengadu "Sakitt......saakiiitt......" Time tu gak aku tanya resipi. Terus Opah lupa sakit dia. :P Sampai Abah cakap, "lain kali bila Opah cakap sakit, tanya resipi kat Opah." Hahahahaha.....


Gambar ketiga: Adalah gambar KakLala mendecorate baju rayanya. Buat pengetahuan semua, KakLala ni tak reti pun jahit manik sebelum nih, tapi tetiba je hari ni dah panadai. Ha, jangan tak tau penangan Hari Raya... :P


Gambar ke-4: Aku tengah mencuba-cuba menganyam ketupat. Alkisahnya, sepatutnya kitorang dah order dah ketupat tapi ada masalah teknikal, kitorang tak dapat ketupat yang diorder tu. Terpaksalah buat ketupat sendiri. Sebelum ni aku anyam ketupat tak pernah nya nak jadi tapi buat punya buat.... belajar guna YouTube, then jadilah ketupat aku..


Gambar terakhir: Nilah hasilnya. Terima kasih kepada YouTube kerana Youtube lah aku pandai menganyam ketupat. :P


Itulah kisahku menjelangnya hari raya. Banyak lagi aktiviti tapi takkan semua nak amik gambar pulak. Nanti tak jadilah kerja asyik nak possing je... :P



by,
Aimi A.Z yang nak pergi bertakbir raya di masjid malam ni...

Friday, September 18, 2009

Hati susah....

...bila akaun bankku mencatatkan jumlah lebih banyak dari yang sepatutnya...


...nak guna pun salah...
...tak guna pun salah...


...susah hatiku...


by,
Aimi A.Z yang tengah susah hati di pagi hari jumaat...

Tuesday, September 15, 2009

Sembahyang terawih pun ada discount...


Malaysia ni punyalah suka discount sampai sembahyang terawih pun ada discount. Hahahaha...

Ceritanya macam ni. Tadi aku pergi lah sembahyang terawih kat Masjid. Then, masa rakaat ketiga tuh kitorang semua makmum ni bangunlah untuk rakaat ke-4, then imam tuh senyap je. Takde pulak dia baca al-Fatihah. Then, tunggu punya tunggu tiba-tiba dengar "assalamualaikumwarahmatullah......" Aih, imam ni? Bila tengok semua orang pun terus turun and bagi salam, aku pun ikut la...

Kesimpulannya taktau lah imam tuh mengantuk ke lupa ke tapi yang pastinya aku sembayang terawih 7 rakaat je tadi. Boleh? Hahahahaha....


by,
Aimi A.Z yang tau Imam tuh pun manusia biasa... :P

Monday, September 14, 2009

Kisah Opah dan Ihsan

Opah

Ihsan

Opah dan Ihsan. 2 orang yang memerlukan extra attention di rumah aku sekarang ni. Opah seperti biasa dengan pelbagai penyakit orang tua, manakala Ihsan pula baru selesai menjalani pembedahan menyambungkan semula ligamen di lutut. So, Onik pun dah bertambah kerja sebab dah tambah seorang lagi pesakit. :P

Alkisah, kat rumah sekarang ni kalau seorang ber"adoii" yang sorang lagi kuat "adoiiiiiiii" nya. Adoyai! Apakah yang harus dilakukan selain hanya melihat dengan perasaan kasihan? Memang la kesian tapi, apa nak buat? Bukan boleh share rasa sakit pun tak boleh.

Tadi, ada dialog Opah dan Ihsan yang mencuit hati sesiapa yang mendengar;
Ihsan : Opah, sakiitttt....... (dengan nada keluh kesah yang sangat menyeksakan)
Opah : Sakit Yan? Opah pun sakiiittttt....... (sambil bersuara seakan-akan hendak menangis) Tapi, sakit Yan Doktor dah cakap 6 minggu sihat tapi Opah? (dengan nada seolah-olah putus harapan sambil membebel ape tah lagi) Bla, bla, bla....
Aku : Ha, tulah Yan, ko dah start. Kan Opah dah takleh berhenti.
Apa yang mencuit hatinya? Entah, aku pun tak tau. Hahahahaha. Yang aku tau tadi bila tengok muka Opah dan muka Ihsan tadi bila melakonkan dialog di atas, sangat mencuit hati. Korang tak tercuit hati sebab aku yang tak pandai cerita. Eh, ye ke?

So, kesimpulannya, sangat kasihan itu 2 orang. Semoga mereka cepat-cepat sembuh.


by,
Aimi A.Z yang tak tau lah apa plot cerita di atas...

Friday, September 11, 2009

Resipi Biskut Mazola (Special post for Farah Adeela)

Bahan-bahan:
  1. 3/4 cawan gula
  2. 1 cawan self raising flour
  3. 1 cawan kacang tanah
  4. Minyak Mazola secukup rasa
  5. Kuning telur sebagai hiasan

So, Farah, marilah kita sama-sama mencuba biskut Mazola...


by,
Aimi A.Z yang nak buat 3 jenis kuih esok iaitu Chocolate Chip, Tart Nenas & Biskut Mazola...

Monday, September 07, 2009

Hasil daripada cuti yang lama;

  1. Terhasilnya hasil seni yang tak seberapa nak profesional untuk customer Little Roses.



  2. Terhasilnya 2 jenis kuih Raya yang memang dibuat untuk makan di Hari Raya bernama London Almond dan Honey Cornflakes. (Resipi dah letak di MyResipi.com)



  3. ...dan terhasilnya seorang Aimi yang bersemangat waja nak pergi kerja esok. Eh, ye ke?


by,
Aimi A.Z yang sangat suka kalau hari bekerja ditukar kepada 4 hari seminggu sahaja...

Sunday, September 06, 2009

Dari Dapur Aimi A.Z

Akhirnya, aku dah dapat tempat yang menarik (selain blog ni-lah) untuk berkongsi resipi. Tempatnya adalah di MyResipi.com. So, kalau korang nak cari resipi lain pun banyak dekat sana. Tapi kalau nak aku nye resipi, klik kat sini atau search je aimi_az. So, jomlah sama-sama kita berkongsi resipi. Sharing is caring!




by,
Aimi A.Z yang nak pergi cuba resipi baru lagi hari ni...

Sesi berbuka puasa dan penyerahan wedding card oleh Syura

Tarikh
31 Ogos 2009

Tempat
Noodle Station, SACC Mall

Kehadiran
Aimi A.Z
Noraspalela
Norhafiza
Wardatul Baidha
Farah Adeela

Tetamu Undangan
Irma Asyura



Sesi berbuka puasa ni ada 2 tujuan:
  1. Untuk meraikan Syura yang bakal menjejakkan kaki ke alam perkahwinan

  2. Untuk beramah mesra dan mengeratkan silaturraim di antara rakan-rakan dan sekaligus bergosip!


Overall, sangat gembira berjumpa kawan-kawan dan bergosip walaupun dapat cawan kecik. Ceh!


by,
Aimi A.Z yang nak bagitau, if nak cerita detail tengok kat blog Noni...

Saturday, September 05, 2009

Berbuka Puasa dan Berterawih di Masjid Besi

Oh, tak dilupakan ber"possing" di Masjid Besi Putrajaya! *wink*

Suatu hari di dalam bulan Ramadhan 1430H, kami sekeluarga (except for Shazni & Kak Lala) telah pergi ke Masjid Besi Putrajaya atau dikenali juga dengan nama Masjid al-Mizan untuk berbuka puasa, berterawih dan juga berposing. ayat skema cam karangan UPSR, kan? Anyway, sangat best itu masjid. Except for kena naik tangga sebab takde escalator dan kena tahan panas sikit sebab takde air-cond, yang lain semua nya sangat menarik.

Sebelum memasuki dewan solat

Masjid mana lagi yang ada fountain kat dalam nya?

Sila abaikan model yang gedik itu Sila berikan tumpuan kepada latar belakang pemandangan Putrajaya dari sisi Masjid

Mengagumi kebesaran Allah S.W.T

Apakah seorang engineer itu layar digelar engineer sekiranya tidak menikmati pemandangan column ini?

Bahagian hadapan ruang solat yang begitu unik sekali

Sangat mengagumi Masjid ini. Tahniah la kepada semua yang terlibat dalam menjayakan masjid ini kecuali Wardah. dan semoga ramai yang memeriahkan Masjid ini untuk beribadat.


by,
Aimi A.Z yang banyak sangat ber"hutang" cerita di blog...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin