Sunday, October 25, 2009

PapaDom


Kisah seorang papa yang bernama Saadom yang tak sanggup melepaskan anak gadisnya berdepan dengan dunia ini sendiri. Macam-macam yang sanggup dilakukannya semata-mata untuk memastikan anak gadisnya, Miasara, berada dekat dengannya. Antara perkara-perkara pelik yang dilakukan seorang papa;
  1. Hantar anak ke sekolah walaupun anak dah Form 5. Siap peluk cium anak depan kawan-kawan.
  2. Menyediakan makan untuk anak dan kawan-kawan semasa rehat di kantin sekolah.
  3. Berada di dalam kereta semasa anak menjalani ujian memandu.
  4. Menyibuk pergi ke Graduation Party anak.
  5. Sanggup menjadi tukang kebun di U tempat anak belajar.
Cerita ni amat menarik, sesuai ditonton oleh semua golongan masyarakat. Overall, sangat lawak tapi ada gak part yang sedih. Hampir menitis air mata seorang Aimi. Haha!


Nota Kaki: Kepada Papa-Papa di luar sana, tak kiralah PapaDom ke, PapaBear as in Zubir ke, memanglah korang sayang anak-anak korang ni, tapi korang kena kasi kitorang experience life sendiri. Kan Experience is the best teacher... Korang sayang kitorang, we get it! So, guide us, not help us. You can't be everywhere, Papa. Tapi, kalau kitorang tak cukup duit tuh tolong2 lah ye? :P

Nota Tangan: Saya kasi 5 bintang!



by,
Aimi A.Z yang teringat time mendaftar Master. Pergi bilik Koordinator Program (Dr. Midah). Aku dah pesan dah kat Abah suruh duduk diam-diam dalam kereta, tapi degil nak jugak temankan aku. Bila kat bilik Dr. Midah, dia cakap, "Saya ingat nak daftar Tadika je kena bawak bapak" Hampeh~

Monday, October 19, 2009

Sorry for being a jerk...

I know I'm a jerk.
But, I can't help it.
So, deal with it.



by,
Aimi A.Z who knows she's a jerk!

Thursday, October 15, 2009

Bila anda tahu siapa yang membaca blog anda...

Mungkin:
  1. Anda sudah tidak menulis terus daripada hati anda kerana anda perlu bertapis-tapis untuk menyesuaikan dengan semua pembaca anda.

  2. Anda berasa risau tentang pandangan dan pendapat orang ramai tentang tulisan anda.

  3. Anda akan menjaga tatasusila di blog sendiri kerana ada yang memerhati.

  4. Anda tidak akan sewenang-wenangnya membocorkan rahsia di dalam blog kerana bimbang rahsia itu diketahui umum.

  5. Anda susah untuk meluahkan perasaan anda samada bengang, marah, suka mahupun sayang kerana orang itu mungkin sedang membaca.


Atau:
  1. Anda semakin jujur dalam mengungkapkan kata-kata kerana anda tahu bahawa kejujuran adalan kebenaran.

  2. Anda berasa seronok dan teruja untuk mengetahui pandangan orang terhadap hasil tulisan anda.

  3. Anda tidak menjaga tatasusila di blog sendiri dan cuba menjadi diri anda yang sebenar tanpa perlu berlakon dan berpura-pura.

  4. Anda akan lebih membocorkan rahsia di blog kerana blog menjadi medium utama kepada anda dan pembaca.

  5. Anda lebih senang meluahkan perasaan di blog supaya orang yang "terkena" itu terasa.


Yang mana satu pilihan kalbu?



by,
Aimi A.Z yang tiba-tiba terkeluarkan isu ni sebab baru-baru ni mendapati ada pembaca-pembaca yang tidak pernah aku terfikir akan menjengah dan menyibuk di blog yang tak seberapa nak bagus ni...

Wednesday, October 14, 2009

Suratan atau Kebetulan?

Suatu hari di tahun 2005, saya ada memblog sesuatu berkenaan lagu Suratan atau Kebetulan nyanyian Keny, Remy dan Martin di Friendster's Blog. In fact, post entry itu telah saya pastekan di sini. Kini setelah 4 tahun berlalu, alangkah terkejutnya bila saya mengecheck Gmail saya dan mendapati ada satu komen yang telah ditinggalkan untuk blog entri itu. Adakah ianya suratan ataupun kebetulan? Hahahahahahaha.... Comment nya berbunyi;


So, untuk menjawab pertanyaan Cik Kirana dan memberikan pendapat kepada beliau, saya mendedicate entri ini untuk beliau. Baik kan saya? :P


Cik Kirana,

Terlebih dahulu ingin saya menyatakan perasaan saya yang sangat teruja apabila mendapati bahawa ada manusia-manusia di luar sana yang sudi membaca catatan saya yang tak seberapa ini dan seterusnya meminta pendapat daripada saya. Siapalah saya ini untuk memberikan pendapat, diri sendiri pun tak sependapat. Tetapi, saya usahakan juga memerah otak memikirkan jawapan yang sesuai untuk pertanyaan Cik Kirana dan memberikan pendapat yang bernas untuk panduan kita bersama.

Mengenai pertanyaan Cik Kirana, "Apakah mungkin kebetulan itu tidak akan menjadi kenyataan?" Apakah sebenarnya yang Cik Kirana maksudkan di sini? Kebetulan is a kenyataan, isn't it? Sekiranya sesuatu kebetulan telah terjadi, bermakna itu adalah satu kenyataan. Ternyata kejadian itu terjadi. But, the thing is, apakah kebetulan tuh sebenarnya bukanlah kebetulan tetapi adalah satu suratan yang akan memberi perbezaan di dalam diri kita?

Mengenai maksud ayat saya itu, saya sebenarnya merujuk kepada kes "a friend of mine" itu. dalam kes dia, munculnya "kekasih" lamanya setelah beberapa lama. So, kalau dia anggap itu suratan, then mungkin akan terlahirnya perasaan terharu dan cinta berputik kembali. Manakala sekiranya dia merasakan bahawa itu adalah kebetulan semata-mata, mungkin dia akan mengabaikan perasaan hati dia dan cuma berkawan dengan sang jejaka. Saya rasa itu yang saya makssudkan dengan ayat itu.

So, kesimpulannya, kita takkan tau sesuatu perkara tu adalah suratan atau kebetulan semata-mata...

Sekian.


Nota Kaki: Tak rasa cam bengong ke reply comment Cik Kirana macam ni. Dia comment setengah perenggan, aku balas berperengan2... Muehehehehehehhe



by,
Aimi A.Z yang rasa best jugak buat Forum Soal Jawab dalam magazine....

Sunday, October 11, 2009

Nikah, Sanding & Open House

Banyak sangat aktiviti yang berlangsung untuk hari ini. Kalau nak cerita secara detail, muntah berdarah pulak korang membaca blog entri aku ni. So, untuk menyenangkan korang, aku cerita "Sipnosis" aktiviti aku pada hari ini sekaligus meletakkan hanya satu gambar bagi setiap aktiviti. Yup, SATU je. Takde 2 mahupun 3. Aku kedekut hari ni. :P

Aktiviti Pertama

Tempat: Klang
Event: Pernikahan Cousin-ku



Ni adalah pernikahan cucu Opah yang pertama. and memang abang Di ni cucu sulung Opah. So, kira memang patut la dia yang first kahwin walaupun umur dia dengan Kaklala sama je. Oops! Aku ada cerita pasal abang Di kat sini. Tentang bagaimana dia couple dengan orang lain selama 6 tahun and end up kahwin dengan orang lain. So, kepada sesiapa yang berkenaan, jangan risau. Mungkin kisah cinta anda macam kisah cinta mereka ini. Jodoh pertemuan tu kan dah ditetapkan. Cam cakap kat diri sendiri je. :P

Btw, kepada Kak Nani, Welcome to the Family!


Aktiviti Kedua

Tempat: Dewan MBSA Seksyen 19
Event: Persandingan Aman & Syura



Selepas ke Klang, aku & pakej (Kaklala & Wawa) menjelajah ke Shah Alam. Ni adalah perkahwinan mereka di belah pihak pengantin lelaki. Tema hari ni adalah Black & Silver. AbangDi & Kak Nani tadi pun pakai Black & Silver. Seperti biasa, kitorang mestilah bergambar and bergambar. dan kali ni jangan risau, gambar pengantin lagi banyak dari kitorang. *ngehngeh*

Pesanan untuk Syura: Mak ko cakap, kitorang ni kawan yang setia. and mak ko cakap lagi if ko tak pergi kenduri kitorang nanti, bom je ko. Mak ko yang guna ayat tu tau. Bukan aku. So, takkan tak faham-faham lagi?


Aktiviti Ketiga

Tempat: Rumah Farah Adeela
Event: Open House



Aktiviti yang terakhir adalah beraya di rumah Farah Adeela. Menu setiap tahun mestilah mantap-mantap. First sekali kitorang makan Blueberry Cheesecake, sebab takut kalau tak makan awal-awal nanti tak dapat rasa. Boleh tak? Tak sempat nak bergambar kat rumah Farah sebab kitorang datang time ramai sangat orang, then malu nak bergambar. Lagipun Farah sibuk, tak sempat layan kitorang. Takpe2, takde hal-lah. Kitorang berjaya melayan diri sendiri dengan jayanya. Sebab tu jugaklah kitorang berjaya tangkap gambar ni dekat depan rumah jiran Farah.

Tengok Farah, nak jugak gambar yang ada kaitan dengan ko sampai gambar depan rumah jiran ko pon jadi kitorang ambil. Hahahahaha....



So, itulah aktiviti aku di hari ini bersamaan 11.10.09...



by,
Aimi A.Z yang tengah upload gambar di Facebook sambil berblog...

Friday, October 09, 2009

Lagi-lagi Orang Kahwin...

Bunyi tajuk macam berbau dengki je, kan? Tapi xde pun. Hehehe... Mula-mula nak buat tajuk "Siapa kata orang gemuk lambat jodoh?" Tapi macam tak jadi pulak sebab karang ramai pulak pengunjung blog ni. :P Btw, wedding nih berlangsung sebelum wedding Raja Abdul Rahman, tapi dah terlupa nak upload, so ni baru aku nak update untuk wedding Raja Nur Harnanee. Gila ah, semua wedding raja-raja semua aku dapat pergi. Hahahahahaha....

So, rakan-rakan taulan sekalian umat yang membaca blog ini, inilah gambar-gambar yang serba kekurangan yang dapat di snap. Tak banyak gambar menarik sebab tak cukup korum and tak sempat nak ambil gambar ngan pengantin sangat. So, jadilah dari takde...


Raja Nur Harnanee & pasangan. Seorang "comel", seorang lagi comel.

Noni dan Nani

Setiap wedding wajib ambil berkat

Nani yang "comel". Aku ada tangkap gambar dari depan, tapi Nani ditutup oleh flower girls nya sebab ketinggian yang hampir sama. So, terpaksalah aku letak gambar Nani dari belakang. *ngehngeh*


Oh, lupa pulak nak cakap. Nani ni kawan di UiTM. Masa degree tak berkawan sangat pun. Tapi ramai yang cakap rupa dan perangai kitorang lebih kurang, tapi sebanarnya tak pun. and aku dapat wedding invitation ni pun sebab sekarang ni kami sama-sama sambung Master.


To Nani, Semoga berbahagia ke anak cucu. :P




by,
Aimi A.Z yang nak bagitau kat semua orang yang kalau seseorang tu lambat kahwin bukan sebab orang tu gemuk ke ape ke, tapi sebab dah sememangnya jodoh tak sampai lagi. So takyah la nak suruh aku kuruskan badan sebab takut aku tak kahwin-kahwin sebab gemuk.

Sunday, October 04, 2009

Irma Asyura & Raja Abdul Rahman

Semalam, bersamaan dengan 3 Oktober 2009, termeterailah ikatan perkahwinan di antara Irma Asyura dan Raja Abdul Rahman. Setelah berkawan selama berapa tahun, dan selepas bertunang selama setahun, mereka pun diijabkabulkan. Kepada Syura dan Aman, Congratulations... Doakan kitorang pun ikut jejak langkah korang! :P dan kepada mereka yang tak dapat menghadiri majlis diorang yang gilang gemilang, nih gambar aku post khas untuk korang. Baik kan Aimi A.Z nih?

Sama cantik, sama padan. Bak pinang yang perfectly dibelah dua.


Rombongan Cik Kiah kami ke rumah Syura bermula dari pukul 7.30 pagi lagi. Janjinya nak berkumpul di Shah Alam pukul 7.30 pagi, tapi sebab kena menunggu ada "seorang tuh" so, masa official kitorang berkumpul adalah 8.00 pagi. Rumah Syura (Behrang) dengan Shah Alam just sejam perjalanan tapi saje je pergi awal, sebab nanti kalau lambat sampai Syura sedih pulak, dah la tak datang dia bernikah. Betul tak Syu? Sampai kat rumah Syu dalam pukul 10.30, and masa tuh pun Sang Pengantin masih belum bersiap lagi. Tapi, bergambar mesti tetap bergambar. Tu wajib!


Itu kot agaknya yang si Syura cakap dalam hati. Tapi senyum kene maintain.


Sementara Syura bermake-up dan bersiap, kitorang pergi menjamu selera dengan Nasi Minyak bersama Gulai Kawah dan Acar Buah yang sedap. Lepas tu apa lagi? Possing la. Walaupun Pengantin tengah bersiap dalam bilik, kitorang layankan aje bergambar kat luar bilik. Ish3x. Apa nak jadi anak-anak dara ni? Bukan nak pergi tolong-tolong kat dapur... :P

Bergambar banyak-banyak walaupun tanpa Pengantin


Syura yang sedang bermake-up tahan geram je dengar kitorang bising-bising kat luar bilik


Selepas Pengantin bersanding dan makan beradap, tibalah masa yang dinanti-nantikan yakni bergambar (bergambar lagi?) dan dalam banyak-banyak gambar, gambar ni yang paling aku suka. I like....

Best kan gambar ni?


...dan ini gambar terakhir khas buat korang yang membaca blog ni...


Kepada Syura,
Dah kawin dah ko kan. Cepat-cepat dapat baby, aku tak sabar nak dengar anak ko panggil aku Kak Amy. and lepas ni jangan la jelous tengok gambar kitorang pergi vacation dan berpoya-poya. Sebab memang lepas ni kitorang dah tak ajak ko dah.

Kepada Aman,
Jaga Syura baik-baik. Kalau dia malas-malas, buat jelah apa yang patut...

Kepada Syura & Aman,
Semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Doakan kitorang pulak and wajib pergi majlis kitorang nanti.


Lepas kenduri sempat layan durian jap...



by,
Aimi A.Z yang tak sabar nak tengok lepas ni giliran siapa pulak...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin