Monday, November 30, 2009

The Biggest Loser Asia 2009

(Entri ini didedikasikan kepada mereka-mereka yang obes di luar sana yang memerlukan kata-kata semangat daripada seorang yang obes juga dan kepada mereka yang lain; entri ini sangat panjang dan membosankan so BACK OFF)

Aku terpanggil untuk menulis entri yang panjang berjela ni selepas menonton The Biggest Loser Asia, Season 1, Episode 1. Telah banyak cubaan untuk mengarang tetapi semuanya hampa. Sehinggalah terhasilnya entri ini. Idea tu banyak cuma aku cuba menyusun ayat dengan betul supaya tak disalaherti dan juga memastikan ayat ini betul-betul terkesan dan memberi semangat kepada mereka di luar sana.

Pertama sekali, biar aku perkenalkan diri dulu. Namaku Aimi. Seorang yang boleh dikategorikan sebagai obes kerana mempunyai 52.5% lemak dan berat yang dirahsiakan. Tapi, dengan berat badan yang dirahsiakan itu, aku cuba hidup sebagai seorang yang normal dan tidak menganggap obes itu adalah sesuatu penghalang kepada hidup aku.

Antara gambar gemukku yang sememangnya tak boleh dibanggakan langsung


Sepanjang kehidupan aku di dunia ini aku mendapati bahawa orang gemuk dan obes ini memang menjadi bahan ejekan dan permainan manusia-manusia di luar sana. Mengapa dan kenapa memang tidak boleh dijawab. Mungkin jika aku bukan datang dari kategori gemuk dan obes, aku juga akan berkelakuan sebegitu rupa. Who knows, rite? The point is, memang manusia-manusia di dalam dunia ni kejam. Pada mulanya, which is when I'm so much younger, aku akan terasa dan bersedih dan mungkin akan menangis sekiranya diejek dan dicemuh kerana obes, tapi kini aku dah imun dan lali dan kata-kata mereka tuh akan aku abaikan dan tak simpan dalam hati. Mungkin akan ada antara korang yang cakap, "Eleh, si Aimi tuh tak kena ejek teruk sangat, tu yang dia tak simpan dalam hati" Memang silaplah kan. Segala macam penghinaan memang aku dah pernah kena and I'm gonna share it here, for the first time ever.

Aku nyatakan situasi serta kata-kata penghinaan dan ejekan dan permainan yang pernah dan masih dilemparkan dekat aku yang sangat-sangat segar dalam ingatan aku;

  1. Aku pergi trip ke sebuah negeri. Ada satu permainan yang menyuruh seorang ahli dalam kumpulan melakonkan aksi perempuan mengandung. Bila kawan aku tengah melakonkan aksi tu (bersama perut yang ditaruh bantal untuk mendapatkan effect mengandung) ada mulut jahat yang berkata, "Eh, apasal ada dua perempuan mengandung?" kata-kata tuh ditujukan untuk aku yang berdiri bersama perempuan "mengandung" tu.

  2. Aku pergi melawat saudaraku di rumahnya. Setelah sekian lama tak berjumpa, ayat yang pertama keluar dari mulutnya ialah, "Kamu ni Amy, tak tau yang mana perut, yang mana punggung".

  3. Ada sesetengah orang gemuk akan mengeluarkan bunyi apabila tidur. Tapi ada jugak orang kurus yang berdengkur. But the point is, semasa tengah bersembang-sembang dan kebetulan berita memaparkan isu babi di Selangor, ada seorang kawan aku berkata, "Alah, dalam bilik tuh pun ada, malam-malam dengarlah bunyi" Is it the right way to decribe your friend?

  4. And recently, when I look into the mirror, somebody said to me, "Weh, ko nye breast dah sama besar dengan perut dah".

Cukuplah empat (4) je kata-kata penghinaan untuk aku yang korang tau. Yang lain biar aku simpan dalam hati je. So, adakah kata-kata seperti ini adalah kata-kata semangat? Maybe bagi segelintir orang YA, tapi bagi kebanyakan orang, kata-kata macam nilah yang akan menjatuhkan self-esteem seseorang, menjatuhkan maruah as well as keyakinan seseorang untuk meneruskan hidup ni. Itu jugaklah sebab orang-orang gemuk dan obes sangat merendah diri dan mempunyai hati yang fragile.

Berbalik kepada tujuan asal entri ni ditulis, aku nak tekankan dekat sini bahawa kalau setakat nak simpan dalam hati apa yang orang-orang bodoh tu cakap, kita orang-orang obes ni dah lama dah give-up. Tapi, persetankan semua tu. Kita adalah mahluk ciptaan Tuhan yang sama macam mereka yang mempunyai hak yang sama di bumi ini. So, kita bebas buat apa yang kita suka dan jangan disebabkan kata-kata daripada orang-orang bodoh tu menghalang kita untuk menghayati hidup kita ni. Live life to the fullest and u'll never regret it! Trust me.

Dalam TBLA tu ada 2-3 orang cakap, mereka nak kurus supaya mereka dapat bermain bersama anak mereka. Mereka nak kurus kerana mereka nak melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang lasak. And ada yang specifically menyatakan mereka nak kurus sebab mereka nak climbing and swimming. Hey people..... what the heck? Even tho' u're obes that doesn't mean that u can't do all those thing. I'm obese too and I can climb. and i also swim very well. Trust me, again! But, if you don't trust me, trust these photos;


Aimi AZ ber"wall climbing"


Aimi AZ ber"swim" like a "swan"


...and trust me, u can definitely ride a banana boat...


Okey, obese is not a good thing, I know and so do you. Tapi, what if anda memang berusaha untuk membuang segala lebihan lemak ini tetapi lemak ini sangat2 degil untuk dibuang? Adakah anda akan terus menunggu, dan menunggu sehingga lemak2 itu dibuang baru anda akan membuat perkara-perkara sebegini? What if masa tu dah terlalu lambat untuk anda dan what if kalau sampai ke akhir hayat and that time didn't come? Sepanjang hidup anda hanya akan berharap dan mengharap bahawa anda tidak obes dan hidup anda adalah lebih baik sekiranya anda tidak obese.

Open your eyes people. Untuk mengharapkan masuk ke The Biggest Loser Asia adalah 1 in 10,000 chances. Kepada yang tak dapat masuk, anda tetap merupakan seorang yang obes, whether u like it or not. That's the fate, but u can change it. ONLY YOU!! So, move your butt and start to work out today! But even your weight doesn't change, don't restrict yourself to do what thin people can do. Tapi, agak-agaklah jugak, janganlah terus berbunggee jumping or berskydiving. Takut gak aku walaupun aku memang nak sangat2...

Of course lah aku tak mencadangkan ini kepada mereka yang seberat 200kg. Tapi kepada yang lain-lain tuh kalau anda nak, anda memang boleh. Semua datangnya daripada pemikiran kita sendiri. Aku bukan nak kata aku ni bagus sangat or aku ni tak seberat mereka yang lain, but the point is, I'm still obese! and trust me, it's not that easy to built such confidence. Kadang-kadang memang rasa macam give up but I manage to do it and u know why? Because I love myself and I want to live life to the fullest so that I have no regret.

So, kawan-kawanku yang senasib denganku, jomlah kita buat apa yang kita suka. Abaikan orang-orang bodoh yang sememangnya bodoh yang tak reti nak jaga hati dan perasaan orang tu. Tapi ingatlah pesanku; buat apa pun berpada-padalah. Tapi seriously, aku memang nak bungee jumping and skydiving.

Bungee jumping

Skydiving



by,
Aimi A.Z yang menanti-nanti di saat dia dapat ber"bungee jumping" dan ber"skydiving"...

Friday, November 27, 2009

Salam Raya

dengan ingatan tulus ikhlas,
Aimi A.Z

Wednesday, November 25, 2009

F&F: Wedding Reception

So, kalau dah ada majlis nikahnya mestilah ada majlis resepsinya, kan? Sorry for the late updates. Hari tu terlebih free dan excited sampai tak menyempat-nyempat nak update, tapi ni pulak dah tak sempat-sempat nak update dek kerana kebusyan yang melampau. So, inilah hasilnya Majlis resepsi Farhana & Faiq di sebelah pengantin perempuan;

Bilik sang mempelai dan pelamin mereka


Raja & Ratu Sehari


Makan beradab. Dialog semasa gambar ni ditangkap;
"Farhana dah kahwin aku percaya, tapi Faiq dah kahwin aku tak percaya", kata Farah Adeela.



...dan semestinya kami berposing bersama dengan pengantin...


Mintak maaflah kepada korang yang lain yang takde gambarnya di sini. Aku pun tak tau kenapa gambar korang takde. Bukan aku taknak femeskan korang kat blog aku nih, tapi blog aku ni bukan femes pon. Kalau aku letak pon, takde maknenya. Hahahahahaha....... Nanti kalau blog aku ni dah femes, aku letak gambar korang banyak-banyak ye?


by,
Aimi A.Z yang taktau bila time dia nak kawin pulak, asyik pergi kenduri kawin kawan je...

Saturday, November 21, 2009

F&F: Nikah Ceremony

20 November 2009, bersatulah dua hati dua jiwa... Ehem, tak sesuai betullah aku ni nak mengarang ayat yang berbunga-bunga seperti bunga-bunga segar di hari pernikahan Faiq & Farhana tu. Tulis banyak-banyak pun tak guna, kita teruskan dengan gambar pilihan aku untuk kali ini.

Dua gambar ni adalah gambar yang aku paling suka, sebab cam gambar profesional. Hahahaha.... Sampai Nas tanya "Aimi, ko ada belajar tangkap gambar ke?" Tak taula Nas perli ke apa, tapi aku anggap itu pujian semata-mata. *kembang sat*


Sedang menunggu Sang Putera kah?

Cuba teka milik siapakah jari jemari yang runcing itu?


Overall, aku rasa majlis Farhana ni simple tapi sangat sweet. Warna Putih & Pink menjadi tema sesuai dan sangat mengikut pilihan kalbu. and fresh flowers, sangat refreshing. Suka lah aku. Makanan pun sodap tapi ni aku dok pening sebab makan daging banyak sangat kot. Hehe.... Aktiviti kitorang (aku & Wardah) selain makan adalah mengacau Farhana bergambar. Si Photographer dok suruh Farhana possing itu ini, kitorang pon apa lagi, curi tangkap la. Menjadi Paparazi. Jangan marah ye Farhana (oh, Faiq pun jangan marah, ye?)

Puan Farhana

Mengikut kata Si Photographer

Mr. & Mrs. Faiq

Sangat cantik itu background

Kasut Pengantin


...dan ini gambar kami bersama Pengantin. Kepada Ili, Aiza, Ppink & Nas, Farhana dah pesan, tema adalah Pink. That's why baju-baju diorang ada tona-tona Pink, dan aku & Wardah buat tema sendiri, Turqoise. Pastu sang Photographer tu cakap, "Turqoise, dok tengah." Tulah reasonnya kami di tengah. Menarik tak cerita aku ni? Hahahahaha.....


So, lastly pose menarik daripada Faiq & Farhana;

Semoga berbahagia ke anak cucu.
Amin.

by,
Aimi A.Z yang dah gian nak mengupdate blog tu yang cepat je update pasal event yang baru berlaku tadi...

4 x 3 = 12

Sekali tengok equation di atas, memang betul. Dari kecil lagi cikgu dah ajar. 4 x 3 = 12. Tapi kenapa pula bila aku assign reinforcement dekat beam;

4 rows of bar x 3 column of bar = 10 bar?

Haih... Ini lah engineer bila pandang remeh benda mudah. Berkali-kali aku check, 4 x 3 = 12 tapi apasal pulak ETABS kasi aku bar area untuk 10 bar je dan mengakibatkan beam aku fail. Rupa-rupanya setelah dicheck, inilah penyebabnya.


Cik Engineer oi, tolonglah jangan buat silly mistake macam ni lagi. Habis runtuh semua bangunan disebabkan masalah sekecil ini.


by,
Aimi A.Z yang sangat busy minggu ni sampai nak bukak Facebook dan mengupdate blog pon tak sempat...

Sunday, November 08, 2009

Jom berbisnes!

Apa yang saya buat setelah habis exam, test, kelas dan lain-lain? (walaupun ada satu lagi presentation and tak buat lagi apa yang ketua kumpulan suruh buat)

Buat apa lagi? Berbisnes la.

Memandangkan ada 2 jenis bisnes yang dibuat oleh Aimi A.Z, maka kedua-duanya tidak boleh diabaikan. So, jomlah kawan-kawan melawat-lawat Blogshop saya... :P


Macam-macam stok kain baru ditambah dan diupload. and jangan risau, mesti ada harga kawan-kawan and yang best lagi kawan-kawan boleh hutang dan bayar secara ansuran. Kalau tak beli pun takpe, takde paksaan. *ngehngeh*


Sekarang nih ramai kawan-kawan tengah nak mendirikan rumah tangga, so kalau korang nak door gift yang berupa coklat, korang tau kat mana nak cari aku.... :P



by,
Aimi A.Z yang percaya segala usaha kuat dan gigih akan membuahkan hasil. Yang penting berusaha. Betul tak kawan-kawan?

Sunday, November 01, 2009

The Climb

Harap maaf, ini bukan entri berkaitan Miley Cyrus ataupun Hannah Montana. Ini adalah entri berkaitan dengan aktivitiku di Hari Ahad.

Hari ni, bersamaan dengan hari pertama di bulan November, aku dan anak2 pakcik AZ yang lain pergi mengekori seorang anak pakcik AZ iaitu Shazni AZ yang telah lama berkecimpung dalam dunia panjat memanjat ni. Hahaha, bosan la pulak berbahasa skema. So, bahasa tak skemanya hari ni kitorang pergi climb. Gila ah, boleh ke Aimi AZ yang berat tuh g memanjat? So, malas cerita banyak, tengok gambar je lah....

Abah cakap "gaya dah ada dah tu"


Gaya pemanjatan seorang yang amatur, tapi nampak cam pro kan? Hahahahaha... Pro ke poyo?


Kitorang yang dah kepenatan hanya mampu memandang Aizat AZ dari bawah...


Panjat memanjat di bahagian Kiddies


Itulah aktiviti aku di hari Ahad. Mungkinkah climbing akan jadi satu aktiviti masa lapangku? Kita tunggu......................


Last but not least, terimalah gambar khas untuk korang sume....

*
*
*
*
*

Gambar stokin busukku. Gila ar, dari jauh dah berbau...



by,
Aimi AZ yang nak g masak dinner....
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin