Saturday, December 26, 2009

Abah & Umi's 27th Wedding Anniversary...

Bertempat di Restoran Muhibbah Seafood di TTDI, kami menyambut anniversary Umi & Abah. Mula-mula thinking of something Western or Seafood but at the end pilih seafood walaupun Shazni tak makan seafood. :P but, don't worry, there's always a chicken for Shazni. Oleh kerana kami dah pre-book & pre-order, so kami tak payah la nak tunggu lama untuk dapatkan makanan. Overall, the food was ok. and most importantly, takla mahal sangat pun. Sekali sekala nak tukar selera dan nak tukar suasana amat berbaloi. So, apa lagi pergi la Restoran Muhibbah Seafood.

Directions to go there;
Dari Putrajaya ikut LDP sampai depan OU masuk kanan, terus je sampai jumpa Balai polis kat kanan and CIMB kat kiri. Belok kiri kat CIMB then jalan sampai hujung jalan dan anda akan jumpa Restoran Muhibbah Seafood kat belah kiri anda. :P


The People


The Food


Everyone has a great time and a full stomach. but, most importantly, we are a big happy family. May this love & happiness will last forever. Amin.



by,
Aimi A.Z yang sangat suka itu sotong goreng tepung. Yummy~

Friday, December 25, 2009

Program 25 Disember 2009

Mau nonton wayang! Thinking of Alvin & The Chipmunks: The Squeakquel ataupun Muallaf. Dua dua pun kena tengok, so tak kisah la tengok yang mana hari ni.

Alvin & The Chipmunks: The Squeakquel

Muallaf


dan aktiviti di malam hari adalah: 27th Wedding Anniversary Celebration. Mestilah anniversary mommy & daddy. Taktau lagi ke mana mau pergi tapi will blog about it later. Anyway to Abah & Umi:

Happy 27th Anniversary...
May both of you live happily ever after
(disamping anak-anak yang sungguh baik budi bahasa seperti kami berenam)


by,
Aimi A.Z yang nak pergi kemas bilik di pagi Hari Krismas...

Tuesday, December 22, 2009

Dual Celebration: Year 2

Credit to Wardah untuk tajuk di atas: Dual Celebration. Year 2 pulak kerana ini tahun ke-2 kami (Aimi & Wardah) meraikan hari lahir kami bersama. Kalau tahun lepas bertempat di Penang Village, Alamanda, tahun ni pulak bertempat di Seoul Garden, Plaza Pantai. dan kalau tahun lepas kami meraikannya berdua sahaja, tahun ni lebih meriah lagi dengan kehadiran rakan taulan yang lain. Tapi semua orang pun kena belanja diri sendiri. Almaklumlah, semua pun sedang cuba untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing. Takpe, lain kali ada rezeki lebih Wardah belanja ye kawan-kawan. Hahahahaha....

So, aktiviti pada malam ini ada 3 sahaja. Main aktiviti mestilah makan. Aktiviti ke-2 ialah bersembang dan berkongsi lawak-lawak bodoh dan aktiviti yang hampir dilupakan adalah bergambar. So, kita layan gambar dululah sebab tak banyak pun gambar yang menarik selain kitorang yang memang menarik. :P

Aimi & Farah Adeela

Wardatul Baidha & Norhafiza

Noraspalela


Oh, hampir terlupa. 22 Disember dipilih untuk berlaku adil kerana Aimi lahir pada 21 Disember manakala Cik Wardah pula lahir pada 23 Disember. Happy Birthday to both of us. Semoga semua impian kita menjadi kenyataan. Begitu juga dengan impian-impian anda di luar sana. :P

...dan terima kasih kepada semua yang menjayakan dual celebration ini dan kepada mereka yang tak dijemput, ampun dan maaf dipinta. Sesungguhnya, setiap yang terjadi itu ada sebab yang kukuh disebaliknya.... Renung-renungkan dan selamat beramal!



by,
Aimi A.Z yang sangat suka hati dan sangat kenyang perut...

Monday, December 21, 2009

25 Things I Realize Today...

  1. It's December and it's the end of 2009. Rasanya baru semalam aku tulis entri pasal New Year and my New Year's resolution.

  2. Sudah 2 tahun saya menjadi engineer. Rasanya baru semalam saya mencari kerja dan diinterview untuk menjadi engineer.

  3. Sudah 2 tahun saya bekerja di tempat yang sama. Walaupun kadang-kadang bosan, dan kadang-kadang saya complaint tentang kerja saya dan gaji saya, saya masih di sini.

  4. Sudah hampir 3 tahun blog ini beroperasi. Coretan pertamaku adalah pada 29 May 2006.

  5. Sebanyak 273 posts telah dicoret dan hanya 264 posts sahaja yang dipublished. Mungkin post yang tak dipublish itu tidak sesuai dengan tontonan dan bacaan semua pihak.

  6. Blog ni telah mengumpul sebanyak 20 follower je dan berapa banyak entah silent reader...

  7. ...dan lebih kurang RM100 telah diberi oleh Nuffnang tetapi belum dicashkan sepanjang penglibatan aku dengan Nuffnang.

  8. Saya telah menggenggam segulung diploma dan segulung degree. Tinggal sedikit masa lagi dengan keizinan-Nya saya akan menggenggam segulung Master pula.

  9. Sudah ramai kawan-kawanku yang telah mendirikan rumah tangga. Sedangkan aku... (sambung di No. 10)

  10. ...masih single dan masih belum mempunyai calon yang sesuai untuk dijadikan calon...

  11. ...dan saya sangat suka lagu Cari Jodoh by Wali sekarang ni. *wink*

  12. Aku berusaha untuk meninggikan taraf hidupku dengan berbisnes. Dari coklat hingga ke kain, macam -macam aku usahakan.

  13. Saya sudah mula mengumpul harta dunia. Antara harta yang bernilai selain ilmu pengetahuan adalah my MyVi.

  14. Aku sudah mula menjinak-jinakkan diri untuk mencapai cita-cita terpendam aku iaitu; Wedding Planner.

  15. Tahun ni tak banyak aktiviti Cuti-cuti Malaysia. Cuma ke Pantai Timur, Port Dickson, dan ke Kedah. Mengharapkan tahun 2010 yang mendatang akan banyak lagi trip-trip yang menarik dan best! :P

  16. Saya menunjukkan effort untuk menurukan berat badan tetapi nampak macam berat saya tetap tak mau-mau turun. What to do?

  17. Saya rasa sangat bersyukur kerana dilahirkan di dalam keluarga yang bahagia dan... (sambung di No. 18)

  18. ...dikelilingi oleh orang-orang yang mengambil berat dan menyayangi diri ini. Ahakz! Ye ke?

  19. Saya sudah menyediakan satu senarai panjang tentang ciri-ciri suami lelaki idaman saya tetapi saya belum bersedia untuk berkongsi dengan orang ramai.

  20. Aku mempunyai satu idea gila untuk direalisasikan, cuma tinggal masa dan saat yang sesuai untuk dilaksanakan. Just wait and see...

  21. Aku sedaya upaya menambah ilmu pengetahuan dengan membaca baaaanyaaaak buku...

  22. Sudah hampiur 8 tahun saya meninggalkan alam persekolahan. Lamanya...

  23. Aku masih tak pasti adakah aku akan menjadi seorang engineer sehingga ke akhir hayat aku.

  24. Saya baru perasan yang saya menulis entri ini sambil menonton drama Kau dan Aku di Astro Ria. What?!

  25. and most importantly... I'm 25. and there's nothing that I can do to change it. So, live life the the fullest and make every second counts!


by,
Aimi A.Z who turned 25 today...

Tuesday, December 15, 2009

Jodoh tak datang bergolek...

Cuba bayangkan kalau jodoh datang bergolek....

"Eh, eh, jodoh aku dah datang dah tu" Sambil menunjuk kepada orang yang tengah bergolek-golek kat depan kita. Hahahahahahaha.... Sungguh lawak.. :P

Btw, terbaca satu artikel dengan tajuk di atas dalam Harian Metro dan aku agak setuju dengan kenyataan tu. Selama ni orang asyik cakap, REZEKI tak datang bergolek tapi kini: JODOH pun tak datang bergolek. Kita ambil contoh yang paling dekat iaitu: aku.

Kalau pasal REZEKI, memang usaha aku setimpal dengan doa. Maksudnya, aku berusaha bersungguh-sungguh dan dalam masa yang sama aku juga berdoa agar dimurahkan rezeki. Memang usaha yang aku lakukan nampak lah dengan mata kasar. Aku pergi kerja, aku berbisnes, aku "bercucuk tanam". So, akan nampaklah hasilnya yakni REZEKI.

Tapi bila cakap pasal JODOH, tak nampak usaha yang aku lakukan. Doa, semua orang pun berdoa. Tapi usaha? Tak pula aku pergi mengorat orang kat sana sini. Tak pula aku mengiklankan diri untuk mencari seorang yang bergelar suami. Tak juga aku terhegeh-hengeh senyum sumbing kepada mahluk-mahluk yang aku rasa sesuai menjadi suami kepada Aimi A.Z. So, itulah sebabnya JODOH tu tak melekat.

My point is, aku sangat-sangat setuju dengan perumpamaan JODOH tak datang bergolek seperti mana aku setuju dengan perumpamaan REZEKI tak datang bergolek. Cuma aku memang belum berusaha ke arah itu dan memang mengharapkan JODOH aku akan datang bergolek. Boleh tak?


by,
Aimi A.Z yang tau, tapi tak ambil tindakan. What to do?

Mereka & PD

Mereka ke PD pada suatu hari di bulan 12...

Mereka ke PD pada hari aku harus memenuhi jemputan-jemputan kenduri kahwin rakan-rakan yang lain...

Mereka ke PD tanpa aku...

Gambar dicuri dari Facebook: Najmah


Mereka ke PD pada suatu hari di cuti sekolah...

Mereka ke PD pada hari aku seharusnya bekerja untuk mecari sesuap nasi...

Mereka ke PD di saat-saat aku kehabisan Annual Leave...

Mereka ke PD tanpa aku...

Gambar dicuri dari Facebook: Ka


Aku pun nak pergi PD jugak...



by,
Aimi A.Z yang menyampah sebab semua orang pon pergi PD tanpa dia...

Monday, December 14, 2009

Result yang Hampir Dilupakan...

Setiap semester, aku memang tak jemu-jemu dan tak malu-malu mengupdate pasal result aku tak kira samada result aku tersangatlah teruk or result yang agak best. Tapi kali ni, mungkin sebab result tu berada di tengah-tengah dua keadaan tu jadi aku lupa untuk menghebohkan result yang aku dapat. Setelah hampir seminggu baru aku berkesempatan untuk menghebohkan yang aku dapat 3.11 for both GPA and CGPA aku dan aku sangat-sangat bersyukur dengan apa yang aku dapat. Takde penyesalan, takde rungutan dan takde terdetik pun perasaan tak puas hati. Yang ada cuma rasa bersyukur sangat-sangat dan berharap aku akan terus merajinkan diri untuk membuat thesis dan seterusnya memperoleh Master ni. Doakan saya ye kawan-kawan.


by,
Aimi A.Z yang rasa sangat gembira kerana bakal menamatkan zaman Masternya tak lama saje lagi, InsyaAllah...

Friday, December 11, 2009

Terlupa & Tertidur...

Di suatu hari di bulan Disember...

Tinggal Umi, Kak Lala, Aizat & aku di rumah. W (bukan nama sebenar) pergi ke kelas tuisyen. Kak Lala dah pesan kat aku; "Amy, ko ambik W, aku dah hantar dia." So, oklah, sementara tunggu pukul 10, aku tengok CSI. Tak lama lepas tu, CSI pula yang tengok aku...

Tik, tok, tik, tok...

(Pukul 11)

Kak Lala jerit "Umi! Umi! W mana?"

Aku terpinga-pinga bangun dari tidur. Kelam kabut cari tudung dan kunci kereta. Umi ikut dari belakang. Rupa-rupanya kami berempat semua tertidur dan dah terlupakan W. Sampai kat Pusat Tuisyen, W tengah setia menunggu. Berdiri kat tempat biasa, keseorangan. Alahai, kesiannya adik aku tu. Tapi ape nak buat? Diam jelah...

So, kesimpulannya, pastikan korang mengambil adik or anak korang tepat pada masanya supaya tiada hal2 yang tak diingini berlaku. Oh and btw, dia tak telefon sebab dia baih hati sangat pergi pinjamkan HP dia kat abang dia, tapi tak pula dia pergi ke mamak pinjam telefon. Ish3x...


Inilah dia W bukan nama sebenar.
Sorilah W, kitorang terlupekan ko. :P


by,
Aimi A.Z yang tak pernah pulak dilupakan sampai macam ni...

Sunday, December 06, 2009

Layang-layang Terbang Melayang di Bagan Lalang

Kalau hari tu layang-layang terbang melayang di taman layang-layang, Kepong, kali ni lokasinya berbeza. kali ni lokasinya di tepi pantai iaitu Bagan Layang, tetapi pemainnya tetap sama iaitu Aimi, Noni dan juga Wardah. Pantai kat Bagan Lalang walaupun tak secantik pantai di Terengganu tapi bolehlah kalau nak melepaskan gian untuk bermain di persisiran pantai. *grin*

Bagan Lalang

So, the main aktiviti mestilah main layang-layang. Tapi aktiviti sampingan mesti ada iaitu bergambar dan makan. Yups, makan. Walaupun gemuk, makan itu perlu untuk meneruskan hidup. Hehehe... So, sebelum korang tengok aksi kitorang bermain layang-layang, korang tengok kami melompat dengan jayanya...

Lompat jangan tak lompat...

Aksi-aksi kami bermain layang-layang di Bagan Lalang

...and that's it untuk hari ni. Tak tau bila lagi nak main layang-layang sebab bulan 12 nih jadual penuh dengan kenduri kawin. Maybe tahun depan pulak. lastly, untuk melengkapkan entri, terimalah gambar Aimi berlari untuk menerbangkan layang-layang. Have a good week, guys!

Aimi yang bersungguh-sungguh berlari...


by,
Aimi A.Z yang makan dengan kenyangnya selepas berlari main layang-layang. Ish3x...

Saturday, December 05, 2009

December's Project

Selain bermain layang-layang, aku ada projek besar di bulan Disember ni. Ada tempahan coklat for Christmas Dinner dan aku bertanggungjawab untuk membuat decor untuk coklat. 600 kotak perlu disiapkan dalam masa seminggu. Riben dan decor tak cari lagi. Hari ni baru nak pergi cari, dan harap-harap dapat decor yang cantik-menarik dan tak payah susah payah nak gubah. or paling senang cari yang ready made so takyah lah gubah. tapi kan, problemnya dengan ready made adalah harganya yang mahal. Huhuhuhu...

Hm, I'm thinking of putting this christmas wreaths on top of my boxes, tapi tu pon kalau ader yang mini dan ikut pada harga jugaklah. ataupun, just put a cross-ribbon with Merry Christmas sign on it. Hm, what do you think?

Tengok la apa yang ada karang kan? Kedai nya pon tak tau kat mana. My collegue said ada kedai kat Petaling Street yang jual Christmas decor, but the exact location don't know where. Main redah je ni, harap-harap dapat, kalau tak tak boleh main layang-layang petang ni. Huhuhuhu...


by,
Aimi A.Z yang bangun awal gila pagi ni... (Sungguh kagum dengan diri sendiri)

Friday, December 04, 2009

Layang-layang Terbang Melayang di Taman Layang-layang

Ini adalah aktiviti kami di hari minggu yang lalu. Lama dah hendak diupdate tentang peristiwa ni tetapi kerana kesilapan teknikal, gambar ni baru habis diupload kesemuanya hari ini. Terima kasih kepada Cik Wardah. Anyway, seperti yang tertera pada tajuk entri di atas dan sepertimana yang tergambar dalam gambar di bawah, kami pergi bermain layang-layang. Lokasinya adalah Kepong dan pemain layang-layangnya ada 3 orang; Aimi, Noni & Wardah.

Sampai-sampai di lokasi, semestinya kami membeli layang-layang. dan ini adalah pilihan kami. Aimi mestilah pilih yang colourful dan Wardah pilih Batman. Tu pun sebab dia tengok Batman orang melayang dengan megah sekali di awan biru. dan Noni, hanya menyetujui pilihan kami. :P

Kami bersama layang-layang yang dibeli


Oleh kerana keadaan kami yang agak 'pro', kami menang kategori Menggulung Benang Layang-layang dan Kategori Kedudukan Layang-layang yang Paling Banyak Mencecah Tanah. Muahahahaha... Eh, lupe pulak, Wardah menang tempat ke-2 Lari Paling Laju dikalahkan oleh seorang budak India. Bolehlah dari takde, ye tak? *grin*

Aimi bersama Batman

Nampak tak Noni kat belakang tu?


Sedang kami syok bermain, hujan turun dengan lebatnya. Mula-mula Noni dan Wardah yang degil main jugak dalam hujan tapi bila makin ramai orang yang blah dan hujan pun makin mencurah, kitorang pon decide untuk berteduh dan ape lagi? Possing lah.....

Wardah tak puas hati sebab dia cakap layang-layang colourful lagi menyerlah dalam gambar, so dia pun mengabaikan Batman. Ceh!


Lepas hujan reda, kami pun bermain sampai ke magrib. Tu je la ceritanya. dan ini gambar yang paling eksklusif pada hari tu;

"Hidup ni umpama layang-layang. Susah nak naik, tapi once dah berada kat atas, dia susah nak jatuh. Unless ada angin or cabaran yang kuat yang memaksa layang-layang...terputus talinya" kata Noni.


Batman berkata "Udah-udahlah tu, jom sembahyang Maghrib"


Nota Kaki: Sabtu ni cadangnya nak pergi main layang-layang lagi. Kat Bagan Lalang. Sesiapa nak join? Jomlah. The more the meriah. Lepas tu boleh dinner sekali kat tempat feveret Wardah.


by,
Aimi A.Z yang kompem kene marah keluar hari Sabtu ni sebab Christmas Deco for Chocs tak siap lagi...

Thursday, December 03, 2009

BerAMALah kamu di dunia seolah kamu akan hidup selama-lamanya, berAMALah kamu untuk akhirat seolah kamu akan mati esok


...selama ni aku dah tersalah faham maksud ni...


Apa yang aku faham selama ni;
Kita disuruh mengumpul harta dunia untuk bekalan kita di dunia as if kita akan hidup selama-lamanya TETAPI dalam masa yang sama kita kena mengumpul harta akhirat seolah-olah kita akan mati esok.


Tapi sebenarnya;
Kita disuruh mengutamakan mengumpul harta akhirat sebab esok kita akan mati dan menangguhkan dulu mengumpul harta dunia kerana esok masih ada as if kita akan hidup selama-lamanya untuk mengumpul harta dunia. Bahasa senangnya, "sembahyanglah dulu, kerja tu boleh tangguh"


Faham ke apa yang aku cuba sampaikan?



by,
Aimi A.Z yang kadang-kadang dengar Ikim.fm untuk menambah ilmu agama yang cetek ni...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin