Sunday, January 31, 2010

Kisah 1: 70th Birthday

(Entri ini ditulis sempena kepulangan ke Ipoh pada 30 & 31 Januari 2010)

Oleh kerana terlalu banyak cerita untuk diceritakan, maka cerita tentang kepulangan ke Ipoh dikisahkan dalam 5 blog entri. So, selamat membaca kisah seorang Aimi yang bosan. :P

Tujuan utama kepulangan ke Ipoh adalah kerana adanya kenduri doa selamat di rumah makcik aku. Aktiviti sampingan adalah sambutan birthday makcikku yang ke 70, melawat Opah di Ipoh, menghadiri majlis persandingan rakan sekolah, dan makan, makan dan makan. Yummy~

Kek untuk mereka yang berumur 70 tahun


Makcik aku yang sambut birthday ke 70 ni adalah kakak sulung Abah. Diorang suka sangat cakap ni Auntie favourite aku, padahal tak pun. Suka hati je tabur fitnah bukan-bukan. :P Ish3x... Ha, Opah pun sambut birthday ke 70 on 22nd January yang lepas. Beruntunglah badan dapat rasa birthday yang ke 70 dalam keadaan sihat. Kita?


by,
Aimi A.Z yang akan sambung kisah seterusnya di blog entri akan datang...

Thursday, January 28, 2010

Enginner Engineer at Office


Ini adalah saya punya Desktop Wallpaper yang terbaru dekat office. Cantik, kan? Terima kasih, terima kasih...


by,
Aimi AZ yang tau dia memang perasan...

Sunday, January 24, 2010

Iklan Cari Jodoh

Pagi tadi aku ternampak gambar ni kat Facebook;

Ada juga orang buat iklan nak cari jodoh untuk anak dia eh?


Pastuh cuba baca kat iklan tu Hubungi Wakil yang Diamanahkan Agensi Mencari Jodoh "Berlesen". Aku ingatkan ada peminjam wang berlesen je, rupanya ada jugak Agensi Mencari Jodoh Berlesen. Lawak pun ada. :P

Btw, Puan Emak yang buat iklan ni; "Anak puan baru 30 tahun. Muda lagi, doktor pulak tu, nanti ada la tu." Aku rasa tak perlu la kot buat iklan bagai, nyanyi je lagu Cari Jodoh (by Wali) nih;

Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku di rundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh Tuhan inikah cobaan

Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh Tuhan inikah cobaan

Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Macam-macam orang buat untuk cari jodoh kan, tapi kalau dah takde tu, takde jugak. Tapi baguslah, berusaha. Chaiyo3x!


Nota kaki: Aku BUKAN bertujuan mengiklankan iklan ni, so aku sangat TAK menyokong anda untuk menelefon nombor yang tertera di dalam iklan, tapi kalau anda nak try silakan. Saya takde kaitan di atas segala yang akan berlaku!



by,
Aimi A.Z yang setuju; Banyak orang, banyak ragam!

Saturday, January 23, 2010

Handmade Cards...

Kalau anda mengenali Aimi AZ dari sekolah, anda mesti tahu yang Aimi AZ suka membuat handmade cards untuk apa saja acara pun. Nak kata sangat kreatif tu taklah, tapi sikit tu adalah. Naik lif, tekan sendiri. Tapi semenjak meninggalkan zaman asmara asrama, aktiviti yang menarik tu seakan ditinggalkan tapi kekreatifan tuh masih ada somewhere dalam diri Aimi AZ ni. Sehingga berangan-angan nak buat handmade cards untuk wedding invitation aku nanti. *Ngehngeh*

So, berbalik kepada tujuan asal entri ini ditulis. Recently, aku terjumpa satu blog ni yang bukan saja membuat, malahan menjual handmade cards. and sempena their first blog anniversary, diorang nak kasi giveaway kat reader diorang and aku harap aku dapat menang giveaway tu. *Mengharap sangat nih* Mungkin giveaway tu nampak macam biasa je bagi sesetengah orang tapi untuk orang yang kreatif macam aku ni, giveaway tu sangat berharga dan aku akan menmanfaatkan. Janji!


Ni giveaway yang diorang nak kasi.


Eh, lupa pulak nak cakap diorang itu adalah HammieHeartWork. So, alang-alang meh aku promote sekali diorang ni. Bodek la kunon sebab nak menang giveaway. Kad-kad diorang memang sangat kreatif. Or should I call "dia"? Kad-kad dia sangat kreatif. Seriously! and nampak elegant dan sangat exclusive. Memang tak pernah deal directly and undirectly dengan dia, cuma selalu mengkagumi hasil karya dia dari jauh. dan ini adalah antara kad-kad yang aku sangat suka;



Semua pun suka, tapi yang paling-paling suka ni dua lah. So, sesiapa yang mau tempah or mau bersaing dengan aku untuk merebut giveaway tu, log on to http://hammieheartwork.blogspot.com/ untuk lebih info.


Sekian.



by,
Aimi A.Z yang tau dia pun boleh buat benda-benda macam ni cuma antara malas atau rajin je. :P

Wednesday, January 20, 2010

♪ ♬ Lagu Berhantu ♬ ♪

Nih bukan lagu berhantu as if ada hantu nyanyikan lagu ni, tapi lagu yang dok menghantui dalam kepala otak kita akibat terdengar lagu ni kat radio or mana-mana. Tensen gila kot~ Sampai aku ketuk-ketuk kepala sambil cakap "Keluarlah..." Colleague aku kat sebelah dah pandang semacam je. Hahaha... Maunya tak, aku buat kerja je bunyi;

Ku jalan sendiri tiada tempat
Untuk menanti
Tiada mu aku menyepi
Bayanganmu aku mencari...

Aku tengah termenung je automatik terhumming;

Ku sangkakan hujan
Tapi taufan datang melanda
Ku mencari tanpa pegangan
Dan tersungkur di ketepian

Even tengah buat air pun dok terngiang-ngiang;

Kain putih yang kuberi padamu
Kini pudar warna-warnanya
Kuselimut di atas ikal rambutmu
Kian jatuh terus cecah ke bahu...

Tapi, yang paling tak boleh tahannya nak sembahyang pun sempat lagi;

Ku mencari bayangmu tiada
Di langit biru di lautan api
Kau hilang dan semakin jauh
Hujung dunia kita berjumpa


Ish3x... apa nak jadi la Aimi ni? Ni pun nasib baik malam ni dah hilang dah lagu berhantu ni dalam kepala otak aku, kalau tak habislah; Mimpi kain putih lain pulak kang. :P




by,
Aimi A.Z yang salahkan Hot FM sebab putarkan lagu berhantu Cinta Kain Putih ni...

Monday, January 18, 2010

Apa Itu ATV?

ATV adalah singkatan kepada All-Terrain Vehicle yang merupakan sebuah motor bertayar empat yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti lasak. dan aku berpeluang menambah pengalaman bermain ATV pada hari Ahad yang lalu di Alang Sedayu, Gombak. Macam best, tapi lagi best kalau ada orang bawa ke track yang lagi best. Ni kitorang takde orang guide, so ikut jalan yang senang-senang je tapi itupon aku takut je bila kena turun bukit dengan menjunam. Apalah Aimi ni, tak mencabar langsung! Apa-apa hal pun aku dah merasalah main ATV. Yay!


So, inilah antara gambar-gambar yang sempat disnap.




...dan seperti biasa kehadiran memang mengecewakan. Tapi don't worry sebab aku dah tak kecewa pun. Aku dah mula faham tentang apa yang berlaku sebenarnya dan aku takkan complaint dah lepas ni. Sebab lepas ni mungkin aku jugak tergolong dalam golongan yang mengecewakan.



by,
Aimi A.Z yang nak pergi main basikal kat Taman Botani Sabtu ni, siapa nak ikut?

Tuesday, January 12, 2010

Inilah kerja aku tak tidur lagi malam-malam buta ni




by,
Aimi A.Z yang comfirm susah nak bangun esok pagi...

Saturday, January 09, 2010

Cara-cara Meletakkan Nuffnang Ads Di Blog Anda

(Special post to Puan Farhana dengan mesej; sori lambat. Busy sangat)


  1. Mula-mula anda hendaklah mendaftarkan diri dengan Nuffnang. Hanya isikan borang yang telah disediakan. Kemudian, apabila anda log in, paparan ini yang akan dipaparkan. Klik Add ad



  2. Apabila Add ad di klik, paparan ini akan dipaparkan. Copy HTML Code yang disediakan untuk Header.




  3. Selepas itu, pergi ke blog anda dan klik pada Layout > Edit HTML



  4. and then, paste HTML Code tersebut di bawah dan klik Save Template.



  5. dan bila anda View Blog anda, akan terpaparlah iklan Nuffnang di Header blog anda.



Selamat Mencuba!



Nota kaki: Teruskan mencopy-paste HTML Code untuk sidebar dan between contents. Tapi untuk between content ada steps tambahan.

Nota tangan: Untuk anda yang baru mengadd HTML Code ni, selalunya iklan belum ada lagi. Cuma hanya ada tulisan ads by Nuffnang tu je. So, diharap bersabar.



by,
Aimi A.Z yang berblogging menggunakan laptop Dell jugak walaupun dah ada Compaq. Sayang sangat kat Dell ni. :P

Sekarang dah tak ada alasan kenapa saya tak buat thesis saya...

...sebab saya dah ada laptop baru...




Kenapa Compaq?

Sebab menepati requirement yang diperlukan dan menepati budget yang disediakan.



Nota Kaki: Jangan tanya kenapa saya akan selalu update blog sekarang.

Nota tangan: Alasan memang dah takde, tapi penyakit MALAS tetap ada.



by,
Aimi A.Z yang berharap dapat "grad" dalam tahun ni jugak...

Monday, January 04, 2010

Paintball a.k.a Bebola Cat

Bertempat di Kombat Zone Paintball kami pun bermain paintball. Buhsan gile intro! Bak kata Noni, dah lama dah teringin main paintball tapi dek kerana keadaan kewangan dan keadaan geng yang tak mencukupi, baru kali ni berkesempatan bermain. Itu pun sebab Cik Draughtman mengajak bermain bersama dengan kawan-kawan dia dan aku pulak buat-buat tak malu dengan menjoin diorang bermain. Siap bawak Noni untuk mengcover malu. Walaupun aku dan Noni agak pemalu tapi sangat best bermain paintball walaupun tak reti sangat main. :P

Kombat Zone Paintball berkonsepkan jungle zone. Kira macam askar-askar yang sedang berperang la. Kawasan dia sangat besar sampai tak nampak kat mana musuh menyorok. Dengan bayaran RM75 dan berbekalkan 500 bebola cat, kami menjalankan 5 misi. Misi pertama dan kedua dijalankan di kawasan di bawah manakala misi ke-3 dan ke-4 dijalankan di kawasan hutan dan semak samun. Masa kawasan hutan dan semak samun lagi gila sebab kene crawl dalam semak. Musuh memang tak nampak so apa lagi? Tembak melulu jelah. Ish3x


Ni kawasan untuk misi pertama dengan kedua


Aku sebenarnya buat silap besar dengan memakai tudung putih. Itu menjadikan aku sasaran mudah untuk diorang sebab diorang akan nampak bila aku bergerak. So aku asyik kena tembak di kawasan kepala dan muka dan mulut. Berapa banyak kali aku dapat 'rasa' bebola cat. Hampeh betul. dan sebab tu jugaklah tudung aku yang putih bertukar menjadi kuning di akhir permainan.

Ada satu kes lagi di mana aku cuba menyorok di balik tong. seperti gambar di atas. aku ingat aku dah selamat menyorok, rupanya aku tak cukup kecil untuk tong tu. eh, sebenarnya tong tu yang tak cukup besar. dan aku tau aku tak berapa nak menyorok sebab aku kena tembak juga akhirnya. Hampeh! dan ini adalah gajet-gajet untuk bermain paintball.


Mask

Marker


...dan lastly gambarku berposing di hadapan War Zone...


Thanks to Noni untuk semua gambar di atas. ada photographer sebenarnya hari tu tapi gambarnya belum dapat. Anything check kat Facebook saya ye? tapi, akhir skali ada satu gambar yang nak disharekan. iaitu gambar aku dan Noni. dalam gambar ni nampak sangat Noni kecik saaaangaaaat daripada aku. Nampak sangat aku dah gemuk yang melampaui batas. Apa nak jadi ni Aimi oi?




So, kesimpulannya aktiviti yang sangat menarik dan menyihatkan. Alangkah bagusnya jika dapat main ngan geng-geng sendiri pulak lepas ni. :P



by,
Aimi A.Z yang nak main paintball lagi nanti...

Sunday, January 03, 2010

Man & Min: Nikah & Sanding

Majlis bermula di hari pertama dalam tahun 2010. Man & Min disatukan dalam satu majlis yang sederhana tetapi sangat meriah, dimeriahkan oleh kami yang memang meriah. *wink* Kita mulakan dengan majlis pernikahan dan diikuti oleh majlis resepsi.

Untuk pernikahan, warna putih menjadi tema sang pengantin. Where as bagi kami sang family pula haruslah memakai baju base putih (untuk perempuan) dan juga baju cream (untuk lelaki). Oleh kerana bajet masing-masing yang tak berapa nak cukup, maka semua orang pun pakai jelah baju ikt suka. :P Tapi kebanyakan orang memang mengikut tema yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Syabas! (ayat tak boleh blah!)

Nilah gambar-gambar di hari pernikahan Man & Min yang aku rasa macam nak share. Dimulakan dengan gambar sang pengantin.

Eh, silap. Ni gambar pengantin lapuk.

Ha, ni baru gambar pengantin yang sebenar.

..dan kami sefamily bersama sang pengantin...


Untuk hari resepsi pula, sang pengantin memilih tema turqoise. dan kami pihak keluarga perempuan diminta memakai rona kelabu sepaya tidak mengover shadow sang pengantin dan segala kerusi meja yang berwarna turqoise. Macam masa pernikan masing-masing dengan bajet masing-masing maka warna adalah caca marba. Tapi, tak kisahlah, janji kami happy. Dimulakan dengan gambar ketibaan rombongan pengantin lelaki.

Ketibaan rombongan pengantin lelaki

Kami sefamily lagi. Kebanyakannya memilih warna hitam. tapi tengok warna kelabu di tudung aku, sungguh mengikut tema.

Wedding Planner bersama sang pengantin
(Encik Wedding Planner masih bujang, siapa berminat boleh hantarkan resume)

Turn kakakku pula selepas ni, tapi siapakah gerangan si abang ipar?


Promote jap! Kalau ada sesiapa nak diperkenalkan kat kakak aku, bolehlah dibuat menerusi aku. Umur 27 tahun, bekerja sebagai IT executive dan of course single & available. Syarat mak aku senang je; mestilah sembahyang 5 waktu & huggable (maksudnya taklah sama baya ngan mak aku sampai dia nak peluk pun tak teringin). Senang je kan? So, anything inform aku. :P (matilah aku kene marah ngan KakLala. Haha! Sori, sis!)


So, kepada sang pengantin;

Congratulation!

Semoga berbahagia ke anak cucu.



by,
Aimi A.Z yang menaip blog di saat-saat semua orang sedang sibuk melayan mimpi dan keletihan akibat hari yang sangat panjang semalam...

Friday, January 01, 2010

1st day in 2010

Hari aku di tahun 2010 ni dimulakan dengan aktiviti lasak iaitu;

Paintball


dan of course kenduri kahwin....


Puan cousin & suami...


...sangat busy untuk mengupdate, sebab hari ni majlis resepsi pulak. So, segala story-mory dan gambar-gambar akan diupdate bila ada kesempatan. Janji!


oh, btw Happy New Year!


by,
Aimi A.Z yang susah gila nak dapat peluang guna laptop sekarang sebab semua orang pun nak guna laptop. Idea-idea yang bernas untuk menulis kadang-kadang terbiar begitu je. So, ada orang nak sponsor laptop? :P
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin