Sunday, February 28, 2010

Berpicnic di Sungai Congkak

Muaahhhh......

Six of us...

Hari Sabtu. Hari untuk keluarga. Maka, kami pun pergi ke Sungai Congkak untuk menghabiskan masa bersama. Lagipun, dah sampainya kami bergembira setelah 4 daripada kami dimasukkan ke dalam hospital akibat demam denggi. It's time to have fun! Agak skema intro aku, kan?

So, Sungai Congkak dipilih sebab senang. Barang banyak nak kene bawak, i.e tempat BBQ, bekas air, loads of food, etc, etc so malas nak jalan jauh, jauh. Nak tempat yang boleh parking kereta and then terus terjun sungai. So, pilihan terbaek adalah Sungai Congkak. Sungai Congkak pun sungai Congkak la, yang penting bukan tempat tapi yang penting adalah kami berlapan bergembira bersama. Wah, keluarga bahagia lah sangat!

Aktiviti selain berpossing dan bermandi manda adalah;


Ber"dating"

Bersantai

Ber"judi"

Makan semestinya

...dan bergembira!


So, itulah aktiviti kami di hari Sabtu. dan akhirnya aku ada jugak aktiviti menarik untuk berkongsi kat blog. Kalau tak sampai berhabuk dah blog ni. Ish3x...


by,
Aimi A.Z yang tak sabar nak tunggu lepas ni ke mana pulak aktiviti bersama...

Sunday, February 21, 2010

Hasil daripada 9 hari bercuti

  1. Berulang-alik ke hospital melawat Kak Lala dan Aizat yang masuk hospital akibat demam denggi.

  2. Dapat melapangkan fikiran dan dapat berehat daripada menjadi seorang engineer.

  3. Kembali menjadi student sepenuh masa yang bermalas-malasan membuat thesis di rumah.

  4. Shopping, shopping dan shopping menghasilkan 7 helai baju, 2 helai tudung, sehelai jeans dan sebotol air minuman.

  5. Menyaksikan filem Valentine yang kurang menggembirakan hati dan naluri aku.

  6. Menghadiahkan diri sendiri pasport untuk ke luar negara.

  7. Mencuba resipi Oreo Cheesecake yang sudah lama ingin dicuba.

  8. Gaining a few kilos akibat sudah lama tidak berwork-out!

  9. ...and I'm totally broke!

by,
Aimi A.Z yang sangat malas memikirkan akan kembali menjadi engineer esok hari...

Friday, February 19, 2010

Oreo Cheesecake

Setelah sekian lama tak mengupdate resipi di blog ni, hari ni aku nak kasi resipi yang sangat best iaitu; Oreo Cheesecake a.k.a Cookies & Cream Cheesecake. dan ini adalah original resipi oleh Kraft ® Philadelphia. Tagline untuk kek ini adalah;

One part creamy, one part crunchy and
DELIGHTFUL ALL OVER.

So, enjoy!

Gambar dari Secret Recipe
(aku dah tangkap gambar, tapi handphone gila plak, terpaksa letak gambar Secret Recipe)



INGREDIENTS
350g OREO ® Cookies
80g Butter, melted
375g block PHILADELPHIA ® Cream Cheese, cubed and softened
1/2 cup caster sugar
1 tsp. Vanilla essence
1 cup thickened cream
3 tsp. powdered gelatine, dissolved in 1/4 cup boiling water
200g TOBLERONE white chocolate, melted, cooled

PREPARATION
PLACE 250g of OREO ® cookies into food processor. Process into fine crumbs. Add butter and process to combine. Press mixture into an 18cm - 28cm lamington tin lined with cling wrap. Refrigerate for 30mins.
BEAT the PHILADELPHIA ® cream cheese, sugar, and vanilla until smooth. Then beat in the cream. Stir through gelatine mixture and TOBLERONE white chocolate.
CHOP remaining cookies, stir through remaining PHILADELPIA ® mixture and pour over the OREO ® base. Cover and refrigerate until set. Cut into slices/squares to serve.

Selamat Mencuba!


by,
Aimi A.Z yang berjaya buat dengan jayanya kali ni sebab dapat resipi yang sebenar...

Tuesday, February 16, 2010

Lemahnya Iman...

Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.

Ya, memang aku menegah perbuatan terkutuk tu dengan hati aku. Tapi, cukup ke setiap kali sesuatu berlaku, aku hanya menegah dengan hati? Cukup ke aku membuktikan dengan diri sendiri bahawa aku mempunyai selemah-lemah iman? Boleh ke hati aku ni menegah dan sekaligus menghalang perbuatan itu daripada berlaku lagi?

Kalau sesuatu yang berlaku tu melibatkan orang-orang yang tak dikenali, mungkin hanya hati yang dapat menegah. Tapi, macam mana kalau perbuatan terkutuk tu berlaku di kalangan mereka yang rapat dengan aku? Adik Beradik? Sanak Saudara? Mahupun kawan-kawan rapat? Hati menegah tak cukup untuk memberhentikan perbuatan terkutuk tu. Something has to be done. dan aku perlu memikirkan kaedah terbaik untuk menegah sesuatu itu dari berlaku or else perkara terkutuk itu tetap akan berulang dan berulang sehinggalah? Mungkin sehingga Allah menurunkan bala. Nauzubillah.... Tak sanggup aku nak membayangkan apa-apa perkara akan berlaku kat orang sekeliling aku. Jadi, aku harus melakukan sesuatu!

Kenapalah hal-hal macam ni suka jadi kat aku di saat-saat aku takde masa nak pikir semua benda-benda ni. Wahai sesiapa yang ada penyelesaian, tolonglah aku yang sangat bermasalah ni. Cuma jangan tanya aku apa yang sebenarnya terjadi sebab aku tak sanggup nak buka pekung sendiri. Cukuplah aku seorang je tau benda yang tak patut aku tau yang tiba-tiba aku mempunyai bebanan yang amat berat yang terpaksa kupikul. Ish3x...


by,
Aimi A.Z yang bingung dan bengong...

Saturday, February 13, 2010

Memang la bagus ikut jejak langkah mak bapak...

...tapi tak payah la hal-hal macam ni pun nak ikut jejak langkah. Ish3x...

Alkisahnya, minggu lepas, mak bapak aku dimasukkan ke dalam hospital akibat denggi. Tup, tup semalam, kakak aku dengan adik aku pulak kena masuk hospital akibat denggi. So, what to do?

Empat orang daripada lapan orang dah kena. So, tinggal lagi empat orang. Dua orang dah demam, tinggal lagi dua orang yang sihat walafiat setakat ni. Haih, pening pulak dengan calculation aku ni. Aku nak buat checklist lah;

  • Abah Denggi!

  • Umi Denggi!

  • Kak Lala Denggi!

  • Aku Sihat!

  • Nie Demam!

  • Yan Sihat!

  • Aizat Denggi!

  • Wawa Demam!
Nie dengan Wawa tu dah sihat daripada demam. So, sekarang tinggal aku dengan Yan yang masih sihat. dan harap-harap kami akan terus sihat. Tak payahlah semua pun nak ikut jejak langkah, kan? Kena jalankan upacara besar-besaran untuk memerangi denggi. Jahat betul denggi ni.


Nota Kaki Kepada mereka di luar sana, jom join aku minum 3 liter air setiap hari. Jangan biarkan denggi bermaharajalela.



by,
Aimi A.Z yang paksa semua orang kat rumah ni minum air kosong banyak-banyak...

Thursday, February 11, 2010

Pesanan Seorang Bos dan Perasaan Seorang Pekerja

"Aimi, you jangan malas. You belajar rajin-rajin. Belajar modelling bagus-bagus dengan Ah Hui. Ah Hui punya modelling is the best! You pergi mana pun you tak dapat ilmu macam tu. Jangan selalu buat salah. Ok?"


Terngiang-ngiang kata-kata bos tu kat telinga sampai sekarang ni. Mungkin sebab apa yang dia cakap tu kena sebiji-sebiji kat aku. Ye, aku tau aku ni malas. Ikut mood. Ada masa-masanya aku rajin sampai tamau bercakap-cakap dengan Cik Fieza. Ada masa-masanya aku ni sangat malas nak buat kerja, mungkin bergantung pada projek yang aku tengah buat. Kalau projek best, aku rajin la kalau tak aku memang malas. and mungkin bos memang nampak kemalasan yang melanda aku tu. Tapi, mungkin jugak dia cakap secara general tapi sebab aku dah memang malas so aku terasa lah. Hahahaha....

Ah Hui pulak adah senior engineer aku kat office ni. dan memang salah satu sebab yang aku tak cari-cari kerja lain adalah sebab Ah Hui. Bukan sebab apa, sebab memang banyak yang aku boleh belajar dari dia. Memang dia terer sangat, senang je nak detect salah aku. Walau sebodoh mana pun salah aku. dan memang seperti kata bos aku memang selalu buat salah. Kasi nama drawing pun aku boleh salah. Camner la aku ni boleh careless sangat ni, ish. Tapi, memang itulah aku. dan aku tak insaf-insaf sebab adanya orang macam Ah Hui yang selalu sangat back up aku bila aku mess up. So, bila aku nak berdiri atas kaki sendiri?

Pesanan bos tu adalah kata-kata sebelum beliau menyerahkan Angpow kepada aku. Tahun ni Angpow kurang daripada tahun lepas, with no increment. Diulangi, no increment! Tapi bos tetap kasi aku harapan dengan berjanji yang dia akan kasi increment bila ada projek nanti, sebab sekarang ni memang tengah takde projek. Tu sebab Angpow menurun dan takde increment. Tapi, tak tau lah sejauh mana kebenaran kata-kata bos tu tapi aku tetap menaruh harapan...~

Memang sebelum ni aku ada cakap, "Aku tunggu bonus je, kalau takde bonus pun janji ada increment aku stay la kat company ni. Kalau tak aku nak kasi resign letter." Tapi, bila dah dapat bonus yang berkurangan dari tahun lepas dan tiada increment aku tak rasa pun nak hantar surat resign.

Kenapa?

  • Mungkin sebab aku nak kasi peluang kat bos cari projek dulu.

  • Mungkin jugak aku kesian kat bos sebab dia tengah susah, then aku pulak taknak susah bersama-sama. Bodoh ke aku ha?

  • Mungkin jugak aku takut nak berdikari bila bekerja di office baru yang takde senior.

  • Mungkin jugak sebab aku belum habis belajar semua ilmu dengan Ah Hui.

  • ataupun mungkin jugak sebab aku terlalu sayangkan company ni sampai tak sanggup nak cari company lain.

Wahai korang semua. Tolonglah aku. Betul ke keputusan aku untuk memilih untuk stay kat company ni?

  • Macam mana dengan kehidupan seharian aku yang perlukan gaji yang lebih tinggi?

  • Macam mana dengan poket aku yang dahagakan duit-duit yang lebih tebal?

  • Macam mana pulak harapan aku nak memiliki harta yang banyak di usia muda?

  • Macam mana pulak dengan kawan-kawan aku yang nak ajak aku pergi vacation sana sini dan berjoli kat sana sini?

  • Macam mana pulak dengan diri sendiri yang teringin nak berbelanja apa saja tanpa pening kepala memikirkan hutang yang berlambak?

  • Macam mana pulak dengan hutang PTPTN yang semakin lama semakin tinggi bunganya?

  • Macam mana pulak dengan harapan umi dengan abah untuk aku membantu meringankan beban mereka dengan menguruskan kewangan rumah?

Nampak sangat aku takde masalah dengan company ni selain daripada sebab gaji. So, what to do?


by,
Aimi A.Z yang tak tau la apa nak buat.To stay or to find another job...

Tuesday, February 09, 2010

Hari Penuh Pengharapan...

Hari ni, aku datang office dengan harapan akan dapat bonus... Nampak sinar-sinar harapan adanya bonus untuk hari ni. Office boy pun dah pergi ke bank dengan membawa backpack yang agak besar, agaknya sebab nak taruk duit bonus yang baanyaaak tu. Dah penat meneka-neka berapalah agaknya bonus yang akan dapat. Siap terfikir-fikir ada ke increment untuk tahun ke-3 aku di company ni. Mulalah berangan dan bermain-main dengan fikiran.


Pukul 5

"Sudah pukul 5. Tapi, jangan risau. Selagi belum pukul 6 jangan putus harapan" kata salah seorang colleagueku.


Pukul 5.30

"Takde pun bos panggil nak kasi bonus" detik hatiku.


Pukul 6

Bos turun bawah dah terus balik ke rumahnya tanpa perasaan bersalah.



Kuciwa~



by,
Aimi A.Z yang mengadu kat Jawa Rangers untuk mengubat rasa keciwa...

Saturday, February 06, 2010

Gambar Besar, Gambar Lagi Besar

Sangat gembira bila dapat tau rahsia membesarkan gambar. Thanks to Nas sebab kasi aku ilmu baru hari ni dan sebab memberitahu rahsia membesarkan gambar kepada semua orang. Yelah, berkongsi ilmu tu kan bagus. :P So, kalau korang nak tau rahsianya, pergi kat entri Nas ataupun terus pergi ke source asalnya. Selamat mencuba!

Gambar Besar


Gambar Lagi Besar


by,
Aimi A.Z yang sangat suka bila semua gambar dah jadi besar. Senang sikit nak tengok!

Wednesday, February 03, 2010

Kisah 5: Opah di Ipoh

(Kisah ini adalah kisah terakhir untuk kisah kepulangan Aimi ke Ipoh)

Bukanlah banyak sangat kisah yang nak diceritakan, tapi saje je aku nak mengasing-asingkan blog post aku supaya entri nampak banyak. Walaupun isinya apa je. Oklah kan, lagipon, aku cuba untuk tak menghabiskan begitu banyak masa untuk berblogging memandangkan aku masih lagi seorang student yang sah! So, ini adalah kisah aku yang terakhir di Ipoh bersama Opah, untuk kali ini.

Gambar-gambar ni kitorang ambil sebelum kepulangan ke rumah di Putrajaya. Yang tidak dikenali di dalam gambar tu adalah Opah Saudaraku, Pah Asiah yang merupakan adik kepada Opah. Pah Asiah ni yang saaaangaaaat sibuk nak tau BMI aku lah, berat aku lah memandangkan dia seorang nurse! Dia jugak yang selalu kecoh aku ni makin lama makin besar walaupun sebenarnya dia yang tak besar-besar. Hahahaha....



Opah seronok sangat dok Ipoh sampai tamau disebut-sebut nak pergi check up kat KL. Opah, opah. Biar je lah asal Opah bahagia...

So, tu jelah kisah yang tak berapa nak best daripada aku. Semoga bertemu di lain masa. Adios...


by,
Aimi A.Z yang nak tido sangat-sangat sekarang ni...

Tuesday, February 02, 2010

Kisah 4: 24 jam bersama Wawa?

(Kisah ini adalah salah satu daripada kisah kepulangan Aimi ke Ipoh)

Tengok tajuk macam dah seram je. "Apasal pulak nak kene 24 jam bersama Wawa?" Tamau aku. Hahahaha.... Dekat Ipoh, ada satu kedai seakan-akan Seven Eleven, bernama WAWA. Apa jenis orang la yang akan menamakan kedainya Wawa? Mesti orang yang bernama Wawa jugak. Hahahahaha... So dah asyik berulang alik kat depan kedai tu, tak best pulak rasanya tak suruh Wawa berpossing kat depan kedai dia sendiri. So, inilah hasilnya;

Agak berjaya aku buat muka "Tamau" tu walaupun banyak mata yang tengah memandang

Wawa bersama 'kedai'nya


Eleh, kunon cam tamau, tapi tayang gak gigi kau tuh. Menyampah aku. :P


by,
Aimi A.Z yang ada lagi satu kisah yang mau dikisahkan...

Kisah 3: Ipoh oh Ipoh!

(Kisah ini adalah salah satu daripada kisah kepulangan Aimi ke Ipoh)

Setelah selesai wedding di Town Hall, Ipoh, kami pun melintas jalan untuk melawat-lawat kawasan Stesen Keretapi. Bila bergambar dan bergambar, baru aku perasan tentang perasaan aku berada di Ipoh yang telah lama dilupakan. Perasaan yang aku rasa bila berada di Putrajaya. Perasaan seperti di kampung halaman. Wahh! Mesti ramai yang nak menabur komen. Silalah komen tentang saya yang tak mengenang budi ni. Yang tak mengenang Ipoh sebagai kampung halaman sebaliknya mengaku Putrajaya sebagai tanah air. Ish3x...Apa nak jadi ni Aimi oi.


Tapi kan, bila tangkap-tangkap gambar ni rasa macam kat Putrajaya gak, macam kat depan Palace of Justice. Boleh tak? :0


by,
Aimi A.Z yang yakin orang Ipoh tak ramai yang ada gambar depan Town Hall dengan Stesen Keretapi macam aku ni...

Monday, February 01, 2010

Kisah 2: Wedding Syikin & Sazli

(Kisah ini adalah salah satu daripada kisah kepulangan Aimi ke Ipoh)

Antara aktiviti utama ke Ipoh juga adalah untuk menghadiri majlis resepsi kawan aku, Syikin. Syikin ni kawan aku di sekolah rendah, SK Sg. Rokam. Masa kat sekolah dulu kitorang panggil dia Syikin 'N'. Sebab ada 3 orang Syikin dalam kelas kitorang, so ada Syikin 'N', Syikin 'R' dan Syikin 'B'. Semua huruf mewakili nama bapak masing-masing. Macam lawak la pulak, tapi better la daripada kitorang start memanggil diorang dengan nama gelaran yang bukan-bukan. :P Ha, lagi satu benda yang aku nak share ialah; Syikin ni anak yatim piatu. Bapak dia dah meninggal dari kecil and mak dia meninggal akibat barah payudara kalau tak silap.


So, majlisnya berlangsung di Town Hall, berhadapan dengan Stesen Keretapi Ipoh. tempat yang agak menarik untuk dibuat majlis kahwin. Suka gila dengan decor majlis kahwin dia. Serius! Sangat cantik. Tema hitam putih diserikan dengan bunga-bunga warna purple sama dengan baju kedua pengantin. Tapi, serius suka gila! Tak caya tengok gambar;



Syikin bersama suami

Pelamin yang sangat menepati citarasa aku

Aku pun nak kerusi macam ni

Meja beradap

Tapi, bila ada benda best, mesti ada benda tak best, kan? Yang tak bestnya ialah katerer. Tapi, nak buat macam mana. Takan semua nak perfect kan? Ha, lagi satu tak best sebab tak dapat tangkap gambar dengan pengantin, sebab pengantin belum sampai masa untuk beramah mesra dengan tetamu dan aku pun dah nak balik. So, kepada Si Pengantin, aku sertakan bukti aku datang majlis ko;

Aku berbackgroundkan pengantin


Tapi, tak jumpa siapa pun kecuali Encik Rino. Buhsan~


by,
Aimi A.Z yang mengharap untuk jumpa kawan-kawan sekolah rendah yang lain...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin