Monday, March 29, 2010

I Wanna Be a Project Alpha TV Star!

Saya mau! Saya mau! Saya mau jadi bintang Project Alpha. Ish3x. Ada apalah dengan Project Alpha yang kau kecoh sangat Aimi oi? Reason aku senang je. Aku nak jadi Proect Alpha TV Star kerana saya gila glamour! Wah3x. Pengakuan ikhlas dari aku ni. Takdelah, aku ni dari dulu memang bercita-cita nak menjadi blogger yang tegar. Tegar tu apa aku pun tak tau. Hahahahaha... Yang aku tau aku mahu menjadi blogger yang famous di seluruh pelusuk duni,a seperti Red Mummy, Kenny Sia, Ninie Ahmad and also Budiey. and I realize bahawa mereka itu pernah menyertai Project Alpha. and then I realize to become famous, I must become one of the star.

Jadi, kepada mereka yang mau menjadi gila glamour macam aku, anda boleh pergi ke http://projectalpha.com.my/auditions/ atau terus ke http://projectalphagroup.ruumz.com/Groups/ untuk keterangan lanjut. Kena buat video yang menarik dan tertarik menyatakan sebab kenapa you should be on Project Alpha! Tapi, macam contest yang lain mestilah kena jadi secreative mungkin untuk melayakkan diri anda menang contest tu.

Owh, lepas submit entri semua kena panggil semua orang kampung, tok, nenek, sepupu sepapat, boyfriend, x-boyfriend, girlfiend, kawan-kawan adik, jiran sebelah rumah semua "Like" kita punya video. Plus leh dapat percutian pergi Kuching kalau menang 1st prize. Bestnya, bestnya!

So, apa lagi kawan-kawan? Jomlah kita kejar glamour!




by,
Aimi A.Z yang hanya nak cakap"Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups"

Sunday, March 28, 2010

It's their W-day...

Wedding diorang ni dah disebut-sebut sejak dari diploma lagi. Sejak mula-mula sebelum diorang couple lagi. Semua membayangkan betapa meriahnya majlis yang bakal berlangsung ni. Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu sampai jugak pada 20 Mac yang lepas setelah lebih setahun mengikat tali pertunangan.

Bermulanya rombongan orang kampung seramai tujuh orang dari Kuala Lumpur. dan seorang orang kampung dari Johor yang tiba pada Subuh Sabtu. Eh, seorang orang kampung tiba bersama suami terus di kenduri. dan seorang lagi orang kampung... Banyaknyelah orang kampung. *wink*

Sesampainya di kenduri pada pukul 11 pagi, dengan ketiadaan pengantin. Pengantin rupanya dah pergi ke kedai untuk bermake-up. So, terpaksalah kitorang melayan perut yang sebenarnya memang sangat kenyang, tapi tak tahan tengok makan yang nampak sedap sangat tu. Biasa lah keadaan macam ni, kan? Inilah antara gambar-gambar menarik di sekitar W-day mereka itu;

Zuhaida & Farid: College Sweetheart


Makan beradap


Aktiviti meng"conquer" pelamin

...dan banyak lagilah gambar. Selain dari kamera aku, ada lagi gambar dari kamera Wardah dan Kd. Kalau korang rasa kamera aku lambat uploadnya, kamera diorang lagilah. Entah bila nak upload. Tu ayat hint suruh upload cepat-cepat! Kalau nak tengok gambar silalah ke Facebook saya ye? :P

Itu jelah kisah kami di Ipoh. Maaflah sebab lambat mengupdate. Agak busy bercuti. :P Oh, ada satu gambar lagi yang nak dikongsi. On the way balik dari Ipoh kami singgah di Lata Kijang. Sangat menarik tempatnya, airnya, environmentnya, semualah. Rasa nak pergi lagi. Nantilah suatu hari nanti akan ku sampai lagi ke sana.

Uish, apakah benda merah itu? :P


So, itu jelah kisah kami di Ipoh. Semalam patutnya kami ke Melaka untuk persandingan sebelah lelaki tapi disebabkan banyak perkara yang menghalang, kami tak sampai ke Melaka. Sorrylah Farid, kitorang bukan taknak datang, cuma tak berkesempatan. Nanti kita jumpa di lain masa ye Zue & Farid. Mungkin masa kelahiran anak sulung korang! Hehe....


by,
Aimi A.Z yang tak sabar nak tengok lepas ni giliran siapa pulak...

I'm Single!

Memang lah korang semua tau aku single kan, tapi aku saje je mewarwarkan lagi. Manalah tau, boleh mencari jodoh di blog sendiri plak! Muahahahahahaha....

Takdelah. Bukan aku nak cari jodoh la. Saje je aku nak wat gimik. Actually, "I'm Single" tu adalah design terbaru aku untuk Little Roses. Dah namanya pun Aimi A.Z, suka sangat dengan benda yang dicipta sendiri. Memang aku yang design and kasi nama, tapi aku suka gila sebab macam cute sangaaattttttt!! Ish3x... Aimi A.Z ni, bila lah nak berubah.

Cute kan kawan-kawan?


Tu je aku nak share. Bukan nak kecoh bagitau aku single pun. Wek!!


by,
Aimi A.Z yang memang macam ni pun perangainya dari dulu...

Friday, March 26, 2010

Bandung Day 2: Dragon Ball ada 7 biji kesemuanya

Hari kedua. Awal-awal pagi dah memulakan langkah. Tak membazirkan sedikit masa pun. Oleh kerana segala shopping complex belum dibuka, maka kami pun memutuskan untuk ke Tangkuban Perahu terlebih dahulu. FYI, Tangkuban Perahu ni adalah salah satu gunung berapi yang masih aktif di Indonesia. Di sini selain pemandangannya yang menarik, kita berpeluang untuk menikmati sendiri khasiat sulfur yang terhasil dari gunung berapi tu. Katanya banyak khasiat antaranya mengelokkan kulit, mempercepatkan pertumbuhan sel-sel baru dan macam-macam lagi la. Tapi, kalau nak ke kawasan sulfur tu kena berjungle trekking sejauh 1.2 km and guess what? Kitorang berempat pun berjunggle trekking walaupun bukan itu tujuan asalnya. Layankan ajelah... Tapi, serius pancit! Tapi, pemandangan memang superb!


Berlatar belakangkang gunung berapi yang masih aktif

Ada peristiwa yang tak dapat dilupakan terjadi semasa di Tangkuban Perahu. Satu experience yang sangat-sangat "mahal" yang tak dapat aku, Kaklala, dan adik-adikku lupakan. Apakah cerita itu? Nanti aku cerita masa aku kasi Tips ke Bandung. Wah2... baca tak ayat tu? Aimi nak kasi tips ke Bandung. :P Tapi, tunggu aku cerita sampai hari balik dulu baru aku kasi tips. Tunggu...

Dengan berpeluh-peluh tu kitorang meneruskan perjalanan ke Jalan Setiabudi. Di sinilah letaknya the famous; Rumah Mode. Ni pun factory outlet jugak. Tapi factory outlet yang sangat besar and lagi banyak jenama. Ada Ralph Lauren, Levi's, Gucci dan semualah. Apa je yang korang nak semua ada. Selain shopping, tangkap gambar pun best. Tu sebab kitorang ada gambar kat sini. Jangan jeles!

Di hadapan Rumah Mode

Selepas Rumah Mode, kitorang menjelajah mengikut kaki pergi ke setiap factory outlet di Jalan Setiabudi. Dah penat, kitorang naik kereta Avanza yang disewa untuk ke Cihampelas. Kat Cihampelas ni letaknya kedai Superhero (yang Yan nak sangat-sangat pergi). Kat sini macam-macam T-Shirt kartun ada. Dari Doraemon sampailah ke Astro Boy. Macam-macamlah. You name it. dan sempat jugaklah aku tangkap gambar dengan "Goku" kat depan kedai. *ngehngeh* Saya gumbira!


"Gokuuuu", kata Aimi dengan penuh semangat!

Pasar Baru. Our next pit stop. Kat sinilah terjualnya segala baju berkerawang, telekung, kain ela dan macam-macam lagilah. Bayangkan Pasar Baru ni macam Jalan TAR except for Pasar Baru ni adalah sebuah bangunan. Di sinilah segala skill tawar menawar anda diperlukan dan di sinilah aku macam nak gila tengok semua baju berkerawang yang cantik. Ada telekung yang sangat lawa tapi sangat mahal tak mampu nak beli dan kat sinilah jugak ada baju yang aku suka giler tapi terpaksa lepaskan kerana sebab yang biasa. :( Tapi takpe, banyak pilihan lain, kan? Yang penting, kain untuk baju raya dah ada. Yay!

Oh, dekat Pasar Baru takde tempat menarik untuk ditangkap gambar, dan keghairahan nak membeli tinggi sangat, jadi tak terfikir langsung nak menangkap gambar. So, tak adalah gambar. Tapi sampai Pasar Baru pun dah pukul berapa, then tak sempat nak membeli semua barang so pembelian di Pasar Baru bersambung keesokan harinya.

Malam hari kami decide nak try masakan Padang pula setelah tengaharinya melayan McD. Eh, lupa pulak nak bagitau, McD kat Bandung menunya agak berbeda dan rasanya sedikit berbeda. Ayam goreng di Bandung sangat sedap dan dia ada air yang sedap yang takde di Malaysia. Nyum nyum~ Berbalik kepada masakan Padang, cara makannya adalah; Pelbagai jenis lauk akan dihidangkan di atas meja anda. Kalau anda makan dari piring tu, akan dikira, kalau lauk tu tak berusik, tak payah la bayar. Kira ko makan jelah apa yang ko nak, kalau taknak, sudah! Yan kata masakan Padang lagi sedap dari masakan Sunda. Ikutlah selera korang sendiri.



Setelah makan dengan kenyangnya, kami pun balik ke hotel dan tidur. Aku tidur seawal pukul 8 malam. Ish3x... Penat sangat ke Cik Aimi? So, itulah cerita di hari ke-2. Akan bersambung di hari ke-3. Dah bosan ke? Hahahahahahaha...


by,
Aimi A.Z yang tak bosan lagi bercerita...

Thursday, March 25, 2010

Bandung Day 1: Malaysia Tanah Tumpahku

Hari pertama. Sangat teruja memandangkan kali pertama ingin menjejakkan kaki di tempat orang. Selalu bercuti di tanah tumpah negaraku sahaja, setelah 25 tahun barulah nak merasa pergi ke tanah orang. Kesian, kan? Tapi takpe, akhirnya terconteng juga halaman pertama pasportku. Yay! Satu pencapaian untuk seumur hidup.


Terima kasih kepada Air Asia untuk pencapaian itu


Bertolak dari Malaysia dalam pukul 3 petang waktu Malaysia dan sampai dalam pukul 5 petang. Waktu di Bandung awal sejam daripada waktu di Malaysia, makanya bila sampai di Bandung jam baru menujukkan jam 4 petang. So, masih ada masa nak shopping. Tanpa membuang masa tu... :P Eh, tapi sebelum tu semestinya: MAKAN. Makan itu wajib! Shopping itu sunat yang dituntut. Ajaran manalah tu, kan? *ngehngeh*


Riung Sari at Jalan Riau


Malam pertama ni kami pilih untuk makan makanan Sunda. FYI, makanan yang famous di Bandung ni adalah makanan Sunda dan makanan Padang. So, hari ni kita makan makanan Sunda. Caranya; pilih je makanan yang korang nak dari menu. Kalau taktau macam mana gayanya tanya jelah waiter. Apa susah. Hehehehe... So, antara menu pilihan adalah Sup Bontot Sapi. Kaklala dengar nama je dah tak lalu makan, nasib baiklah Si waitress tu menerangkan yang bontot yang dimaksudkan tu bukanlah "bontot" yang sebenar tapi adalah sup tulang. "O....." Terangguk-angguk Kaklala sambil menyatakan persetujuan untuk makan Sup Bontot Sapi. Kalau Sup "Bontot" betul-betul aku pun tak mau makan.

Setelah makan, kami memulakan aktiviti bershopping. Di Jalan Riau ada banyak giler factory outlet. FYI, factory outlet ni kedainya macam F.O.S dan juga Reject Shop. Kat Malaysia cuma ada dua tu je tapi kat Bandung kebanyakannya adalah Factory Outlet. Jual macam-macam jenama yang best antaranya; Espirit, FUCK FCUK, Zara, Hugo, Tommy Hilfiger dan banyak lagilah. Yang penting harganya memang affordable. Orang yang BUKAN kaki shopping macam aku pun dah bertukar kakinya. Heh!

The Secret Factory Outlet antara yang digilai ramai

Selain The Secret ada macam-macam lagi seperti; Heritage, The Summit, Branded Club, The Oasis dan Formen. Tapi, untuk hari pertama ni tak adalah shopping bagai sebab baru first day kan, rileks dulu! Nanti banyak lagi yang mendatang, harapnya. Takkan nak habiskan duit pada malam pertama walaupun kalau diikutkan hati memang nak sangat. Hahahahaha...

Setelah hampir pukul 9 (di mana kebanyakan kedai tutup pukul 9) kami pun kembali ke hotel. Oh, lupa nak bitau, kami menginap di Orange Homes. Orange Homes tu macam Banglo besar yang dikomersialkan menjadi tempat tinggal untuk pelancong. Agak ok, cuma tempatnya agak jauh dari town. Taklah jauh mana pun dalam 15 minit je. Aku cakap jauh sebab taklah turun-turun hotel je terus boleh shopping. Kalau itu memanglah sangat dekat. Duit pun lagilah cepat kehabisan. Ish3x... Yang jauh ni pun cepat habisnya, inikan pulak kalau dekat.

So, itulah ceritaku di hari pertama. Nanti ada banyak lagi cerita. Ni baru intro. Sekiranya anda sudah mula merasa bosan, jangan lah menjengah blog ini buat sementara waktu kerana sekarang ni aku akan bercerita pasal Bandung je sehinggalah aku kehabisan cerita. Eh, tapi cerita pasal Wedding Zue dengan Farid tak cerita lagi. Takpelah, nanti-nanti pun boleh kan, esok kan aku cuti lagi. Muehehehehehehe.... Sangat best!


by,
Aimi A.Z yang tak sabar nak bagi tips-tips sekiranya anda ke Bandung...

I'm home...

Saya sudah kembali ke Malaysia. Dengan cerita menarik dan tertarik yang tak sabar-sabar untuk dimuntahkan ke dalam blog. Dengan barang-barang yang banyak dibeli. Dan dengan poket yang kosong-sekosong-kosongnya daripada RM sehinggalah ke Rupiah. Kembali dengan kaki yang sengal-sengal akibat banyak berjalan tetapi dengan kepala yang sangat kosong sampai terlupa diri ini masih seorang engineer dan juga masih seorang student. Kembalinya juga aku dengan haircut yang baru yang enggak bisa dipertontonkan kepada khalayak. dan kembalinya aku ke sini, Malaysia tanah tumpah darahku yang tercinta untuk meneruskan hidup aku seperti biasa, dan semestinya kembali untuk...

..berblogging...


by,
Aimi A.Z yang mengharapkan semua bersabar menunggu cerita menarik-tertarik daripada aku ni...

Friday, March 19, 2010

Baru Perasan...

...yang esok Zue dah nak kahwin...

Bukan tak perasan, tapi entahlah. Baru tersedar kot rupa-rupanya esok adalah harinya roomate aku selama 5 tahun bakal berkahwin. Tetiba macam ada satu perasaan yang tak dapat nak digambarkan. Apakah perasaan itu? Aku pun tak tau. Tapi, itulah. Susah nak digambarkan dengan kata-kata mahupun dengan tulisan.

Ingat lagi. Sejak dulu lagi, sejak dari Diploma, Zue lah roomate aku. Bukan kitorang yang pilih untuk jadi roomate, tapi keadaan yang pilihkan kitorang. Nampak sangat jodoh kitorang kuat. Sampai ke degree tetap satu bilik sampailah habis degree. Tapi sekarang, Zue dah ada "roomate" baru... Mungkinkah aku dilupakan? Mestilah kan, mana nak bandingkan aku dengan "roomate" baru yang merupakan soulmate tu.

Apa-apa pun, kepada Zue; Gudluck esok. Malam ni malam last ko membujang. Aku doakan ko happy sampai ke anak cucu. Dah dapat soulmate nanti jangan lupa roomate yang paling ko sayang ni. dan kepada Encik Farid; Selamat Pengantin Baru! Walaupun aku tau ko mesti jaga Zue baik-baik, aku tetap nak pesan kat ko jaga Zue baik-baik. Kalau jadi apa-apa kat dia aku cari ko tau. Semoga korang happy sampai bila-bila and gudluck esok. :P



by,
Aimi A.Z yang teringat dulu-dulu tangan Zue yang sejuk dek air sembahyang tu la yang kejutkan aku Subuh tiap-tiap pagi selama lima tahun. Esok ko dah nak kahwin Zue? *Sob sob*

Wednesday, March 17, 2010

Biar Pecah di Perut...

Biasa dengar kan perumpamaan ni;

Biar pecah di perut, jangan pecah dimulut!

Rupa-rupanya tu lah rahsia "perut"ku. Akibat banyak sangat yang pecah di perut tu lah "perut" aku jadi macam ni tu. Ish3x. Jom salahkan orang yang cipta perumpamaan tu. dan definitely jom salahkan semua orang yang suruh aku simpan rahsia diorang.

Tengoklah "perut"ku yang tak terkawal tu. Ish3x...



by,
Aimi A.Z yang terfikir kalau sekarang aku pecahkan rahsia tu di mulut, agak-agaknya kempis balik tak perut aku? Hahahahahaha...

Monday, March 15, 2010

My Favourite Surfing Spot

My favourite surfing spot adalah di rumah.

Sebabnya?

Senang. Boleh mengadap laptop doplohpat jam. Tanpa jemu. Boleh buat segala macam aktiviti sambil surfing. Contoh-contoh aktiviti yang boleh dibuat dan kelebihan-kelebihan surfing di rumah;
  1. Boleh baring sambil surf internet
    Kalau korang pergi kat Starbucks ke Mamak ke korang boleh baring sambil surf? Takleh, kan?

  2. Tak payah nak pakai lawa-lawa semata-mata nak surf internet
  3. Lawa-lawa maksudnya berbaju Tee dan berkain batik Sejak bila pulak lah Aimi ni pakai kain batik? atau yang seumpama dengannya. Lagipun, tak perlulah nak pakai tudung bagai kalau nak surf kat rumah. Kang orang kata tebiat pulak.

  4. Boleh tengok TV sambil melayari internet
  5. Sangat best! Multi tasking. dan of course tak tertinggal cerita-cerita menarik kat TV.

  6. Dapat mengelakkan bebalan yang panjang akibat asyik keluar rumah
  7. Yelah, takdelah aku sikit-sikit nak pergi keluar sebab nak surfing internet. Sejuk perut mak aku tengok aku selalu ada kat rumah. Kan umi, kan?

    ...dan last but not least...

  8. Internet di rumah sangat best!
    Sebab laju dan sangat praktikal. Boleh surf di seluruh pelosok rumah. Termasuk di dalam toilet. Tapi, jangan risau, aku tak pernah try lagi.

Tapi kan, alangkah bagusnya jika segala kelebihan tu aku dapat applykan di tempat lain. Let say, masa balik kampung or pergi vacation. Maybe kena switch to this one. Bolehlah apply semua yang dinyatakan di atas di tempat-tempat lain. Best, kan?

Macam cool je, kan?


So, apa lagi? Start la kira budget dari sekarang. Eh, tapi nanti aku tak boleh cakap aku punya favourite surfing spot adalah rumah la. Cuma boleh cakap my favourite broadband connection is P1Max. Muahahahaha....



by,
Aimi A.Z yang cuma nak cakap "Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS"...

Thursday, March 11, 2010

My Very First Nuffnang Cheque


Gembiranya rasa di hati bila mendapat cek dari Nuffnang. Terasa usaha gigih berblogging (gigih ke?) mendatangkan hasil. Walaupun tak lah banyak pun, tapi bolehlah dari takde, kan? Sape nak kasi duit free, oi... Aku start berjinak-jinak dengan Nuffnang on 22th July 2008, dah nak hampir 2 tahun dah semenjak dari hari tu jugak dalam 200++ entri yang telah ditulis. Kira average per entri aku dapatlah 50sen (ataupun kurang). Hahahahaha. Takpe2, bukan senang nak menjadi blogger yang berjaya. Tambah-tambah lagi bila asyik berblogging pasal diri sendiri macam aku ni. Hehehe... Dapat 50sen per entri tu pun dah kira bersyukur.

Jadi kawan-kawan, mari kita teruskan usaha ikut jejak langkah mereka yang dapat RM1500++ sebulan dengan berblogging. Chaiyo3x.... dan kepada kawan-kawan yang lain, jangan lupa klik iklan-iklan yang ada tu ye? Dapat duit lagi bolehlah aku belanja teh ais. :P

Oh, dan terima kasihlah korang-korang sudi baca dan sekaligus menaikkan lagi trafik blog ini. Tanpa anda, siapalah saya.


by,
Aimi A.Z yang rasa semangat untuk berblogging bila berblogging nampak membuahkan hasil...

Saturday, March 06, 2010

Aktiviti Sihat di Pagi Hari

Tahukah anda?

Walaupun anda malas untuk bersenam di luar, anda mampu menyihatkan tubuh badan. Anda cuma perlukan Yoga Mat, Dumbbell dan CD. Oh, dan masa 20 minit. Senang, kan?



by,
Aimi A.Z yang takde kawan pagi ni nak bersenam di luar, so bersenamlah sorang-sorang kat dalam rumah...

Tuesday, March 02, 2010

I've decided!

Pagi tadi. Bangun-bangun tidur tadi aku seakan-akan mendapat petunjuk. Naluri aku berkata;

"Carilah kerja lain, wahai Aimi. Memang ilmu tu penting, tapi dalam hidup ni, banyak lagi benda yang penting. Ko kena memperbaiki hidup ko. Kalau setakat macam ni, kau takkan ke mana-mana. Mana nak beli rumah lagi, mana nak kahwin lagi, mana nak bercuti lagi"

So, aku decide aku akan mula mencari kerja mulai hari ni! Mulalah start berfikir nak cari kerja area mana, nak mintak gaji berapa dan macam-macam lagilah.


Tengahari tadi. Dapat sekeping surat. Tertulis; ....your salary has been increased.... Wah!! Rezeki datang di saat tak terduga. Memusnahkan segala perancangan yang difikirkan sepanjang pagi tadi. Memberikan satu harapan dan lembaran baru untuk bernafas di company ini buat kesekian tahunnya.


Kesimpulannya, manusia hanya mampu merancang. Kita tak tahu apa pula rancangan Allah untuk kita. So, terima dengan hati terbuka dan minda yang positif. InsyaAllah hidup akan diberkati.


by,
Aimi A.Z yang bertekad tak akan complaint pasal kerja dan gaji untuk beberapa bulan akan datang...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin