Friday, April 30, 2010

Bersediakah anda untuk berpoligami?

Betul, aku bukan orang yang paling tepat untuk membicarakan soal ini. Tapi, aku terpanggil untuk memblog mengenai isu ini bila; sekarang ni (yakni time aku menulis blog ini) mak aku tengah sibuk berbincang mengenai isu ini di dalam telefon. Dengan siapa tah aku pun tak tau. But, the point is adakah anda bersedia?

Ni gambar yang aku dapat bila meng"google" P.O.L.I.G.A.M.I


Bagi aku, poligami ni sesuatu isu yang berat. Kita takkan tau kita bersedia atau tak selagi kita tak ada dalam keadaan tu. Mungkin sekarang ni kita akan cakap, "Alah, aku tak kisah lah kalau laki aku nak kahwin lain pun, nak kahwin kahwin jelah." or mungkin jugak kita akan cakap "Berani lah laki aku tu kahwin lain. Kalau nak kahwin jugak, ceraikan aku". Tapi, bila sampai saat dan ketikanya adakah kita akan buat apa yang kita cakapkan? Terlalu banyak perkara yang hendak difikirkan, terlalu banyak pihak yang perlu diconsider tambah-tambah bila dah beranak pinak. Jadi, jangan difikir-fikirkan sangat. Semua yang sudah terjadi dan bakal terjadi dah tersurat, jadi terimalah apa yang terjadi dengan hati yang terbuka. InsyaAllah hidup akan diberkati. Amin.


by,
Aimi A.Z yang takut nak comment lebih-lebih takut terkena kat batang hidung sendiri...

Thursday, April 29, 2010

Wedding Planner?

Siapakah yang dipanggil wedding planner tu? Aku ke? Hm, buat kesekian kalinya aku telah dioffer untuk menjadi wedding planner tapi...


Jom aku cerita serba sedikit tentang perihal aku dan wedding planner. Actually, memang cita-cita terpendam aku (diulangi: terpendam) adalah untuk menjadi seorang Wedding Planner. Memang sejak zaman dekat UiTM dulu la aku dah mewarwarkan kepada semua kawan-kawan yang aku nak menjadi wedding planner. Siap ada yang dah booking aku siap-siap untuk jadi wedding planner diorang, tapi mungkinlah itu cuma cakap-cakap kosong je. But anyway, masa kawan-kawan sibuk nak kahwin diorang ada gak suruh aku jadi wedding planner, but maybe again! cuma cakap-cakap kosong or maybe jugak mereka hanya mau aku memberi plan/idea kepada wedding diorang. Tapi, all the thoughts "Aimi sebagai wedding planner" sangat membuat aku terharu. Thanks anyway kerana memberi aku kepercayaan yang diri aku sendiri pun tak boleh nak kasi. dan segala permintaan itu terpaksa aku tolak kerana ketidakpercayaan itu.


Hari ni...


Aku dioffer sekali lagi untuk menjadi wedding planner. Satu offer yang susah untuk aku tolak dan dalam masa yang sama susah untuk aku terima. Kali ini bukan untuk wedding kawan aku, tetapi wedding kawan kepada kawan aku. Deep inside memang aku nak sangat terima offer tu sekaligus mencabar diri aku melakukan sesuatu yang aku minat dan idam-idamkan selama ni. Tapi sebahagian diri aku pulak rasa sangat takut dan rasa tak mampu melaksanakan tanggungjawab yang diberi. Di samping kesuntukan masa dan ketiadaan experience. Experience mengendalikan event yang bukan wedding ada. Experience mengendalikan satu bahagian kecil untuk wedding ada. Tapi TAK ADA experience mengendalikan wedding secara keseluruhan. Bermula dari kosong. So, what to do?


Tapi, yang aku pelik tu kan macamana seseorang stranger boleh mempercayai stranger yang lain untuk menguruskan salah satu hari yang sangat bermakna dalam hidup dia walaupun mengetahui yang stranger itu tak pernah pun mengendalikan majlis sebesar itu. dan pelik juga macamana orang lain boleh percayakan aku lebih dari aku percayakan diri sendiri.


The thing is; aku tau aku boleh buat, tapi aku takut... Perhaps, sedikit kata-kata semangat untuk memberikan dorongan or kata-kata azimat yang boleh menyedarkan aku betapa "janganlah menjadi wedding crasher, Aimi oi", boleh memberikan aku jawapan, please?


by,
Aimi A.Z yang bingung...

Wednesday, April 28, 2010

Riang Ria di Perhentian Kecil

Pada hari Jumaat, bersamaan 23hb April yang lepas, kami tiga sekawan telah menjejakkan kaki di Pulau Perhentian Kecil. Sebenarnya, 5 orang yang terlibat, tetapi Noni dan Fiza telah menarik diri pada saat-saat akhir kerana hal yang tak dapat dielakkan. Jadi tinggallah kami bertiga untuk pergi bergumbira dan berpoya-poya di Pulau Perhentian Kecil.

Kami 3 orang


Kenapa Perhentian Kecil? Actually, Pulau Perhentian terbahagi kepada dua. Perhentian Besar dan Perhentian Kecil. Oleh keranan desas-desus mengatakan Perhentian Kecil lebih happening maka kami pun memilih untuk ke Perhentian Kecil. Lagipun desas-desus juga mengatakan bahawa Perhentian Kecil merupakan tempat untuk mencuci mata kerana ramai mat saleh akan ke sana berbanding Perhentian Besar dan terbukti desus-desas itu sangat betul. Best gila cuci mata. Dengan pemandangan yang cantik dan juga mat saleh yang hensem-hensem belaka. Pergh! Bersih dah mata aku kena cuci...


Contoh-contoh Pemandangan.
(Tapi yang ni tak hensem sangat!)


Kalau korang tak tau-tau lagi aktiviti apa yang boleh buat kat Perhentian, korang tengok jelah gambar ni. Malas pulak aku nak bagitau.

Swimming di dalam laut nan biru


Snorkeling dan berenang-renang bersama ikan


Cam biasa la, pergi pulau mestilah berenang, bersantai, bersnorkeling dan berdiving (kalau ada lesen). Then boleh gak memancing, mencandat sotong dan berkayak yang kitorang tak buat pun. Janji ada ongkosnya, semua beres. Ha, tapi ni ada satu aktiviti yang tak perlukan ongkos. Hanya memerlukan stamina yang tinggi sebab kena asyik memanjat platform untuk membuat lompatan yang perfect. Nasiblah ada photographer yang bagus yang dapat merakamkan setiap aksi lompatan. Siapalah photographer yang sungguh pro tu, kan?

Maaflah. Ini je model yang ada. :P


Untuk pedoman semua, marilah aku memberi sedikit tips untuk mereka yang teringin ke Pulau Perhentian Kecil (especially);


Tips#1
Better ambil hotel or chalet yang mempunyai 24 jam electricity. Sebab pulau selalunya panas, then nanti di antara aktiviti korang nak balik ke bilik pun tak selesa sebab tak ada elektrik.
(Notes: Kebanyakan hotel & chalet di Perhentian Kecil tak ada bekalan elektrik di siang hari)

Tips#2
Kat Perhentian Kecil ada 2 pantai. Satu Long Beach and another one is Coral Bay. Dinasihatkan agar korang duduk di Coral Bay. Long Beach dikatakan lebih happening sebab beach dia yang cantik dan panjang yang best untuk berjemur yang menarik minat orang putih untuk bersidai. Bagi kita Melayu yang tak suka bersidai ni, Coral Beach lagi best sebab banyak pokok. Plus makanan lagi best. dan bila korang sampai pun korang tak payah berenang ke pantai dari bot sebab ada jeti unlike Long Beach yang kena turun berenang ke pantai. Caya tak?
(Notes: But don't worry, boleh trekking dari Coral Bay ke Long Beach yang memakan masa kurang dari 10 minit ataupun naik Taxi air dengan harga RM20 sehala)

Tips#3
Pakej atau sendiri? Boleh, kalau nak main redah je (meaning: taknak pakej). Tapi, kebanyakan chalet takde kemudahan online booking. Hanya walk-in sahaja. Ataupun melalui agen (meaning: kena ambil pakej). So itulah kena ambil pakej. Tapi, untuk hotel or chalet yang mahal, ada kemudahan online booking, so senang lah. Boat tiket boleh beli dekat jeti and snorkeling trip bersepah kat tepi pantai coral bay tu. Kat long beach pun ada tapi tak banyak sangat. Satu snorkeling trip ke 5 point termasuk equipment (mask, life jacket and fin) lebih kurang RM35-RM40.
(Notes: Untuk yang berminat ambil pakej boleh pergi kat sini. Cik Siti ni kawan aku masa diploma)

Tips#4
Kebiasaannya pergi ke pulau, bawalah banyak-banyak air mineral. dan bawaklah roti ke, megi ke kalau lah korang nak berjimat. Jangan jadi macam aku, bawak megi, biskut, roti semua. Tapi, penat bawak je sebab tak makan pun. Asyik nak makan kat kedai je. Apalah Cik Aimi ni kan? Hehe...


So, itulah trip kami ke Pulau Perhentian Kecil, Terengganu. Memang sangat-sangat gembira dan teruja dan excited walaupun cuma 3 orang dan walaupun kulit kami dah terbakar. Oh, jangan lupa pakai Sun Block banyak-banyak kali. *wink* dan semoga lepas ni ada lagi trip yang melibatkan kawan-kawan yang ramai.

Nota kaki: Untuk gambar penuh, sila klik sini.


by,
Aimi A.Z yang akan pergi ke Mabul Island pula lepas ni bersama family. Yay!

Thursday, April 22, 2010

Teka-teki: sekejap biru, sekejap putih.

Apalah punya teka-teki tu? Macam tak cukup soalan je kan? Tapi, jangan risau. Setiap teka-teki mesti ada jawapan, kalau tidak bukanlah teka-teki namanya.

Biru dan putih tuh sebenarnya menggambarkan pemikiran aku tadi; semasa menulis teka-teki tu. Bukanlah maksudnya aku fikirkan sesuatu yang lucah sebab biru tetapi pemikiran aku dah melayang jauh sampai ke Pulau Perhentian. Dari tadi dah macam ternampak-nampak laut yang biru terbentang luas dan juga langit biru yang memayungi laut. Dah terasa-rasa air laut yang membasahi badan ni ha, dan sampai terbau-bau air laut yang masin tu. Dah tak sabar-sabar lagi nak pergi esok ni.



Tapi, tengah-tengah aku melayan perasaan teringat dekat si Biru, sang putih pula datang menjelma. Sang putih pula adalah sebuah MyVi kepunyaan kawanku yang disagat semasa kami pergi melepak di kedai makan. We had joy, we had fun and we also had scratched. Menambahkan sadisnya lagi, kereta ni baru dicat minggu lepas akibat di"cium" oleh sang Wira dua minggu lepas. Bertubi-tubi sang Putih ni dicium. Ish3x...



Itulah jawapan kepada teka-teki tu. Jadi, nantikan kepulangan aku 3 hari nanti untuk cerita lebih lanjut tentang si Biru. dan semoga percutian ni best! Amin.


by,
Aimi A.Z yang tak sabar-sabar nak pergi snorkeling...

Saturday, April 17, 2010

Lagi-lagi Peristiwa yang Sama

Aku sebenarnya dah naik bosan nak cerita pasal benda ni. dan aku tau korang pun bosan dengar cerita yang sama berulang kali. Dah macam Deja Vu pun ada, asyik-asyik benda yang sama jadi. Tapi takpelah, aku cerita jugak.

Tadi. pergi kenduri doa selamat rumah kawan umi. Pastuh semua dok tanya aku;

"Sekolah mana ni ye?"

"Sekolah DARJAH berapa?"

Darjah berapa ko tanya? Ish3x... Umur saya ni dah nak masuk 26 tahun la wahai makcik-makcik sekalian. Dah boleh jadi mak budak dah pun lagi nak tanya saya ni darjah berapa? Haih, nak buat macam mana kan?

Agaknya kalau aku dah kahwin and dah ada anak, orang tanya aku tak, "Itu adik ke?"


by,
Aimi A.Z yang dah tak tau apa nak buat nak menunjukkan aku ni 26 tahun...

Berblogging Menggunakan Word 2007

Dah lama dah aku nak try berblogging menggunakan Word, tapi kali ni baru berkesempatan. Ini adalah entri pertama saya melalui Word 2007 jadi segala technical error harap diimaafkan. Kalau menjadi, lagi senang saya nak berblogging. So, itu je.


Sekian.


by,

Aimi A.Z yang mencuba menggunakan Microsoft Word 2007. Apa bezanya?

Friday, April 16, 2010

Rindu~

Aku tak percaya dengan apa yang aku rindui ni. Sesuatu yang aku tak pernah sangka aku akan rindu. and yet, sekarang aku tengah rindu.


Rindu apa?


Rindu zaman belajar. What? Tak pernah terfikir yang aku akan rindu zaman belajar, sebab aku kan tak suka belajar? Zaman belajar yang dimaksudkan ini bukanlah zaman belajar yang seronok semasa zaman degree, tetapi zaman belajar yang belum habis pun lagi ni yakni zaman belajar Master. Yup, it's true aku tak habis pun lagi Master tapi aku sudah hampir satu sem tak pergi kelas. Sebab aku cuma tinggal Thesis sahaja. and lagipun hampir satu sem aku tak ada assignment project & exam. Yang ada cuma Thesis yang tak habis-habis. Bila nak habis entah.

Aku pun pelik kenapa aku rindu zaman-zaman tu. Bukannya best pun. Habis kerja kena kelam kabut meredah jem pergi kelas. Pergi kelas dengan busuk masam tu sampailah ke malam. Malam balik rumah, mandi terus tidur. Itu zaman yang ko rindu, Aimi?

Bila ada homework pulak, sepanjang minggu hidup tak tenang. Ingat nak buat homework tapi:
Hari Isnin, takpelah awal lagi.
Hari Selasa, malas la pulak.
Hari Rabu, takpe esok masih ada.
Bila Hari Khamis, Alamak, kerja tak siap lagi.
Jumaat malam tertido-tido dengan homework yang memang tak siap-siap.

Kalau time exam jangan cakaplah. Mintak cuti beria seminggu awal. Dengan alasan nak exam. Padahal, hari cuti yang kononnya nak study untuk exam tu, rutinnya sama je setiap kali:

Pagi-pagi buta, dah bangun. Kalah bangun nak pergi kerja.
Lepas mandi & Subuh, buka buku.
Selepas 5 minit, terasa laparlah pulak.
Pergilah masak makanan, then makan sambil tengok tv. Eh, cerita ni best la. Layan sat.
Lepas tu ada cerita lain pulak. Eh, tak boleh jadi ni. Belajar Aimi, belajar.
Pergi layan buku 10 minit, eh terasa macam nak swimming la pulak.
Pergi pulak swimming kat Presint 6 dengan Shazni.
Balik swimming, dah tengahari la panas ni, tak boleh study.
Tidur tengahari jap.
Bila bangun, terus tengok buku.
Eh, tiba-tiba terasa pandai. Boleh lah ni.
Pergi cuci kereta jap, dah Asar tak boleh study.
Bila malam, cukuplah tu, otak dah letih, baik tido.

Macam zaman yang tak patut dirindui je, kan? And yet aku tetap rindu zaman itu. Apakah ada suis yang tercabut dalam otakku? Ish3x....


by,
Aimi A.Z yang pelik dengan diri sendiri. Dulu nak sangat-sangat tinggalkan zaman tu, ni rindu-rinduan pulak, ape nak jadi ni...

Tuesday, April 13, 2010

Homemade Beer Battered Fish & Chips Recipes

Sejak bila pulak aku ni pandai masak guna beer-beer ni. Hahahahaha. itu nama asalnya, aku malas nak tukar. Ni resipi daripada Jamie Oliver yang aku amik dari blog Lady Verde. Sebab senang sangat nak buat dan sangat sedap, maka aku pun ingin berkongsi resipi dengan korang semua memandangkan aku pun dah lama tak main masak-masak ni. :P Resipi asalnya guna beer, tapi Lady Verde dah jumpe pengganti beer yakni Soda Water, tapi aku yang malas pergi cari soda water, so aku pun gantikan dengan bicarbonate of soda. So, ikutlah yang mana korang nak.


Saje je besarkan gambar bagi korang teringin pastu mesti korang cuba resipi ni *wink*


INGREDIENTS
3-4 keping fish fillet segar (aku guna ikan dory)
1 cawan tepung
1/4 sudu kecil bicarbonate of soda
3/4 cawan air
1 biji telur
Salt & Pepper

PREPARATION
  1. Campurkan Tepung, bicarbonate of soda, air, dan salt & pepper.
  2. Asingkan telur putih dan telur kuning.
  3. Telur kuning dimasukkan ke dalam campuran tepung dan dipukul sehingga rata.
  4. Di dalam bekas yang berasingan, pukul putih telur sehingga gebu-segebu-gebunya sampai bila terbalikkan bekas tu telur putih tu takkan jatuh.
  5. Masukkan telur putih ke dalam campuran tepung dan kacau sehingga rata.
  6. Celupkan kepingan-kepingan ikan ke dalam campuran tepung.
  7. Goreng di dalam minyak yang panas selama 5-7 minit.
  8. Hidangkan bersama kentang goreng or apa-apa mengikut nafsu makan korang.

Senang kan? Yang bicarbonate of soda or soda water or beer tuh untuk buat dia jadi rangup and seriously memang menjadi. Tak rugi pun try. Oh, lagi best kalau perahkan lemon masa makan. Yummy!

Silalah mencuba!


by,
Aimi A.Z yang mau try resipi lain pulak. Sesiapa ada resipi best mehlah kasi aku, boleh aku try...

Monday, April 12, 2010

No Strings Attached

Apa masalahnya dengan tali atau wayar ni yang semua orang rasa suka sangat bila takde? Sebenarnya, tali atau wayar ni pun boleh menjadi senjata untuk membunuh. Tak percaya? Baca artikel ni;

PULAU PINANG 12 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang ibu supaya membela diri terhadap tuduhan membunuh dua anaknya dengan menjerut leher mereka menggunakan wayar seterika, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd. Zaki Mohd. Yasin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Rosniza Ibrahim, 30, dari Kuala Kurau, Perak, menghadapi dua tuduhan membunuh anak-anaknya di rumah No. 7216, Taman Indah, Lebuh Batu Maung 8, Bayan Lepas pada 18 Feb 2007.

Dia didakwa membunuh Muhamad Alif Hakimi Idris, 6, pada pukul 11 malam di rumah itu manakala Muhamad Alif Hazimi, 2, kira-kira 15 minit kemudian di tempat dan pada hari yang sama.

Tuduhan menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Hakim Mohd. Zaki berkata, berdasarkan keterangan saksi pendakwaan iaitu suami tertuduh, Idris Saidin dan jiran mereka, Rosniza adalah orang terakhir berada bersama dengan kedua-dua si mati.

Katanya, keterangan saksi juga jelas menunjukkan bahawa tertuduh adalah orang yang melakukan pembunuhan itu berdasarkan kelakuan-kelakuan pelik yang ditunjukkan.

Beliau berkata, antaranya, Rosniza menghantar mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada adiknya dengan menyatakan dia telah melakukan kesalahan besar dan memohon maaf atas perbuatannya.

Hakim Mohd Zaki menetapkan 29 April ini untuk menyambung perbicaraan.

Rosniza diwakili peguam K. Simon Murali manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Azhar Mokhtar. - Bernama

So, mungkin idea mencipta sesuatu yang wireless with no strings attached adalah idea yang sungguh bernas sekali. Selain TIDAK boleh dijadikan alat untuk membunuh, ianya juga tidak mungkin berkeadaan seperti ini;



Jadi, marilah kita bertukar kepada sesuatu yang tidak mempunyai wayar (seperti Wiggy) agar hal-hal yang buruk dapat dielakkan.


Wiggy from P1W1Max


Sekian.


by,
Aimi A.Z yang mahu bagitau buat kesekian kalinya "Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS"...

Saturday, April 10, 2010

Syabas! Anda Warganegara Yang Prihatin.

Hari tu, masa parents aku masuk hospital, di saat-saat takde orang nak menguruskan hal rumah, ada paip bocor depan rumah. Setelah beberapa hari aku menyuruh Shazni menelefon SYABAS tapi tak telefon telefon, maka aku pun mengambil keputusan untuk menelefon dan membuat aduan sendiri. dan inilah hasilnya aku aku dapat;


Sila abaikan status "Puan" itu ye?


Wah, wah!! Surat penghargaan daripada SYABAS. Tidak ku sangka SYABAS menghargai usaha aku yang tak susah langsung tu. Hm, bukan susah nak jadi warganegara yang prihatin ni. :P


by,
Aimi A.Z yang memang rasa nak meng"frame" surat penghargaan daripada SYABAS tu....

Friday, April 09, 2010

Bila Mak Korang Berteknologi Tinggi...

Bila korang active berfacebook, dia pun sibuk-sibuk nak tau apa yang korang tulis kat Facebook. Dah tau apa yang korang tulis, siap boleh comment dan complaint pulak tu.

Lepas tu dah pandai nak "mengadu domba" kat Facebook. Semua hal mesti mau mengadu. Bila anak sambut birthday yang ke-15 mengadu...

Bila MC mengadu.... and pandai pulak tu iklankan rumah sewa kat Facebook. Bila dah dapat penyewa pun kat mana lagi tempatnya nak mengadu selain dari kat Facebook. Haih, mak sapelah ni...

Kalau setakat nak comment gambar sendiri tu jangan cakaplah. Memang dah terror bebenor! Lepas tu sangat excited bila ada yang comment jugak.

Kepandaian terbaru. Baru je beberapa jam lepas. Sudah pandai kasi Wall-to-Wall kepada bapakku. Wahh.... Pandainye...


Nasiblah, dunia teknologi ni dah takde rahsia. Aku nak kembali ke zaman tulis diarylah. Senang. Takde siapa tau apa yang aku tulis. Adik-adik aku baik-baik belaka kannn?, tak baca nye diary aku. Aku je suka baca diary KakLala masa kecik-kecik dulu. Muahahahaha....


by,
Aimi A.Z yang sekarang nak mengadu kat Twitter la bila ada rahsia sebab mak aku tak pandai guna Twitter lagi. Bijak-bijak...

Thursday, April 08, 2010

Another RM20 this week!

Kesinambungan daripada Facebook status ku sebentar tadi. Inilah cerita sebenarnya. Aku dapat RM20 minggu ini untuk entri ini. dan RM20 minggu lepas-lepas untuk entri ini. Walaupun kadang-kadang terasa RM20 tu adalah suatu nilai yang kecil, tapi bila difikir-fikirkan balik, siapalah nak kasi RM20 kat ko setiap minggu? Tambah pulak diperoleh hasil daripada usaha ko berblogging. Lagi terasa duit tu sangat berbaloi. So, kawan-kawan siapa yang nak join aku dapat RM20 setiap minggu, jomlah pergi Project Alpha. dan bacalah sendiri ye? Malas nak terangkan. dan harap maklum. Ini bukan Program MLM or business or what-so-ever. dan aku tak dapat komision pun buat promosi kat korang ni, cuma kurangkan peluang aku nak dapat RM20 je, tapi benda baik, eloklah dikongsi kan? Lagipun, aku kan baik, tak kedekut, comel pulak tu. Hahahahahaha....

Oh, dan ini. Aku baru perasan yang banyak sangat iklan kat blog aku sekarang ni. Sangat-sangat best sebab earnings naik dengan sangat cepat dan begitu juga dengan total visitors. Wah2... kena memperbaiki mutu penulisan supaya menjadi blogger yang berjaya. Chaiyo3x! Selamat berblogging!

Aku selalu tengok orang rahsiakan "Amount" yang diperolehi, so aku pun rahsiakanlah walaupun aku taktau kenapa kena rahsia. *wink*


by,
Aimi A.Z yang mengharapkan akan rajin berblogging supaya dapat meningkatkan traffiic...

Monday, April 05, 2010

My Favourite Sport

Beberapa tahun lepas, aku ada buat satu entri yang bertajuk Sukan & Aimi A.Z. Masa tu aku menyenaraikan 5 sukan yang pernah aku sertai yang mempunyai bukti bergambar, tapi aku tak pernah nak bagitau yang mana adalah my favourite sport. So, dekat sini aku nak announce pemenangnya adalah;

Swimming


Nampak sangat aku suka gambar ni memandangkan dah tiga kali gambar ni muncul dalam blog ni. Btw, jom aku cerita sejarah penglibatan aku dalam bidang swimming. Aku memulakan career swimming semenjak sekolah rendah lagi. Masa tu abah join kelab golf kat Ipoh, then sementara abah bermain golf, dia pun hantar la anak-anak dia ni belajar swimming. So, itulah sebabnya kami ni pandai swimming. Aiceh! Pandai ke? Aku memang suka swim tapi apabila aku dah besar sikit aku malu nak swim sebab malu nak pakai swimsuit. Boleh kata pemikiran masa tu agak negatif. Masa tu aku fikir, orang yang "kurus keding macam model" je yang selayaknya swim. Jadi, aku pun mengorbankan sukan yang paling aku minati buat satu tempoh yang agak lama.

But then, aku realize. "Apasal pulak diorang je boleh pakai swimsuit? Apasal aku tak boleh? Habis tu, orang kurus je boleh swim?" Betapa tidak adilnya dunia ini, kalau begitu keadaannya. Betapa dikriminasinya dunia ini terhadap orang-orang gemuk macam aku ni, kalau begitu keadaannya. Aku pun mula mengikis sifat negatif itu dari dalam diri aku. Betapa susahnya nak mengikis sifat tu, tetapi akhirnya aku berjaya juga. Aku pergi membeli swimsuit yang sesuai dan start berswim. dan alangkah bahagianya aku di saat-saat kulitku mencecah air yang berklorin itu. Betapa bahagianya aku untuk berswim setelah sekian lamanya aku give up terhadap swimming. Dan the best part is, percayalah, jika anda yakin dengan diri sendiri, anda mampu menggoncang dunia. Wah!! Poyonya Aimi nih! :P

Kesimpulannya kawan-kawan, my favourite sport is swimming. Saya akan terus berswimming selagi mampu kerana swimming itu best! Tapi, ini pun dah lama tak swim sebab tak ada geng. Siapa nak jadi geng swimming aku? Jom! Lagipun aku kena polish balik skill swim sebelum pergi ke Pulau Perhentian dua minggu nanti. Nanti semput pulak nak snorkeling. Mengada kan? :P


Wangikanlah diri anda dengan bau-bauan setelah ber"swim"


by,
Aimi A.Z yang tak lain tak bukan nak bagitau Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS...

Thursday, April 01, 2010

Berita Sedih...

Baru beberapa hari lepas Noni bagitau berita gembira yang Irma Asyura bakal menimang cahaya mata, hari ni dapat SMS daripada Irdanita berbunyi;

"Salam. Aku ada berita sedih. Baby kami tak panjang umur. Dia meninggal dalam kandungan. Aku baru bersalin hari Isnin hari tu. Baru 25 minggu lebih aku kandungkan dia. Kami namakan dia Muhamad Firdaus. Dia dah cukup sifat dah. Moga-moga dia tunggu kami di Syurga Firdaus nanti. Arwah Firdaus selamat dikebumikan hari Selasa hari tu. Aku rasa sedih sangat tapi aku kena redha dengan pemergian dia. Mungkin ini yang terbaik untuk dia. Walaupun sekejap, arwah pernah bahagiakan hidup kami. Setiap kenangan bersama arwah akan kami ingat sampai bila-bila."

Kepada Puan Irdanita & Encik Azrizan, banyak-banyak bersabar. Kuatkan semangat. InsyaAllah ada rezeki korang lagi nanti. Kami kawan-kawan sentiasa doakan yang terbaik untuk kawan-kawan semua.

Itulah kehidupan di dunia. Ada yang bergembira, ada yang bersedih. Kita tak tahu apa rancangan yang Allah buat untuk kita. Tapi, apa yang terjadi tu ada sebab di sebalik semuanya. Terima dengan hati yang terbuka dan semoga ada cahaya di hujung jalan. InsyaAllah.


by,
Aimi A.Z yang dah taktau apa nak dikata...

Bila Kawan Sudah Berboipren

Senang je nak detect bila kawan dah berboipren. Boleh tergambar dari setiap perbuatan dan tutur kata. Mana tak nya. Kalau dulu asal weekdays je, mesti aku dah dapat mesej tanya aku; "Buat apa weekend ni?" Tak pun siap tanya lagi "Buat apa minggu depan?" Sekarang ni weekdays aku aman dan tenang je tanpa sms daripada kawan tu. Tapi, bila semalam tiba-tiba aku dapat call daripada kawan tu mengajak aku keluar hari Sabtu ni aku macam agak pelik. Saje je nak test, aku pun tanya, "Eh, Si Polan tu pergi mana Sabtu ni?" Kawanku menjawab; "Dia kerja." jawabnya sambil tersenyum-senyum simpul. Jadi, aku dah tau lah aku cumalah back up plan yang dicari bila perlu sahaja.

Eh, jap, jap!

Macam berbau emo pulak dah entri ni. Aku sebenarnya bukan nak buat entri emo. Aku nak buat entri mengkantoikan kawan aku yang dah ada boipren tu. Silap pulak mengekspresikan kata-kata. Hahahaha.... Kesimpulannya, kawanku sudahlah berboipren. Siapa kawanku itu? Biarlah rahsia! Siapa makan cili dialah yang rasa pedas.

Tapi, ada lagi sorang kawan aku ni unpredictable. Macam takde boipren, tapi asyik nak jumpa orang je. Bila aku tanya siapa, rahsia katanya. Sejak bila pulak dia pandai berahsia dengan aku? Ke dia memang dah ada boipren tapi tamau bagitau aku? Pelik, pelik! "Hoi kawan, kalau dah ada boipren, cakap jelah. Aku tak jeles nye! Aku tumpang gembira je. Eh, ke ko tanak aku tumpang gembira tu yang ko tak nak bagitau aku? Yelah, yelah. Taknak aku tumpang aku tak tumpanglah! Nak tumpang sikit pun tak boleh. Ceh! Kedekut!"

Eh, apasal ada bau-bau emo sekali lagi ni? Apalah aku ni. Salah lagi mengekspresikan kata-kata. Ish3x... Apa nak jadilah Aimi ni. :P Persoalannya, adakah kawan aku ini jugak sudah berboipren? Nampaknya, tinggal aku jelah. Hm, aku pun nak cari boipren lah camni. Siapa nak jadi boipren aku? Hahahahahahaha...


by,
Aimi A.Z yang malas pulak nak menghabiskan Day 3 Bandung ni. Ish3x...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin