Monday, May 31, 2010

Kegilaan Isi Rumah


Apakah kegilaan itu?


Kegilaan itu adalah bermain kad.

Jangan risau. Tak ada langsung unsur-unsur perjudian dalam permainan ini. Cumanya ada denda untuk si pengalah. Walaupun ada pepatah mengatakan "Kita semua adalah pemenang, tiada pengalah". Siapalah yang punya pepatah tu, kan? btw, habuan untuk pengalah itu adalah membuat kerja-kerja rumah yang ditetapkan seperti mencuci kain, menyidai baju, melipat kain, mengurut umi, membasuh pinggan mangkuk ataupun membasuh bilik air. Kerja-kerja rumah itu akan ditetapkan dan dipersetujui oleh semua pemain sebelum memulakan permainan. At least, rumah bersih dan berseri. Hehe.

..dan berbalik kepada tujuan utama entri ini ditulis. Aku cuma nak announce tentang si pengalah malam ni. Yang juga merupakan pengasas kegilaan ini di rumah ini. Yakni;



Jadi, kepada Encik Abah, jangan lupa cuci pinggan ye? :P 


by,
Aimi A.Z yang sebenarnya kena juga buat kerja rumah sebab dapat tempat ke-2........... dari belakang. Ceh!

Sunday, May 30, 2010

Break Free with Digi Party

Semalam, terciptalah satu sejarah dalam hidup aku bila aku telah menghadiri satu event oleh Nuffnang or specifically oleh Digi. dan memang tak pernah terfikir pun nak join apa-apa or even nak dapat invitation sebab ramai lagi blogger yang hebat-hebat tapi cakap banyak pun tak guna, sebab aku memang pergi pun event tu. *wink*

Setiap blogger yang diinvite dibolehkan membawa seorang partner, so aku dengan ikhlas hati terpaksa sebenarnya mengajaklah Ihsan untuk pergi dengan aku. Walaupun dua-dua pun first time nak pergi event macam ni, kitorang layankan jelah. Yan kata, "Barulah semangat sikit nak berblogging lepas ni" Ceh! Jadi, jomlah layan gambar dan cerita yang tak berapa nak best daripada aku ni.


Oleh sebab tema adalah prisoners and villains makanya ini adalah costume kami. Susah wo nak cari baju belang-belang ni and we've decided untuk buat sendiri. Pergi beli baju hitam and suruh umi jahit belang putih. And cat nombor di depan dan dibelakang baju. dan beli papan hitam, tulis nama dan nama blog kunon nampak macho dan cool lah bila bergambar pegang board. tapi, bila bergambar tak sempat nak capai board and segan pun sebenarnya nak pegang board. Ish3x... pemalu rupanya Cik Aimi ni. :P


Party ni dimulakan dengan gimik teroris. Kalau tengok dalam gambar tu, yang digari adalah emcee pada malam tu. dan kunonnya dia digari and our first task adalah untuk mencari code combination untuk membuka gari tu. dan siapa yang dapat cari combination yang paling banyak akan diberikan hadiah. Aku dan Ihsan mestilah tak dapat, kitorang kan pemalu. Again!


Banyak sangat aktiviti pada malam tu dan aktiviti nya adalah aktiviti berkumpulan. Rasa macam BTN pulak ada aktiviti dalam kumpulan. Ngehngeh Dan kumpulan aku adalah kumpulan Petaling Street Taikos dan ahli-ahli dalam kumpulan itu adalah; aku & Ihsan, Bok & partner, Jolyn & partner, dan juga Natasha & hubby. Find out rupanya Eyriqazz pun ahli group ni tapi masa game berlangsung mana pulak perginya. Ni gambar tengah berbincang tentang task-task yang diberi la. Ada 3 task semuanya. dan kena perform kesemua task yang diberi di atas pentas. Tak pernah-pernah, tapi belasah ajelah. Nasib baik dengan group, kalau sorang-sorang matilah saya. :P Oh, tapi mestilah bukan kami yang menang. 

Selepas kesemua group perform, mestilah acara gilang gemilang yakni upacara penyampaian HTC & Blackberry kepada si Pemenang. Mestilah tak mengharap, kan? Walaupun kalau menang memang sangat best. Mula-mula mereka yang terpilih dengan fesyen yang paling best dihadapkan di atas pentas. dan akhirnya seorang pemenang dipilih. dan pemenangnya adalah si Cruela.


Nah layankan sebahagian gambar finalis untuk Best Dress ni;

Si Joker. dan yang berbaju belang itu adalah Anak Perak.

Ninja ke samurai ni?

Jolyn yang menang Blackberry Bold untuk pre-event blogpost. 
dan yang duduk tu adalah Cik Lily Putih.

Mereka ini sangat cool. Merantai kaki bersama siap dengan overall bagai. God job!


Itu jelah pun gambar dari kamera aku. Sangat sikit, kan? Kalau nak tengok gambar cool gila tengok kat blog Safriz. Aku tak kenal pun siapa dia tapi dia ni macam kawan Farah je. Kawan ko ye Farah? Tapi, aku tak nampak pun dia ni masa kat party tapi tengok kat blog dia ada gambar event, so adalah lah dia kat sana tu. :P

Event yang menarik dan bagus untuk bersosial. Bersosial dari erti kata mengenali orang dan memantapkan skil-skil yang kurang dalam diri ini terutamanya skil berhadapan dengan orang. dan memberikan peluang untuk bergaul dan bercampur dengan orang yang lain daripada yang berada di sekeliling. dan memberikan semangan untuk terus berblogging. dan bergembira. dan makan....


...dan semestinya membuka minda tentang betapa murahnya DiGi Smartplan. Sebab semua pun games mengenai kebebasan dan kebestan DiGi Smartplan, dan kemurahan DiGi Smartplan semurah RM68 sebulan maka tidur malam pun sampai termimpi-mimpi betapa murahnya DiGi Smartplan. Haih...



Tambah-tambah bila tengok bill telefon yang tinggi. Padahal bukan guna Smart Phones pun. Meronta-ronta jiwa dan raga aku nak langgan pakej Digi Smartplan dan pakai BB seperti Shazni dan KakLala. Takpe, korang tunggu la. If aku tak menang BB pun aku pastikan aku beli BB dan guna DiGi Smartplan. Kerana apa? Kerana sangat murah cuma RM68 sahaja. Mesti korang jeles tengok bil aku murah nanti. :P


Alamak, tulisan "bill statement" tu sudah menggambarkan line yang aku guna. Sorilah M***S. DiGi kasi offer yang tak boleh nak tolak. *wink*


Kesimpulannya, event ini sangat mempengaruhi hidup aku yang asyik dok angau BB dan 68. Tapi jangan risau, angau yang ni adalah angau yang bagus. dan semoga DiGi memperbanyakkan lagi event seperti ini supaya aku dapat menjoinkan diri dan sekaligus dapat info yang menarik dan sekiranya ada nasib yang lebih baik, boleh menang BB. Hehehehehe....

Sekian. Itu sahaja laporan daripada Aimi A.Z.


by,
Aimi A.Z yang sangat tabah menulis entri ini dengan panjang lebar. Syabas!

Thursday, May 27, 2010

Celebrities Who Stink

Woi. Susahnya tajuk. Aku ni manalah pernah dok dekat-dekat dengan celebrities, jadi manalah tau sang celebriti tu busuk ke tidak ke. Kalau iye pun ada pernah dekat, dah tak tau dah bau siapa. Sebab ramai sangat orang. Hahahaha. Anyway, aku ada satu calon yang sangat sesuai dan sangat memerlukan deodorant, yakni;

Julia Roberts

Hahahaha. Walaupun Si Julia Roberts ni jauh dan entah bila aku dapat duduk dekat dia untuk membuktikan bahawa dia ni wangi ke tak, tapi dengan keadaan gambar yang ni aku terus dengan mudahnya dapat mencalonkan beliau untuk calon Celebrities Who Stink. Tapi mungkin dia lagi sesuai untuk iklan Schick dan bukannya deodorant tapi takpe, dengan iklan-iklan deodorant pun aku kasi Julia Roberts ni.

Pesanan untuk Si Julia Roberts. Wek Cik Julia. Semua orang pun ada "benda" yang sama macam ko ada tu, tapi tak payahlah nak tayang kat orang. Memanglah orang cakap rambut tu mahkota setiap perempuan, tapi tak pernah pulak dengar orang cakap "rambut" ketiak adalah mahkota perempuan. Ish3x.... Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Hahahahaha. Oh, dan silalh pakai deodorant nih;


Sebelum menutup blog ini sila saksikan aksi-aksi Yoga dari Ninie Ahmad yang mungkin berbau juga kerana asyik beryoga. *wink*





by,
Aimi A.Z yang tak bosan-bosan bagitau "Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS"

Wednesday, May 26, 2010

Pelita untuk Noni

Selain lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan nyanyian Shahir, aku tengah gilakan lagu Pelita. Aku rasa bersemangat bila dengar lagi ni sampai terasa aku tak akan menyerah kalah, walau apa pun keadaannya. dan aku mendedikasikan lagu ini kepada Noni yang tengah down tu. Walaupun aku belum tau apa masalah ko, ko dengar lah lagu ni. Semoga akan menaikkan semangat ko dan semoga ko takkan menyerah kalah walau apa pun yang terjadi. Takpe, aku kan ade. :P




Verse_1
Tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui
slama ini,

Verse_2
Tak pernah sesaat daku menyesali,
apa yang telah aku nikmati,
apa ku alami,
selagi hayat di kandung badan,

Korus:
Takkan ku menyerah kalah,
walau mimpi ku musnah,
harapan ku hancur,
sayapku patah,
kan ku pancarkan cahaya,
seperti pelita ke serata dunia,
yang gelap gelita
sehingga hembusan nafas
yang terakhir.

Verse_3
tak pernah sesaat ku mencurigai,
apa yg telah aku kecapi,
setakat ini,

Verse_4
tiba saatnya kan ku tangisi,
pada yang pergi, takkan kembali
Kembali lagi,

ulang Korus.

Bridge:
Selagi jasadku belum terkubur!
Selagi tubuhku, belum ditimpa uzur!
pantang datuk nenek moyangku,
Berundur!

Ulang Korus x 2

Akan Ku Pancar Cahaya Seperti Pelita,
Ke Serata Dunia,
Seperti Cahaya……

Jangan risau Noni, aku akan sentiasa jadi pelita untuk ko. *wink*


by,
Aimi A.Z yang mesti kena kutuk dengan Noni dan kawan-kawan yang lain akibat kepoyoan yang melampau...

Conteng Arang di Muka

Dari kecik lagi kita dah diajar supaya tak menconteng arang di muka mak bapak. Tapi, tak pernah pulak belajar jangan menconteng arang di muka sendiri jadi dengan itu, aku pun tercontenglah arang di muka ku...


Saya tau sangat buruk ini orang tapi sengaja je nak taruk kat blog. Asyik taruk gambar comel-comel je comel ke? Sekali sekala biarlah letak gambar buruk, hitam legam dan bulat tembam. Lagipun, biar korang tau aku pun ada perangai suka tangkap gambar sendiri jugak. Ingat korang je ada perangai tu? Muahahahaha...



Owh, arang ini adalah arang sementara. Boleh dikupas kulitnya. Kesimpulannya kawan-kawan, adik-adik, pakcik-makcik sekalian, sekiranya anda ingin menconteng arang di muka anda sendiri pastikan ia adalah bersifat sementara. menconteng arang untuk memperlihatkan kulit yang suci dan berseri adalah digalakkan.




Maka, carilah arang ini untuk diconteng ke muka. Nescaya muka anda akan cantik berseri. :P


by,
Aimi A.Z yang sedang bengong sebab tinggal kat rumah sorang-sorang...

Tuesday, May 25, 2010

Lets Party!

Kerana entry ini, aku berjaya melayankkan diri aku ni untuk pergi Break Free with DiGi party. Perasaan yang sangat best sebab dapat menjoin aktiviti-aktiviti Nuffnang dan sekaligus dapat makan free. Wah!! Tapi kan ada masalah lah. Ini adalah Costume party dan temanya adalah Prisoners and Villains. So, watak apa yang perlu aku pakai. dah lah time-time takde duit ni. :P Paling senang pakai macam ni je kot;



Takkan nak pakai macam ni pulak, kan?



Ish3x.... Hentikan imaginasi anda semua sebab takdelah aku pakai macam tu. Ceh! So, camner?


by,
Aimi A.Z yang rasa tak senonoh pulak sebab Nas sibuk pergi umarah, aku pergi party pulak. Ish3x...

Monday, May 24, 2010

My Wiggy Design

Aku nak Wiggy yang berwarna-warni dan trendy. Walau apa pun coraknya mesti bewarna-warni. Kalau corak abstrak pun, warna-warni itu penting. Barulah hidup ceria dan berwarna-warni. :P

I love colours!


Abstract
Kalau nak simple macam ni pun boleh, tapi yang penting; colourful. 

Seperti biasa jom tengok Project Alpha;







by,
Aimi A.Z yang tak lain tak bukan menutup entri ini dengan, " Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS"

Sunday, May 23, 2010

I like!

Saya suka bila saya tahu sesuatu ilmu dan dapat berkongsi bersama. Sekarang ni saya dapat sesuatu ilmu mengenai blog dan saya sangat senang untuk berkongsi bersama anda semua. Wah! Intro poyo dari aku. Hehe... Ok, korang nampak tak ada features baru di blog aku ni? Setiap end post dari aku akan ada icon "Like" dari Facebook yang macam ni;


Actually, dah beberapa minggu ni aku dah nampak benda ni kat blog-blog orang, cuma tiada masa nak mengsearch, tapi semalam bila aku ada masa nak menggodek-godek, aku pun berjumpa lah dengan cara-caranya di blog Alif Alfiandy ni. Jadi, di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua.

Mula-mula di Dashboard anda, klik pada Layout.



Then, klik Edit HTML.




Tick Expand Widget Template.




Tekan Ctrl + F pada keyboard anda. dan cari data:post.body




Copy and paste code ini di bawah data:post.body

iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=" + data:post.url + "&layout=standard&show_faces=true&width=100%&height=60&action=like&font=arial&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:100%; height:60px;'
Sila tambah < di permulaan code di atas dan /> di akhir code untuk jadi seperti di bawah.



dan klik Save


There, itu saja. Anda akan dapat lihat Facebook Like button di setiap end post anda. dan jika ada orang yang menekan "Like" maka di profil mereka akan tertulis seperti ini;





Agak cool kan? Sekiranya susah sangat nak faham instruction aku ni silalah melihat-lihat di entri asal ini. Sekian.


by,
Aimi AZ yang cuma nak cakap "Apa lagi? Jomlah klik Like kat post-post aku ni" :P

Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Ini lagu yang akan aku layan beberapa hari ni;


Mestilah lagu Kebahagiaan dalam Perpisahan yang dinyanyikan oleh Juara AF8; Shahir. Wah, nasib Shahir agak best masa konsert Final jadi macam tak rasa bosan. Lagu pun best. Wah, bestnya! Bestnya! Pastu lagu pula ala-ala lagu dulu-dulu yang best dilayan. Lagilah best.

Hm, mehlah aku jadi pengkomen untuk AF kali ni memandangkan macam tak ramai je yang melayan AF kali ni. Aku rasa AF8 ni biasa je mula-mulanya. Bosan dan tak best. Tapi, at the end ni bila mereka semua dah macam mempraktikkan apa yang diorang belajar, so dah jadi ok. Then, dapat pulak pengetua yang sangat bagus macam si Norman tu makanya nasib mereka terbela. Maunya tak. Belum keluar AF dah ada video klip sendiri untuk lagu baru. Video klip yang professional gila pulak tu. Cayalah! Mesti mereka yang masuk AF dulu-dulu yang tak berapa berjaya menjadi penyanyi tu jeles gila dengan mereka ni. Nak buat macam mana. Itu kan rezeki orang tu. Rezeki orang, janganlah dipersoalkan.

Jadi, AF8 ok jugaklah dari AF7, AF6, AF5 dan AF4. AF3 tak payah nak cerita lah, sebab Mawi je. AF2 paling best. Tapi tak boleh lawan One In A Million. Ceh! Tiba-tiba! Haih! Bilalah pulak OIAM ni nak start? Tak sabar rasanya... :P



by,
Aimi A.Z yang tak puas lagi dengar lagu Shahir and tengok video klip dia. Ish3x...

Saturday, May 22, 2010

Cook or Clean?

Yang mana korang lagi suka? Memasak or mengemas? For me, I'd rather cook than clean.

First of all, kenapa tiba-tiba aku membangkitkan isu ini? Sebab sekarang ni, di pagi hari Sabtu yang hening ni, Abah tengah melaksanakan Ops Kemas. Sebabnya Umi nak start menjahit balik so Abah terpaksa mengarrange balik kedudukan perabot di dalam rumah untuk meletakkan tiga buah mesin jahit. Yup, you read it right! Umi ada tiga buah mesin jahit and yes, dalam rumah ni Abah yang memonopoli bahagian kemas-mengemas. Anyway, the point is, aku taknak mengemas. And by taknak, I mean TAKNAK!!!


Eh, aku bukan buat kempen taknak merokok. Tapi aku buat kempen taknak mengemas je. :P So, bila diorang bising-bising suruh aku ambik itu-ini, suruh aku letak barang tu kat sana, letang barang tu kat sini aku jadi stress. So aku ambil laptop aku, then naik atas sambil cakap, "Tolonglah jangan suruh Amy kemas, Amy taknak! Amy tension! Amy sanggup masak lunch daripada mengemas." So, here I am. Di atas rumah di depan laptop sambil mengupdate blog dengan tenangnya tanpa mendengar seorang pun menjerit, 

"Amy!!!!!!!!!!!"

Itulah aku. Yang tak suka mengemas langsung tapi setakat nak suruh masak tu, no hal-lah. Tapi, kalau malas tu, malas la jugak. Itu tak boleh nak tolong la. Hahahahaha... So, kepada mereka yang berkenaan di luar sana, silalah terima perangai aku yang tak suka mengemas ni. Kalau tak boleh terima tu, silalah cari calon lain sebab nanti anda akan stress macam Kak Lala dan Abah dan segala orang dalam rumah ni sebab dahlah aku ni tak suka kemas, suka buat sepah lagi ada. Tapi takpe, kalau orang-orang dalam rumah ni senang je. Bila dah makan masakan aku diorang senyap la sekejap selagi kenyang. Bila dah lapar, akan kedengaranlah balik,

"Amy!!!!!!!!!!!" 


by,
Aimi A.Z yang dah nak start mencari-cari idea untuk masak tengahari nanti...

Friday, May 21, 2010

Why Smartphones can be Dumbphones

There are many conditions how a smartphones can be a dumbphones, but I just want to highlight these two conditions. The conditions are;




You have all the money in the world, but you don't have the brain


Okay, fine! I exaggerate a bit. Maybe you don't have all the money in the world, but at least you have the money to buy a smartphone and pay for the services. But, the thing is, you don't really smart to operate such a smart phone. You only know how to use the basic function like to make a call and to send a message. Other application, HARAM tak tau! There are smarter people who tried to teach you how to use the application, but you are so dumb so that you really can not apply what has been taught. Oops! Maybe dumb is a mean word since people who normally falls in this condition are middle-aged man and woman. But, trust me, I just want to highlight the word dumb, not that you really are dumb. *wink* 




You are a gadget freak, but of course the gadget is not free


You want to be the first to own the latest gadget. You are smart enough to operate a smartphone but the thing is, you don't have the money to pay for the service. Again, you only use your so-called smartphones to make a normal call and to send a common text message. Why? When people said, "Hey, let's make video calls." and you replied, "Ala, mahal-lah." or when people asked you how to update your blog by using your phone and you said that, "Oh, I never done it from my phone. I think it's expensive. and the font is so small and it's better to use the computer" There! You've done it yourself. You're the one to be blamed for transforming such a smart phones into a dumb phones.




No explanation needed. This picture tells a thousand words;








by,
Aimi A.Z who really wish she gets a smartphone for free. What a freak!

Thursday, May 20, 2010

Football=Adidas?

Mana punya equation lah yang mengatakan Football=Adidas? Selamber je nak cakap Football=Adidas. Apasal tak Football=Nike ke, Football=Puma ke. Kenapa nak samakan juga Football=Adidas? Ish, ish, ish. Eh, aku dah tau sebab apa, sebab sponsor untuk Project Alpha adalah Adidas dan bukan jenama-jenama yang lain.

Jadi, saya telah menggoogle tentang mereka di dalam industry bola sepak yang menggunakan Adidas dan end up with this;

Argentina

Eh, Argentina lagi? Go, go Argentina. Semakin dekat dengan hati aku ni Argentina. Bolehlah aku terus menyokong Argentina sehingga ke Final. Sebab satu minggu sampai dua post membabitkan Argentina. Ini boleh dikatakan jodoh ni. dan setelah menggoogle dengan lebih lanjut aku menjumpai ini;

Liverpool

Peminat-peminat pasukan lain jangan lah marah. Aku bukanlah sokong Liverpool je, dah Liverpool ni menggunakan Adidas, maka adalah gambar Liverpool kat sini. Ha, tulah Manchester United pakai Nike, kalau tak, lama dah aku famouskan MU kat blog aku yang tak berapa nak famous ni.

Kesimpulannya, football memang sangat berkait rapat dengan Adidas sebab Adidas suka mensponsor footballer. 



Jangan lupa layan Project alpha Season 2;







by,
Aimi A.Z yang mengakhiri blogpost ini dengan, "Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. The Project Alpha bloggers will be at the Adidas Pure Game Ole KO event on Friday (May 21), from 7.30pm-8.30pm. Catch them in action!"

Tuesday, May 18, 2010

Kak Lala's Craziness (now affected us!)

"Us" yang dimaksudkan di atas adalah aku dan Wawa. Entah sejak bila kitorang terpengaruh dengan kegilaan Kak Lala aku pun tak tau. Yang pastinya sekarang ni Wawa pun dah ada 17 helai semuanya. Belum kira yang Kak Lala punya lagi. Lagilah tak terkira.

Apakah kegilaan itu? Kegilaan itu adalah kegilaan terhadap seluar tidur. Yup, betul apa yang korang baca. Seluar tidur. Tapi, memang boleh digilakan pun sebab seluar tidur sekarang sangat comel dan berwarna-warni. Sangat cozy and tidur dengan nyenyaknya. Walaupun aku boleh tidur dengan nyenyaknya tak kira memakai apa pun, tapi bila pakai seluar tidur yang comel lagi rasa best. Tambah-tambah pulak bila seluar tidur tu free sebab ada orang belanja. Haih, bestnya! *wink*

Ini adalah seluar-seluar tidur yang baru dibeli hari Ahad yang lepas di Summit. Sebab ada Sleepwear Sale. Best gila! Kalau biasa seluar tidur yang best mesti mahal sampai RM30 ringgit tapi sebab sale dapatlah dalam RM13 or RM15. Kain memang sedap gila. and jangan risau, sale sampai 26 Mei. Kalau korang nak, pergilah Summit. and plus ada jugak baju tidur yang cantik menarik. Ha, untuk mereka yang berbadan besar pun boleh pergi sebab ada sampai saiz 5X. Mana nak cari tu weh? Cepat-cepat sebelum kehabisan.


Nanti suatu hari akan aku cuba menyelongkar almari Kak Lala dan menangkap gambar semua seluar-seluar tidurnya sebagai bukti kegilaannya. Masa kat Bandung tu pun shopping seluar tidur je. Ish3x. Apa nak jadi Kak Lala oi? :P Jangan marah ye sebab bocorkan rahsia ko ni. Hehe....


by,
Aimi A.Z yang agak-agak kalau suggestkan seluar tidur sebagai hantaran kahwin Kak Lala diorang nak terima tak? Hahahahaha.........

Monday, May 17, 2010

Who Will Win the World Cup?

Setelah sekian lama aku menyepi dari menyertai Project Alpha, maka hari ini aku menyambung balik perjuangan untuk mendapatkan RM20 setiap minggu. Tambah-tambah lagi sebab jealous dengan Yan sebab duit Nuffnang dia dah melebihi aku. Ceh! Takpe Yan, ko tunggu! :P

Anyway, tajuk hari ni agak susah sebab perlukan pakar ramalan. Tapi takpe, akan ku cuba untuk membuat ramalan si Pemenang World Cup. dan calon-calonnya adalah;

Argentina

Brazil

Germany

Ketiga-tiga negara ada peluang untuk menang. Tapi, aku rasa aku nak Argentina menang la kali ni. Eh, boleh pulak main nak-nak ye? Bukannya apa, sebab based on World Cup yang lepas-lepas aku rasa Argentina adalah salah satu team yang bagus tapi mungkin nasib tak berapa nak menyebelahi diorang. Last menang pun tahun 1986. Lama gila dah! Brazil pulak memang tak dinafikan sangat hebat, tapi kali ni tak payahlah kasi Brazil menang, biar Brazil dapat second. Sebab kalau Brazil masuk Final, mesti hebat. Tapi yang menang biar Argentina. Boleh?

I'm not a big fan of football, but I'll definitely watch World Cup. Sebab apa? Sebab itu kan peristiwa seantero dunia. Mana boleh missed. Kallau nak harapkan Malaysia masuk World Cup baru nak start tengok, alamatnya tak tahulah bila. So, sekian sahaja laporan suka untuk hari ini. Jika tidak berpuas hati, sila laporkan kepada pihak berwajib. Sekian!

Oh, dan jangan lupa singgah di web ini dan dapatkan P1Max untuk mendapatkan Voucher Adidas. *wink*



Jom layan Project Alpha Episode 26-28;






by,
Aimi A.Z yang tak lain tak bukan menutup entri ini dengan, " Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS"

Sunday, May 16, 2010

Guru oh Guru...

Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru di Malaysia, terutama guru-guru yang pernah mengajar Aimi bt Abdullah Zubir, seorang student yang agak malas tapi boleh tahan juga cerdiknya. ehem! dan guru juga adalah termasuk lecturer-lecturer ku di UiTM. dan sesiapa sahaja yang pernah aku berguru samada secara formal mahupun tidak. Andalah yang menjadikan Aimi bt Abdullah Zubir ini seorang yang bijaksana dan tanpa kalian, siapalah saya. Terima kasih cikgu! (Baca dengan gaya Upin & Ipin)


Ini adalah Cikgu kelas semasa Darjah 4 sehingga Darjah 6. Dari muda sehingga sekarang, beliau adalah seorang Cikgu dan sememangnya aku masih ingat akan Cikgu Hishamuddin. dan tak lupa kepada Cikgu Zalina yang membaca blog ini. Kerana Cikgulah saya mendapat A1 dalam BM semasa SPM dan juga kerana Cikgulah saya dapat menulis blog dengan bahasa Melayu yang agak bagus. Terima kasih wahai cikgu-cikguku. dan Selamat Hari Guru juga kepada umi dan abah yang juga adalah guru.

Selamat Hari Guru.


by,
Aimi A.Z yang nak tukar profrsion jadi cikgu lah pulak. :P

Selepas AdaMaya adalah AiMika

Bersempena dengan entri Wawa; Watak Adamaya, aku pun join sekaki la buat kuiz tu. Saje je nak tau aku ni siapa pula dalam Adamaya tu. Dalam hati, memang tamaulah dapat Sarah macam Wawa sebab Sarah tu kuat membebel dan tak boleh simpan rahsia (it's-so-Wawa), dan hasilnya aku adalah Mika. and here is the description;
 

Mula-mula aku nak tanya soalan macam ni kat kawan-kawan aku "Korang rasa betul ke apa yang kuiz ni cakap?" Tapi aku tukar fikiran, tamau tanya sebab aku dah tau jawapannya; betullah apa yang kuiz tu cakap. Memang best kan dapat kawan macam aku? Kan, kan, kan.....? Ngeh ngeh


by,
Aimi A.Z yang nak buat sambungan AdaMaya---> AiMika. Best, best!

I WILL NOT swim...

...ever again!

Uish, tajuk mesti mau gempak. Apasal kau ni Aimi? Tebiat ke? Hahahahaha.... Aku bukanlah TAKKAN swim selama-lamanya, tapi aku TAKKAN swim dekat swimming pool dah. Sebabnya? Air laut lagi jernih dari air swimming pool. Uwaaaaaaaaaaa.............. saya mahu ke sana lagi!

Sekarang aku dah confius. Apasal air laut lagi bersih dari air swimming pool.


Tapi, mana tahan weh tak swim. Next trip pergi pulau pun tahun depan. Confirm aku swim jugaklah nanti dekat swimming pool yang tak berapa nak jernih tu. Terima jelah apa yang ada, kan?


by,
Aimi A.Z yang akan update aktiviti semalam selepas masak dan makan Nasi Lemak nanti. Tunggu....

Saturday, May 15, 2010

Separuh Jiwaku Pergi

Sebenarnya dalam kepala nak tulis tajuk; Separuh Akhir. Tapi apasal entah bila tangan menaip, dah jadi Separuh Jiwaku Pergi pulak. :P Itulah akibatnya bila terlalu kecewa. Tangan dah tak berhubungan dengan otak buat seketika. Oh, lupa pulak nak kasi salam, aku ni sebenarnya tengah cakap pasal Separuh Akhir Piala Thomas. Alah, yang Malaysia kalah dengan China tu..... takkan, tak tau kot. *wink*

Semalam, niat di hati taklah sampai nak pergi tengok kat stadium. Eh, tipu-tipu. Niat kat hati memang nak pergi tengok kat stadium, tapi memandangkan dah tau susah nak dapat tiket last minute camnih and memandangkan poket pun tengah kering maka hasrat untuk menonton di stadium pun terkubur.


Tapi tiba-tiba....


Dapat phone call dari Farah. Ada tiket free. Apa lagi? Meredah jem la lepas ofis semata-mata untuk menyokong pasukan Malaysia. Ingat kot dapatlah menyaksikan kemenangan secara LIVE tapi malangnya manusia hanya mampu merancang. Tapi, kalau dah tertulis malam tadi Malaysia akan kalah lawan dengan China, makanya kalah lah jugak.

"Tinggal kenangan" bak kata Farah


Tapi itulah, bak kata kawan aku di Facebook, "Bukan Malaysia yang tak melawan, tapi China yang kita tak terlawan." Usaha tu dah nampak, cuma luck yang takde. Malaysia kena tambah skil lagi untuk memastikan kita dapat menjulang Piala Thomas balik. atau mungkinkah bak kata Farah, Malaysia akan menang bila nanti next time Piala Thomas buat kat Malaysia lagi. Hm, bertahun lah menunggu.

Anyway, saya tetap menyokong Malaysia dan bukannya si hebat Lin Dan mahupun si hensem Denmark. Malaysia Boleh!


by,
Aimi A.Z yang kecewa tapi apa lagi yang nak dibuat?

Thursday, May 13, 2010

Macam-macam Aimi

Haih! Macam-macam yang aku nak update. Tapi, tak tau kenapa sangat busy sampai blog ini terabai. So, jom aku cerita summary blog aku untuk minggu ini;
  1. Malaysia berjaya masuk ke Separuh Akhir Piala Thomas
  2. Pergh! Best gila kot tengok perlawanan suku akhir. Walaupun sepanjang masa dalam keadaan berdebar dan rasa takut untuk kecewa tapi akhirnya berjaya jugak Malaysia kalahkan Denmark. Walaupun sebenarnya aku dah berpaling tadah dan menyokong si Hensem Denmark yang menang dengan Choon Han. Apa-apa pun, Malaysia Boleh! Teruskan usaha! Kalahkan China pulak. Tapi, Lin Dan tu sangat hebat. Boleh ke? 
  3. Adamaya sudah habis?
  4. Jadi, sekarang ni dah takde reason kenapa aku nak balik awal. dan dah takde reason kenapa aku tamau pergi gym. Oh, selama ni ko terhegeh-hegeh tutup komputer pukul 5.30 sebab AdaMaya lah ye Aimi? Kantoi! Tapi, sian weh Dani jadi gila. eh, tapi minggu depan baru leh start balik lambar sebab esok nak kena tengok Semi-Finals Thomas Cup. Ngeh ngeh~
  5. Aimi mahu berlari-lari anak?
  6. Hajat di hati nak masuk Ekiden Run hujung minggu ni, tapi malangnya ini perlukan 5-in-a-group. Dan nak cari 5 orang untuk buat aktiviti pun payah sekarang ni. Nampak sangat kawan dah semakin kurang. Perlu berbuat sesuatu  untuk menambah bilangan kawan or else? Hm, fikirlah sendiri. Eh, tapi kan Aimi, pathetic gila-lah ko. Nak cukupkan 5 dalam satu group pun tak mampu? Ish3x...

Itulah yang aku nak story tapi tak sempat. Yang lain tunggu esok. Sabtu ada banyak masa untuk berblogging.


Sekian.


by,
Aimi A.Z yang dah menangis-nangis akibat asyik menguap je nih...

Tuesday, May 11, 2010

Check out my latest collection!

Kawan-kawan, abang-kakak, pakcik-makcik, tok-nenek, adik-adik. Jom tengok kain terbaru. Jangan risau, kalau aku kenal korang, makanya korang layak untuk bayar installment. Hahahahaha. So, silalah mencuci mata di  Aimi Fabulous Textiles ye? :P

Salah satu yang menjadi idaman kalbuku

by,
Aimi A.Z yang belum habis update semua kain lagi...

Sunday, May 09, 2010

Hari untuk Umi

Apa specialnya hari ibu ni? Kenapa adanya Hari Ibu dan Hari Bapa tapi tak ada pula Hari Anak? Ini tidak adil dan boleh mendatangkan kemarahan. ngeh ngeh~ Ok, ok. Aku dah faham! Mungkin sebab semua manusia adalah anak tetapi tak semua manusia adalah ibu dan bapa. And that's why being a mother and a father kinda special and we have to celebrate it once in a year.

Untuk Umi, yang memang pembaca setia blog ni, Selamat Hari Ibu. Thanks for being here for us and thanks for being our mum. And since today is "your" day, then we'll let you do everything for us. Bermula dari makan pagi, then lunch and also dinner. Kalau ada hi-tea and supper lagi bagus. Hee~ Oh, apa-apa pun we always you. :P

Umi bersama anak-anaknya. Tapi, apasal macam tercicir 2 orang je?


...dan kepada semua yang bakal bergelar ibu juga diucapkan Selamat Hari Ibu. Especially to Irma Asyura Ahmad. Apa anak ko kasi Hari Ibu ni? Tendangan manja dari dalam perut ke? Hahaha... Takpe, mintak bapa kepada anak ko tu hadiah. Sure dapat punya! :P

Syu, kagum tak aku ada gambar ko "pregnant" masa tahun 2006 dulu?


by
Aimi A.Z yang mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar ibu...

Friday, May 07, 2010

Si Budak Setan?

Maaflah kalau tajuk di atas berbunyi agak kasar. Tapi inilah yang aku nak cerita. Aku tak sabar nak tengok cerita Lagenda Budak Setan. Bukan sebab pelakon dia or anything tapi sebab aku memang baca novel ni masa zaman gila-gila remaja dulu. Gila ke? Tapi, dah agak lupa dah jalan ceritanya dari mula sampai habis, so nak kena baca balik novel dia sebelum pergi tengok wayang. Barulah feel~ Wah, tak sabar!



Nota kaki. Wawa tak sabar tengok cerita ni sebab Farid Kamil je. Nak harapkan Wawa baca novel tebal-tebal macam ni? Kirim salam jelah~


by,
Aimi A.Z yang tunggu je siapa nak belanja tengok cerita ni. Tapi takpe, takde orang belanja pun aku pergi jugak...

Thursday, May 06, 2010

Niat Tak Menghalalkan Cara

Apa pandangan korang bila kerajaan berkira-kira nak bagi lesen pertaruhan untuk Piala Dunia? Siapa yang tak tahu apa benda mengarut yang aku cakap ni sila pergi Utusan Malaysia or klik je sini. Memanglah niatnya baik such as; taknak kasi pertaruhan haram berleluasa dan boleh menggunakan hasil pertaruhan untuk membangunkan sukan di Malaysia, tapi dah namanya pun bertaruh tu haram, so haram jugaklah, kan?




Tapi entahlah, nak cakap lebih-lebih pun susah. Dahlah sekarang banyak isu pasal blogger yang tak menghormati sensitiviti rakyat di Malaysia, kang tak pasal-pasal aku ter"famous" pulak. Taknaklah aku publisiti murahan macam tu. So korang pun kalau nak komen berlapik sikit ye? Hehe....


by,
Aimi A.Z yang takut nak komen lebih-lebih pasal isu semasa macam ni...

Wednesday, May 05, 2010

Sependek nama, seringkas hidup?

Aku tengah berkira-kira nak mengdelete account Friendster ni, sambil-sambil tu bacalah testi-testi yang pernah didedicated kat aku suatu masa dulu. Huhu, sangat mengimbau kenangan. Aku ni asyik mengimbau kenangan je lately ni kan? Sorrylah, entah apasal lah aku ni. Anyway, rasa macam nak copy-paste je semua testi-testi yang kawan-kawan kasi tapi nantilah kalau rajin. Sekarang ni aku nak mengembangkan cerita mengikut tajuk di atas; Sependek nama, seringkas hidup.

Actually, ada seorang kawan mengatakan perumpamaan itu di dalam testinya kepada aku. Ini antara keratan testinya;
...aku tak sesempoi ko, tak secerdik ko, tak sebijak ko, dan sewaktu dengannya. aku tak macam ko mi, they accept u as u're, and i'm not like u...sependek nama seringkas hidup. aku tak macam ko, bley ignore something macam tu jer. u're such a simple person in order to be u...such a weird sometime...

Bila baca balik semua testi-testi tu kan, bukan je dapat rasa perbezaan perhubungan di antara kawan-kawan tapi dapat muhasabah diri sendiri. Boleh tau macam mana diri sendiri dulu dan sekarang. Contohnya macam testi yang ni. Aku rasa sangat berbeza dulu dan sekarang. Aku dah tak rasa sempoi, cerdik mahupun bijak. Aku rasa sangat bengap dan bangang. Kalau belajar sesuatu tu, lambat je nak faham. Mungkin itu simptom bila semakin tua or maybe otak aku dah tak seaktif dulu lagi.

...dan mengenai aku yang merupakan seorang yang simple tuh, mungkin masih boleh diguna pakai dalam sesetengah perkara. Tapi, dalam sesetengah perkara, aku dah tak sama. I'm just not as simple as before. Aku dah tak boleh nak ignore sesetengah benda. Kadang-kadang sesuatu perkara  tu sangat lama bermain dalam kepala aku. Contohnya macam pagi tadi. Aku bengang dengan bos terhadap sesuatu perkara then otakku tak berhenti-henti berfikir dan bercerita. Buat kerja memang buat kerja tapi sambil menunjukkan reaksi mengajuk-ngajuk bos dan membuat muka menyampah. Agak lama untuk menghilangkan perasaan marah terhadap bos sekaligus mengignore sesuatu perkara. dan aku yakin dan percaya perkara itu membuktikan bahawa aku tak sesimple dulu.

Ayat "they accept u as u're" pulak memang langsung tak boleh diguna pakai dari dulu sampailah sekarang, sebab segala apa yang terjadi kat aku selama ni bukan sebab orang menerima aku seadanya, tapi sebab aku yang menerima orang seadanya. or maybe it's a win-win situation; orang menerima aku seadanya, dan aku juga menerima orang seadanya. eh, tapi macam tak percaya je yang orang menerima aku seadanya, kalau ada pun mungkin terpaksa. ngee~

Tapi, aku suka dengan ayat; Sependek nama, seringkas hidup. Mungkin boleh jadi motto hidup aku. :P Conclusionnya, Aimi sudah berubah. dan mungkin bukan menuju ke arah kebaikan. 


by,
Aimi A.Z yang lastnya tak jadi pun delete Friendster...

Tuesday, May 04, 2010

Jom Karaoke!

Ish, apasal tiba-tiba terasa nak berkaraoke dan melalak ni? Jom korang, kita nyanyi. Kat Alamanda baru RM1.50 per lagu. Nyanyi satu dua lagu cukuplah. Hee~

Lagu apalah yang aku bersemangat sangat nyanyi ni? Ish3x...


Nota kaki: Eh, Aspalela & Irma, ingat tak lagu kita berkaraoke di Ole-ole? Jom, lepas gian! :P


by,
Aimi A.Z yang tak apesal tah nak berkaraoke pulak malam-malam ni...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin