Wednesday, June 30, 2010

Maradona vs Messi

Ada pulak orang yang rajin membuat persamaan dan perbandingan mereka. dan kesimpulannya diorang memang sama. Macam bapak borek, anak rintik. Nah, tengok sendiri.


Apa-apa pun, Chaiyo3x Argentina!


by,
Aimi A.Z yang nak Argentina menang tapi tak sanggup tengok Maradona berbogel. Ish3x...

Tuesday, June 29, 2010

Kisah Tiga Dara Pingitan Bermandi Manda

Di suatu Sabtu, kelihatan tiga dara pingitan sedang bermandi-manda di sebuah sungai rahsia. Sedang bermandi-manda tercetus suatu idea untuk membuat lompatan together-gether. Pada mulanya si Dara A berasa amat malas untuk membuat lompatan, tetapi apabila sampai di atas batu, si Dara N pula berasa malas. Apa lagi, si Dara A pun mengamuklah. Ini adalah sambungan peristiwa yang berlaku;




...dan akhirnya si Dara A yang malas tetap malas. Apa nak jadi tu oi? Ish3x... dan akibatnya si Dara A dimarahi oleh si Dara N dan si Dara W. Haih~


by,
Aimi A.Z yang mengucapkan terima kasih kepada pencerita asal, yakni Encik Tripod. Versi Encik Tripod lagi best sebenarnya tapi versi penceritaan semula ni pun bolehlah tahan, kan?

Monday, June 28, 2010

The Back Up Plan

The Back Up Plan mengisahkan seorang perempuan bernama Zoe (lakonan J.Lo) yang telah menetapkan satu target umur kepada dirinya sendiri untuk berkahwin dan berkeluarga. Bila sampai saat dan ketikanya dia masih berjumpa dengan calon suaminya, maka dia telah menggunakan back up plannya yakni; mempunyai anak. Disebabkan tiada lelaki yang berkenan di hati maka dia telah menggunakan khidmat "tabung sperma" untuk mengandung. Tapi, siapalah yang sangka hari dia memasukkan sperma itulah hari dia berjumpa dengan sang putera. Ha, kat situlah semuanya bermula.

Masa diorang bercinta tulah macam-macam konflik yang jadi disebabkan oleh Zoe yang tengah pregnant. Tapi ada banyak adengan "romatik" yang menyebabkan filem tu diklasifikasikan sebagai 18. Budak-budak tak boleh tengok, tau. Tapi yang aku suka dalam cerita ni J.Lo gorgeous gilerr!  Alex O’Loughlin pulak biasa je tapi badan tough gilerr ar! Nah tengok gambar-gambar dalam filem ni;








Ha, yang gambar last ni best. Bukan apa yang best, tapi bantal ni yang best. Actually, bantal ni untuk perempuan mengandung, jadi sesiapa yang mengandung dan terasa nak beli tu, pergi lah beli. Tapi aku tataulah nak beli kat mana. Hehe~

Kesimpulannya, aku rasa cerita ni ok. Bukanlah best sangat, tak jugak tak best langsung. Cuma agak santai dan tak sesuai untuk tontonan budak-budak. Tapi yang pastinya kalau nak pergi tengok, pastikan korang tengok bersama kawan perempuan or boifren. kalau korang pergi dengan adik, dan adik korang pulak budget tough macam adik aku yang sorang ni, korang akan menyesal sebab nanti diorang cakap, "Boosannn!" sambil *yawn* Ish3x...


by,
Aimi A.Z yang dah tau apa back-up plannya tapi tak tau akan guna ke tak. Tunggu dan lihat...

Bermulanya Pencarian Kerja Secara Berperingkat

Entri ini adalah kesinambungan kepada kisah aku beberapa bulan lepas, bagaimana aku dalam dilema untuk stay di company sekarang atau pergi mencari kerja baru, dan bagaimana aku membuat keputusan untuk TIDAK mencari kerja baru dan terus kekal di company sekarang. Tapi hari ini, setelah beberapa bulan berlalu aku mengambil satu langakah kehadapan dengan mengapply kerja dan pergi interview.

Yup, aku baru pergi interview petang Jumaat dan mestilah masih belum dapat jawapan lagi. Tapi, aku pun tak tau samada jawapan apa yang aku nak dengar daripada diorang. Whether aku nak diorang cakap, "Aimi, you're hired!" ataupun aku nak dengar diorang cakap, "Aimi, you don't have what it takes to join us." Macam-macam perasaan yang wujud dan aku sangat-sangat tak tau apa perasaan aku yang sebenarnya.

Mungkin aku masih belum bersedia nak tinggalkan company sekarang dan sekaligus meninggalkan bos yang tengah susah sekarang. Mungkin aku tamau menjadi orang yang lupa daratan or even tamau jadi orang yang tak kenang budi. Ataupun mungkin jugak aku dah agak selesa di company ini sehingga tak rasa mau pergi ke mana-mana.

atau mungkin aku berharap sangat yang aku dapat bertukar company supaya aku dapat belajar benda baru dan menghadapi cabaran yang berbeza. Tapi selalu aku terfikir, dah sedia ke aku untuk sesuatu yang baru dan berbeza or aku masih terus di takuk lama, yakni sekarang? Haih~

Susah betul nak jawab persoalan hati dan perasaan sendiri. Senangg lagi nak jawab soalan interview hari tu rasanya. Hahahahaha...


by,
Aimi A.Z yang sebenarnya malas nak fikir sebab bukan tentu dapat pun lain. Hurm~

Sunday, June 27, 2010

Surat Kepada Nuffnang

Dear Nuffnang

Hari tu saya ada baca blog Kancil Biru. Tentang bagaimana dia cuba meletakkan ads yang lain di blog nya dan status Glitteratinya ditarik dan seterusnya dia insaf dan mendapat balik status Glitteratinya. Dan saat tu saya terfikir, betapa bertuahnya saya kerana saya tidak berlaku curang dengan Nuffnang dan sekaligus mengekalkan status Glitterati. Tetapi malangnya, semalam bila saya membuka akaun Nuffnang saya, ini yang saya nampak;


Saya juga telah menjadi Ordinary and non-exclusive member. Saya telah mencari di mana silapnya dan merasakan kemungkinan kerana saya mempromote YouthSays. Tetapi, bila saya remove gadget di blog saya ini semalam pun status membership saya tetap sama. 

Wahai Nuffnang, apa yang patut saya buat lagi? Dengan cek kedua yang sedang diproses dan dengan contest yang giat berlangsung, dan dengan trafik yang sedang berlumba-lumba naik, inikah balasannya untuk saya? Bagilah balik status tu, saya janji saya tak buat dah. :P Lagipun, manalah saya tau yang YouthSays tuh tak boleh dipromote jika mempromosikan Nuffnang. Haih~

Itu jelah saya nak cakap. Saya dah kecewa bangat ni. Tak mampu nak keluarkan perkataan lagi.


Yang keciwa,
Aimi A.Z

Wednesday, June 23, 2010

Stok Baru yang Mampu Dimiliki!

Mampu dimiliki tu macam merujuk kepada rumah ataupun harta, kan? Hehe. Actually, cuma nak bagitau yang ada kain-kain baru di Aimi's Fabulous Textile. Jenis kain Jacquard Korea dan harga yang sangat murah yakni RM50. Selalu sangat ada orang tanya, "Aimi, apasal kain ko mahal sangat?" Ha, ini ada kain yang mampu dimiliki sebab cuma RM50 je sepasang. Jadi, marilah kita sama-sama bershopping kain walaupun aku masih boikot taknak beli kain~

Wa..................... aku nak juga beli kain buat baju kurung. Huhu...

Saya sangat suka JK011, tapi malangnya, hati saya masih belum terubat...


Anyway, selamat bershopping!


by,
Aimi A.Z yang shoppingkan kain untuk orang je, untuk diri sendiri tengok jelah....

Aiz Batu Campur: Tips Untuk Mendapatkan Tiket Wayang Secara Percuma

Seperti yang korang semua yang selalu menyinggah di blog ni tahu, sekarang ni aku banyak menghabiskan masa menonton wayang secara percuma. dan banyak soalan dan pertanyaan yang aku dapat bertanyakan Bagaimana Untuk Mendapatkan Tiket Wayang Secara Percuma dan di sini aku akan berkongsi tipsnya.

  1. Mula-mula anda perlulah mempunyai sebuah blog. Tak kisah aktif berblogging ataupun tidak. Yang penting ada blog.
  2. Kemudian anda mendaftarkan diri di Nuffnang. Buat sesiapa yang tak tahu, Nuffnang adalah salah satu advertising company yang menggunakan blog sebagai medium. 
  3. Kemudian, anda boleh join segala contest untuk melayakkan anda memenangi tiket wayang. Tapi yang pastinya jadilah sekreatif mungkin or else tiket wayang akan melayang kepada orang lain.
Cepat-cepat. Jom ramai-ramai kita tengok wayang free. sekarang ni contest untuk tengok Inception dan Eclipse. Eclipse aku dah buat, tapi Inception masih tak ada idea lagi nak buat. Oh, ada jugak contest untuk menang Sony TX5. Saya mau, saya mau!

Jadi, marilah ramai-ramai kita mengikuti tips Aiz Batu Campur yang pertama dari aku ni. :P



by,
Aimi A.Z yang lastnya baru nak bagitau, kalau tak dapat ikut tips ni pun takpe, korang berkawan je dengan orang yang rajin buat contest ni macam Ihsan, untung-untung boleh dapat tiket free tanpa berbuat apa-apa, macam aku. *ngehngeh* Terima kasih, Yan!

Tuesday, June 22, 2010

Adakah Back-up Plan itu Perlu?

Selepas menonton back-up plan semalam, aku mula berfikir-fikir apa kepentingan back-up plan ini kepada manusia sejagat. dan specifically apa back-up plan aku dan apa kepentingannya kepada aku. Of course aku ada back-up plan aku sendiri, tapi sejauh mana aku mampu merealisasikan main plan aku supaya aku tak perlu menggunakan back-up plan dan sejauh mana back-up plan tu dapat memback-up aku.

Mesti pening korang baca apa yang aku melalut ni kan? Takpelah, tunggu jelah review movie ni dari aku baru korang faham apa yang aku cuba sampaikan. :P



by,
Aimi A.Z yang sedang menunggu ketibaan Blog Kit baru mahu menulis review. Yan, jangan lupa share Blog Kit tau. Hehe...

Sunday, June 20, 2010

Saya adalah seorang student yang rajin...

...pada suatu masa dulu. Tapi sekarang taktau ke mana hilangnya kerajinan itu. Mungkinkah kerajinan itu sudah pergi ke sesuatu tempat yang lain? Haih..

Aku baru sedar tentang kerajinan aku bila hari ini aku mengemas buku dan nota lama sejak zaman diploma lagi. Nota tu sebenarnya elok je terletak kat dalam stor, tapi bila Encik Abah mengemas stor tadi makanya aku pun mengemas dan membuang nota-nota yang tak patut disimpan lagi. Tapi tulah, nak dibuang sayang, nak disimpan semak.

Nota-nota yang banyak


Bila tengok nota-nota ni baru terbayang dan teringat betapa rajinnya aku. Bila semester baru bermula, aku akan pastikan yang aku akan mempunyai stok buku nota yang mencukupi. Dan yang pastinya warna-warni itu wajib. Dan setiap buku nota tu akan aku labelkan dengan subject yang aku ambil pada semester tu. Dan setiap buku wajib ada nama aku; Aimi A.Z. Oh, dan setiap semester aku akan pastikan design buku nota aku adalah berlainan dari semester-semester yang sebelumnya. Aku memang baru rasa betapa rajinnya aku, suatu masa itu.

Design yang lain menandakan semester yang lain


Untuk akhir semester dan menjelangnya minggu peperiksaan pulak, aku akan menyiapkan nota-nota yang pelbagai rupa dan bentuk dan sekali lagi semestinya berwarna-warni. Aku takkan buat nota kalau aku tak faham, tu sebabnya segala nota yang aku buat takkan sama lah dengan nota orang-orang lain. Setiap formula pulak akan aku tulis dengan berwarna-warni dan terang supaya aku hafal setiap formula. Aku ni memang lembab gila nak hafal formula tu sebab aku kena tulis semua formula. Eh, jangan kata formula je, kalau fakta semua pun susah la aku nak ingat. Kalau bab bantai-membantai tu aku tererlah. Hehe

Antara nota aku yang berwarna-warni


Tapi, itulah. tak semua semester aku rajin. Selalu awal semester memang rajin, tapi kalau akhir semester aku rajin ikut subjek. Kadang-kadang Selalunya memang tak rajin. dan sebenarnya aku memang bukan seorang pelajar yang rajin. Kalau tanya kawan-kawan aku diorang taulah betapa malasnya aku. Macam mana penatnya diorang kena paksa aku belajar, dan macam mana bengangnya diorang tengok aku tidur bila esoknya aku ada test. Aku tak suka belajar, tapi terpaksa belajar. So, apa nak buat?

...dan tengah-tengah mengemas aku jumpa kertas ujian yang mencatat markah terburuk dalam hidup aku. Memang tak belajar dan tak datang kelas pulak masa lecturer ajar topik tu. dan hasilnya;

Ini pun markah kesian. Hahahahaha


Tapi, nasiblah aku dapat juga habiskan diploma dan degree on time tanpa repeat satu subject pun. Masa master ni je bengap sikit repeat dua paper lepas tuh tak grad-grad lagi sampai sekarang. Ish3x... apa nak jadi Aimi oi? Cepatlah dapatkan balik kerajinan kau dan habiskan Master cepat-cepat sekaligus fikir nak sambung belajar kat mana pulak lepas ni. *pengsan*


by,
Aimi A.Z yang teringin nak sambung belajar kat oversea tapi tak berkesempatan lagi. PhD, perhaps?

Apa sebab hujan?

Bila hujan, aktiviti di luar semua terbatal. Walaupun sebenarnya merancang untuk bermain layang-layang tetapi biasalah, manusia hanya merancang. Jadi untuk menggantikan aktiviti bermain layang-layang yang terbatal akibat hujan itu, kita mesti mencari sesuatu aktiviti yang mengakibatkan hujan semakin lebat yakni;

berKaraoke


Jadi, kalau korang rasa hujan turun dengan lebat semalam terutamanya di kawasan Wangsamaju, ini adalah penyebabnya. Jangan marah~ Hehe


by,
Aimi A.Z yang harus mengupdate blog cepat-cepat dan seterusnya perlu mengemas buku-buku lama semasa zaman degree dan diploma dulu. Ada sesiapa nak mewarisi notes2 aku yang berwarna warni tu? :P

Saturday, June 19, 2010

Hari Sabtu adalah Hari Berbisnes

Bukan aku menjual kat pasal malam or aku pergi menjaja kuih dari rumah ke rumah pun hari ni, cumanya aku menguruskan hal-hal yang berkaitan bisnes untuk hari ni. My siblings nak tengok wayang and aku pulak harus menguruskan bisnes? Ish3x... Takpe aimi, Usaha Tangga Kejayaan.


Apa yang nak diuruskan?



Aku harus berjumpa dengan dealer dan menyerahkan kain-kain aku untuk dijual. Harap-harap habis semua lah laku. Boleh shopping dan bergumbira. Ha, ada sesiapa yang berminat nak jadi agent or dealer? Nanti aku kasi commisyen. Kalau ada, korang tau kat mana nak contact aku. Hehe...



Aku harus mendecor chocolate dan mendelivery kepada customer. Di Wangsamaju. Itu hal petang nantilah. Ha, ada sesiapa nak order coklat untuk door gift or hantaran bagai? Sila ke blog untuk info ye? Ha, nak jadi dealer pun boleh. Tambah-tambah lagi untuk musim raya nanti. *wink*


Ha, alang-alang petang ni nak pergi Wangsamaju, tak lengkap lah kiranya kalau tak jumpa Cik Non. Kalau dah jumpa Cik Non tu mestilah bergosip dan bermain layang-layang. Tak pun karaoke ke. Ada sesiapa nak ikut? Jom! Kalau tak, macam romantik sangat je aku berdua-duaan ngan Cik Non. Haha...




Jadi kesimpulannya, bisnes bisnes jugak, bergumbira itu mesti. Kalau tak macam mana hidup nak berwarna-warni~


by,
Aimi A.Z yang berjaya mengupdate kesemua 4 blog di pagi Sabtu. So, check it out!

Friday, June 18, 2010

Duit Habis, Hati Sakit...

Ini ayat yang selalu abah cakap masa dulu. Sekarang ni macam dah jarang dengar. Mungkin sebab sekarang hati dah senang kot. Btw, hari ni sejarah lama berulang kembali. Kalau dulu aku kena dengan Makcik S, hari ni aku kena dengan Abang A. Aku sebenarnya taktau la nama dia, tapi since dia lelaki, then aku belasah jelah guna Abang A.

Yang aku tak faham tu kenapa semua tailor nak boikot aku? Kenapa semua tailor tak pandai nak ikut arahan? dan kenapa semua tailor suka membazirkan duit aku beli kain mahal-mahal tetapi at the end baju tu aku tak pakai pun. Apalah masalahnya dengan diorang ni. Bukannya aku suruh buat baju fesyen bagai. Baju kurung je pun. Bukan kurung moden or apa. BAJU KURUNG BIASA. Susah sangat ke?

Hoi, memanglah aku gemuk melampau. Tapi apa masalahnya korang nak kecikkan baju aku? Or apa masalahnya korang nak besarkan baju aku. Aku dah kasi contoh. Ikut jelah contoh. Kalau bahu dia 18" buat jelah 18". Tak payahlah nak buat 17" sebab rasa 18" tu besar sangat or even nak buat 19"  sebab takut nanti kalau buat  18" aku tak muat pulak. Susah sangat ke nak meniru? Bukannya nak kena fikir pun. Ukur, potong. Ukur, jahit. Ukur, siap.

Dengan ini, aku boikot semua tukang jahit. tak tau sammpai bila tapi yang penting sampai aku habis emo. dan mungkin memang aku ditakdirkan untuk jahit baju sendiri. dan kepada tailor yang terasa bila baca entri aku ni, aku mintak maaf. Aku geram sebab dah berapa banyak tukang jahit pun, hasilnya tetap sama...


by,
Aimi A.Z yang geram sebab semua tailor pun sama. Makcik S, Abang A, Kak M, Auntie D dan semua pun sama. Asal baju aku je semua tak ikut spec. Haih~

Full House

Aku bukan nak cerita pasal cerita Korea Full House tu, aku nak cerita keadaan rumah aku yang tengah penuh sekarang ni. Kenapa penuh? 



Kenapa rumah saya penuh? Sebab sekarang ni semua orang berada dalam rumah. Jom aku listkan supaya korang semua senang faham;
  1. Abah & Umi Of course sentiasa ada di rumah. Cuma kadang-kadang abah or umi pergi outstation barulah diorang takde. itupun sekarang dah jarang sangat diorang pergi outstation sejak kerajaan kurangkan budget untuk outstation.
  2. Kak Lala Dua tiga menjak ni dia asyik pergi outstation tapi sekarang dia ada di sini, di Putrajaya.
  3. Aku Memang ada kat rumah, mana lagi aku nak pergi selain pergi balik kerja?
  4. Shazni Dulu dia kerja shif malam but now baru tukar kerja, so dia pergi dan balik kerja pada masa yang biasa. Macam aku dan orang-orang lain di rumah ni.
  5. Ihsan Sepatutnya dia dah start sem tapi memandangkan dia tak dapat hostel lagi makanya dia memerap di rumah.
  6. Aizat & Wawa Walaupun diorang pun penghuni tetap macam aku, tapi sekarang ni kan cuti sekolah, makanya lebih banyak masa yang diluangkan di rumah.
Jadi, rumah pun penuhlah. Bukanlah aku tak suka bila semua orang ada kat rumah, apatah lagi merasa tak bersyukur bila semua orang ada, tapi banyak perang psikologi yang terpaksa aku main. Contohnya seperti aku terasa seolah-olah hari Sabtu or Ahad sebab biasanya time Sabtu Ahad yang rumah penuh. Jadi, bila bangun pagi-pagi tengok-tengok bukan hari Ahad, kan dah frust.

Itu satu, lagi satu bila esok umi, abah, Kak Lala cuti. Aizat & Wawa dah memang cuti sekolah. Ihsan pulak takde kelas, kot! Makanya aku dan Shazni je yang kerja esok? Diorang nak tengok wayang la nak pergi shopping la tapi aku? Perlu menghadapi kerja kat pejabat. Kan tak best. Ish3x....

Selain perang psikologi, yang tak bestnya bila tak dapat nak conquer sesuatu perkara and in this case, TV. Kat rumah ni ada 2 TV, kat atas dengan kat bawah tapi decodernya ada satu je. Maknanya, apa yang orang atas tengok, orang bawah terpaksa tengok. Musim-musim bola ni, for sure lah aku nak tengok bola, tambah-tambah bila Argentina lawan. Yang peliknya, adik-adik lelaki aku semuanya tak suka tengok bola, dan diorang mau tengok Glee. Tapi, yang menyebabkan aku menang dan dapat tengok bola tadi sebab 1) Aku yang pegang remote dan 2) Encik Abah di pihak aku mahu menonton bola. Maka, peminat-peminat Glee hanya mampu membebel-bebel dan akhirnya mencari benda lain untuk dibuat. Kasihan~ Tapi, kalau aku pulak kat sebelah pihak yang kalah mesti tensen.

Jadi makanya, aku tetap kena kerja esok. Waaaaaaaa~


by,
Aimi A.Z yang belum lagi cerita kelebihan bila Full House maka makan sedap-sedap sebab umi "over" rajin masak bila anak-anak semua cukup. Hehe~

Tuesday, June 15, 2010

Toy Story 3 (3D)

Selepas Karate Kid, Toy Story 3 ini adalah filem kedua yang aku diberikan peluang untuk menonton premier nya. dan kali ni barulah terasa agak best sebab ada masa untuk aku membuat review sebelum sempat cerita ni keluar di wayang. Barulah terasa kemanisan menonton filem sebelum orang lain menontonnya. *wink*



Seperti yang semorang tau, Toy Story 3 ni adalah kesinambungan daripada Toy Story 1 & 2. Cuma kali ni plotnya lain sedikit yakni menceritakan tentang perasaan toys bila penjaga mereka (dalam kes ini, Andy) yang sudah besar dan sudah tidak bermain dengan toys nya. In fact, Andy akan ke kolej dan sedang memikirkan apa yang patut dibuat dengan toysnya. Dalam kes ni Andy merasakan; Nak dibuang sayang, nak disimpan tak mahu. Pandai-pandai je aku teka Andy berperasaan macam ni. Haha



Berlakunya sedikit salah faham menyebabkan semua toys Andy dihantar ke Pusat Penjagaan Kanak-kanak Sunnyside dan di sanalah cerita sebenarnya berlaku. Menceritakan macam mana pusat yang disangkakan heaven pada mulanya bertukar menjadi neraka, macam mana mereka yang disangkakan malaikat sebenarnya adalah ular yang membelit, dan macam mana love at first sight yang akhirnya? Teka sendiri~ dan macam mana pula mereka sedar akhirnya bahawa Andy adalah penjaga yang terbaik.








...dan banyak character baru yang muncul dalam cerita ni. Yang aku tak puas hatinya sebab Peas-in-a-Pod muncul sekejap sangat. Ceh! Dah lah comel, tapi sekejap je muncul. Tak berbaloi. Hehe~


Kesimpulannya, sebuah movie yang menarik untuk ditonton. Seronok dan ada banyak nilai-nilai yang boleh dipelajari. Last part agak sedih dan mungkin ada orang yang akan cipta rekod sebab menangis tengok cartoon. Bukan aku ye! dan kepada sesiapa yang alergik dengan cermin mata 3D tu, tak payahlah pergi tengok, buat poning kepala je. :P

Saya kasi;


by,
Aimi A.Z yang masih belajar buat review yang jujur tapi tak membocorkan klimaks cerita tetapi tetap menarik untuk dibaca. Ha, camner tu? 

Monday, June 14, 2010

Balik Kampung & BerReunion

Remember my last post yang kunonnya nak cerita pasal pengalaman naik keretapi untuk balik kampung? Tak ada apa yang menarik pun untuk diceritakan sebab saya hanya tidur di sepanjang perjalanan. So, baik aku cerita benda yang lagi menarik yakni aktiviti di kampung. Ooooo, balik kampung~

Kampung aku sebenarnya di Ipoh. dan definisi kampung bagi aku adalah di mana beradanya opahku. Tetapi, gambar ala-ala berhari raya di kampung seperti di bawah adalah ditangkap di kampung orang lain iaitu di Tanjung Belanja. dan saya sangat sukakan gambar-gambar ini. Credit to photographer yang sanggup berlari-larian ke bawah rumah untuk menangkap gambar ini. *wink*

♥ this pics

Gambar ni pun aku suka sebab akulah si Photographer. *wink*

Plan asalnya aku yang nak balik Ipoh sebab nak pergi kenduri kawan sekolah rendah aku merangkap kawan baik aku semasa sekolah rendah merangkap penolong ketua darjah iaitu Nur Adlin Puteri. Tapi, bila my mom tau aku nak balik Ipoh, dia pun tak melepaskan peluang balik ke Ipoh nak berjumpa Opah dan memandangkan pula ada kenduri sedara mara di kampung. So, jadilah ala-ala percutian keluarga walhal tak pun. 

Berbalik kepada kisah reunion aku. Seperti yang aku katakan tadi ini adalah reunion dengan rakan-rakan sekolah rendah. Aku meninggalkan sekolah rendah lebih kurang 14 tahun yang lepas, pada tahun 1996. Sungguh lama masa tu berlalu sekarang kitorang mengambil peluang untuk berjumpa balik. Setelah dipertemukan dengan Friendster dan Facebook. Bagus kan Sosial Network macam ni. :P Tapi biasalah, tak semua yang dapat menghadirkan diri. Satu kelas dulu ada lebih dari 40 orang murid, tapi cuma ada 30 lebih je yang baru berjaya dijumpai di dalam Facebook, dan dalam 30 lebih tu hanya 11 (termasuk pengantin ialah 12 orang) yang dapat menghadirkan diri. Tapi, oklah untuk permulaan. Diharapkan selepas ni akan ada lagi dan akan ramai lagi yang akan menjoin. InsyaAllah...

Inilah rupa kami setelah 14 tahun. Ada yang masih maintain. Ada yang dah ada anak. Tapi kebanyakannya sudah mem"bina" badan, termasuklah aku. *wink*

Sang Pengantin a.k.a Nur Adlin Puteri

Aku pernah cerita pasal Adlin di sini. Sila baca kalau nak tau ye? :P Pengalaman berjumpa dengan rakan-rakan sekolah rendah ni susah nak digambarkan. Memanglah excited, tapi dalam masa yang sama ada rasa malu-malu kucing. Maklumlah, aku ni dah lah memang sedia malu dan berat mulut sebenarnya, jadi susah jugak la aku nak beramah mesra kalau semua pun sama je macam aku. Tapi aku rasa semua tengah cover lagi ni, nanti bila jumpa lain kali mesti dah kecoh dan bising, terutamanya aku. Ish3x...

Comment yang aku terima tentang aku setelah 14 tahun;
  • Senyum tak berubah, dan masih suka senyum & sengih walau orang cakap apa pun
  • Spek dah modern, tak macam dulu
  • Muka masih oldskool
Maknanya, Aimi dulu dan sekarang, tetap sama. masih maintain walaupun dulu taklah se"besar" ni. Hahahaha. Apa-apa hal pun, saya menunggu masa di mana kita akan berkumpul lagi, wahai Mahatarians. dan kepada budak-budak sekolah tu, mungkin lah sekarang korang tak rasa macam kawan korang tu patut dihargai, tapi bila korang dah berada di zaman lain, korang akan menghargai each and every moment yang korang ada dengan setiap kawan korang tu. Jadi, add lah cepat-cepat kawan sekolah rendah korang kat Facebook, nanti bila besar senang nak buat reunion. :P

by,
Aimi A.Z yang memang rasa diri sendiri tak banyak berubah pun....

Friday, June 11, 2010

Balik kampung...

Wahai semorang,
Saya ni nak balik kampung. Kampung saya dekat Ipoh, Perak. Saya nak balik kampung naik keretapi. Nanti saya cerita pengalaman balik kampung naik keretapi ye? Mungkin saya dapat tengok bola di dalam keretapi, atau mungkin saya tidur je dalam keretapi. Semua tu saya cerita bila saya balik Putrajaya ye? Kampung saya takde internet, maka jangan rindu-rinduan kat saya ye?

Selamat berhujung minggu...


Yang benar,
Aimi A.Z

Thursday, June 10, 2010

The Karate Kid

Semalam adalah harinya aku menonton Premier Screening of The Karate Kid. Dapat tiket hasil dari belas ehsan Ihsan yang memenangi tiket itu hasil daripada 50 komen yang terkreatif. Anyway, premier screening hanya sehari sebelum tayangan asalnya maka tak sempat nak menulis review dan tak puas hendak berlagak dah tengok The Karate Kid. Mungkin sebab niat pun dah salah. Tapi, takpe. minggu depan ada Toy Story 3 yang akan ditengok 3 hari awal dari tayangan asal. Yippi!


Ini kali pertama aku dapat peluang macam ni dan ini juga kali pertama aku pergi menonton wayang dan terpaksa meninggalkan telefon di kaunter. Yup. Perlu beratur dan meninggalkan handphone di dalam sampul surat yang disediakan even though handphone aku taklah handphone canggih pun. Cuma ada kamera yang tak seberapa nak tinggi kualitinya tetapi terpaksa juga ditinggalkan di luar. Plus ada security check macam di airport, siap menyelongkar beg aku yang berselerak itu lagi. Haih! Macam ni ke cara diorang nak menentang piracy?

Back to the movie, cerita ini mengisahkan seorang budak kulit hitam bernama Dre yang terpaksa berpindah ke China sebab maknya berpindah kerja. Belum pun sampai sejam Dre kat China dia dah dipukul. Dre sangat bencikan life di China sebab asyik dibuli sehingggalah dia ternampak kehebatan Mr. Han yakni Jackie Chan. Dan ada peristiwa yang terjadi menyebabkan dia berguru dengan Mr. Han dan masa tulah baru bermula segala aksi lasak yang  menarik dan tertarik. Bagi aku perjalannan cerita pada permulaan agak lambat tapi bila samapai part dia mula berguru tu dah start best. Bukan lambat as if it is boring, tapi mungkin expectation aku yang agak tinggi yang nak start action dari mula-mula sampai ke habis yang menyebabkan aku rasa cerita tu lambat. Overall, sangat menarik untuk ditonton. dan  ini bukan kenyataan bias!


Saya kasi;

by,
Aimi A.Z yang akan cuba buat review yang sejujur-jujurnya untuk setiap movie. Wah, macam banyak sangat je movie nak tengok...

Monday, June 07, 2010

Saya dapat tiket Toy Story 3...

...daripada Nuffnang. Terima kasih Nuffnang sebab menganugerahkan 2 keping tiket menonton Toy Story 3 di Mid Valley. Premiere Screen lagi. Wah, sangat gembira. Tapi, masih berfikir-fikir nak bawa siapa.

Anyone yang nak offer diri? :P


by,
Aimi A.Z yang dipaksa buat satu entri lagi untuk membolehkan dia memenangii tiket. Hoi! Ada pulak suruh orang buatkan blog post. Ish3x... Sapelah tu...

Saturday, June 05, 2010

Bila kita ingat kita nak senangkan orang...

Touch & Go aku dah kehabisan duit, makanya aku pun masuklah lorong tunai. Tapi, sebab awal-awal aku dah tau T&G aku dah takde duit, jadi aku dah sediakan duit secukupnya yakni RM2.50. Duit syiling pun termasuk dalam kategori duit, jadi aku sediakan RM2.50 semua dalam bentuk syiling. Aku fikir senang sikit;
  1. Senang bagi aku sebab aku kasi je duit dan tak perlu tunggu lama untuk dapatkan baki.
  2. Senang bagi penjaga tol sebab tak payah sibuk nak bagi baki sebab aku bagi duit cukup-cukup.
  3. Senang bagi orang belakang tak payah tunggu lama nak tunggu penjaga tol tu kira duit baki aku.
Tapi, bila aku bagi je duit syiling tu, ini jawapan yang aku dapat;

Tak ada duit kertas ke kak? Banyak sangat duit syiling dah ni.




La, dah macam tu pulak. Ingat nak senangkan orang, tapi rupanya aku jugak yang susah nak cari duit kertas nak kasi kat si penjaga tol dan juga susahkan orang lain sebab tunggu aku mengorek duit kertas. dan akhirnya semua orang pun susah walaupun niat asal aku nak senangkan orang. Haih~

Yang pastinya aku tak rasa aku yang salah.


by,
Aimi A.Z yang ingat nak senang tapi susah jugak yang dapat...

Friday, June 04, 2010

I wanna watch Toy Story 3

Seperti biasa, bulan Jun adalah bulan yang paling best buat peminat filem sebab bulan Jun banyak gila keluar movie best-best. Almaklumlah, time summer. Walaupun setiap bulan adalah 'summer' di Malaysia tapi tetap bulan Jun punya movie sangat best. Seperti hari Sabtu ni saya mau nonton Lagenda Budak Setan. dan Rabu depan saya harus nonton Karate Kid, hasil daripada ehsan si Ihsan untuk membawa 'kakak kesayangan' dia ni pergi Premiere Screen untuk Karate Kid. dan ada satu lagi filem yang ku mau nonton tapi, masih tak ada tiket yakni;

Toy Story 3


Wah2x. Macam best ini cerita. Opps! Let me rephrase the sentence. Macam best ini part 3. Sebab Toy Story and Toy Story 2 pun sudah best, apatah lagi Toy Story 3 ni pulak. Tambah-tambah tagi bila Toy Story 3 adalah dalam bentuk 3D. Yup, you read it right. Toy Story 3 is in 3D.

Toy Story 3 is in 3d

Tadi baru tengok trailer dia dah rasa best. Tapi ada rasa sedih. and rasa teruja. Sinopsis yang aku reka hasil dari pemerhatian melalui trailer;

Andy nak masuk kolej. and Andy dah besar untuk main permainan dia semua. Bila mak Andy tanya dia nak buat apa dengan permainan dia, then he decided to do something with all the toys. Mungkin dia jual kat kedai secondhand kot. Then, the toys decided to run away from that damn store. Mestilah diketuai oleh Woody dan Buzz. dan mission mereka adalah, "No toy gets left behind." So terjadilah kisah bagaimana percubaan-percubaan untuk melepaskan diri.

Pergh, baru tengok trailer dah tau cerita. Bagus kan Cik Aimi ni. *wink* Tapi itu tak bermakna aku taknak tengok. Tengok mesti tengok. Lagi semangat nak tengok pun ada. Sabar Aimi, sabar. Kalau ada rezeki tu tak lari ke mana. :P

Eh, hampir terlupa. Kalau kat kedai toys tu mestilah akan jumpa toys baru and aku paling tak sabar nak tengok;


Sebab macam comel je diorang ni. Lagipun tak nampak pun kaki diorang, macam mana diorang nak lari? Ish3x. Jadi, saya mau nonton ini cerita. Can't wait! :P


by,,
Aimi A.Z yang cuma nak cakap, Better Late than Never, rite?

Wednesday, June 02, 2010

Tumpang tanya, kat mana ada jual idea?

Ada sesiapa yang tau dekat mana nak beli idea tak? Aku nak kena beli sekilo dua idea ni. Tapi kan, kalaulah ada jual, macamlah aku ni mampu nak beli. Aih, idea oh idea, datanglah idea...


Gambar ni semata-mata nak tunjukkan walaupun aku nampak gembira dan bahagia, namun otakku berkerja kuat, berhempas pulas memikirkan idea untuk dua perkara di bawah ni;

Pertama, aku memerlukan idea untuk menulis blog entri yang menarik-dan-terbaik-dan-sekreatif mungkin supaya aku boleh memenangi one of these smartphones. Blog entri adalah mengenai event Break Free with Digi party yang telah berlangsung minggu lepas. Memanglah aku dah tulis blog entri untuk party tu, tapi itu adalah unofficial version untuk dipost sebagai entri kemenangan menang ke? dan sekarang aku masih mencari-cari idea untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik dan sekaligus mendapat BlackBerry free. Jadi anda semua, tolonglah saya...



...dan yang kedua adalah idea untuk menggubah coklat untuk dibuat hantaran. Ada 2 tempahan untuk disiapkan pada minggu ni. Satu bertemakan lavender, dan yang kedua bertemakan biru. Jadi, aku perlukan idea dengan cepat. Sekali lagi korang kena tolong aku mencari idea. Haih...



Jadi, kepada mereka yang tau dekat mana ada jual idea, bagitaulah aku ye? Tapi jangan mahal-mahal sangat, nanti tak mampu pulak nak bayar. *wink*


by,
Aimi A.Z yang dah sakit otak memikirkan idea-idea yang tak datang-datang...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin