Saturday, July 31, 2010

Why Vampires Suck?

I really don't know why because I'm so into vampires! Oh, Edward Cullen~

...but perhaps I could list down something about vampires especially Edward Cullen that I don't like the most.

  1. Vampires suck kerana mereka sangat putih. or boleh tak kalau cakap yang mereka sangat pucat? Better lagi Jacob Black yang hitam manes. I loikee...
  2. Vampires suck kerana mereka senang sangat mati. Besides the fact yang mereka boleh hidup selama-lamanya, tapi hanya dengan satu pukulan, mereka boleh pecah macam air batu yang terhempas di tanah. What a shame...
  3. Vampires suck kerana mereka tidak boleh tidur. Apa nikmatnya menjadi orang yang tak boleh tidur kerana tidur itu adalah nikmat. Jom tidur! :P
  4. Vampires suck kerana menghalang percintaan antara werewolf dengan manusia. Sedangkan werewolf lagi best dari vampires sebab werewolf seperti Jacob Black adalah sangat hot.
  5. Vampires suck kerana hanya dengan sekali suck anda akan transform menjadi vampires. Tak mencabar langsung. Bella Swan je yang susah sangat nak jadi vampires. Haih~


Jadi, marilah sama-sama kita menonton Vampires Suck. Movie ni macam didedikasikan kepada pembenci-pembenci vampires especially Twilight Saga sebab watak dia pun nak lebih kurang sama. Cuma dengan lebih exaggeration dan lebih annoying. Ha, dan tiada serigala. Pengganti serigala adalah Chihuahua. What the...? dan ia adalah cerita lawak (I do think so!) Can't wait....

Itu saja. Sekian!


by,
Aimi A.Z yang cuba mendapatkan tiket free untuk filem Vampires Suck...

Street Smart vs Book Smart

Yang mana satu pilihan anda? Street Smart atau Book Smart? Tak tau perbezaan antara dua? Mari baca ini entri. *wink*


Street Smart
Anda tidak mempunyai pendidikan yang tinggi. Cukup setakat ada SPM. Tapi anda berusaha untuk memajukan diri sendiri dan tak berada di takuk yang sama. Sekarang ni gaji anda sama dengan rakan anda yang mempunyai kelulusan degree dari universiti yang terkemuka. Dari segi pangkat, anda agak rendah daripada rakan anda tetapi pengalaman anda yang anda ada lebih berharga daripada bergulung-gulung ijazah.


Book Smart
Anda mempunyai peluang untuk belajar. Dari Diploma sehinggalah ke Master atau mungkin PhD. Kerjaya anda lambat bermula kerana tempoh pengajian anda yang lama. Bila berkerjaya, anda terus mempunyai pangkat yang agak tinggi kerana kelulusan anda. Tetapi, oleh kerana anda masih baru, gaji anda tak seberapa nak banyak. Sama je gaji anda dengan "orang bawahan" anda yang sama umur dengan anda tetapi lebih berpengalaman dan lebih awal mula bekerja.


Jadi yang mana satu pilihan anda?


Bagi aku, depends on priority setiap individu. Apa yang korang kejar dalam hidup ni? Ada sesetengah orang mempunyai peluang yang lebih daripada orang lain. Tapi, sama ada kau orangnya yang pandai merebut peluang yang ada atau adakah kau orangnya yang pandai memanipulasi sesuatu peluang itu untuk membentuk kejayaan untuk diri sendiri, itu kena tepuk dada tanya selera. Dan setiap satu pilihan tu ada kelebihan dan kekurangan. Jadi, apa pun yang korang pilih samada Street Smart ataupun Book Smart adalah pilihan kau sendiri. dan hanya kau yang mampu mengubahnya. Bukan orang lain. Hanya kau!


Street Smart or Book Smart doesn't matter as long as you are smart!


by,
Aimi A.Z tak mandi-mandi lagi sebab berblogging. Ish3x, apa nak jadi nih?

Wednesday, July 28, 2010

Detik Cemas Dua Beradik

Aku tengah berkira-kira nak menulis entri sebab banyak sangat yang hendak ditulis, tapi aku memilih untuk mengkomen tentang berita ini: Detik Cemas Dua Beradik. Sila klik untuk berita penuh di Harian Metro.

Aku rasa mak bapak kepada dua beradik ni bodoh. Bodoh di sini bermaksud memang tersangatlah BODOH. Mintak maaf la kalau komen aku ni mengguris hati dan perasaan mereka mahupun kaum keluarga mereka, tapi dah memang bodoh, memang aku dah tak boleh nak cover lagi or even nak simpan perasaan aku sorang-sorang. 

Diorang sendiri mengaku tinggalkan anak yang tengah tidur dengan pintu tak berkunci. Alahai, anak kau tu dah besar. Kejutlah kejap, suruh dia tutup pintu sementara korang pergi keluar. Tak pun tak payah lah turun dua-dua orang. Tapi, nasiblah perompak tu baik. Dah lah tak mengapa-apakan budak berdua tu, pastu siap kasi duit dan kunci rumah pulak tu. Perompak apalah yang baik macam tu? Haih~ 

Bayangkan jelah kalau kena rogol ke, kena jual ke... Nauzubillah~

Tapi, ini cuma pendapat peribadi aku jelah. Tak tau lah kalau ada explaination yang sepatutnya untuk sesi peninggalan anak di dalam kereta tak berkunci tu. Apa-apa hal pun kalau dapat anak macam aku yang tak sedarkan diri bila tidur ni, memang kalau perompak tu bawak aku sampai ke Los Angeles pun aku takkan sedar. Ish3x...


by,
Aimi A.Z yang ada banyak lagi cerita tentang kemanusiaan yang ingin diceritakan, cuma tunggu masa yang sesuai dan rajin je...

Tuesday, July 27, 2010

Sony TX5 Bukan Milikku

Keputusan My Water Moments by Nuffnang dah keluar. and guess what? Aku tak dapat pun Sony TX5 tu. Huhu~

Mungkin bila korang baca entri aku, korang mungkin memang dah bajet aku takkan menang. Tapi, entahlah, aku ada jugak mengharap akan menang dan terasa sedikit kecewa bila tak menang. Tapi bila tengok entri sang pemenang, terus perasaan malu sebab perasan boleh menang tu menerpa. Sebab apa? Sebab sang pemenang totally deserved it dan aku punya entri memang tak layak dicomparekan langsung. Ish3x, macam mana lah ko bajet ko boleh menang Aimi oi? Haha~

Ada 3 sang pemenang untuk Sony TX5 ni. Tapi cuma satu yang sangat menarik perhatian aku. Aku dah siap curik gambar dia untuk tatapan korang. 


Tengok semua function dan kelebihan Sony TX5 dinyatakan dengan sangat menarik. Siap ada video features yang sangat cool. Bestnya!


Sila melawat blog Sang Pemenang yakni The Egg Yolks seperti yang dilinkkan. Bila tengok entri yang cool gila macam ni baru puas hati kalah. Anywaycongrats kepada Sang Pemenang. Kepada Sang Pengkalah yang senasib macam aku terimalah kekalahan anda seadanya. Semoga anda lebih berusaha kerana kejayaan takkan datang tanpa usaha.


by,
Aimi A.Z yang akan berusaha lebih keras selepas ini memandangkan semorang pun hebat-hebat belaka. Ish3x...

Monday, July 26, 2010

Buku Baru~

Nisfu Syaaban.

Malam di mana kita bertukar buku. Dari buku yang penuh dengan contengan kepada buku yang kosong. Andai dapat kita lihat contengan-contengan dalam buku tu, nescaya ada banyak yang kita ingin nafikan. Andai boleh dipadam dengan liquid paper, nescaya ada banyak yang kita ingin padam. Andai dapat kita lihat kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan sepanjang setahun ini, nescaya perasaan malu membuak-buak tatkala buku 'diserahkan' kepada Yang Kuasa.

Namun, semua itu tidak akan terjadi. Kita hanya mampu berdoa agar amalan selama ini diterima dan juga mengharapkan agar tahun ini lebih bagus dari tahun yang sebelumnya. Kita juga hanya mampu berdoa supaya dosa-dosa yang telah dilakukan tidak akan berulang kembali dan dosa-dosa itu diampunkan oleh Allah S.W.T. dan kita juga hanya mampu mengharapkan bahawa kita akan menconteng lebih banyak pahala daripada dosa untuk buku baru ini.


Jadi kawan-kawan, sahabat-handai, adik-adik, sekalian manusia, marilah sama-sama kita berdoa supaya kita menjadi manusia yang lebih bagus daripada semalam dan sekaligus menjadi manusia yang berjaya di dunia dan di akhirat. Dan moga-moga kita dapat mengekalkan keimanan selagi hayat di kandung badan dan seterusnya kita dapat meninggalkan dunia sebagai seorang Islam. InsyaAllah.


by,
Aimi A.Z yang tak sabar mennantikan kedatangan Ramadhan...

Thursday, July 22, 2010

Pengaruh Iklan Dalam Hidup Anda

Pergh! Tajuk yang agak skema, kan? Hahahahaha... Tapi memang itulah soalah yang aku nak tanya. tak tau macam mana untuk men-tak-skema-kan soalan tu. Jadi, terima jelah soalan tu seadanya. :P

Kenapa aku tanya soalan macam tu? Sebab aku ni memang jenis yang cepat terpengaruh dengan iklan. Tak kiralah dekat tv mahupun radio. Yup, kat radio pun aku cepat terpengaruh. Jadi, bayangkan bagaimanakah daya imaginasi aku membayangkan sesuatu iklan kat radio sampai boleh terpengaruh. Ish3x

...dan mestilah entri ni timbul disebabkan oleh ke'terpengaruhan' itu. dan iklan yang dimaksudkan adalah;




Takkan korang takde dengar iklan kat radio pasal Mamee Sllrrrp ni? Ala, yang ada dialog Mila dengan Aril tu. Nanti korang dengar kat Hot FM tau. Mungkin korang pun akan terliur. Mula-mula aku pun tak terliur tapi bila time-time lapar ni mulalah terliur. Hahahahaha... Mana pulak la nak cari Mamee Sllrrrp malam-malam ni? Terpaksalah tahan keinginan sampai esok. Waaaa~


by,
Aimi A.Z yang menyesal terpengaruh dengan iklan. Kan dah teringin. Huhu~

Wednesday, July 21, 2010

Saya busy!

But, i kinda like it.

Why?

Sebab setelah sekian lama terasa macam tak ada input, sejak sekian lama tak mendesign bangunan yang baru dan sejak sekian lama asyik balik awal je ke rumah. oh, dan tak lupa sejak sekian lama asyik tidur je kat office. Tapi, tadi pun sempat tidur walaupun busy. Ish3x

Finally...... yay! Saya busy!


Tapi, mesti tak lama aku rasa seronok sebab lepas ni mesti aku complaint pasal aku busy sangat sampai tak sempat nak buat apa-apa yang patut. Haih, manusia ni memang asyik nak complaint je kan? Tambah-tambah Cik Aimi ni. Ish3x....


by,
Aimi A.Z yang memang macam ni pun. Busy pun complaint, tak busy pun complaint. Hehe~

Sunday, July 18, 2010

Why I hardly blog these days?

Masa aku tulis entri ini, bukan sebab yang sama kenapa aku tak kurang memblog sekarang ni. Reason yang kedua datangnya dari entri ini. Kesinambungan daripada ujian yang dijalankan, aku mengalami satu fasa dalam hidup aku. Fasa yang aku sendiri pun tak akan faham bila akan berakhir. Mungkin aku yang terbawa-bawa dan terfikir-fikir sampaikan hidup aku terpengaruh, sehinggakan emosi aku terganggu dan mungkin sehinggakan rendahnya level of confident yang sememangnya rendah ni. Mungkin juga aku ni terpengaruh dengan perubahan hormon yang diakibatkan oleh PMS. Jadi, harap perubahan emosi ini berlalu dengan cepat supaya aku menjadi seperti aku yang biasa.

...and kepada korang yang memaksa diri membaca blog post aku, aku tahu korang sangat ingin nak tau apa yang terjadi sebenarnya, tapi some things are better left unsaid, rite?


by,
Aimi A.Z yang cuba berlagak biasa walaupun hakikatnya hati sangat kacau...

Wednesday, July 14, 2010

Wish me luck~

Wahai kawan-kawan, sanak saudara, dan sekalian manusia,

Saya perlu menjalani sesuatu ujian pada malam ini. Tolong doakan saya ye.



by,
Aimi A.Z yang tak pernah buat ujian macam ni. Huhu~

Seni Untuk Coklat

Hari ni selepas kerja, aku bergegas pergi mencari bahan-bahan untuk digubah menjadi hantaran. Balik rumah je terus buat supaya idea yang ada tak tercicir di tengah jalan. Dan ini adalah hasil 80% daripada hantaran sebenar;

Hantaran bertema biru


Jadi, nantikan hasil yang sebenarnya esok. *wink* Ha, berbalik kepada cerita membuat hantaran. Kebelakangan ni, ramai sangat yang tempah coklat nak siap dengan gubahan. Jadi, aku yang tak berapa nak kreatif dan tak berapa nak ada basic dalam bidang kraftangan ni, cuba juga buat dengan jayanya. Di samping tambah duit poket, bergerak jugaklah otak kanan aku ni. asyik otak kiri je yang bergerak. Hehe~ Jadi, ini jelah aktiviti aku di hari ini. Semoga customer berpuas hati. :P


by,
Aimi A.Z yang puas hati juga dengan hasil kerja sendiri dan berharap akan ada lagi projek besar-besaran seperti ni suatu hari nanti. Amin...

Sunday, July 11, 2010

The Twilight Saga: Eclipse

Tak lama selepas aku mengONkan hiatus mode, aku dah pun mengOFFkan balik. Kenapa? Nanti je aku ceritakan kalau aku rajin. Sekarang ni mari kita bercerita tentang movie yang baru aku tengok yakni; Eclipse.

The Twilight Saga: Eclipse

Seperti yang semorang tau or masih tak tau-tau Eclipse ni adalah cerita ketiga selepas Twilight dan New Moon. dan selepas Eclipse adalah Breaking Dawn. Untuk movie, aku paling suka Eclipse sebab Eclipse adil dan saksama untuk watak Jacob the Werewolf dan Edward si Vampire sampai at the end aku dah tak tau mana satu nak pilih; Jacob ataupun Edward. Nampak sangat aku ni suka terpengaruh deengan cerita dan tak tetap pendirian. mana taknya, untuk Twilight aku suka Edward, then New Moon Jacob menjadi pilihan dan bila Eclipse tak tau pulak yang mana idaman kalbu. Haih~ Takkan kena buat sembahyang istikharah kot. Hehe. Tapi overall, Eclipse tak mengecewakan langsung. Serius!


The Cullens


Masa ni Jacob hensem bangat! :P



Jangan kata Bella, aku pun tak tau nak pilih mana satu.


Jadi, silalah menonton Eclipse sekarang dan nantikan Twilight Saga yang terakhir yakni Breaking Dawn. Yay!


by,
Aimi A.Z yang tak berjaya mendapatkan tiket premier menonton Eclipse tapi itu tak mematahkan semangat untuk menonton Eclipse secara berbayar. Haha~

Tuesday, July 06, 2010

Hiatus Mode: ON

Dengan ini aku nak bagitau yang aku akan menghentikan dulu sebarang proses mengupdate blog bagi blog ini sehingga ke satu tarikh yang entah bila. Mungkin sehari, mungkin dua hari, mungkin juga seminggu ataupun sebulan. Aku pun tak tahu lagi yang pastinya semua yang terjadi ada reason di sebaliknya. Sama-sama kita renungkan.


Till then.


by,
Aimi A.Z

Sunday, July 04, 2010

Nuffnang & Status Glitterati

Setelah menulis surat kepada Nuffnang, aku mendapati bahawa status aku bertukar kepada Ordinary adalah kerana ada blog yang tidak aktif. Blog yang dimaksudkan adalah blog resipi aku. Mana nak tau itu adalah puncanya. Ingatkan sebab aku letak Youth Says kat blog ni. Jadi rupanya ada lagi sebab yang menyebabkan anda berstatus Ordinary ye wahai kawan-kawan. Setelah aku mengkaji pelbagai kemungkinan, aku mendapati adalah lebih baik aku menggantikan Nuffnang kepada something else yakni Mangga Ads. Tapi, cuma untuk blog resipi saja la. Nampak cam best je Mangga dengan blog resipi. Dua-dua pun makanan. Hahaha... Jadi, kita tengok jelah nanti yang mana lebih untung. Apa-apa hal akan aku update bila dah dapat tau mana yang untung. Sekarang ni aku mahu keluar berjalan-jalan. Jangan lupa lawat blog resipi aku ye? Chiow~


by,
Aimi A.Z yang masih sayang Nuffnang tapi nak cuba sayang Mangga Ads jugak. :P

Saturday, July 03, 2010

Juara 5x tak semestinya akan terus menjadi juara

Siapa yang sangka, juara 5x tidak dapat melepasi suku akhir? Tapi, itulah World Cup. Anything can happen. Jadi kepada penyokong-penyokong Brazil, jangan kecewa sangat. Jom kita ramai-ramai sokong Argentina. Semoga Argentina berjaya menang World Cup. Tapi, kalau tak menang pun apa nak buat, terima jelah. Hahaha. Ok, kalau korang mencari-cari sebab kenapa korang perlu sokong Argentina, ini aku kasi 3 sebab yang standard;

Kerana adanya Maradona sebagai jurulatih dan adanya Messi sebagai pemain. Mereka ini adalah gabungan yang sangat bagus. Sama-sama licik dan pandai menggelecek bola. Tengok video ni kalau nak tengok betapa "Bapa Borek Anak Rintik" nya mereka.


Sebab kedua adalah kerana adanya Gonzalo Higuain yang setakat ini dah menjaringkan 4 gol. Dah lah hensem. Tere main bola pulak tu. Hahahaha... Ini pun adalah sebab kenapa anda perlu sokong Argentina. Go Higuain!


dan akhir sekali kerana adanya Carloz Tevez yang tak berapa nak hensem tapi bermain bola dengan hensem sekali. Wah, sungguh 'hensem' ayat aku ni. :P


Itu aku bagi 3 sebab yang standard je. Ada banyak sebab lagi seperti Argentina memang team yang bagus dan mungkin juga korang perlu sokong Argentina untuk melihat samada Maradonna akan meneruskan apa yang dikatakannya sekiranya Argentina menang World Cup 2010 ni. Jadi, kepada mereka yang ingin jadi lalang, Argentina adalah pilihan yang bagus. Mari kita sokong Argentina~

Semua gambar adalah dari Fifa.com


by,
Aimi A.Z yang takut nanti lagu "Don't cry  for me Argentina" terngiang-ngiang je. Haha~

Thursday, July 01, 2010

My Water Moments

Bila tau Nuffnang nak kasi Sony TX5 terus bersemangat nak dapatkan kamera tu. Terus berkobar-kobar nak tulis blog. Dah terbayang dah water moments aku yang berlambak tu. Tapi, bukan senang nak menang wei. Dengan ramai competitors yang tersangatlah kreatif, chances aku mungkin 1 dalam 500. Lepas tu bukan senang nak memerah kepala otak untuk membuat satu entri yang mungkin merupakan entri kemenangan. Haih~ Tapi, apa salahnya mencuba, kan? Jadi, inilah dia My Water Moments.

Masa pergi Perhentian tak lama dulu, ada banyak gambar-gambar aku di dalam air. Ada gambar aku sedang bersnoorkeling dan dikelilingi ikan, dan ada gambar aku yang sedang berenang di lautan dalam. Ada juga gambar-gambar hidupan laut seperti penyu.




Persoalannya sekarang, bagaimanakah aku mengambil gambar underwater tanpa mempunyyai camera underwater? Jawapannya tentulah aku menggunakan kamera yang disewa di Pulau Perhentian. Kepada mereka yang tak tahu, ada perkhidmatan menyewa kamera di Coral Bay. Ada satu cyber cafe di sana, then korang pergilah sewa di situ. Harganya, RM50 untuk tempoh 9 pagi hingga 4 petang. Takkan semata-mata tak ada kamera underwater kitorang nak melepaskan saat-saat merakamkan gambar di dalam air? Oh, semestinya kami berusaha menyewa kamera dan akhirnya berjaya mendapatkan gambar yang dikehendaki.

Tapi, persoalannya sekarang; Takkan setiap kali mahu menyewa kamera? Kalau kamera yang disewa not available ataupun kamera yang available tidak mengikuti piawaian yang ditetapkan, macam mana nak berpuas hati dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain tentang percutian yang amat bermakna tu?

Jadi, kalaulah dapat ada kamera sendiri yang boleh dibawa masuk air, alangkah bagusnya. Tambah-tambah bila kamera korang super-gorgeous macam ni. Waaa~ Saya mau yang ini!



Biar aku cerita features yang cool lagi menarik mengenai Sony TX5 dalam versi dan pemahaman aku sendiri. Biar korang pun tterliur macam aku dan terhegeh-hegeh nak buat entri macam aku. Hehe~ 

Boleh tangkap gambar panorama
Biasa kan pemandangan mestilah memanjang kan, or kalau pemandangan building-building yang tinggi tu sure susah nak tangkap dengan kamera biasa. End up kita akan dapat tangkap separuh je dan yang lain korang imaginelah sendiri. Aku siap dah sediakan contoh pemandangan yang aku imagine kat sini;

Ini gambar Kak Lala kat lighthouse, masa dekat Pulau Perhentian. Dia cakap tangga tu tinggi, then baru jumpa lighthouse, then dia terjun dari lighthouse. Macam ni lah agaknya rupanya. Gambar-gambar dia semua tak full, so macam mana aku nak tau rupa sebenarnya kalau tak ada gambar.

Aku try google macam mana rupa sebenar lighthouse kat Pulau Perhentian tu. Tapi, tak ada satu gambar pun yang menunjukkan rupa sebenar lighthouse. And once again, di sinilah aku rasa panorama punya features sangat penting. Sangat! Or else, aku harus terus berimaginasi. Haih~


Boleh tangkap gambar yang terang dan jelas in low light environment
Mungkin gambar blur tak begitu mendatangkan masalah sebab boleh diadjust menggunakan software. Tapi, kan lebih bagus jika ada kamera yang ada Anti-Blur Motion yang akan menjadikan gambar sentiasa terang dan jelas tanpa perlu bersusah payah mengedit menggunakan software? Life will be so much easier dengan adanya teknologi seperti ini, kan? kan?

Contoh gambar blur yang aku edit guna software. Tapi, kalau tak ada gambar blur, tak payah la edit. Boleh terus upload je semua. Senang!


Boleh menangkap 10 gambar dalam masa 1 saat
What? Ini adalah features terhebat untuk aksi-aksi lompatan. Sebab kadang-kadang bila anda mempunyai photographer yang bagus, gambar anda akan kelihatan seperti ini;

Gambar-gambar lompatan yang menjadi


Tapi, langit tak selalunya cerah Tiba-tiba~ Selalunya gamba-gambar akan kelihatan seperti ini dan ini adalah sangat mengecewakan dan menyakitkan. 

Samada gambar korang akan tercepat or terlambat

Kadang-kadang gambar lompatan dah macam menjadi tapi tudung pulaklah tutup muka

Tapi, lagi sakit hati kalau gambar dah jadi then ada pulak sorang yang tak nak lompat. Ish3x


Menyakitkan sebab gambar tak jadi dan kaki pulak dah sakit akibat asyik melompat. Haih~ Tapi dengan Sony TX5 punya features ni semestinya akan ada banyak gambar lompatan dari saya. Wah, dapat ke Sony TX5 ni? Hahahahaha...

Jadi kesimpulannya, semoga saya dianugerahkan sebuah kamera yang canggih manggih bernama Sony TX5 ini. Saya berjanji akan menggunakan teknologi ini sebaik mungkin dan menjaga gadget ini selagi hayat dikandung badan. Yang pentingnya saya tak kisah dia jatuh sebab dia kan shock proof. :P


by,
Aimi A.Z yang berusaha untuk mendapatkan Sony TX5 secara percuma, kalau tak dapat jom pakat beli ramai-ramai. :P
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin