Tuesday, August 31, 2010

Saya Merdeka Bila?

...bila saya berjaya menyiapkan thesis dengan jayanya.



...bila saya berjaya menggenggam gulungan yang ke-3 dalam hidup saya.



...dan bila saya bebas daripada segala penyakit malas dan penyakit-penyakit lain yang melanda.



Anda pula?

Selamat Hari Merdeka


by,
Aimi A.Z yang semestinya seorang warganegara Malaysia yang bakal merdeka...

Sunday, August 29, 2010

Bumi ni taklah sebesar mana sebenarnya

Korang ingat bumi ni besar ke?

Mana ada besar, kecik je sebenarnya. Kalau bumi ni besar, takkan lah pusing-pusing balik kita jumpa orang yang sama jugak. Tak percaya? Biar aku terangkan secara lebih detail.

Masa belajar kat UiTM dulu, aku mestilah ada geng. Ramailah ahli geng tu, tapi aku nak cerita pasal Cik Punya Blog, Cik Kunon BaikCik Puan Idaman dan Cik Tinggi Lampai. Bila dah bekerja, masing-masing bekerja di tempat yang lain. Then ada seorang ni. Kita namakan dia Cik Susu. Ditakdirkan Cik Susu ni berkerja satu tempat dengan Cik Puan Idaman. Dan kebetulan sebelum bekerja di tempat Cik Puan Idaman, Cik Susu ni bekerja di tempat Cik Kunon Baik. Lepas tu bila Cik Susu ni sambung Master, dia jumpa pulak dengan Cik Punya Blog di UiTM. Nak sedapkan pulak cerita, dia berjumpa pulak dengan Cik Tinggi Lampai masa induksi.

Ha, tengok. Macam mana nak kata bumi ni besar kalau pusing-pusing balik, tetap ada kaitannya di situ. Haih!

Mana besar bumi ni, sebesar telapak tangan je. *ngehngeh*


Kesimpulannya di sini, buat baiklah denggan semua orang sebab kita tak tau kat mana lagi kita akan jumpa orang tu. Jangan buat pasal dengan orang sebab manalah tau tiba-tiba orang tu bakal kakak ipar ko ke, orang tu bakal bapa mertua ko ke sebab setiap benda yang berlaku akan ada kaitannya, cuma antara kita tau atau tak je. :P

Lagi satu kesimpulan, kalau bumi ni besar sangat kenapa dalam banyak-banyak orang, aku jumpa dengan Cik  Kawan Wawa ni masa buka puasa kat Hotel UiTM? Jadi, mari kita fikir balik bumi ni besar ke kecik sebenarnya. Renung-renungkan dan selamat beramal~


Gambar bersama Cik Kawan Wawa yang mengundang kontroversi. *wink*



by,
Aimi A.Z yang nak suruh korang teka sendiri siapakah watak-watak dalam cerita di atas...

Friday, August 27, 2010

Berbuka Puasa Bersama Keropok Mony

15 Ramadhan 1431H, giliran untuk berbuka bersama rakan-rakan UiTM. Kalau korang rakan UiTM aku dan korang tak berbuka dengan aku hari tu, maknanya korang adalah my different group of rakan UiTM. *ngehngeh* Btw, untuk menunjukkan semangat UiTM yang menebal dan juga semangat UiTM di hatiku, maka kami pun berbuka di Hotel UiTM. Wah, semangat UiTM sungguh kami ni, kan? :P

Hotel UiTM menyajikan hidangan bufet dengan harga RM39 sekepala. Ada diskaun untuk student tapi cuma limited to 30 orang je per day dan kerana masa kami booking tu dah ada student lain guna kuota tu, maka kami pun bayarlah dengan harga full yakni RM39. 

Banner Bufet Ramadhan 2010, Hotel UiTM


Kami ada 11 orang je. Dan kebetulan pulak kalau datang 11 orang, cuma bayar untuk 10 orang je so dah untung kat situ. Mula-mula sempai semestinya sesi beramah mesra dan berkenal-kenalan. Eh, taklah, mestilah sesi bergambar. Say cheese!

Sam, Daliah, Nai, Emi, Shikin, Najmah, Ira, Yati, Aimi A.Z & Syed
Tak dilupakan Ida sebagai photographer.


Tiba masa untuk berbuka puasa. Macam-macam lauk pauk dan menu ada. Ada Nasi Bukhara, ada nasi putih bersama lauk pauk yang banyak, ada mee jawa, ada laksa ada satay dan macam-macam lagilah. Tak termasuk lagi dessert yang pelbagai bentuk dan rupa. Dan oleh kerana aku terlalu teruja nak mengambil makanan maka, kamera pun dilupakan. Korang bayangkan jelah makanan-makanan yang ada kat situ. :P

Tuan Syed bersama makanan-makanan yang berjaya menggembirakan hati dan naluri beliau. Haha~

Tengoklah mereka itu, sangat rakus bergambar bersama makanan. Ish3x


Makanan, ok. Semuanya more than edible. Maksudnya agak sedap. Tapi ada makanan yang tak sempat makan seperti sate kerana kuantiti yang sedikit. Lain kali kena ambil siap-siap macam orang tamak supaya boleh rasa semua makanan. Haha~ tapi overall, oklah. Siap ada performance artis gitu. Cayalah!

"Peminat" siap menari bersama artis untuk mendapat album dan poster untuk ditampal di dalam bilik. *wink*


Eh, lupa pulak. Menu yang paling sedap dan menarik adalah Keropok Mony. Aku ni tak tau what the (?) is Keropok Mony. Diorang siap menyanyi bagai, tapi aku tetap tak tau, nampak sangat aku tak tengok iklan, so bila aku search kat Youtube ini yang aku jumpa maka Sila Enjoy! Oh, dan kami sangat enjoy pada malam tu. 



by,
Aimi A.Z yang lama jugaklah nak hilangkan lagu berhantu ni dari kepala otak. Ish3x...

Tuesday, August 24, 2010

Biskut Raya 2010


Jadi, anda semua sedang mencari-cari resipi-resipi biskut raya untuk tahun 2010? Sila ke blog resipi saya yakni; Aimi's Delicious Recipes untuk resipi-resipi kuih raya. Tapi masih belum ada banyak lagi. Tapi, oleh kerana permintaan yang tinggi perasan! saya akan cuba memenuhi permintaan anda semua. Jadi, sila nantikan updates dari saya ye?

Nota kaki: aku pun tertanya-tanya "Apa itu adrenaline rush" dan apa kena mengena dengan blog aku ni. dan "menu untuk slow oxidizer"? Apa tu? Haha~

Nota tangan: Setiap hari sejak aku post lirik Wonderpets versi Bahasa Melayu, tak henti-henti orang datang ke blog ni untuk dapatkan lirik tu. Weh, korang tak tau-tau lagi ke lirik wonderpet tu? Ish3x, lambat betul korang ni.


by,
Aimi A.Z yang nak update new recipes sekarang jugak. Eh, tamau la new, nak letak resipi tahun lepas la, malas nak cari gambar. ngehngeh~

Sunday, August 22, 2010

Bila merancang untuk berbuka puasa

Adoi! Susah sangat lah nak rancang nye. Sebab semua orang mempunyai criteria masing-masing tentang menu berbuka dan juga tempat berbuka jadi bila niat di hati nak menyenangkan hati SEMUA orang, maka hati sendiri yang sakit dan otak sendiri yang runsing. So how? Belum lagi nak organize benda-benda besar yang melibatkan ramai orang, ini baru event yang dihadiri oleh tak lebih dari sepuluh orang. Nanti aku kasi korang semua makan Mamee Sllrrrp je untuk berbuka puasa kang baru tau. :P

Akhirnya, keputusannya adalah Warung Dusun Gearbox di Bangi. Dusun ni memang tempat kegemaran aku sekeluarga, sebab sangaaatttt sedap dan sangaaatttt murah. Tapi, tak semestinya yang sedap bagi  aku tu adalah sedap bagi orang lain, jadi kita tunggu lah komen orang lain. Sementara tu tengok gambar yang aku bersusah payah curi dari blog ni [klik sini].

Signboard Warung Dusun Gearbox

Sup gearbox yang disebut-sebut


Jadi kawan-kawan diharap anda berpuas hati dengan pilihan dan keputusan saya. Kalau tak puas hati pun takpe, there's always next time. :P


by,
Aimi A.Z yang kena buat perancangan lagi untuk sesi berbuka puasa dengan rakan-rakan office pulak. Haih~

Saturday, August 21, 2010

Aktiviti selepas terawih

Apa aktiviti korang selepas sembahyang terawih?


A. Lepak di kopitiam bersama sanak saudara sambil berbisnes.

B. Terus balik ke rumah sebab dah tak tahan pegi ke tandas.

C. Terus balik ke rumah dan terus tidur sampai sahur esok pagi.

D. Lepak bersama rakan-rakan di mamak sambil makan Mamee Sllrrrp beramai-ramai.

E. Eh, patutnya soalan ni, "Apa aktiviti korang semasa orang lain sembahyang terawih".

F. Semua pun tak betul. Aku adalah aktiviti sendiri.


Jadi, apa jawapan anda? :P

Gambar hiasan ni untuk mereka yang menjawab A.


by,
Aimi A.Z yang menjawab A, B, C, D, E, dan F yakni semua di atas. Cuma harinya adalah berlainan je. Hahahaha~

Wednesday, August 18, 2010

Saya ingin kembali ke zaman itu

Zaman apakah? 

Zaman di mana takde blog-blog semua bagai. Zaman di mana sesi meluahkan perasaan di dalam diari sahaja. Zaman di mana hanya sendiri je yang baca apa yang ditulis. Zaman di mana sesi perluahan perasaan adalah diluahkan dengan sejujur-jujur mungkin dalam sedalam-dalam hati supaya tiada apa yang terbuku di hati.


Kenapa saya mahu kembali ke zaman itu?

Kerana sekarang ni banyak sangat yang terbuku di hati. Yang tak boleh diluahkan kepada sesiapa. Yang tak boleh nak disampaikan melalui penulisan. dan yang layaknya hanya disimpan di dalam hati dan yang layaknya dibiarkan saja berlalu dengan perasaan.


Tapi?

Semakin lama disimpan, hati semakin tidak dapat memujuk perasaan supaya cepat berlalu. Semakin lama disimpan, otak semakin tidak dapat berfikir secara rasional. dan semakin lama disimpan kesabaran semakin menipis dan dikhuatiri akan terbabas.


Haih diary. Really need you right now. Taktau sampai bila dapat bertahan. Memang boleh tulis dalam kertas then shred je kertas tu tapi manakan sama dengan tulis dalam diary. And untuk ditulis dalam blog, bendanya tersangatlah remeh tetapi akan mengecilkan hari dan mengguris perasaan banyak pihak. Perlu ke aku kecilkan hati korang dan guris perasaan orang lain semata-mata untuk menyenangkan hati aku? Tak perlu kan? Jadi, biar aku cari cara yang terbaik untuk menyenangkan hati sendiri supaya takde hati-hati lain yang bakal disakiti. 

Tapi, kalau kembali ke zaman tu nanti takde pulak boleh buat duit kan?

Anyway, I'll be ok. It's just a matter of time. Really hope so. 


by,
Aimi A.Z yang bukan selalu pun beremosi macam ni. Ish3x...

Sunday, August 15, 2010

Berbuka Puasa Bersama Nuffnang

Kalau ikutkan hati, malas sangat nak update pasal event ni. Tapi bila Redmummy pun dah update pasal event ni, terasa tercabar pulak kalau tak update. Haha~ Jadi, mari kita bercerita tentang event berbuka puasa ni. Tempatnya adalah di The Apartment, KLCC. Makanan adalah buffet Ramadhan yang memasak makanan Negeri Sembilan dan juga masakan Perak. Harga buffet sepatutnya adalah RM55.90 for adult dan RM19.90 for children. Tapi of course lah I pergi makan je kan, sebab Nuffnang yang sponsor. *wink*

Lawatlah http://atheapartment.com/ untuk info

Untuk kali ni hanya 15 blogger je yang dijemput. Tapi aku kira-kira macam tak sampai 15 je. Mungkin jugak aku tak pandai kira. Haha. Tapi ada beberapa Nuffies yang join yakni; Robb, Nicholas, Rina, Firdaus, Izad, dan Jestina. Oh, kepada sesiapa yang tak tau, Nuffies ni adalah mereka yang bekerja dengan Nuffnang. dan mereka ni sangatlah peramah. Cuma Izad macam agak pemalu sebab mungkin dia baru sangat kerja dengan Nuffnang. pepandai je aku, kan?

Berdiri dari kiri: Rohani, NorfaFaizal, Redmummy, Izad the Nuffies, Rina the Nuffies, Firdaus the Nuffies, Ihsan AZ, aku, Jestina the Nuffies, Jard, dan Noor Afzan.
Duduk dari kiri: Reddaddy, Jejai, Robb the Nuffies, Zul, Nicholas the Nuffies, Sumijelly dan baby.
Tiada dalam gambarVelasrizal

Aku dan Ihsan antara yang terawal sampai. Actually ramai yang dah sampai awal-awal macam Zul si Anak Perak coz awal-awal aku dah nampak dia berkeliaran kat KLCC tu tapi aku dengan Ihsan antara yang terawal masuk ke dalam The Apartment. Diikuti oleh Noor Afzan dan juga Rohani. Masa sampai tu sesi berkenalan dengan Nuffies. Find out; Robb tersangat fasih berbahasa Melayu dan Jestina sangat comel. :P

Bercerita pasal makanan. Oleh kerana buffet, maka sangat susah mahu pilih. End up amik nasi hujan panas sikit dan lauk banyak gila sampai penuh pinggan. Lauk-lauk dia banyak pilihan. Ada ayam, ada ikan dory, ada udang, ada kambing, dan paling yang tak terfikir, ada itik panggang. Baru je aku sembang-sembang dengan colleague aku yang aku tak pernah makan itik, tetiba dapat makan itik. Tapi, bila dah makan itik, aku buat kesimpulan yang aku lagi suka ayam. *tiba-tiba*

Makanan di meja kami

Sepatutnya ambik banyak gambar makanan, tapi excited sangat sampai malas nak ambil. Adalah snap satu dua gambar, tapi macam malas pulak nak share. Tak best pun. :P Lepas sesi makan adalah sesi bersembang dan suai kenal. tapi kerana aku ni bukanlah jenis yang peramah maka aku pun tak tau lah nak sembang apa. Haii, susahlah aku ni. Bukannya taknak sembang tapi mulut di macam ada kunci pulak. Tambah-tambah bila semua orang pun over peramah macam dah kenal lama, aku pun apa lagi, lagilah segan. Haih, susahnya bila level of confident kurang ni. Tapi, bagus gak event macam ni, mungkin dapat tinggikan level of confident aku. Kan, kan?

Overall, best dapat jumpa blogger-blogger. Tambah-tambah jumpa blogger yang memang hebat macam redmummy, sumijelly dan tak lupa pulak jejai (mesti dia marah panggil jejai. Haha), tapi aku perlu menjadi orang yang lebih bagus bersosial kerana rugilah kalau dah jumpa tak beramah mesra. Takpe, takpe. Kasi aku sikit masa lagi InsyaAllah aku akan ok. Tu maknanya kena join banyak lagi event Nuffnang lah camni. haha, itu hint untuk Nuffies. dan seronok dapat jumpa Nuffies yang selama  ni kalau berinteract pun secara maya dan skema. dan tak lupa sangat best sebab makan free.

Kepada yang tertinggal atau yang tersalah, tinggallah komen, nnt aku wat correction. :P 


by,
Aimi A.Z yang akhirnya berjaya menyiapkan entri ini dan dengan ini terlangsailah hutang-hutang. Sampai masa untuk langsaikan hutang thesis pulak. Waa~

Idea Untuk Bersahur

Kalaulah korang tertanya-tanya dan macam kekeringan idea untuk masak pada waktu bersahur, cuba masak sesuatu yang lain. Yelah, makan mi segera memang senang tapi macam bosan je makan macam biasa kan, jadi masaklah Murtabak Mamee ni. Dengan menggunakan Mamee Sllrrrp tapi bezanya yang ni tak payah sllrrrp. Jadi cara-caranya;

Murtabak Mamee


  1. Rendam Mameee Sllrrrp dengan air panas. Tapi jangan masukkan perencah. JANGAN!
  2. Bila mamee sudah kembang, toskan air. Put aside.
  3. Pecahkan dua biji telur di dalam mangkuk berasingan. Pukul sehingga kembang.
  4. Tuang telur di dalam mamee yang telah ditoskan. Masukkan separuh daripada perencah atau mengikut perasaan sendiri. Kacau sehingga sebati.
  5. Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak. Tuang semua bancuhan tadi atau sebahagian daripada bancuhan sekiranya mahu murtabak yang bersaiz kecil.
  6. Bila sudah masak, terbalikkan dan tunggu sehingga masak. Angkat dan sedia dihidang.

Sonang kan? Cubalah kalau mahu.


by,
Aimi A.Z yang asyik berblog pasal makanan je sekarang ni. Ish3x...

Saturday, August 14, 2010

Menu Berbuka Puasa di Hujung Minggu

Hujung minggu lah baru merasa nak masak. Kalau tak, balik kerja je makanan dah tersedia kat atas meja hasil air tangan umi. Hari ni air tangan bercampur-campur antara aku dan umi, so for sure lah lagi sodap. :P Ini cuma sebahagian daripada makanan di hari Sabtu, ada banyak lagi sebenarnya, dan ye ini menu hari ini sahaja. Tak tipu...

Rendang kerang

Gulai tempoyak, makanan kegemaran rakyat Putrajaya. Ehh?

Strawberry cheesecake cubaan pertama. Harap-harap sedap!

Sekarang ni nak kena goreng ayam goreng berempah. Nak kenna rebus sayur untuk pecal, dan nak kena pukul whipping cream untuk strawberry cheesecake (dan aku tertanya-tanya kenapa aku gemuk, kan?). Ada lagi sekaya nangka yang merupakan resipi turun temurun. Nampak gayanya sahur karang kita makan;

Tapi kita buat Mamee Sllrrrp yang tak payah sllrrrp. Macam mana tu? Kena tunggu.....


Itu jelah (je?) makanan kitorang hari ni. resipi akan diupdate kemudian ye? Sekian.


by,
Aimi A.Z yang harus goreng ayam sekarang!

My Water Moments with TX5

My second event with Nuffnang, after Break Free with Digi party. Dapat invitation sebab aku buat blog post pasal My Water Moments untuk menang Sony TX5 Tapi tak menang pun. Kira ini second chance Nuffnang kasi untuk menang Sony TX5 tulah tapi malangnya....................masih tak dapat. :P

Aktiviti bermula pagi-pagi Sabtu minggu lepas. Oh, btw boleh bawak sorang guest and I bring Noni as my guest. Aku sampai awal gila kot and tengok team Sony masih sedang mengerjakan door gift untuk diagihkan. Since I have nothing to do, rasa macam nak tolong je tapi taklah tolong pun. :P Pastuh mulalah nampak blogger-blogger yang dikenali seperti Eyriqazz, Cik Lily Putih dan lain-lain. But since, hidung I ni cepat sangat hilang so I pun taklah tegur. Haih hidung, kenapalah kau suka hilang time-time ni? Ish3x...

My Water Moments with Sony TX5

Aktiviti bermula dengan pembahagian group mate. Actually dah tulis nama siap-siap masa register so memang akan dapat dengan guest sendiri kalau tulis dalam box yang sama. Aku dan Noni adalah ahli kumpulan B4. Setiap kumpulan ada 5 orang dan group mate aku yang lain adalah Loo Han (plus his friend), Melanie dan Amelia. Semua pun masih belajar, tapi nasib baik la aku dengan Noni pun part time student plus kitorang kan rupa macam kanak-kanak riang je jadi taklah diorang mempertikaikan yang kita ni tua, kan Noni, kan? :P

Emcee sedang membacakan nama mengikut group. Terkulat-kulat dia baca nama melayu. Rasa nak tolong bacakan je. :P

Group B4 itulah kami

Sedang praktis sebelum acara bermula


Permainannya simple. Ada 5 stesen. Each station akan menghilight keistimewaan TX5. TX5 kan dust proof, water proof, temperature proof, and shock proof so itulah nama station dia. Plus ada satu station untuk sesi bergambar. Setiap station akan ada task yang kena dibuat. Siapa group yang menghabiskan semua task dengan masa yang paling sedikit then group tu layak ke peringkat akhir untuk dapat Sony TX5 tu. Ada group A, B, C, D, E. Then each ada 5 group lagi like A1, A2, A3, A4, dan A5. So pemenang setiap group akan layak ke peringkat akhir, tapi since kitorang awal-awal dan kalah dan event tu terlebih masa jadi aku taklah tunggu sampai saat yang terakhir. Tapi bila berblogwalking tu dapatlah tau siapa pemenang Sony TX5 dan siapa pemenang Sony Bloggie. So, kalau korang nak tau, korang pun kena blogwalking lah. :P

Group photo (from left)  Loo HanAmeliaMelanie, Aku (semestinya) & Noni.


Overall, bestlah aktiviti bermain-main di hari Sabtu. Plus boleh jumpa orang baru. Kalau dapat Sony TX5 memanglah lagi best tapi takpelah as long as we had fun, rite? Lagipun boleh jumpa blogger-blogger yang selama ni dok mengintai blog diorang seperti Anak Perak, Sumi Jelly dan lain-lain. Tapi aku ni kan mempunyai level of confident yang sangat low maka macam mana aku nak membuka mulut nak menegur-negur orang-orang lain. Haih, takpe-takpe. Event-event macam ni lah yang dapat asah level of confident aku dan harap-harap hidung aku tak senang hilang lepas ni. 

And last but not least, thanks to Nuffnang and Sony. Lain kali ajaklah lagi. :P


by,
Aimi A.Z yang sudah selesai satu hutang. Ada lagi satu hutang event Nuffnang yakni Berbuka Puasa di The Apartment. Sabar, sabar. Hutang akan saya langsaikan. InsyaAllah.

Friday, August 13, 2010

Banyak Hutang

Hutang apakah?

Hutang entri-entri aktiviti harian bersama Nuffnang. Ada 2 aktiviti. Satu My Water Moments with Sony TX5 and satu lagi sesi berbuka puasa dengan Nuffnang semalam. Sabar ye, weekend pun sudah mari, jadi akan update semua sekali. Tungguuuu.......


Lagipun, sabar tu kan sebahagian daripada iman? :P


by,
Aimi A.Z yang berhutang keliling pinggang. Nasib pinggang besar, boleh lagi banyak hutang. Hahaha...

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan 1431H


Marilah kita berpuasa dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan agar dosa-dosa kita diampunkan. dan semoga kita semua diberkati di dunia dan di akhirat. Amin.


by,
Aimi A.Z yang mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna agar dapat dilalui dengan sempurna. InsyaAllah.

Sunday, August 08, 2010

Hari ini adalah hari untuk shopping....

Bukan shopping sebarang shopping tau. Sebab hari ni hari shopping untuk stok bulan puasa. Macam-macamlah dari yang basah sampailah yang kering. Dari pasar segar hinggalah ke pasar raya. dan dalam masa bershopping tu, aku discover satu benda mengenai Mamee Sllrrrp iaitu;

Mamee Sllrrrp ada banyak perisa. dan bila aku cakap banyak, aku maksudkan banyaaaaakkkkkkkk. Seriously! Sebab kan, selama ni aku makan yang biasa-biasa jelah. All time favourite mestilah kari berapi. Tapi, turns out banyak lagi perisa yang ada. Antara perisa-perisanya adalah Ayam Sensasi, Asam Laksa Wow, Mi Rebus Pedas Gilerr (dengan dua "r" di situ), Sup Bunjuut Pedas Terer dan macam-macam lagilah. Tak terhafal pulak aku. Nampak sangat banyak sangat kan? Manakan mungkin mahu mencuba dan membeli semua dalam satu masa so aku piilih;

Kari Xtra Pedas


Jangan risau, there's always a next time untuk cuba perencah lain. Akhir kata, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua umat Islam. Semoga Ramadhan ini membawa keberkatan kepada kita semua. Amin...


by,
Aimi A.Z yang for sure akan buat satu entri khas Ramadhan nanti. Till then....

Friday, August 06, 2010

Churp Churp

Mesti korang tertanya-tanya apakah Churp Churp. Macam bunyi-bunyian yang dibuat oleh burung pun ada, kan? Mari aku terangkan apakah itu Churp Churp.

Churp Churp berkonsepkan advertising ala-ala Nuffnang, tetapi perbezaannya, Nuffnang berfokus kepada blog manakala Churp Churp mengfokuskan kepada Twitter. Siapa sangka Twitter pun boleh menjana pendapatan. Wah, sungguh aku tak sangka.


Maka, marilah kita sama-sama mendaftar dengan Churp Churp supaya kita boleh mendapat pendapatan tambahan dengan perkara yang kita suka yakni berTwitter. Jangan lupa add aku sebagai friend dan jadikan aku referral di Churp Churp dengan klik di sini


by,
Aimi A.Z yang baru tau Twitter pun boleh buat duit...

Thursday, August 05, 2010

Invitation to Sunway Lagoon

Saya dapat invitation ke Sunway Lagoon untuk My Water Moment Event with Sony TX5. Bestnya! Untung-untung boleh dapat Sony TX5. Berangan lagik~ Tapi apa-apahal pun, saya ada kat Sunway Lagoon la Sabtu ni. Jom kita buat aktiviti terakhir menjelang Ramadhan. :P

Sunway Lagoon, jumpa di sana!


by,
Aimi A.Z yang susah nak fikir nak bawak siapa sebagai teman... :P

Tuesday, August 03, 2010

1 minggu = 7 hari

Tinggal seminggu je lagi sebelum Ramadhan datang. Rasa sekejap sangat masa berlalu, sampai tak perasan yang Profile Picture untuk blog ni pun dah setahun la maknanya sebab tak bertukar-tukar gambar pakai telekung yang ditangkap dan diupload pada bulan Ramadhan tahun lepas. Ok, sekarang time untuk tukar gambar yang baru. dan gambar yang menjadi idaman kalbu adalah;


Even though gambar ni macam memang tembam, tapi gambar ni macam klasik tu yang I loikee tu. Hehe. Tapi terpaksa potong gambar Fiza kat sebelah sebab nanti orang confius pulak aku ni yang "kecik" ke yang "besar". Hahahaha~

Anyway, bila datang bulan puasa banyak benda nak kena fikir. Such as;
  1. Puasa dah cukup ganti ke belum. Kalau belum, sempat lagi ke nak ganti?
  2. Bila dah bulan puasa, maknanya dah nak akhir tahun. Bila nak akhir tahun maknanya masa dah sampai nak kena hantar thesis. Persoalannya sekarang, dah siap ke thesis? Huhu~
  3. Raya dah nak dekat. Duit raya dah ada ke? Waaaaa.......................
  4. La, nak cuti raya pun kena unpaid leaves? Ish3x...
Itulah yang tengah bermain-main dalam otak aku ni. Tapi, taklah pulak aku taknak bulan Ramadhan tu datang, sebab Ramadhan kan bulan keberkatan. Moga-moga rezeki lebih bertimpa-timpa dan kerajinan membuak-buak untuk menyiapkan thesis dan juga menyiapkan kuih raya. Eh, kuih raya? Alamak! Tambah lagi dalam list yang nak kena pikir. Waa~


by,
Aimi A.Z yang nak mengucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak...

Sunday, August 01, 2010

The Handbag Hook


Apa handbag hook tu? Pergilah Aimi's Fabulous Textile untuk maklumat lanjut. I know it's not even a textile tapi takpelah, since ada pun yang dah label aku ni bukak kedai serbaneka. You know who you are! Jadi, sesiapa berminat nak jadi dealer or nak beli, mesej or email aku ye? :P

by,
Aimi A.Z yang dah lapar dan nak pergi cari makan...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin