Tuesday, September 28, 2010

I've Made Up My Mind

Segala aktiviti akan tertangguh selama satu bulan. Aktiviti yang dimaksudkan adalah masuk segala peraduan berblogging samada Vaseline mahupun iPhone 4. Walaupun memang dah ada idea dan dah tangkap gambar untuk Vaseline dan juga sudah upload gambar untuk Vaseline seperti ini;




Reason?

Kerana saya perlu menyiapkan Encik Thesis dalam masa yang tak sampai sebulan. Kalau saya berblogging pasal Vaseline pun paling kurang saya akan dapat pergi ke party je. untuk menang? Takde harapan sebab peserta banyak yang terhebat. lagi pulak, saya tak boleh berparty dalam masa sekarang maka harus bertegas kepada diri sendiri. No is no, Aimi!

Untuk iPhone 4 pulak, reason yang hampir sama. Untuk menang, banyak masa yang harus dihabiskan which I don't have right now. Sekadar suka-suka, memang selalunya begitu tapi dalam masa sebulan sehingganya terhantarnya Encik Thesis, perkataan suka-suka dalam kamus hidup aku terpaksa dibuang. Yang ada hanyalah serius. And, I'm serius right now! Sambil buat muka serius. Takpe, takpe. Tahun depan aku beli iPhone 4 sendiri. ke, ada orang nak kasi? Hahahahaha~

Open house dan kenduri dan berjalan-jalan adalah perkara aku harus aku korbankan juga, tapi aku tak mampu tahan godaan open house terutamanya open house Farah yang ada Cheese Cake yang sedap. dan apalah sangat beberapa jam untuk kawan-kawan, ye tak Cik Farah? So, bila open house ko nye? Kenduri, insyaAllah, akan dipertimbangkan. memang lah korang kahwin sekali je seumur hidup, tapi aku pun buat Master sekali je seumur hidup. Maka nya, kalau ada aku muncul di sana, maka aku adalah kawan yang baik. Ehem!

Jadi makanya, cuma ada entri untuk pengubat stress semasa pembikinan Encik Thesis. Harap-harap berjaya lah Encik Thesis disiapkan dalam masa sebulan ni. Saya sudah penat!


by,
Aimi A.Z yang cuti kerana sakit puan hari ni. Apakah? 

Friday, September 24, 2010

Mungkin ke iPhone 4 Menjadi Milik Saya?

Pergh! Akhirnya dah ada jalan di mana saya boleh mendapatkan iPhone 4 secara percuma sebab Digi nak kasi. Giler baik lah DiGi ni. Semoga murah rezeki. Haha~ Jadi makanya harus berusaha menjadi kreatif dalam masa yang singkat tanpa aku melupakan Encik Thesis. Oh, Encik Thesis~



Nantikan entri “DiGi iPhone 4 Me” daripada saya. Kepada yang lain, Good Luck~


by,
Aimi A.Z yang sudah mula mau mencari-cari idea kreatif...

Monday, September 20, 2010

Cerita Raya Saya

Setelah 2 tahun berturut-turut beraya di perantauan [Putrajaya], tahun ni kami berada di kampung halaman [Ipoh]. Sebab Opah dah agak sihat dan nak beraya di rumahnya maka kami anak-cucu-cicit memenuhi kehendak Opah untuk beraya di Ipoh. Jadi, inilah cerita raya saya. Aiceh!

Perjalanan aku bermula di malam raya. Di mana aku menaiki ETS untuk pulang ke Ipoh pada malam raya. ETS tu apa? ETS stands for Electric Train Service yang menghubungkan Ipoh dan Kuala Lumpur dengan hanya 2 jam. Harga tiket RM30 tapi dengarnya itu cuma harga promotion. Lepas habis promotion mungkin menjangkau RM40++. Siapa tahu, kan? ETS memang best dan sangat disuggestkan kepada mereka yang kesuntukan masa dan tak suka duduk dalam kenderaan lama-lama. Info lanjut sila tengok kat sini ye? :P

ETS yang masih cantik dan bersinar-sinar


Sesampainya kat Ipoh, terus pergi Gerbang Malam cari mercun dan bunga api. Gerbang Malam tu apa? Ha, kalau asyik nak terangkan semua perkara terpaksalah aku jadi promoter Bandaraya Ipoh secara tak berbayar. Hehe. Terberkira pulak. :P Gerbang Malam tu kiranya macam Petaling Street di Ipoh la. Buka pada malam hari dan menjual pelbagai jenis barangan. Yang kagum gila sebab dia menjual mercun secara terang-terangan tanpa menyorok. Gila hebat. Kat KL pun susah nak cari mercun. Haha~ Dan ini adalah hasil bermain bunga api pada malam raya. Bunga api memang di hatilah!

Selamat Hari Raya 2010*

Khas untuk Opah tersayang


Cool gila, kan? *wink* Anyway, pagi raya apalah lagi yang nak buat selain bersalam-salaman, makan, bergambar, dan makan lagi. Lepas tu pergi rumah yang wajib dipergi seperti rumah makcik-makcik kami dan makan lagi. dan bergambar lagi. dan bersalam lagi. dan tengok tv. Ini kan hari raya, itulah aktivitinya. kan?

Aktiviti bersalam-salaman sambil bergambar

Aktiviti bergambar di "set" yang lain


Tahun ni agak berbeza kerana di hari raya pertama kami pulang ke kampung. Selalunya pulang ke kampung di hari raya kedua tapi sebab rasa macam banyak sangat masa, maka kami pun bergeraklah ke kampung. Kampung di sini adalah kampung Umi. Tempat di mana nenek-nenek dan tok-tok saudara aku berada. Dulunya adalah tempat moyang-moyang aku dan tempatnya adalah di Parit, Tanjung Belanja dan Tepus. Selain melawat orang-orang kampung, aktiviti wajib adalah bergambar. Umi dan abah pun tak ketinggalan;

...dan korang masih tertanya-tanya di mana kami mewarisi sifat POYO itu...


Di malam hari raya pertama, kami semua cousin-mousin berpakat untuk tengok wayang. Walaupun perangai itu sangat tidak patut, tapi kami layankan je. bukannya selalu pun. Hehe~ Tapi, oleh kerana cerita yang ditengok tidak berapa nak menggembirakan hati dan naluri aku, dan oleh kerana terlalu banyak ayam berkokok di dalam perutku, dan tak kurang pula lembu yang asyik mengemooo maka aku pun terlelap-lelap semasa menonton Resident Evil. Ish3x.... Terlepas semua scene yang mengejutkan kerana terlelap. Yay~

Wentworth Miller adalah sebab utama saya menonton Resident Evil, takde sebab lain dah!


Itu baru cerita raya pertama saya. belum lagi cerita raya kedua, ketiga, keempat dan kedoploh. Belum lagi cerita pasal kami bermain boling di Ipoh Parade di hari raya ke-3. belum lagi nak cerita pergi open house Menteri Kewangan ke-2 di hari raya ke-2. Belum lagi nak cerita pasal saya yang dah mula bekerja di hari raya ke-4. Belum lagi nak cerita pasal saya beraya di rumah Arina dan juga open house kat rumah Shai. Eh, macam semua dah cerita je. Ha, itulah cerita raya saya. tengok gambar, lepas tu sekian.

Cuba teka siapa kami. :P

Beraya di rumah Menteri Kewangan, tapi takde bukti pun ini rumah menteri kewangan. Mungkin aku mereka cerita padahal tangkap gambar ni kat open house mana-mana tah. Haha~


Itu je lah cerita raya saya. Sekian. (again!)


by,
Aimi A.Z yang malas gila nak watermark semua gambar. Anggap je semua gambar adalah Copyright ye kawan-kawan...

Meet the Babies

Kalau tahun lepas sibuk pasal kawan-kawan yang mahu kahwin, kali ni mereka yang berkahwin sudah melangkah ke alam yang lain yakni Parenthood. Jadi, ini adalah anak-anak mereka yang aku baru jumpa. Yang dalam perut pun ada lagi yang belum keluar. Tapi, of courselah bukan dalam perut aku kan? Haha...

Ini adalah anak Cikgu Arina kita. Baru berusia 3 bulan. Namanya aku lupa pulak. Ibu budak ni sila bitau nama anak anda. *ngehngeh*

Ini pulak kategori anak saudara kawan-kawan. Namanya anak saudara Wardah. Danish. Dari hari tu aku geramkan pipi dia and baru ni dapat jugak aku picit kuat-kuat. Pastu kena marah dengan Wardah. Haha. Sorilah Danish, Kekmi gewam!


So, kawan-kawan lain, bila pulak giliran anda? :P


by,
Aimi A.Z yang nak semua anak kawan-kawan panggil dia "Kekmi" :P No Auntie-Makcik...

Saturday, September 18, 2010

Mulut Tempayan?

Ada ke orang yang tak tahu bahawa mulut tempayan itu bermaksud tidak pandai menyimpan rahsia? Semua orang tahu kot maksud mulut tempayan yang sebenarnya. Jadi, kalau korang tahu di kalangan korang itu ada mulut tempayan ataupun korang merasakan bahawa ada makhluk yang bermulutkan tempayan, maka janganlah korang bercerita apa-apa yang tak patut diceritakan kepada dia. Jangan jugak korang bercerita apa-apa (walaupun hal remeh temeh) kepada dia kalau korang takut rahsia korang didedahkan oleh si mulut tempayan. Jangan sekali-kali korang mempercayai dia yang korang rasakan sebagai mulut tempayan supaya korang tidak menyalahkan dia sekiranya rahsia korang terbocor walaupun sebenarnya bukan si mulut tempayan yang melakukannya.

Sumber dari Encik Google


Wahai manusia oi. Senangnya kau orang melabelkan orang dengan perkataan itu. Tak ke kau faham perasaan seseorang bila dilabel mulut tempayan? Tak ke kau sedar bahawa mulut tempayan pun boleh ditutup dengan dulang or kain yang besar? dan betul ke bahawa dia yang kau kata mulut tempayan itu adalah mulut tempayan yang sebenarnya? dan tak ke kau sedar siapa yang kau gelar mulut tempayan itu?

Mungkin betul dialah mulut tempayan yang sejati. Tapi, perlu ke kau guris hati dan perasaannya dengan melabel dia sebagai mulut tempayan? Dengan berkata di hadapan mukanya "Mulut Tempayan!" Bukankah si mulut tempayan itu sedar bahawa dia adalah mulut tempayan tanpa kau memberitahunya? Nasihat aku, jauhkan diri dari si mulut tempayan. Bercakap dengannya hanya bila perlu. dan jika tidak perlu, cukuplah untuk kau diam membisu dan tidak berkata sepatah kata dengan si mulut tempayan kerana takut segala rahsia kau dan segala cerita remeh temeh kau akan tersampai kepada semua orang. Kalau mahu lebih extreme, block dia sebagai friend kau di Facebook sebab kau merasakan dia mendapatkan info tentang kau di Facebook lantas mencanangkan pada semua orang tentang hal ko, like a typical mulut tempayan. Jangan salahkan si mulut tempayan tetapi salahkan diri sendiri kerana tetap bercerita kepada dia yang bergelar si mulut tempayan walaupun kau sudah tahu sejak azali bahawa dialah si mulut tempayan.


Sekian.


Nota kaki: Entri ini memang ADA kena mengena dengan mereka yang masih hidup. 


by,
Aimi A.Z si mulut tempayan...

Friday, September 17, 2010

Mahu Tapi Tak Mahu

Bukanlah isu kahwin ke, isu boifren ke atau segala isu-isu yang seangkatan dengannya. Tapi isu masa.

Aku mahu masa berlalu dengan pantas supaya Oktober cepat menonjolkan diri.

Tapi, dalam masa yang sama aku tak mahu Septermber berlalu kerana berlalunya September menandakan aku sudah kehabisan masa untuk berbuat sesuatu yang sangat penting.


Aku tak mahu jadi seperti Sang Arnab dan Sang Kekura yang bekejar-kejaran ke garis penamat tetapi akhirnya hanya ada satu sahaja pemenang.

*sigh*

Semoga urusanku berjalan dengan lancar sebelum September melabuhkan tirai dan seterusnya aku dapat menyambut Oktober dengan penuh perasaan gembira. InsyaAllah...


by,
Aimi A.Z yang pura-pura ada banyak masa tapi sebenarnya banyak membuang masa. Ish3x...

Monday, September 13, 2010

Kenapa Saya Suka Raya Saya?

Sebab, saya ada banyaak gambar yang menarik perhatian dan ingin berkongsi dan boleh dijadikan gambar untuk gantungan di dinding. Sementara menunggu proses editan, tatap 3 gambar ini dahulu;





Love all those pics. and there's many more! Tungguuuuu................


by,
Aimi A.Z yang menulis blog dengan sangat laju sebab ada "makhluk" yang menganggu. jeng, jeng, jeng...

Thursday, September 09, 2010

Salam Aidilfitri



by,
Aimi A.Z yang nak meminta maaf di atas semua salah dan silap dengan ucapan, "Raya datanglah rumah" :P

Wednesday, September 08, 2010

Kalau Hari Raya Jatuh Pada Hari Khamis

Memang betul mereka kata itu adalah rumors, tapi aku tetap tak dapat bayangkan kalau raya jatuh pada hari Khamis, yakni 9 September 2010. Sebab? Tiket keretapi aku adalah pada petang esok. Waa~ Saya takmau raya diperantauan. Tapi, kalau itu yang ditakdirkan, hanya lagu ni yang aku dapat tujukan untuk umi, abah dan semorang;


Dari Jauh Kupohon Maaf
by Sudirman

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh


Harap-harap rumors kekal sebagai rumors. Tapi, kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang. Waa~ Takpe, takpe. Raya mesti Jumaatnye lah! (Ayat sedapkan hati sendiri. Huhu~)


by,
Aimi A.Z yang nak ingatkan adik beradik dan sepupu sepapat semua bahawa kalau raya jatuh pada hari Khamis maka takde duit raya untuk korang. Baiklah korang berdoa raya adalah hari Jumaat!

Thursday, September 02, 2010

Feeling Unwanted

Mungkin dah sampai masanya aku pergi ke negeri berhujankan emas.

*Sigh*


by,
Aimi A.Z yang dah tak rasa diperlukan di negeri berhujankan batu ni...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin