Thursday, October 28, 2010

Finally, The BIG Announcement

Walaupun sekarang ni aku masih berperasaan bersalah menulis blog sebab aku kena membetulkan thesis, tapi rasanya perlu jugak aku announcekan hal ini. Walaupun ramai yang dah tahu, tapi ini adalah official announcement dan selepas announcement ada sedikit soalan yang perlu korang jawab untuk aku. Dapat tak perkataan PERLU kat situ? and btw, entri ini sangat panjang.

“Dengan ini, saya, Aimi A.Z, telah mendapat kerja di Sibu dan akan mula bertugas pada pertengahan Disember 2010.”

Jadi, persoalan yang pertama dan utama: Adakah saya patut pergi mencari sesuap nasi di Sibu atau perlukah saya terus setia di company sekarang?

Untuk menyenangkan proses menjawab soalan aku tu, aku senaraikan beberapa fakta tentang Sibu dan company sekarang supaya korang dapat membantu aku membuat pilihan yang tepat.


Sibu
Company sekarang
Company besar dan secure. Ada link dengan government. Banyak involve dengan projek-projek government.
Company kecil. Dalam 10 orang pekerja sahaja Kalau ada projek, adalah duit. Tapi setakat ni dah lebih 20 tahun bertapak.

Banyak benefits dan elaun. Melebihi dari gaji pokok. Ada insuran untuk seisi rumah tangga plus dental. Boleh cabut gigi free. :P
Takde benefits dan elaun. Ada angpow setiap raya Cina tapi taklah banyak mana. Kalau batuk demam bolehlah pergi klinik tepi office tu.

Gaji bulanan termasuk elaun adalah melebihi 2x ganda dari gaji asal sekarang. Ya, saya memang mata duitan. $$$
Gaji bulanan takde elaun takde claim. Yang ada cuma pemotongan gaji sebab unpaid leave. Tapi, dengar macam bos dah naikkan gaji. Tapi tak tahu berapa sebab tak dapat gaji bulan ni lagi. Kalau naik gaji 30% dari gaji asal, berbaloi tak?

Duduk di site. Mungkin akan bekerja tak kira masa. Mungkin akan bekerja di malam hari. Mungkin masa tidur tak menentu.
Duduk di office. Buat design sampai lebam. Boleh menjaga kelembutan kulit dan warna kulit supaya tidak terkena sinaran matahari.

Jauh di seberang laut. Tak kenal sesiapa. Berbaloi ke untuk berjumpa dengan orang baru? Hidup sebatang kara.
Dah berpuluh tahun hidup di Putrajaya nih. Haha Berada di keliling orang-orang biasa. Tapi, kawan semua pun dah ada life masing-masing. Mungkin berbaloi jumpa orang baru dan buat kawan baru. Tapi still, ada family dan sanak saudara.

Dapat pengalaman baru. Boleh berdikari. Boleh simpan duit untuk kegunaan masa hadapan.
Life sama je. takde perubahan. terlalu selesa sampai malas berubah. Tambah hutang sentiasa kerana gaji yang tak berapa nak banyak. Simpanan jangan cakap lah.

Ilmu design kena simpan dalam arkib negara. Tambah ilmu site yang tak ada. Tapi nanti suruh design beam pun terkial-kial. Huh?
Boleh tambah ilmu design. Mungkin boleh menjadi hebat seperti senior engineer aku sekarang.


Kontrak 2 tahun. Ada peluang sambung kontrak. Kalau tak sambung, akan dapat pampasan setimpal.
Dah 3thn setia.Merupakan company pertama dan satu-satunya company yang pernah berkerja semenjak graduated. sayang woo mau tinggal~

Sudah sign offer letter dan akan bermula pada pertengahan Disember.
Sudah hantar surat resign tapi tak diterima oleh bos. Maka, terhasillah entri ini.


Setelah membaca hujah-hujah di atas, maka yang mana satu pilihan yang tepat? Sila vote dan nyatakan sebab musabab anda ye? Tolonglah saya wahai semorang…

dan btw, sebenarnya dah decide dah nak pergi tanpa berfikir panjang. Tapi bila bos cakap “Tak boleh resign!” terus hati berbelah bahagi dan otak bercelaru. Haih~

Tq in advance. :P


by,
Aimi A.Z yang ingatkan tak diperlukan, rupanya masih diperlukan. Terharu~

Tuesday, October 26, 2010

Sayang?

Sayang. 

Kenapa bila nak ditinggalkan baru terasa sayang?

Mana perginya rasa sayang tu sebelum ni.

Hoi sayang!

Pergi main jauh-jauh.

Saya tak perlu rasa sayang tu sekarang.

Tolonglah pergi. Tolong!


by,
Aimi A.Z yang tiba-tiba terasa sayang. Haih~

Sunday, October 24, 2010

Tak Puas Hati

Pernah tak korang rasa tak puas hati dengan kerja korang sendiri? Dan bila terjadinya perasaan tu, apa yang korang akan lakukan?

Aku tanya-tanya ni sebab aku tak puas hati dengan thesis yang aku buat. memang aku dah berjaya menyiapkan thesis tu, tapi aku sendiri pun rasa tak puas hati, inikan pulak orang lain. Aku rasa thesis aku tu senang sangat. Macam takde different dengan previous study dan macam bukan benda baru. Tambah lagi, tersangatlah nipisnya. Huhu~

Tapi, apa pun orang yang patut disalahkan adalah aku sendiri. Aku ada baanyaaak masa untuk membuat thesis dengan bagus dan aku memilih untuk membuat di saat-saat akhir. Jadi, akulah orangnya yang harus bertangungjawab di atas semua yang terjadi.

Maka, saya harus tabah menghadapi hari esok. Harap-harap thesis diterima. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan hambamu ini. Amin~

 

by,

Aimi A.Z yang tak taulah apa nak cakap kat diri sendiri. Haih~

Friday, October 22, 2010

Everything Else But Thesis

Entri ni ditulis sebab aku tau korang dah bosan aku asyik bercerita pasal thesis je. Jadi, oleh kerana aku tak berjaya berjumpa dengan supervisor dan sangat risaukan supervisorku tidak menerima thesisku bila aku hantar nanti maka aku pun menghasikan entri untuk menenangkan diri ni. Ceh! risau pasal thesis tulis blog pulak, patutnya pergi lah buat thesis. Ish3x

Jadi, pertama sekali saya mahu bertanya, ingatkah anda pada entri ini


Turns out, bukan saya seorang sahaja yang mendapat perkara terbaik dalam hidup. Seorang kawan saya mendapat perkara terbaik dalam hidup dia sekarang ini tanpa disangka-sangka. Tapi, of course lah perkara kami itu bukanlah perkara yang sama. But then, ia adalah menjerumus ke arah satu kesimpulan yakni the best things in life happen when you least expect them.

Jadi, kepada kawanku. Kita ada peristiwa penting dan besar yang akan terjadi pada bulan Disember. Bulan Disember tu dah tak lama. Pejam, celik, pejam, celik maka sampailah kita kat bulan Disember. Jadi jomlah kita berusaha dan berdoa agar hari-hari yang mendatang akan dapat kita menyiapkan diri untuk menghadapi peristiwa-peristiwa itu. Mungkin kau dan aku sama. Membuat keputusan tanpa memerlukan masa lama. Tapi, jom kita berdoa bahawa keputusan itu adalah keputusan yang betul dan semoga kita berdua berjaya dengan keputusan masing-masing.

Hey, kawan. Kau tahu siapa kau kan. Apa pun, aku tetap sokong keputusan kau, walau seteruk mana pun keputusan kau. Not saying that this is a bad decision. Hehe~ Ya, kawan boleh influence seorang kawan untuk membuat sesuatu keputusan. Tetapi bila seseorang kawan itu merasakan sesuatu keputusan itu terbaik untuknya, maka kawannya harus membeeri sokongan sepenuhnya dan berdoa untuk kebahagiaan dan kesejahteraan kawannya itu. In this case, ini yang saya sedang buat. Menyokong kawan saya dah berkongsi kegembiraan dan mendoakan yang terbaik untuknya.

Kepada kawan-kawan lain, sabar. Anda akan tahu jugak suatu hari nanti. In the meanwhile, keep on guessing. Tekalah siapa dan apa peristiwa-peristiwanya. Nescaya semua tekaan anda salah. *ngehngeh*


by,
Aimi A.Z yang sangat terharu kerana kawan itu teringatkannya semasa membuat keputusan. Thanks kawan!

Wednesday, October 20, 2010

Masalah Demi Masalah

This is the time bila aku dilanda masalah. Banyak. Satu persatu masalah datang. Tanpa menunjukkan belas kasihan. Ada di antara masalah-masalah itu adalah ciptaan aku sendiri, iaitu aku yang mencarinya tapi semua tu datang pada masa sekarang. Semuanya harus difikirkan dan diselesaikan segera. Adoi!

Antara masalah yang melanda;
  1. Masalah untuk menyiapkan thesis yang tak siap-siap. Harus segera sebab hari Isnin adalah hari penghantaran thesis. Supervisor pun masih belum berjumpa. Arghhh!
  2. Masalah kerja. Di mana, semua kerja pun urgent dan hasrat untuk mengambil cuti untuk menyiapkan thesis asyik terbantut. Tetapi, tadi aku layangkan jugak surat cuti untuk menyiapkan thesis. Apa nak jadi, jadilah~
  3. Ingat tak passal 'big announcement' yang mahu aku announce tu? Ha, itulah salah satu masalah. Kalau aku bagitau apa masalah tu habislah bocor rahsia. Tapi itu pun menjadi masalah walhal itu tak sepatutnya menjadi masalah. Huhu~
Cukuplah tiga benda yang mendatangkan masalah. Masalah terjadi bila otak mencampur adukkan ketiga-tiga benda pada masa yang sama. Kalau tidak, tak adalah masalah sangat. Cuma, semua nak datang serentak sehingga susah aku untuk menjadi Aimi yang cool. Sampai kening pun terkerut dengan sendiri sampai mendatangkan kepelikan di kalangan colleague ku. Haih!

Esok sampai Ahad aku cuti untuk berbuat thesis. Kalau bos paksa aku datang kerja pun akan ku pekakkan telinga. Akan aku siapkan thesis dan minggu depan akan aku berhadapan dengan bos. Nak buat macam mana, kan? Tentang masalah ketiga sebenarnya aku amat mengalu-ngalukan masalah tu datang, tapi minggu depan baru aku boleh berfikir dengan tenang dan membuat keputusan.

Jadi Aimi. Semoga berjaya menghadapi semua masalaah yang mendatang. Berusaha dan have faith. Anda pasti boleh Aimi oi!


by,
Aimi A.Z yang tak sabar nak selesaikan semua masalah supaya dapat  hidup tenang seperti biasa...

Monday, October 18, 2010

I'll Find My Way

InsyaAllah.


by,
Aimi A.Z who feel so helpless but InsyaAllah she'll find her way...

Sunday, October 17, 2010

Di Hari Ahad

Saya sangat busy membuat Thesis.

Doakan saya dapat menyiapkan Thesis dengan jayanya.

Dan seterusnya dapat grad untuk kali ketiga.

Dan boleh dengan senang hatinya meninggalkan negeri hujan batu ni.

Untuk menadah emas di negeri hujan emas.

Doakan saya ye? :P


by,
Aimi A.Z yang lepas gian sekejap untuk update blog walaupun tengah busy...

Thursday, October 14, 2010

The best things in life happen when you least expect them

I don't know whether this is the best things in my life.

Apa yang saya tau ialah ini adalah antara keputusan yang paling besar yang pernah saya buat.

Tapi, memandangkan hal ini belum 100% confirm, maka saya hanya akan reveal nanti.

Jadi, doakan yang terbaik untuk saya.


by,
Aimi A.Z yang mengharapkan apa yang akan berlaku adalah yang terbaik untuk semua orang. InsyaAllah...

Sunday, October 10, 2010

Gambar Majlis Pernikahan Sheikh Muszaphar

10.10.10. Tak ada apa pun yang istimewa hari ni kecualilah majlis pernikahan dan persandingan angkasawan negara ni. Memandangkan peristiwa ni berlangsung di Putrajaya, aku sebagai seorang warga Putrajaya mau je rasanya terhegeh-hegeh mengintai majlis yang penuh gilang gemilang ni. Tapi nasib jugak tak pergi sebab bila baca status Facebook Saiful Nang yang berbunyi;


Terbayang-bayang betapa ramainya orang kat sana sampailah tengok gambar pernikahan diorang kat Gua.com.my. Baru tau kenapa boleh ada yang jatuh kolam. Ish3x... Tak percaya korang tengok sendiri gambar ni;



Gilalah ramai orang. Nasib aku tak pergi. Phew~ Jadi, tak sabar mau tengok Siaran langsung persandingan diorang kat PICC. Aku nak melawat-lawat sekeliling PICC tadi manalah tau boleh jumpa angkasawan negara lain pulak, tapi mendapat tentangan hebat dari semua pihak. Jadi, duduk jelah rumah diam-diam. Hehe~


 Ramai tak hati-hati yang kecewa?


Antara banyak, banyak gambar, gambar ni paling aku suka. Pembawa dulang adalah Lelaki-lelaki ini yang berbaju melayu hitam. *wink*


Oh, lupe pula nak cakap. Gubahan hantaran sangan gorgeous. *jeles*

Jadi, silalah melawat Gua untuk gambar-gambar lain dan melawat Saiful Nang untuk update mengenai majlis (kalau ada)



by,
Aimi A.Z yang dah tau apa aktiviti di malam hari: Tengok TV3. Yay!

Friday, October 08, 2010

Semakin Sikit, Semakin Perlu

Masa. Itu yang semakin sikit tetapi semakin perlu. Saya sudah tidak banyak masa untuk menyiapkan thesis, tapi dalam masa yang sama aku perlukan masa yang lebih untuk membuat aktiviti lain. Alahai, banyak betul godaan yang datang dan aku mengaku yang aku tak cukup kuat untuk menangani godaan-godaan ni walaupun aku telah menyatakan dengan lantangnya bahawa aku sudah membuat fikiran untuk menangguhkan segala macam aktiviti selama satu bulan. Haih~ Jadi, inilah empat godaan yang terlalu bagus untuk ditolak;



Tolong bagitau aku macam mana nak menangani godaan ni. Ini macam a dream come true. Jadi pioneer untuk the coolest bloggers' club in town. Tolonglah. Bila korang akan dapat peluang macam ni kalau bukan kali ni? Huh!




Ok fine. Ini boleh dielakkan tapi ini adalah event yang berlaku di hari yang sama  dan di tempat yang sama seperti godaan yang pertama. So, boleh dikategorikan sebagai alang-alang menyeluk perkasam. TeeHee~




Hellooooo.............. Tempahan = Rezeki. Kan orang pesan, rezeki jangan ditolak, tambah-tambah bila tengah zaman-zaman kekeringan ni. Maka, masa yang sedikit harus dibahagikan lagi untuk membuat gubahan.


Godaan #4: Mungkin Bakal Mendapat Project Pertama Sebagai Freelance Engineer


Ini macam godaan yang terhebat. Selama  menjadi engineer, ternanti-nanti ada sesiapa yang ingin menghire aku sebagai freelance engineer. Tiba-tiba sekarang sudah ada, takkan aku mahu menolak peluang yang memang sangat jarang didapati ni? Memang takkan tolak lah kan, tapi bila mengenangkan Encik Thesis.... Aduhh! Takpe, seperti godaan #3, rezeki jangan ditolak. Maka simpan semua dalam poket.


Cukuplah aku senaraikan 4 godaan aku setakat ni. Walaupun banyak lagi godaan-godaan yang menggoda, tak termasuk godaan-godaan manusia di sekeliling ni ha ade ke? aku tetap akan menyiapkan Encik Thesis sebelum 25 Oktober ini supaya aku dapat menggenggam segulung Master pada pertengahan tahun hadapan. Itu yang pasti! Jadi Aimi, chaiyo3x!


by,
Aimi A.Z yang senang tergoda dengan godaan-godaan macam ni. Uish!

Thursday, October 07, 2010

I Want To Be a Billionaire

Saya nak sangat jadi billionaire, beli semua barang yang saya tak pernah ada, jadi cover depan untuk majalah Forbes, dan bagi senyuman yang paling manis kat Oprah dan Queen.

Tapi...

Saya tahu saya takkan jadi billionaire hanya dengan usaha saya sekarang.

Saya tahu saya takkan jadi billionaire kalau saya malas macam sekarang.

Saya tahu saya takkan jadi billionaire kalau saya tak mula berusaha sekarang.

Saya tahu saya takkan jadi billionaire dengan hanya berangan untuk menjadi billionaire.

...dan saya definitely takkan jadi billionaire dengan hanyak menyanyikan lagu Billionaire...

Jadi, samada saya kuburkan angan-angan saya untuk menjadi billionaire atau saya berusaha sekuat mungkin untuk mencapai cita-cita untuk menjadi billionaire.


by,
Aimi A.Z yang memanglah nak jadi billionaire tapi kalau dapat jadi millionaire pun dah cukup. *perasan lagi*

Sunday, October 03, 2010

Bila Tetiba Rasa Mau Berpasangan...

(Tajuk yang confirm bakal menimbulkan kontroversi di kalangan manusia-manusia di sekeliling aku ni ha.)


Selama ni tak kisah pun tak berpasangan sebab sentiasa ada rakan-rakan di sekeliling. Tak terasa pun betapa tak bestnya hidup sebab sentiasa je ada orang yang boleh diajak ke mana-mana. atau senang cerita, kalau ada rakan-rakan yang tak boleh pergi ke tempat yang dijanjikan, terus plan yang diplan dibatalkan.


Tapi, hari ni...


Bila aku decide untuk pergi ke satu kenduri tanpa rakan-rakan yang biasa seperti Cik Kunon Baik, Cik Gila Outdoor dan Cik Pandai Masak, baru aku perasan rupanya kesiannya lah hidup.


Sebab?


Semua orang pun datang dengan pasangan. Semua orang pun makan dengan pasangan. Semua orang pun berpasang-pasangan. Aku?


Alahai, apasal lah berperasaan macam ni? Mungkin sebab dapat pandangan kesian daripada manusia-manusia lain. dan juga mendapat pertanyaan "Sorang je ke?" daripada kebanyakan manusia yang dijumpai. Atau mungkin jugak memang terasa macam ada pandangan pelik bila diorang tengok aku tanpa rakan-rakan yang biasa.


Kesimpulannya, samada aku silap sebab pergi jugak kenduri berseorangan tanpa rakan-rakan biasa atau dah sampai masanya untuk aku mencari pasangan.



by,
Aimi A.Z yang terus update blog sebab takmau perasaan ni terus menghantui...

Saturday, October 02, 2010

P.M.R

Those 3 letters yang pernah menghantui aku suatu ketika dulu. Suatu ketika di tahun 1999, yakni 11 tahun lepas. Damn! Terasa sungguh tua.

11 tahun lepas, akulah pelajar kebanggan mak bapak dan kebanggaan guru kelas. Akulah salah seorang calon 8A di sekolah kat gunung tu. Kalau tipu pun, percaya jelah! Dan aku sendiri memang menjangkakan yang aku akan dapat mengumpul semua A yang ditawarkan.

Tetapi percayalah, walau sekuat mana korang berusaha, walau sebesar mana harapan yang menggunung, kalau bukan masanya untuk korang menggenggam kejayaan, itu tetap bukan masanya. and for me, saya hanya dapat separuh daripada A yang ditawarkan dan juga bonus satu cangkuk untuk disimpan sebagai kenangan di hari tua.

dan percaya jugak, walaupun takde orang yang melabelkan korang akan mengumpul semua A, tetapi jika itu adalah masa dan rezeki korang untuk berjaya, maka korang tetap akan berjaya. Seperti kawan aku yang biasa-biasa aje tak pernah pun naik pentas, tapi bila result keluar, pergh semua terkejut dan tak percaya kerana semua A terkumpul di dalam poketnya.

Point aku di sini;

"Walaupun korang adalah pelajar pintar dan bijak, itu belum bermakna korang confirm dapat 8A. Korang harus terus berusaha menjawab semua soalan dengan betul dan tak over confident untuk memastikan kejayaan di dalam tangan anda."

"Walaupun korang tak dikenali sebagai pelajar yang cemerlang, tak semestinya korang takkan dapat 8A kerana you'll never know. Teruskan berusaha, insyaALLAH kejayaan akan menunggu di hadapan."

Salah sorang candidate PMR 2010


Jadi, adik-adik semua. Berusahalah bersungguh-sungguh tak kira siapa anda kerana kejayaan tak pernah pilih kasih! dan ingat; 

Usaha. Doa. Tawakal.


by,
Aimi A.Z yang wish All the Best kepada semua PMR Candidate terutamanya budak dalam gambar di atas...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin