Monday, November 29, 2010

Saya Cuma Nak Salah Satu Je, Boleh kan?

Kamera oh kamera. Setelah kamera yang dah berjasa bertahun-tahun kepada keluarga AZ sakit tenat dan mungkin menamatkan riwayat, maka sangat susah untuk mengabadikan gambar kenang-kenangan. Tambah-tambah bagi blogger macam saya ni. Apalah ertinya blogger tanpa kamera? Haih~ Jadi, kamera pilihan saya adalah G12. Ala, bukan saya nak DSLR pun, nak G12 ni je. Bolehlah, kan?



bb torch htc-touch-hd
Kalau permintaan kamera sangat tinggi, saya mau handphone yang mempunyai kamera berkualiti tinggi. Handphone pilihan adalah Blackberry Torch ataupun HTC Windows Phone. Taklah melampau sangat kan, biasa je tu. iPhone 4 macam best tapi macam mahal sangat then tiba-tiba keluar iPhone 5 pulak, nanti saya sangat kecewa. Jadi, saya tak nak iPhone 4. Android macam best tapi entahlah, kita cuba Windows Phone lah, kan?


Tapi, siapalah mau bagi. Kena beli sendiri lah jawabnya. Mana mau cari duit? Huhu~


by,
Aimi A.Z yang nak jugak salah satu sebelum pergi Sibu, kalau tak macam mana nak blog rentetan peristiwa ke Sibu nanti? Huhu~

Bumi ni taklah sebesar mana sebenarnya (2)

Cerita ni tak berkaitan langsung dengan Part 1 tapi ini adalah bukti lagi menunjukkan bahawasanya bumi ini adalah kecil.


Hari Sabtu. Dua peristiwa jadi berturut-turut. Dua-dua terjadi semasa aku pergi buat medical check up untuk kerja baru. Dua-dua peristiwa membuatkan aku lebih berhati-hati dengan orang sekeliling sebab kita tak tau siapa yang kita akan jumpa.


Peristiwa satu.

Tengah aku sibuk menunggu dan menunggu nama dipanggil untuk berjumpa doktor, adalah datang seorang mamat dengan bininya. "Eh, macam kenal je mamat ni" Rupanya itu adalah kawan seUiTM ku di zaman diploma.  Terasa sangat malas untuk menegur, jadi aku biarkan jelah. Tapi, tiba-tiba terfikir. "Kalau aku buat bodoh dan tak tegur pun, nanti sure kantoi masa nurse panggil nama". Sebab kebetulan nama bini dia sama dengan aku. Adeh! Seperti yang dijangka, bila nurse panggil je "Cik Aimi......." Diorang laki bini dengan pantasnya bangun dan menuju ke arah nurse. Rasa kelakar pun ada, but then terpaksa jugak aku menegur. Hehe~ Dalam banyak-banyak tempat, kenapalah nak berjumpa kat klinik tu, pada waktu tu? Kan banyak lagi klinik yang ada kat muka bumi ni? Ha, nampak sangat bumi ni taklah besar mana pun.


Peristiwa dua.

Masuk bilik doktor. "Uish, hensemnya doktor ni" Serius, hensem! Tak tipu. Btw, setakat sengih sorang-sorang sambil memuji kejadian Allah jelah. *sengih* Bila malam, baru teringat nak tengok laporan doktor. Semua ok, ok. Tiba-tiba baru ternampak nama doktor hensem. "Nama bapaknya macam kukenal" Tak mungkin ada orang nama sama macam tu sebab nama sangat unik. Taip kat FB, turns out itu adalah abang kepada rakan seUiTM saya jugak. Haih~ What a coincident. dan adalah bukti kedua yang menunjukkan bumi ini kecik je sebenarnya.


Jadi, kesimpulannya. Behave yourself walaupun anda rasa takde siapa pun yang kenal anda sebab you'll never know siapa yang ada di sekeliling anda.


Renung-renungkan dan selamat beramal...


by,
Aimi A.Z yang dapat tau doktor hensem dah ada 2 orang anak pun. Tak nampak macam bapak orang pun, serius!

Friday, November 26, 2010

Bukan Senang Nak Puaskan Hati Semua Orang

Walau siapa pun anda, mesti akan ada yang tak puas hati dengan anda. Tipulah kalau semua orang akan berpuas hati dengan anda. Paling tidak, perasaan tak puas hati tu mesti ada, walaupun sedikit. Walaupun secalit kuman.

..dan atas sebab yang saya nyatakan di atas jugaklah saya tak berapa nak kisah dengan seorang blogger yang tak puas hati dengan keputusan juri-juri dan juga Nuffnang kerana memilih saya menjadi antara 40 yang terkreatif mengasilkan entri Rapunzel dan seterusnya melayakkan saya untuk mendapat tiket percuma dari Nuffnang. Btw, it's just a ticket. Biarlah saya tak kreatif pun, yang penting saya dapat tiket dan awak tak dapat. *ngehngeh* Life is unfair, deal with it.

Jadi, oleh kerana saya dah tengok cerita ni, meh saya-yang-tak-berapa-nak-kreatif ni bagitau sikit sipnosis cerita Rapunzel ni.

Rapunzel, seperti yang semua orang tau adalah cerita dongeng mengenai puteri raja yang mempunyai rambut yang sangaattt panjang yang dikurung dalam tower yang tak ada tangga yang hanya mengharapkan rambutnya yang panjang sebagai lift untuk orang tua kutuk yang disangka ibunya walhal itu adalah penculik yang menculik puteri raja itu sehingga pada suatu hari seorang jejaka menjadi penyebab Rapunzel keluar dari tempat kurungan itu dan akhirnya mereka bahagia selama-lamanya. There, I said it in one sentence! Tak puas hati, pergi cari review kat blog lain. Eh, apasal ada nada-nada emo, eh? Haha~

Anyway, cerita Rapunzel ni ada lain sedikit dengan cerita yang original seperti, tiada putera raja dalam cerita ini. Yang ada hanyalah si Pencuri yang dengan tak sengaja termasuk ke dalam tower Rapunzel. dan dalam cerita ni ada seekor kuda yang sangat comel sebab berkelakuan seperti anjing dan juga seekor biawak biawak ke? yang senantiasa berkepit dengan Rapunzel. dan cerita ini adalah dalam format 3D dan memang agak teruja lah jugak tengok rama-rama beterbangan dan rasa macam nak pegang je walhal manalah boleh kan? Haha~ Tapi mungkin tak setanding dengan effect 3D untuk Filem Mars Need Moms yang akan ditayangan pada 2011. Lagi terbaikkk!


Inilah si Pencuri yang diperkatakan. First time I jatuh  cinta dengan komik character. Eh, ke dah berkali-kali? Muehehehe. I like his mata kuyu. Aww~

Kuda bernama Maximus yang menghidu seperti anjing. Sangat benci kepada sang pencuri dan selalu bergaduh but at the end, kuda ni gak yang tolong si Pencuri

Si tua kutuk yang dah tua sebenarnya tapi mengharapkan magic dari rambut Rapunzel untuk kekal awet muda.


Jadi, itulah ceritanya. Silalah menonton di pawagam. Bawak budak-budak yang sedang bercuti sekolah mesti mereka gembira. :P Kalau 3D rasa mahal sangat, tengok je 2D. Hehe~


Nota kaki kanan: Semua gambar adalah daripada Blog Kit yang di kasi oleh Nuffies.

Nota kaki kiri: Kepada seorang kawan yang tak puas hati sebab aku boleh menonton Rapunzel tapi tak boleh meluangkan masa untuknya pada hari Ahad ni, apa yang boleh aku cakap lagi selain dari apa yang aku dah cakap. Ye, saya memang seorang kawan yang teruk dan seorang manusia yang mempunyai time management yang sangaattttt teruk. Jadi, nak tak nak, terima jelah kawan ko ni. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak berkawan terimalah padahnya. Hehe~

Nota kaki orang: Kepada Kak Reen, nice meeting u. Ada rezeki, ketemu lagi. Kalau tak, kita jumpa je kat dunia blog ni. :P


by,
Aimi A.Z yang minta dimaafkan sekiranya ada hati yang terguris. Hidup ni tak lama, jadi mari kita maaf bermaafan...

Tuesday, November 23, 2010

Penting ke untuk wish "Happy Birthday"?

Being me, "Happy Birthday" seems to be the hardest word. Aku pun tak tau kenapa tapi aku ni sangatlah susah nak wish "Happy Birthday", tapi itulah aku. Orang selalu ingat yang aku tak wish birthday sebab aku tak ingat tarikh keramat diorang tu, tapi sebenarnya tak.

Sebab sebenar adalah kerana aku memang taknak wish

Serius.

Tapi of course lah kalau mak bapak dan adik beradik tu dah WAJIB wish kalau tidak jadi kes anak derhaka pulak kan?

Btw, setakat nak ingat tarikh, aku memang tak ada masalah. Aku boleh hafal setiap tarikh tanpa perlukan Facebook Notification or birthday reminder. Semua ada dalam otak, but again, I just don't wish "Happy Birthday".

9 Dec. 15 May. 27 Sep. 23 Oct. 6 Aug. 18 May. 4 Apr. 22 Jan. 4 Aug. 30 Jul. 12 Feb. 23 Dec. 5 Mac. 10 Jan. 26 Sep. 25 Sep. 29 Feb. 30 Oct. 13 Mac. 28 Sep. 7 Oct. 3 Oct. 1 Nov. Even 27 Dec ada lagi dalam ingatan aku ni. 

Jadi, kenapa pulak aku nak lupakan hari ni, yakni 23 Nov 2010?




Kepada si Sweet 26, aku tak tau kenapa, tapi tiba-tiba aku nak wish Happy Birthday. Bukan semua orang dapat wishes daripada aku ni, maknanya kau cukup bertuah sebagaimana bertuahnya kau lahir pada 23 Nov, 26 tahun yang lepas. Semoga apa yang kau rancangkan dalam hidup berjaya dan semoga kau dapat yang terbaik dalam hidup kau. *wink*


by,
Aimi A.Z yang banyak lagi tarikh dalam kepala ni, tapi nanti terbocor pulak rahsia, siapa dan kenapa. Jadi itu adalah tarikh-tarik yang dah di filter. Maaf ye kalau tarikh keramat anda tak tersenarai. *sengih*

Sunday, November 21, 2010

Alasan Demi Alasan

Ingatkan baru 2, 3 hari saya sudah tak update ini blog, rupanya sudah seminggu. Satu pencapaian tu. Or is it pengorbanan? Sampai tak wish untuk Aidiladha yang dah lepas. Haih~


Nak kata busy menyiapkan Thesis?

Memang sangat busy pun sebab perlu membetulkan Thesis selepas presentation. Tapi, tak banyak progress pun since the last day. Yup, saya masih Aimi yang sama walaupun banyak peluang telah diberi. *sigh*


Nak kata busy sebab menyiapkan kelengkapan untuk pergi ke Sibu?

Memang patutnya dah mula menyiapkan barang dan bershopping, tapi hati tak tenang untuk membuat kerja lain selagi tak menyiapkan Thesis. Jadi, persiapan terbengkalai walaupun saya cuma ada beberapa hari lagi, which is tak sampai sebulan lagi. *gilo*


Nak kata busy menemani seorang kawan membuat persiapan untuk majlis besar?

Awal-awal aku dah cakap, aku dah tak boleh nak teman sebab aku harus menyiapkan Thesis. Tapi, banyak pun dah ready kan, tinggal masa je untuk majlis berlangsung. *excited*


Walaupun aku tau korang dah sangat bosan dengan aku sebab bercerita pasal Thesis yang tak habis-habis je, sepertimana kawan-kawan dan adik beradik aku yang rasa sangat-menyampah-sebab-Thesis-adalah-alasan-yang-aku-guna-untuk-pelbagai-occasion  tapi apa yang aku boleh buat kalau memang Thesis adalah keutamaan aku sekarang. Even walaupun korang rasa aku sebenarnya taklah-buat-Thesis-sangat-tapi-guna-alasan-Thesis-untuk-menolak-invitation tapi percayalah, hati aku merasa tak tenang dan otak aku sangat runsing kalau aku berpoya-poya pada masa sekarang. Jadi, tolonglah faham.


...and even if korang tak faham pun, tolonglah abaikan aku untuk sebulan ni sebab insyaAllah selepas tak sampai sebulan, aku akan guna alasan lain selain Thesis iaitu ---> Sibu.


Jadi, doakan saya berjaya menyiapkan Thesis dan tak perlu nak sebut atau ingat lagi Thesis selepas sebulan ni. *Amin*


by,
Aimi A.Z yang memang ada banyak alasan untuk diberi *ish3x*

Thursday, November 18, 2010

Pengguna Perodua yang Memuji Kehebatan Proton

Proton dan Perodua. Persamaannya adalah dua-dua adalah jenama Malaysia.

Jadi, bila Proton telah mencapai sesuatu kejayaan, pengguna Perodua pun bolehlah tumpang sekaki. After all, kita kan mengamalkan konsep 1 Malaysia? :P

Mungkin ada yang tau, or mungkin ramai juga yang tak tau yang baru-baru ni Proton telah menang Asia Pacific Rally Championship (APRC) di China. Bila masanya pulak Si Proton ni masuk motorsport? Ha, itulah nak cerita ni. Baca dengan gaya Mak Melah tengah nak mengumpat.

Actually, Si Proton ni dah lama masuk pertandingan macam ni, tapi entah kenapa lama menyepi. Sekarang ni setelah beberapa tahun menyepi, Si Proton kembali beraksi dan menang. Bayangkan jelah, Si Proton lawan dengan jenama-jenama seperti Sang Honda, Sang Volkswagen, Sang Mitsubishi dan Sang Subaru, tetapi Si Proton tetap mampu menang. Nampak sangat Si Proton dah banyak improve dan boleh bersaing dan boleh pulak jadi pesaing yang hebat. Cayalah!


Wah, sungguh bergaya si Proton ini


Ha, lupa pulak nak cakap. Si Proton yang hebat itu adalah Proton Satria Neo S2000. Tapi jangan tatau, enjinnya adalah based on enjin Waja 1.8. Jadi, tak kira apa jenis Si Proton tu, kira hebat lah tu. Untuk APRC 2010, Si Proton menang 2 kategori. Yakni, 2nd place trophy, FIA APRC Manufacturers Title 2010 dan 1st place trophy, FIA APRC China Rally 2010. China Rally ni adalah rally yang terakhir untuk 2010, sebelum ni Rally Malaysia, Rally Japan, Rally New Zealand and Rally Australia. Paling best sebelum ni pun tempat kedua masa kat NZ. Banyak rupanya, entah kenapa aku tak tau. *maafkan saya sebab jadi manusia yang tak update tentang isu semasa*


The Trophies. Sumber


Asyik cakap pasal Si Proton lupa nak cakap pasal Si Pemandu. Si Pemandu adalah dua orang di bawah ni yang tak berapa nak hensem, tapi siapa yang akan mempersoalkan kehenseman kalau dah menang? Jadi, lebih baik tak-hensem-tapi-hebat daripada hensem-tapi-hampeh. Kan?

Si Pemandu yang berasal dari Scotland dan SUDAH berkahwin.

He's Australian and he's single!


Jadi, sekiranya anda mahu tahu lebih lanjut atau tak paham apa yang saya cuba sampaikan ni, anda boleh pilih salah satu daripada 2 option ni untuk info selanjutnya;
  1. Official Proton Satria Neo Super 2000 Facebook Page
  2. Proton Motorsports WordPress

Sama-samalah kita menyokong jenama Malaysia.


Janganlah teragak-agak untuk menggunakan jenama proton. *tiba-tiba gambar INSPIRA*


Jadi, Selamat Maju Jaya untuk Si Proton di tahun-tahun mendatang dan kepada anda semua, lengkapkanlah diri anda dengan isu semasa supaya kita tidak ketinggalan kerana sebenarnya Malaysia ni dah semakin bagus dan bagus. Semoga kita pun menjadi sebagus Malaysia sebab kitakan rakyat Malaysia. Malaysia Boleh! *tiba-tiba*


Encik Perodua, anda tetap kesayangan saya. *wink*


by,
Aimi A.Z yang takut Encik Perodua terasa hati pula bila aku asyik memuji-muji Si Proton. *ngehngeh*

Sunday, November 14, 2010

Pendakian Saya Masih Belum Selesai

Read More Tutorial

Jom belajar cara yang senang untuk membuat Read More atau Baca Selanjutnya tanpa memerlukan HTML Code dan sebagainya. 

Mula-mula, sila pastikan bahawa anda mempunyai Updated Editor. Klik pada Settings > Select Post Editor> Updated Editor (Recommended) 



Ingin tahu lebih? Baca seterusnya...


Wednesday, November 10, 2010

Kadang-Kadang Pelangi Bukan Petanda Hujan Akan Reda

Kenapa saya cakap macam tu?

Sebab…

Gambar bewarna pelangi inilah yang akan saya present di hari Jumaat nanti…

…yang menandakan hujan bakal turun, dan bukannya hujan akan reda…

Jadi, doakan saya tak kena “teruk-teruk” dengan panel ye kawan-kawan?

…dan doakan saya dapat menggenggam segulung Master.

 

InsyaAllah…

 

image

by,

Aimi A.Z yang berdoa agar segala urusan dipermudahkan…

Tuesday, November 09, 2010

Kadang-kadang Sengaja Jadi Jahat....

Untuk apa lagi kalo bukan untuk menghiburkan hati sendiri. Walaupun tau, tak baik jadi jahat, tapi.............. best la sebenarnya jadi jahat. Serius!

Jahat dalam erti kata berbuat jahat terhadap manusia yang lain. Bukanlah jahat yang melanggar hukum syarak mahupun peraturan dan undang-undang. Jahat dalam erti kata nakal.

Tapi, untuk orang yang terkena, mestilah hati terasa sakit. Mestilah terasa mahu cepat-cepat aku nyah dari hidup korang. Takpelah kawan, the time will come. Suatu hari nanti, saya akan pergi juga.

Sementara saya masih ada, terima jelah kejahatan saya. dan untuk anda, janganlah terlalu ego, kerana ego itu lagi jahat dari saya.

Tak percaya?

Percayalah, sebab saya selalunya betul.


by,
Aimi A.Z yang kadang-kadang tak dapat membendung perasaan jahat. *ngehngeh*

Sunday, November 07, 2010

Be Part of ChurpChurp Today!

Ini adalah soalan-soalan dan jawapan-jawapan mengenai ChurpChurp yang anda perlu tahu sebelum menyertai ChurpChurp.
1. Apakah ChurpChurp sebenarnya?
A. Sejenis burung yang berwarna biru.
B. Sejenis makanan berasaskan burung.
C. Nama seorang perempuan yang bermulut murai.
D. Sejenis media pengiklanan yang menggunakan burung biru sebagai logo

Jawapan: D. ChurpChurp adalah satu media pengiklanan seperti Nuffnang tetapi menggunakan Twitter sebagai pengantara.

2.
Siapakah yang patut menyertai ChurpChurp?
A. Mereka yang sedang bersekolah.
B. Mereka yang berniaga di pasar malam dan berumur lebih daripada 50 tahun.
C. Mereka yang merupakan anak ketiga daripada dua belas orang adik beradik.
D. Sesiapa saja tak kira umur, bangsa, dan taraf pendidikan asalkan mempunyai akaun Twitter dan berminat untuk menjana pendapan melalui Twitter. 
Jawapan: D. Sesiapa sahaja boleh menyertai ChurpChurp dengan syarat mereka aktif bertwitter dan berminat menjana pendapatan dengan ChurpChurp.

3. Bagaimanakah ChurpChurp berfungsi? ChurpChurp akan membayar jika saya….
A. … update status saya seperti, “Saya lapar.”
B. … mengetahui tentang sesuatu produk dan mewarwarkan di Twitter saya.
C. … menyelesaikan assignment yang diberikan oleh ChurpChurp.
D. … update status saya dengan isu-isu semasa.

Jawapan: C. Apabila anda sudah mempunyai akaun ChurpChurp, ChurpChurp akan memberikan assignment untuk diselesaikan. Anda perlu mentweet sesuatu iklan dan hanya akan dipublish ke Twitter sekiranya mereka berpuas hati dengan tweet anda.


4. Berapakah bayaran yang akan dibayar oleh ChurpChurp?
A. RM10 per tweet.
B. RM2 per tweet.
C. Suka hati diorang je nak bayar berapa.
D. 20sen per tweet.

Jawapan: C. C bukan jawapan yang paling tepat sebenarnya. Jawapan yang paling tepat adalah ChurpChurp membayar mengikut jumlah follower anda. Lagi banyak follower anda, lagi banyak jumlah yang akan anda dapat dengan satu tweet. Jadi, silalah tambahkan follower anda.

5.
Selain duit, apakah benefit yang saya akan dapat dengan menyertai ChurpChurp?
A. Menonton wayang percuma.
B. Berpoya-poya seperti bermain layang-layang.
C. Berjumpa dengan rakan-rakan baru.
D. Kesemua di atas.

Jawapan: D. Anda akan dapat menonton wayang kerana ChurpChurp akan menyediakan contest yang boleh anda sertai untuk merebut limited ticket. Di samping itu banyak juga aktiviti yang boleh dijoin dan boleh berjumpa dengan kawan-kawan baru yang mempunyai minat yang sama yakni, bertweet.

6. Apakah yang saya dapat dengan menyediakan soalan dan jawapan sebegini?
A. Saya dapat RM100.
B. Saya dapat pahala kerana menyebarkan ilmu.
C. Saya dapat trafik kerana mungkin orang akan datang ke blog saya.
D. Kesemua di atas.

Jawapan: D. Saya akan dapan RM100 sekiranya saya tergolong dalam 10 entri terkreatif. Tetapi, saya sudah semestinya dapat pahala dan trafik walaupun saya tak dapat A.

ChurpChurp
Saya adalah si baju Pink dalam gambar di atas. :P


Jadi, marilah kita sama-sama join ChurpChurp dan dapat menjana pendapatan hasil daripada bertweet. Sekian.

by,
Aimi A.Z yang baru join ChurpChurp tapi dah berjaya mengumpul beberapa ringgit. Yay~

Saturday, November 06, 2010

Minyak Kelapa Dara

Penjual : Kak, minyak kelapa dara ni bagus untuk awet muda. Akak belilah, sure awet muda!
Orang yang Taknak Beli : Agak-agak umur saya berapa?
Penjual : (sambil tengok dari atas ke bawah)
20 tahun kot.
Orang yang Taknak Beli : Ha, tengok! Saya tak pakai minyak kelapa dara ni pun dah awet muda. Nampak 6 tahun muda.
Penjual : (Terdiam)
Takpe
lah, kita tak payah lah cerita pasal awet muda ni. Kita cerita pasal kurangkan berat badan, rendahkan kolestrol, bla, bla, bla.

Kesimpulannya, I memang selalu disalah anggap muda daripada umur sebenar. Jadi, taklah heran sangat pun. Cuma kali ni terasa best dapat mempermainkan sang Penjual. Hehe~

by,
Aimi A.Z memang dah selalu disalah anggap, jadi dah biasa. Hehe~

Friday, November 05, 2010

If I Had Rapunzel's Hair

Kalau saya ada rambut sepanjang 70 kaki seperti Rapunzel;

1.
Saya akan memerap dalam rumah je. Kenapa? Sebab saya kan memakai tudung, jadi macam mana saya nak pakai tudung dengan rambut sepanjang tu? Kalau saya cuba jugak memakai tudung mungkin saya akan kelihatan seperti ini;
Tak bergaya langsung weh~


2.
Saya nak berdiri dalam rumah pun masalah. Saya ni tak tinggi sangat, jadi takkanlah setiap kali nak berdiri saya kena berdiri atas kerusi atau meja untuk mengelakkan rambut saya dari kotor? Haih~ Itu dah menyusahkan diri namanya.

Mungkin mereka sanggup, tapi saya tak sanggup~


3.
Saya nak jadi seperti Rapunzel yang menjadikan rambut saya sebagai tangga untuk sesiapa yang mahu memanjat ke atas? Jangan haraplah weh, habislah rambut I dipijak-pijak oleh kaki-korang-yang-dah-pijak-taik-apa tuh. Penat I berhabis berbotol-botol shampoo, senang-senang je korang mahu pijak! No, no, no!


Tambah-tambah untuk Monster macam ni. Euww~


Oleh kerana sebab-sebab yang saya nyatakan di atas, maka saya taknak menjadi Rapunzel. Biarlah saya menjadi saya yang sekarang dan biarkan Rapunzel menjadi dirinya tanpa perlu kami meniru satu sama lain. Yang penting kami bahagia dengan cara masing-masing. Tiba-tiba!

I love my hair. Don’t u see it? Hehe~


Jadi, mari bersama-sama menonton Rapunzel: A Tangled Tale di pawagam berhampiran mulai 25 Nov. 
Selamat menonton!



by,
Aimi A.Z yang cakap; dapat Wii best gak kan? Hee~

Monday, November 01, 2010

It's Official!

Saya telah berjaya menghantar surat resign walaupun tak diterima dengan seikhlas hati oleh Enchek Bos. Maka, saya akan memulakan kerjaya baru setelah genap 3 tahun saya bergelar Structural Engineer di company sekarang. dan sangat berharap ini adalah yang terbaik untuk saya.

...dan terima kasih kerana memberikan pendapat dan nasihat. Segala pendapat dan nasihat anda sangat saya hargai. Thanks guys!


by,
Aimi A.Z yang mencuba nasib di negeri hujan emas, tetapi tetap akan kembali ke negeri hujan batu sekerap yang mungkin. Hehe~
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin