Saturday, December 25, 2010

Apa Ada Dengan PMR?

Tak ada apa-apa lah PMR tu. Cuma satu requirement yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3. 8A ke, 7A ke, 5A ke 1A sekalipun korang akan tetap melangkah masuk ke Tingkatan 4. Bezanya mungkin cuma menentukan samada korang masuk aliran Sains atau aliran Sastera.

Jadi, ada apa dengan PMR? Tak ada apa-apalah. Jadi, kalau korang tak dapat apa yang korang targetkan tu, don't worry. Tak payahlah sampai nak berkurung dalam bilik patplohpat hari menangis dan meraung, sebab PMR is nothing. Just focus on your SPM sebab SPMlah penentu masa depan korang. Sekarang ni, bersyukur dengan apa yang korang dapat dan live life to the fullest. dan sentiasa ingat, semua yang terjadi, ada sebab di sebalik semuanya. Renung-renungkan dan selamat beramal. *wink*


Jadilah seperti budak ini yang akan melompat tak kira apa yang tertulis pada kertas tu. Kan, kan?



Nota kaki: Kalau nak tau keputusan budak ni, sila kira jari bapak dia di belakang tu. :P

Nota tangan: Kakak ko ni hanya boleh dipow tahun depan. sekarang ni sila pow abang dan kakak ko yang lain ye? *ehem*


by,
Aimi A.Z yang takut pulak nak kena pow. Budak tu dahlah mata duitan. Muehehehehe~

Friday, December 24, 2010

Here I Am

Di sinilah saya bertapak, mempelajari selok belok dunia pembinaan dan mempelajari hidup berdikari di atas kaki sendiri, tanpa mereka yang selama ini membimbing dan menyokong saya.


Banyak sangat cerita untuk diceritakan, dan banyak sangat cabaran dalam masa seminggu. InsyaAllah akan saya ceritakan yang mana boleh diceritakan dan some things are better left unsaid. Till then.

by,
Aimi A.Z yang berharap semuanya akan berjalan dengan lancar selepas ini...

Friday, December 17, 2010

Impian Anak Jalanan








Aimi A.Z
17 Disember 2010
Sibu, Sarawak

Semalam Adalah Harinya

(update) Cik Tunangan Orang memaksa aku menukar gambar yang aku pos sebelum ini kerana alasannya dia nampak gemuk di dalam gambar sebelum ini. Sebagai kawan yang baik, saya menurut perintah. dan gambar itu adalah gambar yang tercantik yang dicurik dari Profile Picture Cik Tunangan Orang. Sekian!


Apakah yang berlaku semalam? Hari yang sangat penting buat seorang kawan. Siapakah kawan yang dimaksudkan dan apakah event yang berlaku? Sila teka berdasarkan gambar di bawah;


Hint: Kerusi, Lampu, Bunga, Oren.


Hint: Kawan, Baju Kurung, Gembira, Oren.

Hint: Make-up, Baju Putih, Seorang, Oren.


Ha, tekalah sendiri. Kalau betul meneka, sila kasi hadiah kepada diri sendiri. Saya tidak bertanggungjawab di atas jawapan-jawapan yang betul mahupun jawapan-jawapan yang salah. Semua jawapan adalah di atas tanggungjawab anda sendiri, dan tujuan saya adalah untuk membocorkan SEDIKIT sahaja rahsia.


Sekian.


by,
Aimi A.Z yang sangat yakin semua orang dapat meneka denggan betul. Tahniah!

Sebenarnya Saya Hanya Mahu Cakap "Bye Bye"

Dah sampai masanya untuk saya berhijrah dan memulakan langkah baru yang sangat besar dalam hidup saya. Dari kehidupan sehari-harian dan dalam kerjaya. Saya tahu anda semua tak merelakan saya pergi (sila muntah sekarang!) tapi percayalah pemergian saya ini adalah demi kebaikan semua pihak. Jadi relakan saya pergi.


Dengan zaman yang serba canggih ini anda semua takkan dapat merasa ketiadaan saya. Kerana setiap aktiviti saya akan saya laporkan di dalam blog ini, segala bebelan akan diupdate LIVE melalui Facebook, dan segala ketidakpuasaan hati akan dilemparkan melalui Twitter. Jadi, bila anda akan merasa ketiadaan saya?


Mungkin ada masanya, saya tidak dapat menghadiri event-event yang dianjurkan. Mungkin pada masa tu baru anda akan terdetik, "Kalau Aimi ada kan best" (muntah lagi?) tapi bila anda berperasaan gembira dan bergaul mesra dengan rakan-rakan dan saudara mara yang ada anda akan terus melupakan nama Aimi itu, jadi biarkan perasaan anda itu berdetik kerana perasaan yang berdetik itu hanya datang untuk sesaat.


...dan percayalah, anda akan dapat melupakan Aimi dalam sekelip mata. Ha, cuba kelip mata sekarang, dah lupa tak siapa Aimi? ngee~


Jadi, saya pergi dulu. Mungkin kita akan berjumpa lagi di suatu hari yang hening.


Maafkan juga salah silap, halalkan makan minum. Hutang piutang silalah tuntut kerana saya ni masih hidup lagi, masih boleh membayar hutang piutang anda. *ngehngeh* Doakan saya berjaya dengan jalan yang saya pilih.



Yang Benar,
Aimi A.Z

Wednesday, December 15, 2010

The Biggest Loser Asia 2010

Kalau tahun lepas aku terpanggil nak buat entri selepas menonton episod pertama, tahun ni pulak aku terpanggil nak buat entri setelah menonton The Finale. Isunya, adalah MALU.


Bukan malu menjadi orang gemuk. Tapi malu berdampingan dengan orang gemuk.


Seriously?


Ni semua gara-gara bapak Raj yang bodoh yang mengaku selama ni dia malu nak pergi mana-mana dengan Raj sebab Raj obese. Hey, tolonglah weh, itu anak ko kot. Even though betul pun ko malu, tak payahlah mengaku dekat kamera semua. It's like the whole world tau yang ko malu ada anak obese. Kalau akulah, tak tau apa perasaan aku masa tu. Tapi, nasiblah Abah tak macam tu. Kan Abah, kan?


Tapi, bila tengok balik life aku dan orang sekeliling aku, memang nampak pun ada satu perspektif terhadap orang gemuk dan obese. Perspektif yang aku pun tak faham kenapa wujudnya. Perspektif yang memang tak boleh dikawal tetapi semakin menular di dalam otak kebanyakan manusia. Perspektif yang negatif terhadap orang gemuk dan obese. Perspektif yang amat tak sihat dan memang merendahkan martabat seorang obese.


Saya seorang obese, so what?


Jadi, kalau korang malu berdampingan dengan orang gemuk dan obese macam aku, korang boleh blah dari hidup aku sebab aku memang tak perlukan orang-orang macam korang. Itu je yang aku nak sampaikan *full stop*


by,
Aimi A.Z yang takdelah frust sangat bila Nai kalah...

Sunday, December 12, 2010

Besar Dugaan Untuk Aku, Besar Lagi Dugaan Untuk Mereka

I'm struggling to finish up my master. Dengan thesis yang masih tak diterima panel, aku rasakan dugaan ini maha hebat dan tak tertanggung sekiranya aku tak dapat menghabiskan master dalam semester ini atau tak dapat menghabiskan master langsung. Tak dapat aku bayangkan kalau segala susah payah aku selama ini tak berhasil dan sekarang aku hanya mampu berdoa supaya thesis aku diterima dan aku dapat menghabiskan master dengan sempurna.


Tetapi, dalam aku meratapi nasib diri, baru aku sedar dugaan aku ini sangat kecil nak dibandingkan dengan dugaan mereka. Mereka yang dimaksudkan adalah keluarga makcik aku yang anaknya mengidap kanser. Menghadapi hari-hari menjalani kimo dan menunggu masa untuk pulih dan sihat sepenuhnya. Menunggu saat-saat badan dapat melawan sel-sel kanser dan menunggu saat-saat dapat meneruskan hidup seperti sediakala. Menunggu saat-saat segala yang dirancang dalam hidup akan dapat dilaksanakan. Menunggu dan terus menunggu sehingga tak tahu bila.


Aku insaf.


Sekarang aku sedar, apalah sangat dugaan aku dibandingkan dengan mereka.


...dan aku redha apa yang akan terjadi kepada aku.


Sebab aku tahu, hanya Allah Maha Mengetahui. Manusia merancang, tetapi rancangan Allah lagi besar. Siapa tahu apa yang telah ditetapkan olehNYA.


Jadi, janganlah kita meratapi apa yang terjadi kepada kita kerana kita tak tau apa sebenarnya hikmah di sebalik semuanya.


by,
Aimi A.Z yang berjanji akan menerima semuanya dengan hati yang terbuka, InsyaAllah...

Tuesday, December 07, 2010

Hijrah Itu Pengorbanan

Ingat lagi dulu masa sekolah rendah selalu ada sambutan Maal Hijrah di sekolah. Semua kelas dimestikan masuk pertandingan Nasyid. Jadi semua orang pun, ada yang dengan hati terpaksa, ada yang dengan rela hati berlatih dengan bersungguh-sungguh. Ketua nasyid pada masa tu semestinya Arif Hizami. and thanks to teknologi, saya berjaya merakamkan detik-detik bernasyid di zaman itu. Walaupun teknologi tak seberapa, but still its a technology, rite?


Sesi latihan nasyid di bawah pokok. Arif Hizami adalah lelaki yang memegang kertas itu. Aku adalah sang Photographer, jadi aku tiada dalam gambar.


Tengoklah betapa sucinya muka-muka itu menyanyikan lagu 1 Muharam. Aku rasa aku kat belakang kot, ketinggian yang lebih kurang sama menenggelamkan aku di belakang. Haih~



Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman



Menyanyikan lirik di atas membuatkan aku sedar, mungkin memang sesuai sangat masanya untuk aku berhijrah. Sebab hijrah itu adalah pengorbanan, perjuangan, persaudaraan dan juga membentuk perpaduan. dan aku berharap semoga penghijrahan aku ni memberi kebaikan bukan sahaja kepada aku malahan kepada orang di sekeliling aku, tak kira yang tinggal mahupun yang aku bakal berjumpa. InsyaAllah...


Salam Maal Hijrah.


daripada,
Aimi A.Z

Sunday, December 05, 2010

Menghitung Hari

Disember.


Bulan berlakunya peristiwa-peristiwa penting. Bulan yang menentukan samada aku berjaya menggenggam Master atau tidak. Bulan di mana aku akan berpindah daripada Semenanjung Malaysia dan memulakan hidup di rantau orang. dan juga bulan di mana aku bertukar menjadi seorang gadis berusia 26 tahun. 


Semuanya berlaku pada bulan Disember.


Bulan ini juga menyaksikan lahirnya puteri kepada Irma Asyura dan bulan bermulanya status baru untuk Wardatul Baidha.


Harap Disember tak berlalu dengan begitu cepat supaya diri aku berjaya menghadapi semua peristiwa dengan hati yang terbuka.


Gambar bukan sekadar hiasan.


Opah yang menghitung hari cucunya akan pergi jauh telah merequest untuk berjumpa cucunya untuk berpesan, "Amy JANGAN cari orang sana, orang Semenanjung pun ramai." Hahahaha, kalau dah takde orang Semenanjung, apa salahnya orang sana kan, Opah. Lagipun, kitakan 1Malaysia? *wink*


by,
Aimi A.Z yang sebenarnya tak sempat pun menghitung hari sebab banyak sangat yang harus difikirkan. Haih~

Saturday, December 04, 2010

Defines Irony

Korang tengah bawak kereta.

Fikiran pun melayang teringatkan seseorang.

Korang tertengok meter di dashboard: menunjukkan tarikh lahir orang yang sedang diingatan.

Lagu di radio berkumandang, "...cinta terasa ada..."


Ironi, kan?


by,
Aimi A.Z yang susah nak menerangkan maksud ironi tapi tau bila berlakunya ironi...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin