Wednesday, December 28, 2011

Janji



"Janji tu apa sebenarnya?"


"Macam mana ayat yang menunjukkan yang kita berjanji untuk membuat sesuatu perkara tu?"


"Adakah dengan berkata "Aku janji...." baru bermakna kita sudah berjanji atau tanpa perkataan itu pun janji telah terlafaz?"


* * *


Persoalan-persoalan yang sedang berlegar-legar di kepala aku sekarang ni. Sebab banyak peristiwa yang berlaku yang menuntut JANJI yang aku telah lafazkan dan banyak peristiwa yang menunjukkan aku seolah-olah memungkiri JANJI. Walhal, aku hanya mengatakan akan berbuat itu-ini, dan tak pulak aku perasan bahawa perkara yang keluar dari mulut itu adalah suatu JANJI yang perlu (dan mesti) dikotakan.


Haih~


Susah jugak kan? Macam tu, selagi aku tak rasa yang aku akan buat, baiklah tak cakap apa-apa. Bak kata Wawa, aku ni suka memberi harapan. Tapi, aku jugaklah pemusnah harapan. *hatihancurberkecai*


Aku mintak maaf kepada mereka di luar sana yang rasa aku tak berpegang kepada JANJI. Aku bukan orang yang memungkiri JANJI, tapi kekadang mungkin korang tersalah faham dan tersalah anggap yang mana adalah JANJI dan yang mana adalah plan yakni rancangan. Plan aku memang selalu berubah-ubah, tapi JANJI, akan tetap aku kotakan. InsyaAllah.


...dan kalau boleh tolong terangkan maksud sebenar JANJI supaya aku tak tersalah berJANJI dan akhirnya memungkiri JANJI.



by,
Aimi Az yang tak tujukan entri ini kepada sesiapa. Cuma satu luahan yang sedang menghantui kepala ni...

Wednesday, December 21, 2011

27

Doesn't feel like one.

Doesn't look like one.


Doakan saya diredhai Allah, dimurahkan rezeki, dan dipermudahkan jodoh.

*Amin*


by,
Aimi A.Z yang genap dua puluh tujuh tahun hari ini...

Friday, December 16, 2011

Rose Buds


Ever since terpandang Shazwani Hamid's rose buds, hati saya sudah jatuh cinta. Tapi, being me yang kedekut, mestilah tak sanggup nak mengeluarkan duit sebanyak tu untuk membeli rose buds walaupun mereka sangaaaaaaat comel.


Tapi, di suatu hari yang hening (aiceh!) saya telah jumpa mereka yang comel ini; seperti gambar di atas, dengan harga yang saya mahukan. Apa lagi? Peluang jangan dilepaskan. =) 


Lepas ni saya nak beli banyaaaaaaak lagi. 


Tungguuuuuuuuu~



by,
Aimi A.Z yang nak buat Rose Buds collection. Wee~

Wednesday, December 14, 2011

Rahsia BESAR Saya Dah Terbongkar

Orang-orang yang rapat, especially family and kawan-kawan di sekeliling mesti sangat tau yang saya sangat merahsiakan BERAT saya. Yup, BERAT saya adalah rahsia terBESAR saya.



Ok, korang mesti tau tempat timbang beg dekat check-in counter di airport kan? Yang ada terpapar berat beg yang korang check-in tu. Nama benda tu Baggage Handling System (BHS). Memandangkan site saya adalah di airport, makanya mestilah saya berpeluang untuk melihat sistem BHS tu. Alkisahnya, masa tgh melihat-lihat BHS tu, diorang (my colleague dan seorang contractor) yang hampeh telah trick saya untuk naik ke atas BHS tu.


Apa lagi?


Bocorlah rahsia yang selama ni saya pertahankan.


*sigh*


Jahatlah diorang ni. Dah orang taknak bitau tu, tak payahlah sibuk nak tau. Cis!



by,
Aimi A.Z yang malas nak layan semorang yang sibuk nak tau BERAT orang. Biarlah berapa berat pun kan? Hehe~

Thursday, December 08, 2011

My used-to-be Little Sister Has Grown Up

Dah lama tak bercerita mengenai adik kecilku yang seorang ni. Yang last pun mungkin masa 2009 dulu, tu pun dah dua tahun berlalu.


Anyway, adik kecilku ini rupanya sudah besar dan sudah matang. Boleh menasihati kakaknya ketika kakaknya sedang bersedih akibat daripada "kehilangan" handphone yang baru digunapakai selama 2 bulan. Baiklah adik oi, kakak ko ni akan try to learn to let go selepas berusaha. *sigh* 





...dan kematangan adik kecilku  ini terserlah lagi dengan blog entrinya yang berbunyi;




Wahhhhh, adik kecilku  sudah besar. Ohh, I'm so proud with my little sister. Bagi yang tak kenal, nama adik saya tu Najwa, nilah rupanya adik saya yang dah matang tu;





Errrrrrk! 


Eh, on second thought, saya rasa dia belum matang lagi lah. Mungkin saya tersilap kot. =)



by,
Aimi A.Z yang sure kena marah sebab curi gambar and entri and comment from her pages. Sorilah Wawa...

Wednesday, December 07, 2011

Wordless Wednesday | Baju Baru




by,
Aimi Az yang cuba memujuk si Dia yang sedang "koma" dengan membelikan baju baru *sigh*

Tuesday, December 06, 2011

Misi Sebulan Satu Tempat (Part III)

Misi sebulan satu tempat untuk tahun 2011 bersambung lagi selepas Part 1 dan Part 2. Untuk recap, di sini saya senaraikan balik tempat-tempat dari Januari hingga ke Ogos setakat ini.

01/2011 - Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau Kapalai
02/2011 - Terengganu
03/2011 - Bintulu
04/2011 - Sarikei & Kedah
05/2011 - Kuching
06/2011 - Bangkok
07/2011 - Jakarta
08/2011 - Mukah

Bulan 9 | Mukah 



Sekali lagi saya ke Mukah. Memang lah ke Mukah untuk membeli ikan-ikan segar, tapi memandangkan trip yang sebelum ni tak sempat nak mengagumi keindahan bandar Mukah, maka kali ni kami pun singgah di pantai untuk mengambil gambar. Tapi pantai ni macam tak boleh mandi je, sekadar nak tengok-tengok dan melayan perasaan boleh lah kot. Hee~


Bulan 11 | Selangau





Selangau ni adalah satu bandar yang sangaaaaaat kecil di Sarawak. Kalau pergi Selangau ni satu pusingan dah boleh habis lah. Sekejap je. Ada banyak orang menjual di tepi-tepi kaki lima. Banyak buah-buahan yang korang tak selalu nampak di tempat korang, dan harganya sangatlah murah. Tak ada tempat menarik pun di Selangau and kalau korang nak datang Sarawak hanya sebab nak pergi Selangau, amatlah TIDAK digalakkan, sebab tak ada tempat pelancongan pon. and Selangau ni adalah otw jalan ke Mukah, which is lebih kurang sejam dari Sibu.


Bulan 12 | Singapore



This is the final vacation for 2011 sekaligus menutup tirai vacation tahun ini. Harap-harap menjadi vacation terbest untuk tahun ni, sekaligus dapat meleyapkan memori-memori yang tak best untuk tahun ni. So, can't wait untuk pergi ke Singapore. dan sangat tak sabar untuk bercuti panjang. Dah penat dah bekerja sepanjang tahun, I need vacation! cara cakap macam tahun ni tak pernah pergi vacation langsung. Heh!



...and kalau perasan Bulan 10 tak ada bukti aku pergi ke mana-mana. Actually, ada pergi Kuching untuk berkursus, tapi macam malas je nak letak, lagipun tak ada gambar. Hee~ So, abaikan jelah. Tahun depan setakat ni yang dah confirm adalah, Kota Kinabalu, dan Korea. Hajat di hati mau pergi ke Pulau Perhentian or Redang unuk amik lesen scuba and ada satu plan vacation bersama saudara mara di Port Dickson. Lepas tu tengoklah kalau ada company trip and mesti ada berjalan-jalan di Sarawak seperti Tanjung Manis, Miri dan Limbang. Alang-alang, boleh bervacation ke Brunei. Oh, dan ada offer untuk berjalan-jalan ke Utara mencari makan. Yay!


Harapnya keadaan kewangan dan keadaan kesihatan mengizinkan. Amin.



by,
Aimi A.Z yang banyak lagi tempat kena pergi ni, tak tau cukup masa ke tak ni...

Thursday, December 01, 2011

Saya Dah Bosan

Bosan duduk di Sibu.


Bosan duduk di sekeliling manusia yang tak pandai bergurau.


Bosan berada dekat dengan manusia-manusia yang bodoh.


Bosan berhadapan dengan manusia yang tak tau menghargai apa yang orang lain usahakan.


Bosan dengan manusia yang sesuka hati mengarah orang lain yang tak sepatutnya diarah.


Bosan dengan manusia yang tak pandai nak jaga hati orang.


Bosan untuk berlakon memaniskan muka dan menjaga hati orang lain.


Kesimpulannya, saya sudah bosan.


Mungkin cukuplah setahun saya di Sibu. I'm done!



by,
Aimi A.Z yang memang dah sangaaaaaaaaat bosan dah...

Sunday, November 27, 2011

Hati Hancur dan Remuk


HTC saya baru beli tak sampai tiga bulan, menggunakan duit gaji saya, tiba-tiba menyelam ke dalam air. Mestilah hati saya berasa hancur dan remuk.


Macam mana saya nak bangun Suboh setiap pagi tanpa alarm clock?



Macam mana saya nak tau bila saya punya next period tanpa My Days?



Macam mana saya nak tau lagu apa yang sedang dimainkan kat radio tanpa SoundHound?



Macam mana saya nak bercucuk tanam tanpa The Smurfs' Village?



Macam mana saya nak tengok to-buy-list saya kalau takde ColorNote?



Macam mana saya nak convert unit tanpa Convert Pad?



Macam mana saya nak berwhatsapp dengan geng-geng saya bila-bila yang saya nak?



Macam mana saya nak tau waktu solat bila tak ada My Solat?



Macam mana saya nak mengadu bila saya tension dengan orang sekeliling saya bila tak ada Twitter?




dan macam mana pulak saya nak check-in dan update status tanpa Facebook?




Cuba cakap dengan saya, hati siapa yang tak hancur dan kecewa kalau macam ni?




by,
Aimi A.Z yang keciwa mengalahkan orang putus cinta...
(Image: Googled)

Saturday, November 05, 2011

Pengorbanan

Pengorbanan paling besar;


Meninggalkan life di Putrajaya untuk bekerja di Sarawak.


Apalah nak dibandingkan dengan pengorbanan mereka yang lain. Pengobanan seorang mak kepada seorang anak. Pengorbanan seorang suami terhadap seorang isteri. Pengorbanan seorang sahabat terhadap sahabatnya lain. Pengorbanan sang tentera terhadap negara yang tercinta. Pengorbanan seorang Rasul terhadap Sang Pencipta.


Masih jauh lagi perjalanan hidup ini. Masih banyak lagi selok belok kehidupan yang belum ditempuhi. Masih perlu mempelajari erti pengorbanan yang sebenar.




Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga kita semua dapat menghayati erti pengorbanan yang sebenar. dan semoga kita semua tergolong dalam golongan mereka yang diredhaiNYA. 


by,
Aimi A.Z yang sangat mengkagumi mereka yang sanggup berkorban demi bangsa dan negara dan agama...

Tuesday, November 01, 2011

Hari Malang Saya

Saya tak tau samada malang ialah perkataan yang paling sesuai untuk hari ini. 


Yang pastinya,


Hari ni saya tertumpahkan air, baju saya kotor terkena concrete, saya terjatuh di site, dan saya dimalukan oleh bos di hadapan geng-geng kontraktor.


Boleh tak dikira sebagai hari malang saya?


*sigh*


Mungkin banyak berdosa, inilah akibatnya. 



by,
Aimi A.Z yang sedang sakit bontot akibat terjatuh di site. Adoi~

Sunday, October 30, 2011

Soal Jawab Tentang Kehidupan dan Masa Depan



Ramai yang bertanya;


Kenapa kau ambil Master? Kau nak jadi lecturer ke?


Niat asal ambil Master, bukan nak jadi lecturer. Niat asal mengapply Master adalah sebagai back-up plan. Masa tu hampir menamatkan degree, in case tak dapat kerja maka berniat nak sambung belajar secara full time. Rezeki aku masa tu murah (Alhamdulillah), dapat kerja terus setelah menamatkan degree. dan dalam masa yang sama, permohonan untuk sambung Master pun berjaya.


Menjadi Aimi yang tamak, mestilah tak melepaskan peluang yang ada. Grab kedua-dua peluang, maka bekerjalah aku sambil belajar. dan berniat untuk menambahkan ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.


...dan sekarang, bila dah ada Master, aku fikir lagi apa yang aku akan buat dengan Master ni. dan jawapnnya adalah sama; sebagai back-up plan. Nanti bila suatu masa nanti, bila aku dah bosan jadi engineer, dan bila aku rasa aku dah mempunyai ilmu yang cukup untuk dicurahkan kepada orang lain, insyaAllah akan aku pertimbangkan untuk menjadi lecturer. Lagipun, sampai bila nak jadi engineer, kan?



Kemudian mereka bertanya lagi;


So, what's next? PhD ke?


PhD is looooooong way to go. Sekarang ni saya mahu berusaha untuk menjadi seorang Professional Engineer dan mendapatkan Ir. Walaupun, rasanya masih belum layak, tapi mari kita berusaha untuk melayakkan diri, InsyaAllah akan berjaya. *wink*


...dan, saya ingat saya nak kahwin lah. Jeles pulak tengok kawan-kawan dah beranak pinak. Noni, jomlah kahwin weh. Kawin sama-sama, nak? =) Kalau Farah and Wardah nak join sekali pun sangat dialu-alukan. 



Kesimpulannya, 


Perjalanan ni masih jauh. dan kejayaan tak dapat diukur hanya kerana kau dah ada Master. 


Renung-renungkan dan selamat beramal. =)



by,
Aimi A.Z yang menjawab semua persoalan ni sebab ramai yang bertanya dan juga sebagai peringatan kepada diri sendiri...

Sunday, October 09, 2011

Percubaan Pertama

Kalau tak cuba, kita tak tau.


Bila dah cuba, baru akan tau.


Bila dah tau, taklah susah sangat rupanya.


:)



by,
Aimi Az
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, October 07, 2011

Frustrated Friday | Kecewa

Actually, saya nak buat entry bertajuk Forgiveness Friday, untuk mengingatkan diri sendiri untuk maaf memaafkan di hari Jumaat tambahan pula dengan peristiwa semalam


Tiba-tiba benda ni jadi.


Saya sangat frust!


Kenapa kau nak apa yang aku nak? Aku takdelah naaaaaak sangat, tapi kau tak payahlah nak sibuk.


Hari tu kau tak kisah pun, kenapa tiba-tiba hari ni kau kisah?


Hari tu kau tak mengaku pun itu kau punya, apasal hari ni kau nak mengaku pulak?


Hari tu kau pandang sebelah mata pun tak, siap tanya aku lagi apa kelebihan yang aku sukakan sangat. dan bila aku dah menyatakan dalil-dalilnya tiba-tiba kau pun terus merasa suka.


Tolonglah jangan kacau aku. Banyak lagi yang lain, yang kau boleh pilih.


Tapi, kalau kau nak jugak, amik jelah. Tak kuasa aku nak layan.


Aku percaya dengan takdir Allah.



by,
Aimi A.Z yang percaya, setiap yang berlaku ada sebab musababnya. Tapi kadangkala, susah nak pujuk diri untuk bersabar...

Thursday, October 06, 2011

Totally Truthful Thursday | Aku Benci Kau!

Hari ni saya nak bercakap benar, tiada yang benar selain yang benar.


Saya paling benci dengan orang yang sebegitu. Orang yang sangat BODOH yang suka melepaskan kemarahan sesuka hati.Tanpa mengira perasaan orang lain dan tanpa mengira sesiapa.


Hoi manusia! Apa yang kau nak kecohkan? Kau cuma bekerja keras DUA hari dalam sebulan and yet kau tension gila babi mengalahkan orang yang bekerja keras hari-hari. Itu pun kau nak mengamuk macam orang gila macam lah kau sorang je yang tengah busy.


Apa pun masalah kau, tak payahlah nak lepaskan yang orang lain. Kau tak rasa malu ke mengamuk macam orang gila macam tu? Kau tak kisah ke apa pandangan orang terhadap kau, apa persepsi orang terhadap kau?


Oops! Kau manalah kisah benda-benda macam tu, sebab kau kan seorang yang BODOH!


Kesimpulannya, aku memang tak puas hati dengan kau. Dan aku tak tau macam mana caranya untuk menghilangkan perasaan itu.


Aku doakan semoga kau berjaya mencari kerja baru supaya aku tak payah lagi memujuk diri aku supaya membuang perasaan benci terhadap kau. Aku just tak tau sampai bila aku dapat bersabar dengan kau.



Yang benar,
Aimi A.Z 

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday | Taman Permainan Saya



by,
Aimi A.Z yang bermain di tempat ini hari-hari. Ada sesiapa mau join? *wink*

Monday, September 26, 2011

Kepada Puan Kawan

Wahai Puan Kawan,


Walaupun aku sangat tak suka nak wish Happy Birthday, dan aku pun dah menyatakan secara terang-terangan ketidakpentingan untuk mewish Happy Birthday, tapi aku kuatkan jugak hati dan jari-jemari untuk mewish ko Happy Birthday.


Kenapa?


Sebab, aku nak ko sentiasa ingat bahawa ko ada seorang kawan bernama Aimi. Yang sentiasa ada dan menghantui ko kat mana je ko berada daripada belajar dulu, sampailah ko bertunang, sampai ko berkahwin; tak kiralah resepsi di sebelah perempuan mahupun di sebelah lelaki.





Aku jugak nak ko sentiasa ingat yang ko memang tak boleh lari dari aku walaupun ko dah beranak pinak sebab aku sentiasa ada kat sini untuk ko, whether you like it or not. =)




Jadi, terima jelah ketentuan Allah bahawa aku ni memang ditakdirkan jadi kawan ko sampai bila-bila. Jadi, carilah aku bila-bila masa ko nak; tak kira saat ko senang mahupun susah sebab walaupun ko tak cari aku, aku akan tetap cari ko. *wink*


Itu jelah nak cakap.


Semoga ko dapat apa yang ko nak.



Yang Benar,
Aimi A.Z

Sunday, September 25, 2011

Bayang-bayang Dunia

"Dunia is like a shadow, if you try to grab it, you won't be able to do so, but if you turn your back towards it, it has no choice but to follow you"



Suatu masa dulu, aku ada baca artikel Bayang-bayang Dunia, hasil nukilan Yusof Norilham Ezani Wan Jeffery di iLuvIslamdotcom. dan sangat agreed dengan pernyataan yang dilemparkan oleh Mr. X di atas.


Memang kalau nak kejar dunia, tak akan dapat. Perubahan-perubahan yang berlaku dirasakan sangat pantas. Even masa pun sama. Tengok jelah macam sekarang, diam tak diam rupanya dah nak habis bulan September. Terasa baru je semalam aku menjejakkan kaki di Sibu ni. Terasa baru minggu lepas hadirnya tahun 2011 ni. Terasa baru kelmarin aku meninggalkan Putrajaya. Haih~


Jadi, macam mana kita nak membelakangkan dunia supaya dunia pulak yang akan mengejar kita? bagaimana caranya untuk kita bertindak sedemikian dan dalam masa yang sama kita tak ketinggalan di belakang? Mungkin bila kita dah mencuba, baru kita akan mendapat teknik yang paling sesuai, but in the meantime apa yang patut kita buat?


Umur pun makin lama makin meningkat. Terasa macam ak ada perbaharuan dan kemajuan dalam hidup. Tapi bila cakap macam ni, nampak macam seorang yang tak tahu bersyukur pulak.


*keluh kesah*


Berusaha jelah menjadi lebih baik daripada semalam. dan berusaha sehabis boleh supaya tidak ketinggalan jauh di belakang supaya tidak menyesal di kemudian hari.



by,
Aimi A.Z yang selalu berusaha untuk meningkatkan diri sendiri tetapi selalu kalah dengan hasutan penyakit MALAS....

Thursday, September 22, 2011

Isu Artis dan Tudung

Bukan selalu aku nak tulis pasal isu artis kat blog aku ni. Tapi hari ni tetiba aku berminat nak menceritakan kisah artis ni sebab sekarang ni berleluasa sangat kisah Sang Artis dan Tudung.


Kalau nak tau artis mana yang aku maksudkan pergilah kat BeautifulNara.com.


Cerita nya; artis tu bertudung. Tup tup ada gambar yang tersebar menunjukkan rambut si artis. Orang ramai pun mencemuh dan mengata dan memandang serong kepada si artis.


Cuba pandang sekeliling anda; takkan lah tak ada kawan ataupun sahabat handai anda yang memang bertudung but then bila di rumah tak memakai tudung? Bila ada tetamu datang ke rumah, tetamu boleh melihat rambutnya. dan bila bersama keluarga dan saudara mara, tudung tidak dipakai. Walhal memang pergi ke tempat kerja mahupun sekolah dengan memakai tudung. Cuba cek jugak ada tak yang memakai tudung di depan anda, tapi kat depan boifrennya, bila bercuti dengan boifennya or keluarga boifrennya tudungnya hilang entah ke mana.


Jangan salah faham, aku bukan nak cakap perbuatan si artis tu boleh diterima. Tapi, apa yang aku cuba sampaikan adalah, artis tu pun adalah orang biasa. dan memang orang di sekeliling kita pun kebanyakannya adalah sebegitu. 


Jadi, janganlah mencemuh dan mengata dan memandang serong. Pandang sekeliling dulu, pandang diri sendiri dulu dan pandang kawan perempuan dan adik beradik perempuan anda dulu sebelum mengata orang. Jangan sebab dia artis maka hal ini diperbesarkan walhal hal sebegitu memang banyak dalam kehidupan kita sehari-harian.


Renung-renungkan dan selamat beramal dan jangan cepat menjudge orang sebab diri kita sendiri pun taklah sebaik mana sebenarnya  =)



by,
Aimi A.Z yang entah kenapa nak cakap pasal isu ni...

Wednesday, September 21, 2011

Hati Saya Sangat Kecil

Alkisah;

Bos pergi site. Ajak Architect dan M&E Engineer. Tapi tinggalkan C&S Engineer keseorangan. C&S Engineer pun terasa hati lantas mengadu di facebook dan di blog.




Perjalanan saya masih jauh untuk menjadi seorang engineer yang berjaya dan disenangi. *sigh*



Saya faham saya masih banyak yang perlu dipelajari, tapi perlu ke meminggirkan saya? *sedih*



by,
Aimi A.Z yang kecik hati untuk kali ke-2 hari ni...

Monday, September 19, 2011

Berkira

Aku tengah berfikir ayat yang paling sesuai untuk menggambarkan perasaan sebenar tanpa menceritakan kisah sebenarnya.


*Sigh*


Bukannya aku berkira kudrat yang tak seberapa ni. Apatah lagi berkira untuk berkongsi kelebihan kurniaan Allah. Cuma aku fikirkan komitmen yang bakal aku hadapi. Fikirkan juga tentang kesan dan akibat daripada "perjanjian" yang bakal diikat.


Haih~


Tolonglah aku berfikir dan membuat keputusan secara matang. Agar aku tak menyakitkan hati mana-mana pihak dan agar aku tak merasa susah di kemudian hari.



by,
Aimi A.Z yang agak susah nak bercerita secara terang-terangan kerana ramai pembaca yang tak disangka-sangka sekarang ni...

Friday, September 16, 2011

Kempen Mari Membaca Buku

Hari ni saya nak buat Kempen Mari Membaca Buku. Memang sekarang ni banyaaaaak sangat bahan bacaan selain dari buku, tapi macam mana pun membaca buku tetap menarik dan tertarik. Asyik baca ebook pun tak best jugak, kan? *wink*


Jadi, ini adalah hasil membeli belah hari ni;




English Novels, cookbooks, TV Series / Films Novels and Motivational Books. Itu yang saya baca. So, you definitely can judge me based on buku yang saya baca. =) Actually, nak cari malay novels and Islamic books, tapi buku-buku macam tu tak ada kat warehouse sales. Kena cari kat kedai buku with normal price, I guess.


Jadi, masih belum terlambat untuk pergi ke MPH Warehouse Sale untuk beli buku-buku dengan harga yang sangaaaaaaat murah. Confirm tak menyesal punyalah!





by,
Aimi A.Z yang sekarang memang ada banyaaaaaak masa untuk baca buku...

Tuesday, September 13, 2011

Masih Hidup

Saya just nak bagitau yang saya ni masih hidup dan alhamdulillah sihat sejahtera di bumi Sibu ni. Jadi, jangan risaukan saya dan sentiasalah berpegang dengan ayat ini; No news is good news. =)


Biasalah selepas bercuti panjang, banyak tugas yang tertangguh dan banyak juga yang perlu disiapkan. Masa pun seakan cepat berlalu jadi rasa macam tak sempat nak buat semua benda. Tapi, itulah. Saya sedang cuba sedaya upaya untuk memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik dari semalam.

Cerita terbaru tak banyak, selain daripada staff-staff yang semakin bertambah di office ni, selain daripada perangai-perangai yang hampir tidak boleh ditahan sehari-hari, selain daripada perasaan malas yang meluap-luap, selain daripada kawan-kawan yang semakin berkurang; tak ada apa pun cerita menarik yang lain.

Kesimpulannya, itulah saya nak cakap. Saya hidup lagi ni. 

Till then. 


by,
Aimi A.Z yang menunjukkan kebosanan di dalam entri yang bosan. (Rasa tak betapa bosannya Aimi A.Z ni)

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya!

Walau di mana anda merayakannya, samada di;


Putrajaya



Tepi pantai



Kota Paris



Tengah Hutan



Kampung



....yang penting, Hari Raya di sambut dengan penuh gembira di samping orang-orang yang tersayang.


Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin



Dengan ingatan tulus ikhlas,

Monday, August 29, 2011

Menjelang Hari Raya II

Rendang Tiga Beradik
(Rendang Dendeng, Rendang Ayam, Rendang Hitam Paru)


by,
Aimi A.Z yang dan kecur air liur dah ni. Huhu~

Menjelang Hari Raya

Semua orang sibuk.


Ada yang sibuk memasak,



Ada yang sibuk membuat lemang,



Ada yang sibuk menumbuk daging,



Ada yang sibuk menyiang,




Yang sibuk bermain iPad pun ada,



Tak kurang juga sibuk mengetip kuku,




Yang ni pulak sibuk menjahit manik yang tak siap-siap,



...dan yang paling sibuk adalah manusia ni;



Macam-macam kesibukan menjelang hari raya. =)


by,
Aimi A.Z yang sibuk mengupdate blog. Ngehngeh....

Saturday, August 27, 2011

Rezeki

Sempena Ramadhan yang dah masuk hari ke-27 ni, aku nak bercerita sikit pasal rezeki. Cerita ini bukanlah bertujuan untuk membangga diri, tetapi untuk berkongsi cerita dan pengalaman. Semoga kita semua mendapat iktibar daripadanya. 


Cerita #1 | Solat Dhuha

Umi dan Opah selalu menasihatkan aku melaksanakan solat Dhuha. Tapi biasalah, as to-date aku tak rasa aku pernah sembahyang solat sunat Dhuha walaupun berkali-kali disuruh. Bagi yang tidak tahu, antara kelebihan solat Dhuha adalah menarik rezeki dan menolak kepapaan. Kalau tengok doa solat Dhuha;


"Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


Al-kisah umi selalu buat sunat Dhuha. dan mungkin sebab itu juga Allah senangkan hidup umi. Allah kasi umi duit nak renovate rumah baru dengan tak disangka-sangka. Allah kasi duit cash segedebuk bagaikan duit tu turun dari langit. Siapa yang sangka, siapa yang menduga rezeki Allah datang sebegitu rupa. MashaAllah.



Cerita #2 | Bersedekah

Aku selalu dengar tentang kelebihan bersedekah, terutamanya di bulan Ramadhan. Masa pergi kedai buku, aku ternampak buku ni; Ajaibnya Sedekah: Semakin Bersedekah Semakin Kaya dan terdetik hati aku nak membelinya.



Antara kandungan buku ini menyatakan; jangan ingat bila kita bersedekah tu, duit kita akan menjadi sedikit. Kita mesti yakin dah percaya bahawa Allah akan memberi balasan berlipat kali ganda jika bersedekah seikhlas hati. dan jangan sesekali mengharapkan balasan daripada manusia, tetapi mintalah balasan daripada Allah. Jadi, aku pun berniat untuk bersedekah (dalam bentuk duit raya) kepada colleagues aku, tanpa mengharapkan sebarang balasan. Tapi, Allah itu Maha Kaya, Dia membalas kepada aku pulangan yang sangat hebat dalam masa beberapa minit sahaja. Terus aku terfikir, memang ajaibnya amalan bersedekah ni, kalau kena gayanya, lagi untung dari ASB. Hahahaha~ Tapi, sampai sekarang aku masih ragu-ragu samada nak gunakan duit tu ke atau nak pulangkan kepada si pemberi. But, the point is, kalau Allah nak bagi rezeki tu, Dia akan kasi tak kira masa dan ketika.


Kesimpulan

Kita sebenarnya takkan tahu apakah balasan-balasan yang Allah beri tu adalan balasan untuk amalan-amalan kita. Mungkin itu adalah dugaan untuk menduga samada iman kita hanyalah senipis kulit bawang. Apa yang patut kita fokuskan, berusaha mencari rezeki, beramal dengan rezeki yang ada dan berdoa supaya rezeki yang kita dapat adalah halal dan berdoa supaya Allah melipat gandakan rezeki kita.Yang penting, ikhlaskan hati dan semoga kita mendapat keberkatan daripadanya. 


by,
Aimi A.Z yang mahu sangat bercerita secara detail dan meletakkan relevant gambar, tetapi takut disalah anggap niat di hati...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin